Saturday, July 31, 2010

dicabar dan mencabar

misi 2 tahun sekarang dah jadi misi 1 tahun dan 3 bulan.nanti balik Msia nak semua orang terkejut 'wah izzati dah kurus!'.boleh eksyen pakai baju masa zaman anak gadis muda remaja umur 15 tahun dulu dulu.haha.betul tak tipu.salah satu misi ala-ala 'melarikan diri ke negara orang' adalah untuk menyahkan lemak-lemak berkolestrol tinggi dan menjadi slim shady.wah gituh kan~
ini masa sangat baru keluar sekolah menengah.abaikan editing melampau tu.haha.nak jadi balik macam ni.tapi nak lagi kurus dari ini.boleh?tak pasti masa ni dah pergi PLKN atau belum.tapi macam sangat yakin baru lepas habis PLKN.sebab tu kurus.haha.tapi bukanlah semalam habis PLKN hari ini sudah ambil gambar ni.mustahil sebab masa PLKN saya burn sangat teruk.mustahil sangat cerah macam ini.haha.

ini gambar hujung tahun 2008.tak pasti nak kata kurus atau tidak masa ni.sederhana mungkin.tapi mungkin juga era tumbesaran lemak-lemak bermula masa ni.duduk JB best weh.nasi goreng ayam,mi bandung,nasi lemak kukus,nasi ambeng,nasi ayam penyet.siapa taknak makan.tambah lagi ABC Special Plaza Larkin.siapa taknak.aigoooo~
duduk rumah 3 bulan sebelum berlepas ke NZ memang perut sangat bahagia.tiap-tiap hari mak masak best-best.tiap-tiap hari makan banyak.dan tiap-tiap hari lemak bertambah dengan bersungguh-sungguh.sungguh sangat banyak penambahan berat badan sebelum ke NZ.sampai di NZ mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada saiz asal masa dekat maktab.dengan usaha yang sangat keras dan kental.

ini sekarang.erk beberapa minggu yang lalu sewaktu Cendol's Winter Trip.misi sekarang adalah untuk menturunkan lagi 10kg.tak tahu mungkin atau tidak mungkin.namun akan berusaha bersungguh-sungguh sewaktu Ramadhan ini.5kg pun akan sangat berbaloi-baloi.sudah ramai di Msia yang mencabar saya.inginkan perubahan sewaktu saya balik nanti.akan kubuktikan!*tetiba semangat membara*haha~

siapa lagi nak cabar?haha.cepat cepat.bagi semangat.kalau ramai lagi yang cabar baru saya rasa tercabar.kalau sikit orang cabar mungkin saya rasa macam 'oh sekeping dua coklat ni boleh lagi nih'.HAHA.oh ya mungkin ada yang pernah baca entri girls are meant to be round bukan?betul tapi takkan kamu mahu jadi round?mungkinlah bukan round.mungkin sedikit sfera.tapi bukan round.betul?

duduk dekat NZ sangat mencabar kalau nak menturunkan berat badan.coklat murah sangat!

p/s: siapa nak cakap saya kurus boleh cakap saya kurus.ataupun sederhana.sebab saya tinggi dari gadis-gadis biasa.tinggilah sangat kan.167 cm.BMI sekarang pun dah normal.tapi terlalu dekat dengan obesiti berbanding kurang berat badan.haha.tapi saya taknak aneroxia herbosa.ke berbosa?ke barbosa?ah abaikanlah.tapi nak turun berat badan.tu je.jadi tolong cabar saya please?

hari sabtu mesti makan best

tiap-tiap hari sabtu mesti makan best sikit daripada hari biasa.motif?sebab hari sabtu best.haha.takde kaitan.sebab nak menggembirakan hari sabtu.kan.supaya hari sabtu lebih istimewa dari hari-hari lain.dan...dah dah dah.macam biasa hari sabtu bangun lewat sikit dari biasa.Fareha datang melepas di bilik,bergelak ketawa dan berkaraoke segala.sehinggalah Nisya memunculkan diri beliau di pintu bilik saya dan mengatakan beliau bosan.hamboih cari aku bila bosan je kan.haha.dan beliaulah yang muncul dengan idea ingin berganding bahu memasak untuk lunch hari ini.macam seronok.tambah excited bila dengar menu.tomyam+ayam goreng+sambal belacan.okay sambal belacan idea saya.haha.hati berbunga-bunga kembang.yeay hari ni dapat makan sambal belacan!terus tetiba perut rasa lapar semula.kan.

kalau terus menerus tumbuk sambal dekat atas meja dekat kitchen tu boleh runtuh oh.taknak tanggung.haha.rela tumbuk sambal atas lantai.itu yang kaw-kaw punya sambal tu.

akak ni lagi hebat.punya bersimpuh bagai nak tumbuk sambal.haha.sampai dua orang tumbuk sambal kan.nampak over disitu.bernasib baik tiada orang putih terfikir nak masuk kitchen tengahari nih.kalau tak mahu bulat mata dia tengok akak ni bersimpuh atas lantai tumbuk sambal.tambah pulak bila tengok LESUNG KAYU.dekat sini memang tak jumpa lesung batu.kredit kepada Syida kerana meminjamkan kami lesung kayu beliau:)

akak ni pulak taiko chef untuk hari ni.kan taiko Farry tetiba.haha.beliau sangat excited dapat makan sangat super-sedap hari ini.merujuk foto diatas beliau sedang menggoreng ayam.dengan sangat tekun okay.
ini hasil usaha gigih Chef Nisya.taiko kedua misi memasak hari ini.haha.ini tomyam baik punya.memang kung habis.boleh dah kalau nak lawan ayutthaya ni.kalau tiap-tiap minggu makan macam ni memang aku tak pergi makan ayutthaya dah.kan.

lunch hari ini sangat terbaik.dan sangat kenyang alhamdulillah.walaupun poket kering tiada fulus.makanan menjadi ubat penawar duka.kan ayat nak novel.haha.dan apabila Farry menyebut dekat Hawa [tetamu jemputan] bahawa masak sebab dia punya birthday yang dah lama lepas, makcik tu nak tacing tacing kan:P

sambil makan kakak-kakak saya [sebab Nisya,Farry & Hawa dah 21, saya belum lagi.HAHA]semua bercakap macam-macam.sekejap ini sekejap itu.gelak.ini itu ini itu gelak.lepas tu siap berjangkit pasal hal orang sarung cincin lama-lama semata-mata sebab nak tunggu orang snap gambar.dan dan dan macam-macam lagi.tak boleh blah ada yang dah jadi macam pegawai agensi cari jodoh.sape weh sape?sape makan asam dia rasa masam.tiba kan.haha.nasib baik takde yang tercekik sebab sambil makan sambil nak gelak kuat-kuat.nasib baik RA tak datang ketuk bilik sebab bising sangat.

tapi makan memang sedap dan sambal belacan habisssssss.seronok!

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
*sekarang saya boleh dengar suara diorang gelak dekat 351 lagi.suara hawa paling kuat.*haha~

Friday, July 30, 2010

anak murid Skype

siapa yang selalu follow cerita saya dalam blog mungkin tahu 'anak murid Skype' itu apa benda.dan kawan-kawan seperjuangan sudah tentulah tahu seperti Jimmy,Hawa dan Farry serta Chapix juga tak dilupakan Nisa & Bill.ada lagi aku tertinggal?oh Syida dan siapa lagi ada blog dekat blogger?haha.harap maap kalau ada tertinggal siapa siapa.tetiba entri menyimpang ke hal kawan-kawan si bloggers kan.berbalik kepada motif asal.dekat sini saya ada cerita macam mana Skype Session yang dimaksudkan.dan anak murid Skype berpunca daripada Skype Session.dan...dah macam rumus add math pulak.pening pening.haha~
kami ada Skype Session setiap hari khamis selama 45minit bersama anak murid masing-masing.bermaksud setiap orang ada anak murid dan setiap anak murid ada seorang cikgu iaitu kami kami ini.and the most lucky children on earth adalah Junior iaitu anak murid saya.mungkin ada hikmah saya minat gila Super Junior.kahkah.entri lepas saya tak cerita pasal dia.saya hanya cerita macam mana susahnya nak tackle dia suruh baca sebab dia tak boleh fokus.sekejap dengan storybook dia.sekejap duk tenung tenung saya.mata dah bulat.geram nak cubit cubit.tapi tak boleh sebab dia dalam skrin.haih nama pun guna Skype je.haha.oh ya umur dia baru 5 tahun genap.sangat kecil dan comel.tapi hari ni dia sangat behave berbanding minggu lepas.cikgu beliau suruh saya ajar dia baca storybook dan dia sangat seronok yeay!seriously mood dia berubah bila cakap 'okay now we'll start reading the book'.sebelum tu duk baca-baca basic words je.mungkin bosan.saya pun bosan.haha.tapi lepas tu memang best.saya baca dia ikut.dia ikut saya baca.kan.lepas tu dia excited gila 'next page!next page!'.tergelak si teacher nih.macam berlumba dengan saya siapa lagi cepat selak mukasurat buku tuh.kan nak lumba sangat.haha.seronok bila tengok dia seronok.okay i'm starting to love you Junior.wah confession kan.tapi betul.sebelum tu punyalah saya gigih pegang skrin nak suruh dia fokus.padahal tak berkesan pun.haha.sedikit putus asa.tapi lepas tu bila dah best mula rasa taknak stop.haha.tak sabar nak skype next week.nak sambung baca storybook dengan Junior:)
at the end Sheryll tanya saya:

'how is it going?fun?'
'erm.kind of.last week he's not focusing on me when I'm teaching the words.he only behave when his teacher is around but today he's good.'*happy*
'oh well welcome to teacher's world'*smile*

komen?no komen.haha.i am a teacher-going-to-be!tetiba seronok.kaitan?:p

chiow.ada assignment kena buat.kau baru sedar ke izzati?hoih~

Thursday, July 29, 2010

visiting school in NZ

OH YES we went for school visit today.and it's primary school!*double-excited*sebab teruja nak jumpa bebudak kecik kulit putih mata biru.like so comel kan.mari sini saya nak kongsi sedikit fakta tentang sekolah di NZ.

1) classroom: super-duper awesome.ada karpet siap.boleh bergolek berbaring segala.chairs and desks masih ada tapi mereka selalu duduk atas karpet,berkumpul dan belajar.cikgu pula akan duduk atas kerusi kecil dikelilingi murid-murid.satu cikgu untuk satu kelas.the same teacher for all subjects.sebab dekat sini diorang memang nak cikgu fokus betul dekat pupils as individual.bermakna tak perlu nak hafal nama budak kelas 3 cerdik,3cergas,2 cerdas bla bla bla.just your pupils-the children in your classroom.so relationship between teacher and pupils is close.kalau korang pun,mesti seronok tak terhingga kalau cikgu tahu nama korang kan?rasa semangat je nak belajar.haha betul ke?

2) on your 5th birthday: children go to school on their 5th birthday.YES budak Year 1 dekat NZ berumur 5 tahun.like so sangat comel kan.diorang dekat sini tak ikut sistem tahun kelahiran tapi ikut bulan kelahiran.contoh: cik sizuka lahir pada 3 Disember maka hanya akan mendaftar sekolah pada 3 Disember[kecuali jika 3 Disember cuti atau hari sabtu atau ahad sebab orang tak pergi sekolah masa tu.haha].tak kiralah masa tu orang dah nak khatam buku teks atau dah nak habis term.sangat individual punya sistem dekat sini.kalau saya sekolah rendah dekat sini memang tak berpeluang nak sama kelas dengan Farry.beliau akan jadi senior, saya akan jadi junior.dekat situ boleh nampak beza.even kalau fikir sekalipun.mungkin masa Farry dah nak pandai berjalan, masa tu saya baru lahir:P

3) mana gambar budak-budak comel?: errr actually ada.tapi tak boleh nak letak sini sebab tadi Mrs. Palmer dah cakap 'you can take photos for your personal use but not to put them in websites'.so blog dikira website bukan?jadi tak boleh letak.jadi gambar budak kecik mata biru hanya menjadi tatapan hati dan jiwa sendiri:)

tadi kami ada Maori lesson.sangat best dan sangat terbaik.siapa tak tahu Maori tu benda hape pergi google sana.tadi belajar main 'poi' lepas tu ada mereka yang lucky dapat cuba pakaian Maori.'piu piu' memang sangat gojes.super-unique:)

ada gaya teacher ke tidak?jangan tipu nanti dosa.haha.jawab jujur ok.kalau nak cakap macam businesswoman pun saya terima.kan.hahaha.oh hari ni tak bawak my little baby D60, hanya bawak sister beliau my baby pink ES60.jadi gambar tahap ok ok sahaja.namun kasih sayang masih tidak berbelah bahagi.
dan lepas ni kami akan bergerak ke sekolah jenis lain yakni intermediate school dan college pula setiap hari khamis setiap minggu.mungkin tiada lagi primary school*sob*sob*.tapi mana tahu.oh besok masih ada Skype Session bersama anak murid tersayang.eh lupa beliau pun baru 5 tahun.mesti fikir agenda terbaik nak suruh beliau membaca dan bukan mentenung saya.haha~

Wednesday, July 28, 2010

photos of the day

tak ceria hari-hariku tanpa gambar.kan.ayat nak novel.haha.biasalah tangan gatal nak main klik-klik tetikus kesana kemari.kekonon professional the best photo editor on earth.ugh.masih belum sampai tahap taiko.masih amatur.masih tercengang jika ada yang tidak kena dengan kamera.haha.masih merangkak di jalanan.eh jalanan tak cool.di pentas baru cool.ahaha.sila abaikan manusia yang sedang mengarut ini.teruskan membaca.eh mana ada baca dah lepas ni.mungkin scroll.mungkin.hanya scrool.silakan silakan:)











apabila sudah habis scroll maka bacaan harus diteruskan.tetiba skema nak pengsan.haha.siapa nak komen sila komen.siapa nak like sila like.siapa yang nak buat-buat tak nampak entri nih sila pergi gigit kepala sendiri sana.haha gila gila.jangan ikut cakap aku weh.siapa ikut memang dia emo.tetiba kena tuduh emo.haha.
resolution FB sangatlah tidak best.mintak maap encik FB.resolution FlickR lebih jauh sangat better dari FB.jadi semua jom pergi tengok FlickR sizuka.eh sabar sabar.gambar-gambar atas ni belum masuk FlickR.tak sempat dah kot nak kejar semua.hamboih semua nak cover sekarang kan.artikel belum baca.besok nak pergi school visit.memang tak sedar diri.hahaha.

Tuesday, July 27, 2010

dari kerana mataaaaaaa~

trial pertama.idea datang melayang masa tengah bersiap nak pergi kelas.fulamak wa cakap lu mekap kot.haha.bukan bukan.eksyen je sebenarnya tu.betul tak tipu.berhempas pulas nak dapatkan angle terbaik.senget sana senget sini.joget sana joget sini.ok tipu.tak ada joget atau zapin.haha.tapi betul susah.dalam berpuluh gambar yang di'snap' tadi hanya dua pemenang berjaya ke peringkat akhir.haha.akhirlah sangat.pemenanglah sangat.dua ni je yang menjadi.yang lain semua reject buang dalam tong sampah Windows [recycle bin].skill mesti dimantapkan lagi.ini semua guna self-timer.mahu kejang urat duk posing 10saat UNTUK SATU GAMBAR.haha.kalau berpuluh gambar?bermakna BERPULUH SAAT.memang choiii~


ini adinda beta yang tercantik on earth.kan.tapi kakak dia bukan.sangat bukan.cuma mungkin kakak dia tergarang on earth.haha.atau terpelik on earth.haha.atau....sila isi tempat kosong.haha.cuba tengok beza gambar dua-dua ini.saya cakap dekat beliau...

"oih mata macam mata ju on.takot~"
"contact lense baru.heee~"
"oh.i see"
"awak nak?"
"oh no thanks.i suka yang original.dah cukup gojes.haha"
"takpe mata awak dah bulat.ni sepet..."

erk.okeh.no komen.tak bulat mana pun.sfera mungkin.atau separa bulat?mungkin.tapi sangat yakin bukan heksagon.haha~

to dear sis.belajar betul-betul.jaga mata jangan main hentam lense sana sini.mata tu dah cantik.you pun dah memang HOT.kasi can dekat i pulak.hahaha.gurau-gurau.kalau ada orang gatal menkacau u jangan lupa applykan pelajaran yang kita sama-sama terapkan dulu.sekarang kakde pun dah ikut tunjuk ajar kita.haha.dia sekarang sudah berani sound sound budak yang kacau ijat dekat sekolah.dia memang sangat hero.haha.tak sabar nak balik nak tepuk belakang dia cakap "bravo.you are truly my sista!"

well first time speaking to neighbourS in the neighbourhood kan sebab nak mintak tolong diorang jawab questionnaire untuk assignment.btw talking to neighbourS is super nice:)

Monday, July 26, 2010

sang comel comel

erk?sang comel comel?nama tak cool langsung.kan.hah siapa yang cakap tak cool tuh?haha.kau macam-macam kan izzati.sudah sudah sudah.

ini sang comel comel yang pernah wujud dekat rumah saya suatu ketika dahulu.kini tiada lagi.ntah kemana pergi.*sob*sob*.tiba-tiba emo.sudah ganti baru.tapi sang comel comel baru tiada koleksi gambar seperti beliau.pada fikiran saya,beliau akan selalu mengingat saya di dalam hati.satu : kerana saya tidak pernah terseronok teruja untuk memegang dan mendukung beliau sepertimana yang dilakukan oleh adinda beta yang lain.tetiba beta.haha.dua : kerana semasa beliau kecil, saya telah tercampak beliau ke dinding TANPA SENGAJA.sumpah tak sengaja.walaweh mula-mula nak tunjuk berani oh.tak sempat 5 saat pun.dia godek-godek sikit je terus aku lepas a.k.a campak.haha.bunyi macam kejam kan.nak buat macam mana.dah termaktub diri ini geli binatang berbulu.bila tengok mereka [binatang comel], saya paling excited.oh comel.oh comel.what so ever.suruh pegang?mintak maap.saya balik dulu.haha.dalam hati teringin nak baring golek golek dengan kucing.main geletek geletek.namun hati kecilku tidak mengizinkan.wah wah wah.ayat novel.haha~

erm.saya pernah bagitahu dekat sini bahawa lelaki tersayang sangat pandai main drama dengan biri-biri.yakni beliau sangat hebat membuat seperti biri-biri tersebut 'hidup'.eh perhatian : ini bukan biri-biri sebenar.hanya patung semata-mata.diminta aksi jangan ditiru di rumah.haha.bagi siapa yang tak tahu.saya kirim biri-biri ni dekat lelaki tersayang buat jadi teman.jauh biri-biri naik flight dari NZ-Msia.haha.sekarang beliau dah jadi warganegara Msia.dan sekarang beliaulah sang comel comel saya:)

pagi tadi lelaki tersayang mengirimkan foto sang comel comel saya bersama anak kucing beliau.mungkin sang comel comel saya terlalu kacak hingga menyebabkan anak kucing tersebut sentiasa mahu bersama beliau.bersamamu bersamamu.lalalala~tetiba Digi.haha.cuba tengok gambar tersebut.saya rasa biri-biri tersebut nampak hidup.sangat comel beliau membuat aksi begitu.seperti sedang mendodoikan bayi.tapi memang sangat mustahil ok biri-biri.u adalah patung biri-biri ok syg.no baby baby.

sesuka hati anak kucing berposing sakan bersama sang comel comel saya.*jeles*.booooo!dengan anak kucing pun kau nak jeles.tak cool langsung.haha~

ini yang saya cakap lelaki tersayang sangat pandai membuat saya rindu sangat dengan sang comel comel saya nih.betul nampak dia macam hidup.macam boleh bergerak.comel gila it is.sangat!

banyak puji lelaki tersayang kan?sukahatilah.haha.takkan nak puji lelaki kesayangan orang lain pulak?nanti ada selipar terbang hinggap di kepalaku.habis migrain pengsan segala.haha.

Sunday, July 25, 2010

handphoneku bukan handphonemu

idea kering nak tulis blog boleh muncul bila-bila masa.sumpah tak boleh kontrol.padahal tadi dah nak tidur dah padahal.kan.sampai dua kali padahal.haha.padahal*lagi*sebelum tidur tadi nak kunci alarm clock je.tak nampak kaitan kan?lepas kunci alarm clock tetiba rasa rindu nak dengar suara lelaki tersayang lalu terus mencari handphone lagenda dalam kotak.handphone lagenda mendapat nama 'lagenda' kerana beliau sudah lagenda.haha.tak faham?beliau lagenda kerana sudah tidak boleh memberikan perkhidmatan kerana tidak dapat men'detect' simcard.sangat sadis.sangat.ikutkan hati mahu dilontar ke dalam Sg.Pahang.namun isi kandungan lelaki tersayang sangat amat banyak di dalam.eceh jiwang.haha.sudah sudah sudah.

dibanding banding sebelum ni ramai cakap Nokia tahan lama berbanding Sony Ericsson.kerana Nokia best.untuk makluman anda handphone lagenda adalah Nokia.handphone sekarang adalah Sony Ericsson.sebelum ini di Msia cik sizuka menggunakan dua handphone yakni dua talian berbeza iaitu Celcom & Maxis.hah jangan cakap i banyak duit.dua-dua handphone pun kalau buat main baling tin boleh menang.haha.siap boleh dapat strike lagi.erk?kaitan tin dengan strike?tak tahu.abaikan.haha.sekarang di NZ hanya satu handphone dan satu talian.Vodafone forever.tetiba lagi.namun sekarang sudah tidak percaya tohmahan pelanggan yang mengatakan Nokia lebih bagus dari Sony Ericsson atau sebaliknya.kerana Iphone lebih bermakna.kahkah.sesuka hati kau campur aduk cerita.namun Iphone juga memeningkan namun tak memedihkan mata.kaitan?haha.ada jailbreak segala.nasib baik tak ada prison break[fareha whooot fareha].tiba-tiba ada Scofield dalam Iphone tak ke pengsan?haha~

entri pendek sebab tadi dah nak tidur lepas tu bangun on laptop balik semata-mata nak tulis entri ni sebab idea kering datang dan sebab takut lupa besok dan sebab.dan...erm...dah.ke korang rasa panjang jugak?haha~tak dapek akak nak nolong lu bai.

pelbagai pelbagai

1) telah dianugerahkan anugerah*haha award award* oleh encik Jimmy [azmi].gituh kan.beliau kini seorang blogger tegar.dapat mengumpul 100 followers dalam jangka masa beberapa hari sahaja.tahniah!


#1. what's the name of the blog and why u named it so?
sizuka-world-of-life.ntah.saya pun tak pasti kenapa saya bagi nama camtuh.haha.tak terpikir olehnya lah pun.kan.

#2. when did you started blogging?
2 tahun lebih lebih.

#3. your first follower
erk.tadi baru check.tak kenal.tapi JASAMU DIKENANG:)

#4. something for encik jimmy
ak sponsor dapur.nanti masakkan pengat pisang okeh.HAHA.

#5 next 6 cute blogs:
Kelly Polaris
Faten
Noor Fatin
Iqa
Mama JnJ
Nur Syazwani
siapa-siapa nak pun boleh:)

2) ini namanya kerja tangan masa bosan.oh sebelum ni saya ada bagitahu 'akan menjadi sangat busy' kan?haha.belum lagi belum lagi.baru first week.baru warming up.kahkah.oh tak mahu membebel macam-macam.tengok gambar dan komen.komen.komen.komen.pastikan komen membina.eceh kau kan.siapa sudi sudi komenlah okeh.tiada paksaan tanpa kerelaan.tetiba.haha.ini semua lokasi sama.kamera sama.props pun sama.eh eh siapa tuh.jangan intai-intai apa jenama jam tu weh.murah je tuh.Danga Bay mari.haha~









tema gambar-gambar agak lebih kepada kejiwangan melampau.harap maaf.tiada idea lain.haha.tapi bukan bermakna saya jiwang.sekian.
lebih gambar di FlickR :)

Saturday, July 24, 2010

macam-macam

"Girls are meant to be round"

Masa dalam lecture 'educational psychology' hari isnin hari tu tiba-tiba lecturer tersebut mengeluarkan kata-kata hikmat ini.Sangat hikmat.Gadis-gadis yang sedar diri mereka kurang kurus*saya*cough*cough*terus tersentap.terus tanpa sedar dah rasa tak perlu diet makan salad dengan mayonis tiap-tiap hari.kahkah.padahal tak pernah makan salad dengan mayonis pun.Haha.Reaksi gadis-gadis sangat melampau.SANGAT.Ada yang gembira senang hati,ada yang muka pelik.mungkin yang buat muka pelik adalah mereka yang bukan 'round'.haha.saya dikira dalam kategori 'round' jadi saya adalah antara insan yang paling tersengih panjang.kahkah.kan.Rasa semua tahu gadis-gadis sangat sensitif pasal berat badan.yakni boleh tersentap dengan kadar yang sangat pantas.dan mungkin perang dunia kesepuluh boleh tercetus.tak percaya?pergi cuba sana.

"eh kau gemuk"
"kau pernah makan selipar?nak cuba?"

macam tu lah kot lebih kurang.cubalah kalau anda rasa anda sudah cukup keberanian dan bersedia untuk makan selipar atau disepak dengan kejam.haha.lepas tu kalau perang besar jangan cari saya.haha.eh macam kenal trademark selipar tu kan.HAHA.

oh ya hidup sekarang kurang menarik.semester ini tiada exam.Hooray!oh ok bukan hooray.tiada exam bererti LEBIH assignment,report dan sewaktu dengannya.maka hidup akan lebih miserable.Sangat miserable.Tapi tidaklah terlalu komited dengan assignment sehingga mengabaikan blog.TIDAK AKAN.yakni.TAK PERNAH.hahaha.

oh next week we'll start doing school visit.YES.for few weeks on Thursday.tapi tiap-tiap minggu sekolah lain-lain sebab we'll be visiting various types of schools in New Zealand.sound great eyh.HAHA belum great lagi.bernasib baik bermula dengan Primary School dimana kanak-kanak kecil akan mula mengejar dan menyentuh kamu.HAHA.direct translation dari ayat Sheryll.

"Young kids will love you.They'll come near you,touch you and tell you everything they do."

Ah so adorable aren't they?Tiba-tiba teringat lagi hari Khamis hari tu buat Skype Session dengan kanak-kanak 5 tahun.YES.mengajar melalui Skype.mula-mula excited bila tengok list student.semua umur 5-6 tahun.like so comel comel kan.bila dah start Skype mula dah si teacher [saya] jadi the most miserable teacher on earth.HAHA.bukan senang oh nak kontrol budak kecik.saya sibuk ajar dia.dia sibuk tenung muka saya.haha.bila saya tunjuk words dekat dia suruh dia baca.dia sibuk tunjuk storybook dia dekat saya.mahu tak pening aku ni.
"sesungguhnya menjadi seorang guru harus bersabar"

sekian.nanti sambung.nak pergi minum teh o cicah biskut ping pong.HAHA.

Friday, July 23, 2010

adik oh adik

semalam lepas bercakap dengan mak dekat telefon budak kecik ni sibuk nak cakap dengan saya.biasa dia sibuk main bola-bola robot tu tak layan pun kalau saya telefon.HAHA.mak bagitau katanya ada masa dia bising 'dah lama along tak balik rumah.rasa dah lama tak jumpa along' segala.saya sebak.tapi cool.lepas tu mak pass telefon tu dekat dia.eceh.mula-mula segan.lepas tu bercerita tak habis-habis.topik utama anak kucing.baru-baru ni ada tengok adik saya [angah] upload gambar dia [adik] tidur dengan kucing.aigooo~adik bongsu saya ni memang pencinta haiwan.itu dengan kucing.kalau hamster pulak lain cerita.dia boleh letak binatang tu dalam baju sambil tengok tv.HAHA.weird tapi memang dah perangai dia.semalam masa dia cerita pasal anak kucing dia tuh memang tak boleh tahan.sebak,gembira,rindu gila dekat dia.biasa dekat rumah main gusti tiap-tiap hari.sekarang dah jauh bila dengar suara pun happy sangat=').video bawah ni masa call semalam.sikit je tak banyak.nanti ada yang menyampah dengar saya gelak melampau.haha.handphone murah kan so tak boleh nak record suara terus.terpaksa capai kamera dan record handphone tersebut.kahkah~bila masuk bab call rumah ni bolehlah korang dengar saya cakap loghat sikit kot.tapi tak banyak.sikit je.sangat sikit it is.haha.




mana dia belajar warna kuning telur pun saya tak tahu.HAHA.kreatif gila punya nama anak kucing.video ni dah cut sikit.kalau tak nanti habis semua rahsia korang tahu.
*abaikan suara dalam orang dewasa dalam video ni.fokus dekat suara kecik budak tu.HAHA*

the king of the kings kalau buat expression pelik dalam gambar

Muhammad Izham Azhar, 8 tahun

sekarang dah besar sikit rambut pun nak taiko panjang.adik belajar elok elok.kalau degil nanti suruh mak rotan.HAHA.

semalam dia cakap dekat saya:
'along,kalau along kerja dekat kebun [buah-buahan] nanti bawak balik strawberry,raspberry,blueberry untuk adik eh.'
terkesima kakak dia nih.selalu sangat tengok National Geographic ke sampai dia boleh tahu semua jenis berry ni?eh.macam takde kaitan kan.tibe.oh mungkin dia selalu tengok channel AFC dekat astro.mungkin.nasib baik yang dia sebut tu semua memang fruits.buatnya dia sebut blackberry?tak tercapai dek akal kakakmu ini.HAHA

Wednesday, July 21, 2010

zaman muda agogo~

tiba-tiba hari ni rasa nak cerita pasal zaman kecik-kecik dulu.kalau cerita pembaris ada air,bekas pensil bertingkat-tingkat,beg sekolah swan,van jual susu perisa coklat,jagung,strawberry,van jual buku cerita dah selalu baca kot.tadi pun masa google ada jumpa banyak blog tulis pasal cerita-cerita macam tu.Ding Dang,Jojo,Ni Ni Cokolat Celup memang dah normal sangat dah.kan?
siapa ingat dulu ada pensil yang boleh tukar-tukar mata pensil tu?yang mata pensil warna-warni gila meriah tu.saya pernah gila sakan kumpul mata pensil tu SAHAJA.haha.pensil dia ada berapa batang je.ke sebatang je?ntahlah.tapi mata pensil yang boleh tukar-tukar tu masyaAllah banyaknya.sekali bekas pensil jatuh boleh berselerak atas lantai.habis riuh satu kelas.haha.
habis cerita pensil.ini kisah benar.dulu masa kecik penangan drama Melayu,Hindustan,Cina memang kuat sangat.selalu tengok dalam drama petang pukul 6 tv3, adik-beradik terpisah masa kecik lepas tu masa besar dah tak kenal sebab muka dah berubah.HAHA.gelak dulu sebab sumpah lawak gila.biasa kan kalau drama memang guna pelakon berbeza [versi kanak2 & versi dewasa].kadang-kadang masa kecik comel masa besar tak comel.masa kecik tak comel masa besar comel.gitu~boleh tak saya dengan adik saya gelabah gila.takut gila nak jadi dewasa sebab nanti muka berubah dah tak kenal mana angah mana along.HAHA.punyalah kan penangan drama kepada kanak-kanak seperti kami.pengaruh sampai macam tu sekali.nasib baik adik aku tak berangan nak jadi sailormoon.kalau tak ntah macam mana sekarang.kahkah.padahal fakta sebenar takdela berubah mana pun muka dari kecik sampai besar.haaaa nih nak tunjuk bukti.

erk.cuma mungkin bab rambut berjambul curly tu budak kecik yang atas menang.HAHA.

dah tentulah muka berubah sikit.kalau dah besar tapi muka macam baby lagi mana padan.haha.mesti jadi lebih matang.cuma part sengih tu memang tak boleh nak ubah.dulu orang cakap asyik ambik gambar tunjuk gigi je.peduli apa.haha.itu tanda gembira.setuju?

lagi satu dulu kalau berdiri dalam kereta mesti mak atau abah cakap 'jangan berdiri nanti polis marah,polis kejar dan sebagainya'.sekarang saya pulak praktikkan dalam kereta [kalau saya drive], 'adik!jangan berdiri nanti polis kejar kita.along takde duit nak bayar saman.nanti adik kena masuk penjara.'HAHAHA.sangat berkesan.
adik beradik dengan sepupu saya memang pelik.takut benda yang bukan-bukan.yang saya ingat ada sorang sepupu ni.memang tak reti duduk diam.asyik berlari sana sini dalam rumah.nak bagi dia diam, ada satu ayat hikmat.'hoih hoih.berlari-lari dalam rumah nanti orang asli kepala oren datang tangkap.'HAHA.ntah mana dia tengok orang asli kepala oren pun saya tak tahu.tapi itulah yang dia takut.kahkah~

Tuesday, July 20, 2010

muka baru

wajah baru muka baru semester baru semua baru.eceh.tuan blog?tetap yang lama.tapi lama tak bermaksud tua.haaaa.amacam kacak tak muka baru blog ni?ya ya ya baju sangkut dekat ampaian masih sama.cuma kali ni tinggal dua helai je sebab tengah pokai.motif?tiada kaitan.kalau siapa-siapa perasan sebelum ni warna blog biru + pink.so comel aren't they?sayang gila kot layout tu.tiba-tiba lepas post lawak oh! tadi bahagian blog posts buat hal.gedik gedik nak lebih garisan.saya pun apa lagi.ini tak boleh jadi.macam mana readers nak baca cerita best kalau 1/5 entri kena lindung dengan widget di kiri kanan.eceh kau macam ramai sangat readers kan.macam-macam solution dikorek digali segala.masih gagal.pilihan terakhir.tukar layout.namun masih setia dengan ipietoon.sebab template-template dekat dalam tu semua macam oh sangat comel.fall in love.tetiba.kalau siapa bukak ipietoon nanti nampak layout ni depan sekali.macam glamour bukan.chewah.so tema kali ini pink + hijau.walau apa pun akan memastikan warna pink tetap wujud dalam blog.[huh mana cool letak warna pink dalam blog].haaa siapa cakap tu?

p/s: which one is better?the previous one or this one?

lawak oh!

cuba tengok video bawah ni dulu.taknak?rugi woi.kalau siapa tengah moody ke emo ke baik tengok.kalau mood tengah baik lagi bagus.ketawa itu satu sejenis senaman.betul?siap sedia.credits to MEYR sebab link video ni dekat FB.memang terbaik ah meyr!haha.tambah-tambah untuk insan yang kebosanan macam aku nih.semua link yang orang letak aku klik:P



paling tak menahan bila dia ambik jam dinding tuh.HAHAHA.oh lawak gila.kejang urat perut
duk ulang-ulang dua tiga kali.haha.kalau sepuluh kali agaknya boleh pengsan aku nih tergolek jatuh kerusi.hadoila.kelakar gila.kawan-kawan dia mengilai tak tahan.ada bakat kerja misteri nusantara.tibe kan.tapi betul oh.kalau dah takut tuh macam-macam benda boleh buat.minda
di luar kawalan.gituh ayat sains dah.haha.

Monday, July 19, 2010

*pengsan*

oh please jangan salah faham.bukan bukan.bukan nak buka kedai shawl online.bukan nak lawan tauke kedai shawl online.bukan bukan.ini entri waktu bosan.ya ya ya entri waktu bosan.sangat bosan.hari ni hari first di semester baru.sungguh pagi tadi keluar pergi kelas dengan semangat baru yakni mentegaskan bahawa akan berusaha supaya diri ini tidak terlelap bermimpi indah dalam dewan kuliah.namun seakan ada gam UHU melekat di mata.lecturer yang seorang boleh nampak macam sepuluh orang.bila tengok slide show ibarat macam tengah kira biri-biri.satu biri-biri,dua biri-biri,tiga biri-biri dan sila sambung kira sendiri.haha.walaupun duduk barisan tepi sekali.gagal gagal gagal.ditambah pula hari ini ada lectures 6 jam tanpa henti.kan.WOW sikit.haha.sudahnya malam ni bosan pulak.tadi ada dapat kerja sekolah.tapi malas nak buat.aigoo.bagi ceramah sikit dekat saya please:P





nampak macam nak jual shawl kan?haha.takde takde.hari tu ada beli shawl dengan inner syria online dekat sini dengan sini.kiranya ni kekonon try shawl barulah kan.eceh.haha.siapa nak usha shawl cantik pergi klik sana:)

mak nak balikkkk.tetiba.pasaipe buku untuk sem ni mahal gila*pengsan*bangun balik*duit gaji belum dapat.poket dah kering.harta karun takde.harta benda belum ada.mana nak korek harta nih.perlukah melombong bijih timah?ada ke bijih timah dekat sini.aigooo boo-ya~*pengsan*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...