Tuesday, November 30, 2010

T______T

short update live dari library uni

internet belum ada.sengsara betul hidup.T_____T.tsk~

Sunday, November 28, 2010

Rombongan Santa Si Janggut Putih

Salam & Hello :)

hari ni kita lari dari topik rumah baru sekejap.biarkan rumah berselerakan HAHAHA.hari ni pergi Queen St tengok Farmers Santa's Parade, bawak baby kamera i exercise.ewahhhhh~orang ramai gila Ya Tuhanku.bersempit sempit sana sini.izzati pegang kamera dah macam menatang anak sendiri.pegang kemas kemas takut jatuh.kalau jatuh, menangis air mata darah haku~

masak jugak saya, Gwen & Anies berdiri tengah panas.2 jam setengah kot berdiri dekat situ sambil pegang kamera.kagum dengan diri sendiri.ahahaha.tapi kalau kawad 10 minit sampai nak terpengsan terpitam segala pulak kau kan HAHAHA.

oh malas nak bebel banyak nanti benda lain pulak keluar.ahahaha.oh ya kalau nak tengok gambar-gambar, klik sini dan anda akan terus dibawa ke album foto di Facebook saya.aicewahhhh ayat skema sungguh.tak mau upload dekat blog sebab mata merambang tak reti nak pilih mana satu sebab semua best-best.semua pun rasa nak tunjuk dekat korang.ngehhhh~

bonus bonus.ini kiranya macam video kompilasi lah KONONNYA.daripada video-video kepada video.ada faham?tak faham tak apa.tak berapa nak penting pun.kalau nak tengok, klik Play.kalau taknak tengok, klik Play jugak.lalalala~

pesanan penaja: video ni agak panjang.kalau rasa ah malas nak tunggu lah, skip skip aje lahh.tapi kalau tak tengok semua, rugi.kau saje je kan izzati.kakakaka~



pemandangan dari mula video tu dari balkoni rumah baru.parade tu memang start dari simpang depan Volt Apartment.bak kata orang, memang depan mata lah.waktu tu tengah kemas kemas tetiba bum bang bum bang bunyi muzik.Gwen excited bukan main terus bergayut dekat balkoni tak hingat dunia dah.ahahaha.padahal event start pukul 2ptg.pukul 12 dah ramai orang chop tempat taknak kena panas.last sekali siapa yang kena panas mentari itu?kami jugak.

hari ni last day dekat HUIA.sobs.tetiba kan nak sebak padahal siapalah yang tak sabar sangat nak keluar HUIA hari tuh.hahaha.makanya secara rasmi akan menjadi penghuni Volt.berita sedih ialah : hal internet belum setel T____T.kalau nak online kena pergi uni.oh pergi uni waktu summer holiday??soooo 'sweet'~

p/s: hidup tanpa internet.sadis betul perasaan.



Saturday, November 27, 2010

rumah baru

Salam & Konbanwa minna-san :)

Volt On Queen, itu namanya.duduknya di tengah bandaraya.depan rumah ada jalan raya.tingkat limabelas, itu rumah saya.

ecewahhhh pantun lah konon-kononnya?pooooorah izzati, pooorahhh.ahahaha~

oh ya, ini rumah saya.

pandangan dari jalan raya

ops, bukan seluruh satu bangunan agam ni rumah saya.ahaha.salah ayat salah ayat.ini ialah apartment di mana rumah saya berada [?].apa-apa je lah kan.yang penting, rumah saya ialah cinonet di dalam bangunan ini.cinonet katenye??tengoklah cinonet mana nanti.kehkeh.actually tadi ada buat video sebijik, kononnya nak tunjuk seluruh area rumah dari dalam almari sampai celah balkoni.tetiba bila tengok balik terus jadi malu tengok keadaan rumah sendiri.ahahaha.makanya, tunggu lepas siap kemaslah baru nengok dalam rumah yo?

pandangan dari balkoni rumah saya, tingkat limabelas

p/s: hari ni encik sayang punya birthday.malam tadi pukul 12 malam waktu Auckland [masa tu Msia baru pukul 7 malam], saya call & wish birthday dia.tak sempat nak touching langsung kan bila ada orang wish birthday pukul 7.kakaka~.takpe sayang, i love you.aicehhhhh sempat pulak. oh ya, NZ cepat 5 jam dari Msia.jadi, duduk sini buat umur saya bertambah 5 jam.kehkeh~

Friday, November 26, 2010

pindah rumah.*pengsan*


untuk orang yang tak pernah pindah rumah macam saya ni, sekali pindah rumah memang rasa nak pengsan masyaAllah.bukan sebab kena angkut barang sangat sebenarnya, sebab terlalu sungguh banyak sangat drama.oyoyoyoyo~

balik Skype dalam pukul 11, berlari ke Volt Apartment.hamboih over kau ye sampai berlari.ahaha bukanlah berlari.jalan je pun dah semput, ini nak lari.cehhh kirim salam.sampai Volt, alamak orang ramai pulak, tengok siapa on duty, Vanessa rupanya, dalam hati lega.sekurang-kurangnya bukan pakcik spek mata yang banyak songeh tuh.dekat setengah jam jugak bertapa puh sana puh sini dekat lobi, baru dapat sain borang segala.rasa macam fofular kejap duk sain sana sini HAHAHA.dapat je kunci, terus naik atas.EXCITED nak tengok rumah baru.sampai depan pintu, KECEWA.tak siap cleaning lagikk??oyoyoyoyoyo pengsan!bila tanya, dia cakap maybe siap afternoon nanti.

balik HUIA terus tukar plan angkut barang.dari pukul 2, anjak ke pukul 3.pukul 3, dengan barang2 penuh tangan kiri kanan bukak pintu rumah sekali lagi, ada pulak sorang pakcik tengah cleaning bathroom.pengsan sekali lagi.bila tanya dia, dia cakap impossible nak masuk hari ni.masa tu si izzati dah nak tumbang menyembah bumi.sadis betul perasaan.

turun bawah, mengadu dekat Vanessa dengan abang botak sambil buat muka kesian.beria diorang mintak maaf sebab rupanya ada misunderstanding dengan cleaner punya syarikat.at last, rumah boleh masuk lepas pukul 7.pukul 7 katenye??layan aje lahhh~

waktu tu baru pukul 5.nak tunggu pukul 7 macam boleh masak nasi goreng sendawa dua tiga kali.jadi, sesuka hati aku tinggal kotak-kotak dekat koridor floor.siap baca bismillahitawakkaltualallah puh puh dekat kotak takut hilang.takkan nak bawak balik HUIA pulak kan.itu ialah sungguh mengarut.waktu tu belum habis angkut semua barang lagi, baru trip kedua.masa tu dah terpikir kot tetiba pakcik Mark [building manager] nak buat jahat.naya betul kalau dia sorok sebijik dua.saya dahlah tak kira ada berapa bijik kotak semua.ahahaha~

pukul 7 datang balik, kotak tak ada!masa tu memang suspender sungguh.berdebar-debar rasa macam tengah tengok cerita james bond.okay fine tak ada kaitan.tengok rumah, ALHAMDULILLAH better than before.rupanya cleaner tolong angkatkan bebarang masuk rumah.ALHAMDULILLAH~

dekat enam tujuh kali jugak trip nak angkut bebarang kitorang nih.ahahaha.waktu dah nak habis angkut semua barang tu, sepenuh hati yakin mesti tak ada masalah tinggal barang depan lif sekejap sementara nak hantar masuk rumah. rupanya kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan ribut petir di tengahari.pakcik Mark rambut putih memunculkan diri dengan membawa perkataan-perkataan kesat.sebabnya? kitorang tinggal barang depan lif, tak ada orang jaga.dia cakap sebelum ni banyak kes orang hilang barang.so bila jadi kes macam tu, orang datang report dekat dia lah.jadinya nanti hidup dia lah yang miserable.bertabahlah Azmi & Fahmi.semoga lepas ni korang tak jumpa dia dah.patut tadi aku rasa tak sedap hati waktu tengah susun barang dalam umah tuh.ecewahhhhh~

baru perasan cerita panjang lebar bukan main.padahal sebenarnya nak tulis satu dua ayat je.ahahaha~

p/s: belum masuk rumah lagi.pindah barang je.hari isnin baru masuk rumah.hari ni sungguh sibuk.maaf tak dapat blogwalking!

Thursday, November 25, 2010

sedap rupanya~

hello summer :)

sedap rupanya strawberry celup cokolat.patutlah siti suka.izzati pun nak suka lah.*harap-harap boleh jadi siti*.apa kejadah kau nak jadi siti sebab stoberi.ngek betul.hahaha~

lalalala.dip a di doo dah! ialah sedap!sedAp!celup celup & cair di mulut.ngaaaaaaaa.*bukak peti tengok strawberry*hohhhh 3 biji je?semalam bukan penuh sekotak ke?ahahaha~

yang ini tak boleh main celup celup dip a di doo dah!sungguh enak dimakan begitu saja!sekarang baru faham kenapa adik suka sangat ratah carrot.sedap rupanya.kalau bagi adik makan carrot dekat sini, mungkin dia boleh lawan arnab.ahahaha~carrot ialah super-sweet!beli sebungkus besau nih bukan nak buat masak pun, buat makan gitu je sambil layan cerita Jepun Yamato Nadeshiko Shichi Henge.ahahaha.tak boleh stop.help!!buat apa nak help.carrot bagus untuk kesihatan.heeee~

p/s: fikiran berkecamuk.gituh kan nak jugak guna perkataan bombastik macam adrie.tapi beliau lagi bombastik kebabom punya perkataan."lutut bergemertak".kebombastikan tu rasa sampai ke lutut sendiri.hoooooo~


Wednesday, November 24, 2010

ryo-chan!

Salam & Hello :)

dah duduk sorang ni memang takde benda sangat nak buat.nak keluar jalan, kena ada duit.nak makan, gerak sikit dah jumpa biskut.apa benda yang rajin?duduk depan laptop, online.internet ialah nyawaku.tetiba.astaghfirullahalazim.duniawi sungguh.

dua tiga hari ni, tetiba terlebih over rajin menggodek mysoju.com cari cerita best nak tengok.KONONNYA, nak tengok movie aje lah.nanti kang tengok drama berpanjang-panjangan pulak.mula susah nak tinggal laptop hahaha.

akhirnya, nehi kabhi nehi.habis 2 drama + 1 movie.pulak tuh semua yang Nishikido Ryo berlakon hahaha.cinta berputik kembali.ecewahhhhh.izzati ialah peminat-pasang-surut Nishikido Ryo.bila tengok SUKA, bila tak tengok LUPA.hahaha.kenapa izzati suka dia weh?sebab dia pemalu.hahhh izzati suka lelaki pemalu?YA*pipi merah jambu*hahahahaha.

habis part mengarut.mari mulakan sesi review bersama sizuka.sekejap sizuka sekejap izzati sekejap sizuka sekejap izzati.nasib baik bukan suzuki ke yamaha.ehhh kalau yokohama boley?

Ryusei No Kizuna [2008]-drama.suspense + comedy.drama ni super-best + super-lawak especially Ryo [Taisuke] lah kan siapalahhhh lagi.hahaha.Ninomiya-kun [Kouichi] pun lawak jugak, lawak comel-comel gituh.dalam cerita ni, ada satu part Ryo sebut 'orangutan'.ahahahaha comel gila!sooooodesukaaa reti jugak u cakap melayu des!

part ni saya PALING SUKA.gelak tak boleh berhenti sambil tepuk tangan ahahahaha.bukan gelak sebab lawak tapinya.gelak sebab seronok.tak boleh blah bila tengok muka Ryo, dengan cara dia cakap sambil sengih-sengih tuh.ahahaha~*sengih sorang-sorang*nak tau seronok tak seronok izzati bila tengok part ni, dia sanggup download part ni je, BUKAN satu movie.hahaha~

next, Niini no Koto wo Wasurenaide [2009]-movie.tukar mood.cerita ni sedih.perlu siap sedia tisu satu gulung sebelah laptop.AMARAN: sila kawal emosi.kalau tidak anda akan menangis tanpa henti.Ryo [Keisuke], watak utama yang ada sakit barah otak.izzati menangis teruk sebab yang sakit tu ialah Ryo.YA tu memang sebab utama hahaha.dia kan memang pro part nangis-nangis nih.ingat lagi 1 Litre of Tears?meskipun yang sakit tu bukan Ryo.tapi tiap kali dia nangis, izzati join sekaki.sibuk jugak nak nangis sampai sedu sedan hohhhh.ahahaha~

baru habis tengok ni, Orthros No Inu [2009]-drama.cerita ni macam ada unsur supernatural sikit.Ryuzaki Shinji [Hideaki Takizawa] yang kacak+cool *ngaaaa*, dia boleh sembuhkan orang melalui sentuhan tangan je [God's Hand], tapi gaya dia macam jahat sebab bekas banduan, tapi sebenarnya dia baik je.cuma tak berapa nak ada perasaan. Aoi Ry0suke [Nishikido Ryo] pulak boleh bunuh orang guna tangan dia, main sentuh je [Devil's Hand], tapi dia ni pulak baik hati, kerja cikgu dekat private school.kiranya macam vice versa lah kot.pepandai je kau izzati.macam-macamlah konflik dalam cerita ni.legenda lah segala kan.at the end, rupanya diorang ni adik-beradik.ada jugak nangis-nangis part last tuh sebab kalau ikut legenda Ryukoku, si adik [Ryosuke] kena bunuh si abang [Shinji] guna tangan dia.masa tu izzati ni berdebar bukan main nihhh.tetiba je menjerit jangan bunuhhh diaaaa!haaaaa itu namanya over-excited bila tengok movie.ahahaha~

siapa yang tak pernah over-excited tengok movie?tak perlu malu.kalau tengok cerita seram ke hantu ke pernah tak korang TERcakap jangan pergi situuu!!situ ada hantu!ada orang jahat!lariiiii!cepattt!!haishhh yang pergi situ kenapeee.jangannnnn! hahahaha.pernah ke tak?pernah ke tak?

p/s: ada orang lagi dasyat.bila ada scene tembak tembak, dengan dia sekali mengelak kena tembak sampai jatuh kerusi.ahahahahaha~


Monday, November 22, 2010

sang tikus comel

Salam & Hello

harus pengsan sekarang.seharian berusaha pergi setelkan hal internet untuk rumah baru nanti T____T dengan Anies.bukan senang macam kupas bawang rupanya.bayangkan kalau semua balik Msia, datang sini nak rumah dah siap sedia ada kelengkapan segala?kirim salam.internet ambik masa 5-10 hari bekerja untuk application & installment.dalam hati dah menangis berduka.isnin depan hari last boleh duduk HUIA.kira dari hari ni sampai isnin depan.baru 6 hari bekerja!*bayangkan hidup tanpa internet*tsk!harapnya encik tadi boleh tolong cepatkan application tu.pretty pleaseeeee.*bergenang airmata*

hai hai.nama saya Aqilah.ini rumah saya.Volt 1209.saya dalam perjalanan pulang ke Msia sekarang.saya berada di Brisbane ketika ini.pagi tadi saya sergah izzati pukul 5.15 pagi untuk bagi beliau roti.dan pagi tadi izzati sarapan dapat makan roti.kakakaka~

hai hai hai.nama saya pintu HAHAHA.bukan bukan.ini ialah pintu bakal rumah saya & rakan-rakan.ini nama dia pergi gatal naik tingkat 15 semata-mata nak tengok pintu rumah.Aqilah suruh berdiri depan pintu, dia nak ambik gambar.saya tak berani.terbayang nanti ada orang bukak pintu dan apa kejadah budak ni ambik gambar depan pintu rumah aku??kan naya namanya tuh.jatuh saham akak.hahaha.

setel application internet, pergi Westfield.sekarang dah summer.makanya siang ialah super-panjang.pukul 8 PM baru gelap.duduk dalam bilik sepanjang siang ialah tidak efektif untuk pertumbuhan kanak-kanak.hahaha.dekat Queen St.,kanan kiri SALE, makanya jalan tutup mata.NAMUN, masuk Westfield sudah tak boleh tutup mata.ada eskalator.kalau tutup jugak, maaf anda tersungkur.hahaha.terpandang Postie.ada baju cantik hanya $15.tarik Anies masuk Postie.dapat baju $15.pandang Anies.rupanya dia sambar DUA baju.hahahahaha.

dalam Warehouse.ini ialah perbuatan yang tak berapa nak matang okay.makanya, jangan tiru aksi ini di rumah.dekat Warehouse, tak apa.hahahaha.



ini ialah BENDA PALING COMEL DALAM DUNIA.dengar je pun korang dapat bayang betapa seronok izzati duk rakam suara sendiri dalam tikus tuh.sempat hujung sekali tikus tu tiru 'cube ko buat!cube ko buat!'.hahaha~


Sunday, November 21, 2010

sama tak serupa

Soalan 1

tengok ini



dan tengok ini



sila nyatakan persamaan & perbezaan kedua-dua video [10 markah]

merepek apa kau ni izzati tetiba nak suruh orang buat karangan pagi-pagi buta.

wii ialah sungguh sangat mengasyikkan.video atas tu ialah cilok dari Youtube, manakala video bawah ialah kredit kepada diri sendiri sebab berjaya merakam aksi srikandi-srikandi yang baru tahu HUIA ada wii setelah sembilan bulan duduk sini dan besok dah nak balik Msia.too bad girls.that is tooooo bad.siapa pulak yang bagitau diorang HUIA punya wii?siapalahhhh lagiiiii *tunjuk diri sendiri*.hahaha~

oh ya.kalau ada terdengar bunyi gelak macam armadillo tercekik biskut tu, itu saya.ahahaha.dalam video, TAK BOLEH gelak tanpa kawalan okay.nanti bukan rakam orang, duk rakam lantai hahh sebab tergolek jatuh kerusi.kakakaka~ohhhhh these girls made my day.ini ialah pada hari raya aidiladha.percayalahhhhhhhh.lepas makan bihun sup Rose & mi goreng hentam keromo, kitorang terus ngadap wii, main pool & ping pong.tak beraya macam korang.korang dapat makan daging sepanjang hari, kitorang siap mancing ikan guna wii, siap main badminton dekat meja pingpong.errrr kaitan daging dengan ikan?dua-dua boleh makan.tapi meja pingpong jangan makan.hahaha~

ada banyak video.tapi yang ni paling interaktif kot.interaktif katenye??

p/s: these girls are going back to Msia tomorrow.will miss them.takpe tahun depan boleh jumpa.mereka ialah jiran tingkat 12 di VOLT!bzzzz!petang ni plan nak lawat rumah diorang.ulalalalala~


Saturday, November 20, 2010

sizuka animalia

Salam & Hello :)

siapa pencinta binatang?sila angkat tangan dan tunjuk muka sendiri.bagus bagus.izzati ialah seorang pencinta binatang juga, tapi mungkin lebih kepada pencinta bintang-bintang di angkasa raya apakejadahakumerepekni.

saya suka binatang tapi saya takut binatang.errr faham ke tidak?suka tapi takut.mungkin ianya adik beradik dengan benci tapi sayang.satu lagi mungkin, benci tapi sayang ialah anak sulung.hahahaha apa puaka niyang merapik dah kau ni izzatiiiiiii.

jujurnya, saya takut binatang.tak kisahlah jinak ke liar ke.mungkin sebenarnya lebih kepada geli.tapi entahlah.siapa yang faham izzati tolong jelaskan please.saya tak boleh pegang binatang.kalau cuit cuit hujung jari bolehlah, itu pun nak jugak menjerit sampai satu dunia boleh dengar.hahaha.kalau haiwan tu duduk diam je takpe.ini karang nak tergodek-godek pulak.haaaaaa itu yang aku geliiiiiiii.pulak tu bila terasa badan diorang suam-suam panas.memang terjerit terloncatlah haku.

sizuka & rakan-rakan bersama biri-biri New Zealand [Autumn 2010]

nampak syok cerita pasal kelemahan diri dalam blog sendiri?sebenarnya tak syok okay.bulu roma meremang duk terbayang kucing badan panas dekat kaki.kucing pun takut??yesssssssss.kan kucing tu binatang jugak.huuuuuu~

saya join contest 'u & animalia' milik encik shahrul azrie.tauke blog memorabilia ini ialah follower sizuka-world-of-life yang paling terbaru.tetiba macam autobiografi kan.makanya, sebagai tanda terima kasih daun kari tidak terhingga kepada beliau, saya join contest yang kebabom ini.harap-harap boleh menang ekhemmmmmmm.hahaha.

korang kompomlah banyak gambar dengan binatang-binatang sebab korang tak penakut macam saya kan?hape lagi...join jangan tak join!oh ya.tarikh tutup ialah esok.pohpaleh!mana yang takde gambar dengan binatang tu, pergi cari binatang cepat cepat hahaha.kalau siapa nak join, bolos saja banner itu!nak lawan zizan yawwwww.


Friday, November 19, 2010

nota pintu.satu minggu lagi.

Salam & Hello :)

satu minggu lagi, selamat tinggal kamar kecilku.aku berpindah ke istana raja HAHAHA.aicehhhh sungguh hiperbola engkau, izzati.mungkin, kita tak perlu segala puitis madah pujangga bulan bintang punya bahasa ni kan.minggu depan saya pindah rumah baru.seronots!sebulan menunggu ewahhhh.hahaha.ulalalala hoolahooop.sayonara HUIA 345, hello VOLT 1516 bzzzzzzz!

HUIA 345 ialah sebuah bilik kecil di dalam apartment kediaman milik UOA,beralamat Grafton Road.manakala VOLT 1516 ialah sebuah rumah di dalam apartment awam di Queen Street.ngahahaha~beza memang berbeza.

perasan tak nombor bilik saya sekarang & nombor rumah yang akan datang ialah berturutan?3-4-5 & 15-16.mungkin, izzati berjodoh kuat dengan nombor berturutan.baiklah entah hape kejadahnya tetiba bercerita pasal nombor kan?iklan iklan.hahaha~

cerita pasal nombor, sifu blogger Ben Ashaari is my lucky 250th follower.mungkin ada hadiah dari NZ?mungkin?mungkin?by the way terima kasih daun kari to all followers.sobs sobs tanpa anda siapalah sizuka di dunia adamaya ini.eh eh eh.dunia alam maya.kehkeh.

lupakan hal nombor, kembali ke segmen rumah baru.whoahhhhh tak sabar nak hias rumah sendiri!hahaha.teman serumah semuanya balik Msia, cintaku tertinggal di Malaysia.tetiba.hahaha iklan lagiiiiii.okay bayangkan, seorang izzati hendak mengangkat barangan kepunyaan 4 orang?apa kejadah yang akan terjadi kepada izzati?tumbangkah dia?tergolekkah dia?mungkin, tangan beliau akan mempunyai otot yang tertimbul timbul?

tapi jangan risau.dah mintak tolong orang nak pindah ahahaha.suspen je kan?kebelakangan ni suka pulak buat entri suspen suspen.hahaha.

p/s: semalam tengok Harry Potter kan?malam tadi saya mimpi pasal kawan saya yang memang gila Harry Potter.tapi bukan mimpi suspen berdebar sebab kena kejar dan terjun sungai la.hahaha~


Thursday, November 18, 2010

dah tengok Harry Potter!

Che'Ila cakap cam best je lepas tengok cerita boleh terus masuk mimpi.kemudian Izzati berfikir, mingkin, betul jugak kan.kalau malas exercise di alam realiti, mungkin boleh exercise dalam mimpi.ngahaha~

Salam & Hello :)

18/11/2010, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1 muncul di NZ.makanya, haruslah ramaiiii orang dekat IMAX.actually tak plan pun nak pergi tengok hari ni.dalam kepala otak duk fikir haishhh hari ni mesti ramai orang.malaslah.duduk bilik tengok kartun mungkin lebih seronok.namun sebagai seorang yang memang tak tetap pendirian [hahaha], makanya izzati berbising-bising dekat Twitter & Facebook siapa nak teman saya pergi tengok Harry Potter??

at the end, Cik Rose bersuara.berapa dollar tiket dear?
makanya, tepat jam 3.30 lebih lebih petang, Izzati & Rose berjalan ke Queen Street, and we made it.Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1-4.30PM, Cinema 1,Seat: I-4 & I-5.one sweet thing is, Rose belanja Izzati sebagai hadiah harijadi yang ke-21 yang masih jauhhhhhhh di hadapan.Rose cakap 'kesian nanti masa birthday, ko sorang-sorang je dekat sini.'Izzati cakap 'ohhhh that's so touching.but i'll be fine.aku okay je lah.anyway thanks.terharuuuuuuuu!'*senyum dan pura-pura gelak.gembira tapi ada tersebak sikit hukhukhuk.*

i tell you.this movie is super-awesome!!oh my prada.izzati can't wait for Part 2 next year!!pretty please cepatlah David Yates siapkan Part 2.please please pleaseeeeeeeeeeeee* bergenang air mata*.oh ya by the way, movie ni super-banyak part suspen suspen.berapa kali tah izzati terlompat terkejut tadi.hahaha.tapi sebab saya tau ni bukan cerita hantu, makanya masih berlagak cool walaupun sebenarnya dah semakin menggelongsor dari kerusi.ahahaha.Nagini memang suka buat aku terkejut!nasib baik tak tengok 3D.kalau 3D, memang dah lama izzati menjerit pada tahap kelangsingan tertinggi di alam semesta.haha~

ask me who is my favourite character in Harry Potter.my answer will be The Weasleys, especially Ron,Fred & George.mereka ialah super-cool.dalam movie ni, Ron ialah super-lawak & ada sweet-sweet sikit.comel gila!hahaha.Fred & George pulak, memang dah berkurun lama saya suka diorang.perangai gila-gila tapi dalam cerita ni Fred mati.tsk.sedih okay.Dobby pun mati.movie last ni banyak la part sedih sedih.sekejap orang ni mati, lepas tu orang ni mati.sobs~

cukup-cukuplah tengok gambar yang boleh google ye.apa kata tengok gambar yang tak boleh google pulak.ahahaha~

gambar: full-credits to RoseNina :)

Izzati: Harry, do you want some Frozen Cola?it's super-nice :)
Harry: Can I use my wand?*ngahahaha*

Rose: Harry, don't look at me me like that.that's scary.I'm shy~*kakakaka*
Harry: Ouh sorry I don't mean that.I'm looking at someone behind you.*suspen.suspen*

berrrrrrrcakap pasal Tangled.dekat Msia keluar 27Nov ni ye?tak pastilah tapi somewhere in November.tanyalah dekat NZ keluar bila.6 Jan 2011.i was like ????.itu ialah sangat mendukacitakan hati seorang peminat kartun tegar seperti saya.oh noooooooo dahlah waktu tu tengah membanting tulang di dusun ceri!

Thanks Rose for today.You are so sweet.I'll miss you.Hidup jiran VOLT!bzzzzzzz!

I looks blue.hahaha.Silah, I am not pinky kahkah~

p/s: malam ni nak mimpi Harry Potter, tapi taknak mimpi Nagini shoooooooohhhh!

i hate this

happy bukan kepalang bila dapat balik Msia, jumpa mak,abah, family semua.saya menangis sebab happy sangat dapat jumpa semua orang lepas lama tak balik.dapat mesej dari lelaki tersayang, cakap nak jumpa.saya happy tapi ada sikit nervous.entah macam mana rupa dia sekarang [?].jumpa dia dekat shopping mall, tak pasti dekat mana.tapi tempat tu tak familiar langsung [?].tiba-tiba ada sorang lelaki botak & bermuka seram tegur saya.he's said he's my lelaki tersayang.i was like...of course lah tak percaya.tapi macam kena pukau, i just followed him.jalan-jalan keliling shopping mall & ambik gambar sendiri dalam cermin as what me & my guy always do [?].tapi masa tengok gambar tu macam baru tersedar sikit, 'this is not him.he's tall.' then lelaki seram tu bawak saya pergi satu tempat macam office, a very big one.tiba-tiba dia tolak saya masuk satu bilik,gelap.waktu tu saya dah tersedar sepenuhnya.lelaki seram tu nak ambil kesempatan & berniat nak bunuh saya.Ya Allah kata saya dalam hati sambil memecut seribu darjah kepantasan seekor kuda belang [?].lari dah tak tengok belakang.masuk pintu sana, masuk pintu sini.i don't care.last sekali dapat keluar dari bangunan tu to a very unfamiliar place [?].lari dan terus lari sampai terjumpa sebatang sungai, yang mana dari hemat saya, sungai itu dalam airnya.saya tak larat nak lari dah.sumpah penat + berdebar sebab kena kejar lagi.lelaki tu bawak dua orang remaja untuk kejar saya [?].sambil lari ke arah sungai, saya sempat fikir dua tiga kali perlu ke aku terjun sungai.perlu ke.aku ni reti berenang ke tak sebenarnya.mungkin....aku patut mati dari ditangkap oleh manusia seram ni.nguuuuuuu~ [?].saya terjun & menyorok dalam sungai, as in saya menyelam [?].dan berserah antara hidup & mati.lepas tu....

dan cerita ni terus menjadi semakin mengarut, dan semakin mengarut.kalau saya teruskan, makanya banyaklah tanda [?] nak sampai ke hujung cerita.hohoho~

tulahhh.tengok lagi Penny Dreadful tengah-tengah malam.tak sedar diri yang dia tu memang tak boleh tengok cerita suspen,siap termimpi-mimpi lagi.i'm totally hate this.dislike dislike!bangun tidur tadi punyalah berdebar bukan main + rasa penat macam baru lepas berlari.terkejut Rose bila tengok ada manusia yang berketinggian 167cm, tinggal 120cm je bila tidur, bila kejut tak sedar-sedar.bila mimpi buruk macam ni, skill menggulung badan izzati ialah terhebat di alam semesta.ahahaha~Rose bukak muzik kuat pun saya tak gerak-gerak tadi. mungkin, sebab mimpi terlalu mendebarkan, makanya aku dah tak peduli apa terjadi di alam realiti.hahaha~

nasib baik tumpang tidur bilik Rose.kalau tidur bilik sendiri...huuuuuuuuu~nak kata tak baca doa tidur, dah baca dah.siap mengucap + ayat kursi lagi.huuuuu~

sampai bila-bila pun, takkan tengok cerita seram/suspen/thriller sorang-sorang.takots!

p/s: pernah sekali bangun tidur, rasa mata basah.rupanya menangis dalam tidur sebab mimpi cikgu curah peanut butter atas kepala dalam kelas.hukhuk~

Wednesday, November 17, 2010

hari ini hari raya

live from Auckland,NZ

Salam Aidiladha dari Sizuka :)

Salam Aidiladha juga dari Encik Biri,Encik Meow & Encik Hamster.ini semua belaan lelaki tersayang.semua nak tumpang masuk blog.kehkeh~

hari ni no more jalan-jalan.berehat lah pulak.hari raya anak dara perlu duduk rumah ecewahhhh.tapi dalam hati sadis sebak terasa.no rendang no daging korban tsk.sarapan roti & vegetable creamy soup jek.sobs~tengahari ni tak taulah menu apa kan.dah duduk sorang ni bukan rajin masak pun.hukhuk~menumpang Cik Rose lah lunch nih.buat kolaborasi miahahaha~

oh ya.semalam cakap nak upload video kan?nah~ini pun lepas dua tiga kali fikir.hahaha~



tak suka dengar suara sendiri dalam video.macam kartun.hahaha~err btw, Ena memang berbakat dalam rakaman video sebenarnya.beliau ialah super-hebat.kalau tengok video yang Rose rakam, Ena dah boleh jadi hos jalan-jalan cari makan okay.memang superstar beliau.kehkeh~izzati??kirim salamlah.i ni terlebih pemalu kalau dalam video.luar video pun pemalu jugak.hahaha.dalam video ni Rose kuat gelak jer.kahkah.oh ya sebenarnya yang saya nak sebut tuh Chocolate Fondue.entah macam manalah nak sebutnya.main hentam je.hahaha~

p/s: sedAAp tu trademark Qilah, Rose cakap:P

izzati baru buat twitter atas pujukan Rose.menarik jugak rupanya twitter nih.macam twisties.hahaha~



Tuesday, November 16, 2010

sehari sebelum raya

sehari sebelum raya, izzati tak pergi cari baju raya.tsk~

Salam & Hello :)

hari ni izzati merayau lagi.ding dong ding dong Queen St. jugak arah tujuan.ahahaha.err sebenarnya pergi menyibuk ikut Rose,Ena,Bebe & Qilah pergi ambik visa.diorang dah nak balikkkkk.wuwuwuwu~hari ni izzati dukung 'baby' jalan-jalan.tembak sana tembak sini.bak kata Rose, izzati gila teropong orang.

Bebe & Qilah dah balik dulu.jadinya, jalan-jalan buat video & tangkap gambar dengan Rose dengan Ena aje lah.ada videonya tapi nantilah dulu.heeee.sabar tau.haaaa nak tengok ke taknak?kalau nak, tungguuuuuuuuuu.kehkeh~

first time makan snow ice/ice snow whatever.sila gelakkan izzati beramai-ramai.hahahaha.orang lain yang dekat Auckland dah berkurun zaman makan benda nih, izzati baru nak rasa hahahaha.

muka itu over okayyyy.nak drama punya pasal.hahaha.snow ice ni macam air batu campur pun ada.tapi tekstur dia lagi soft.hah tu dia izzati dah macam pengkritik makanan ye bercakap pasal tekstur.hahaha~

p/s: duk fikir lima enam kali nak upload video ke tak.hahaha.suara dah macam kartun.kahkah~

oh no.besok raya.emak, rindu :'(

Monday, November 15, 2010

first time...

first time buat banner.ada nampak macam banner ke?ke macam bendera?ahaha~

yang bawah ni baru tambah.hohoho mana yang okay?

saya, memang tak reti nak buat yang lip lap lip lap anak ami tuh.ataupun yang flash sana sini dan memang nampak super-cool tuh.belum cukup ilmu bak kata orang.tapi bak kata izzati, malaslah nak pikir macam-macam.haha~

p/s: habislah lepas ni silah panggil saya pinky girl lagi.dush!


my monday ulalala~

jalan-jalan lagi.sorilah these few weeks memang gila berjalan.ngehhhh~

Salam & Hello :)

Marvellous Monday kalau holiday.kalau bukan holiday, namanya Miserable Monday.kakaka~
destinasi hari ini : SkyTower

niat suci murni nak guna kupon dalam pamphlet,naik menara & melihat Auckland City dari atas.rupanya tu kupon free untuk ke SkyDeck sahaja, bukan admission.cesssss.pelamin anganku musnah.kenang daku dalam doamu.izzati merepek lagi.

misi gagal.tukar ke Plan B: camwhoring dalam SkyCity.makanya, habis semua eskalator kitorang naik.bila dah tak jumpa eskalator baru turun.haha.sekali tengok, macam budak-budak buat lawatan sekolah pergi menara.hahaha.

main tangga.yes tangga bergerak.masa kecik dulu kemaen gayat nak naik benda alah nih.sekarang pejam mata pun boleh, tapi tersungkur lah.hahaha~

lihat lihat lihat.pleaseeeeeeeeeeee jangan cakap 'hoi besarnya izzati'.that's hurts.i am a normal girl with 167cm height.diorang yang kecik.Anies, Bebe & Qilah yang kecik okay.mereka saiz budak-budak.kehkeh~

my diet has nothing to do with my height.kalaulah diet boleh buat saya jadi rendah, hoooo tak relaaaaaaa.tinggi itu satu style.nampak perkasa macam satria bulan bintang.hahaha~

see.even Rose pun nampak macam cikgu diorang kan.i tell you, kitorang memang variasi in size.so jalan-jalan hari ni, Rose nampak macam cikgu kelas, the others murid-murid dan izzati cikgu disiplin.kahkah~

look!there's a red car on the tower!not on the tower!at the side of the tower and it's going down!sebenarnya tak bergerak pun.just terlampau jakun macam mana diorang letak kereta tu dekat situ.hooooo~

look!there's a big Santa on Queen Street!it's on Whitcoulss!ngehhhhh.Santa's Parade will be on 28th Nov.sehari selepas saya berpindah rumah.2 weeks to go!

chicken nibbles ialah awesome.oh noooooo ini merosakkan kesihatan.kolesterol tinggi, kalori menggunung.tidak bagus dimakan selalu.hanya boleh dimakan sekali sekala.tapi sumpah sedap ini lorhhhh.rasa macam keropok lekor.hahahaha.cakaplah izzati tipu tapi izzati tak tipu.selesai dah kempunan keropok lekor hahahaha.tapi Fareha, jangan lupa menuntut ilmu keropok lekor okayh.I will wait for you.ewahhhhh~

p/s: tak banyak favourite pictures in my camera.perlu sedut dari Rose, Bebe & Qilah.heeee~


bertukar!

wajah blog bertukar dari baju-baju di ampaian ke sana pink sini pink.kakaka.layout pun bertukar.dari 3 column ke 2 column.agak menggila nak susun segala benda dekat column tepi tuh sebab ada banyakkkkk benda.hahaha.dah remove badge facebook tapi rasa macam nak letak balik.kakaka.tapi kalau ada yang nak add saya dekat facebook, bagitau ye.sebab saya tak approve kalau takde mutual friends / mutual friends ada 1 or 2 je.i've bad experience with stalker.huhu~

well.korang rasa layout baru ni nice ke tak?ke yang baju-baju di ampaian lagi nice?hahaha.saya simpan lagi layout tu tau.bila-bila pun boleh tukar semula.kehkeh.hahhhh lagi satu.senang tak nak loading dengan layout baru ni?ke lagi berat?

i tau i banyak tanya.hahaha.but pretty please tell me.

thank you :)

p/s: i'm not a pinky girl though.tapi dalam banyak-banyak warna saya suka pink.hahaha.biasa orang suka pink ni like so lemah lembut punya orang kan.me not.that's why Rose cakap izzati pelik.hahaha~

Sunday, November 14, 2010

memang tak reti duduk diam

what to do.Izzati just can't stay inside her room for the whole day.

Salam & Hello :)

I went out.again.today.yang mana sepatutnya hari ni ialah hari berehat sedunia untuk Izzati.tapi dia keluar jugak meninggalkan bilik tercinta.ewahhh.

sebenarnya, hari ni Stardome punya open-day.jadi ia punya free admission.Izzati memang super-minat benda free-free.bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari ye.hahaha.makanya, mari kawan-kawan kita pergi belajar hal ehwal planet di alam semesta.ngehhhh~

saya memang tak berapa boleh nak bukak mata kalau panas sangat.silau.

this is cool.i can see myself in Qilah's shades.kakaka~

these girls [Rose, Ena, Qilah & Dibah] are my companion these 2 weeks.mereka akan pulang ke Malaysia next week.so saddddd so sadddd.so next week punya entry, Izzati akan punya new companion.siapakah?tapi mungkin juga i'll be a lone ranger di mana hanya akan ada gambar benda-benda & no more izzati in pictures.oh that's going to be VERY frustrating hahahaha.


helloooooo people on earthhhhhh.I am your astronout for todayyyyyy.BUT I think my body is way toooo big and my leg is very short.to be honest, I have long legs actually.boleh tukar tak?hahaha sukahati kauuuuuu je.

mirror mirror on the floor, tell me who's the highest among us HAHAHA.oh no girls.joking okay.cermin ni sungguh penipu.macam mana kitorang boleh jadi terbalik?Qilah said, izzati, this is what we called physics.duhhh i'm bad in physics.kakaka~

p/s: oh no this week i'm super-busy jalan sana sini.help me.I'm poor of money but rich with pictures [hahaha].


Saturday, November 13, 2010

perempuan coklat

perempuan & coklat tidak dapat dipisahkan.ibaratnya seperti isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing dan bagai kacang yang lupakan kulit [?].apa puaka niyang merapik yang kau merepek ni izzati.

Salam & Hello :)

Sepulangnya izzati dari pantai semalam, dia tidak terus baring-tidur-dan-bangun pada pukul 10 pagi esoknya [hahaha].sampai HUIA pukul 8.00pm [masih siang], dan terus keluar kejar bas dengan Rose & Ena pukul 8.35pm [selepas Maghrib] untuk ke Parnell.next misson: Chocolate Boutique.coklat ada butik okay.and this is freakin' awesome babe!9 months duduk sini, and this is our first time in Chocolate Boutique.one word: awesome.

mula-mula sampai, ramai orang.it's Saturday Night and we forgot about that.dush!tapi layan aje lah.selit punya menyelit and then we got a table given by an uncle.sambil dia nak keluar tu sempat lagi dia bisik 'you better hurry.more people are coming in.'lepas tu kitorang apa lagi, masing-masing taknak bangun takut orang take over meja tuh.hahaha.at the end, izzati bangun pergi order dengan bergaya.ecewahhhh~Cream & Cookies for Rose, Chocolate Frappe for Ena and Chocolate Waffles for Izzati.ngeee~

many people inside the little boutique.oh ini Rose.patung belakang tu sensored sikit ye.bukan untuk tontonan umum~

this is mine.Chocolate Waffles.Ya Tuhanku ini ialah super-sedap!makan sekali nak lagi.makan satu pinggan rasa nak lagi dua pinggan.hahaha.this is super-nice weh.bayangkan okay, waffle panas + chocolate ice-cream + fresh cream + chocolate sauce.this is awesome babe!lupakan hal diet anda untuk menikmati ini.berbaloi-baloi!

Ena & Rose minum tapi Izzati makan.hahaha.

trying hard to get this picture.sebenarnya dah terang tang tang dekat situ tulis NO CAMERA.kak rose kita tak pedulik.izzati kau sana sikit.senyum.then here it is.kakakaka~full-credits to Rose:)



Parnell pada waktu malam ialah super-nice.Parnell itself dah memang sangat nice with very classic buildings and area.lepas camwhore berhabisan, kitorang melayan jiwa dalam bas The Link.konon-kononnya menikmati keindahan malam di Auckland.sengaja ambik bas yang pusing jauh masuk Queen St., Ponsonby segala.it's quite fun though :).

I will come again Chocolate Boutique.I will.

p/s: besok ialah hari berehat sedunia untuk Izzati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...