Friday, July 2, 2010

takot.seram dan sewaktu dengannya.

semalam pergi jalan-jalan kekonon nak lepas tension jiwa kacau segala.macam biasalah Queen St. jadi destinasi pelancongan.pelancongan habes kan.habis tu nak pergi sampai Mission Bay?tak tercapai dek kakiku dik.sekarang ni musim semua orang gila dekat vampire kan.sana Stefan sini Demon.eh bukan.Damon.silap.lepas tu Edward Cullen pulak muncul bagi lagi hangat.sudah tentu bukan hangit.tambahan pula*ayat karangan BM*semua vampire-vampire ni sangat good-looking dan hot yang mana pandangan mereka mencairkan si gadis-gadis.hah masuk dah ayat bombastik.haha.sekarang ramai kawan-kawan saya menggilakan vampire.farry,nisa,aten dan sewaktu dengannya.tapi bukan saya.saya suka tengok cerita hantu tapi bukan tengok sorang-sorang.nanti terbayang memacam hah mula kau tak boleh tido.mula pandang sana sini terbayang macam-macam.heeeeeuuuueeeeuuuu.seram~

keluar malam tadi memang motif nak snap gambar depan cemetery ni.cemetery ni kawasan perkuburan yang bertahun lamanya.kalau tenung lama-lama boleh berdiri bulu roma oh.lain kali kita buat kelas sejarah okeh.haha.masa ni dapat snap tapi kereta ni potong line betul lah.dah shaking gambar gua.tapi agak terbaik lah kot kan.lepas ni kena try dengan lebih baik lagi.tak sempat nak setting derr sebab kena lintas jalan.hadoi.

yang ni buat saya seram sejuk.serius oh.malam tadi masa tengok dalam kamera tak perasan langsung.lepas tu bila dah transfer dalam laptop baru perasan.tengok tengok terkebil kebil sorang-sorang pukul 11.55pm.lepas tu dah rasa lain macam.baik aku tidur daripada edit gambar nih.seram woi.pagi ni baru boleh tengok betul-betul dengan hati yang tenang sambil bukak langsir seluas-luasnya.cuba mengingatkan kembali detik-detik saya snap gambar ni.tak terpikir olehnyalah pun.huuuuuuu~

p/s: dulu khairul pernah tunjuk gambar yang adik dia ter'snap' masa tengah test test handphone baru.yang tu lagi seram woi.nanti saya geledah cari mana letak gambar tu okeh.huuuuuu*kekonon nak buat seram*

Thursday, July 1, 2010

Malaysians,Welcome to Auckland

Assalamualaikum & hello hello semua orang tidak kira di mana anda berada.Hari ni rasa macam nak buat ucapan alu-aluan.sukahati kau je kan izzati.ye memang sukahati dah ni blog aku.bukan aku buat ucapan alu-aluan dekat blog lain pun.haha.ok emo.abaikan.jiwa kacau sehari dua nih.

2-6 Julai ni Auckland jadi tuan rumah untuk BERSATU Games 2010. Rasanya most of Malaysian dekat New Zealand tahu pasal games ni.untuk yang tak tahu*sila beri perhatian*BERSATU Games ni dibuat setahun sekali untuk Malaysian yang berada di New Zealand.ala-ala macam reunion lah kan.bukan jugak kot.reunion untuk orang yang dah pernah jumpa tapi lama tak jumpa.ni macam...emm...di sini berkumpulnya...eceh.tetiba keluar ayat novel lagi.cukup.BERSATU Games ni macam-macam sukan ada.Basketball,Handball.Volleyball,Touch Rugby,Soccer dan sewaktu dengannya.hah ni lagi satu jangan main-main.sepak takraw pun ada.bola import dari Malaysia siap.ntah ntah nanti boleh tengok tekong ala-ala import dari Thailand.hah siapa tahu kot boleh tengok skill lipatan kuda laut ke kuda darat ke nanti.tadi lepas teman Fareha pegi meeting dah jumpa satu geng dari Dunedin.nak pegi Queen St. katanya.tanya macam mana nak pergi sana.memang korang bertanya dekat orang yang tepat.kitorang dah master dah hal Queen St. tuh.tempat anak ikan bermain.hah kau tetiba.haha.tetiba lagi diorang cakap winter dekat Auckland macam summer je dekat Dunedin.tetiba lagi kan.memanglah dah Auckland dekat North Island, Dunedin dekat South Island.memang beza.malas pulak nak buat kelas Geografi kaji cuaca North Island dengan South Island New Zealand dekat sini.lain kalilah kita cerita pasal cuaca okeh.sekarang ni mood ala-ala tour guide tanpa gaji.kena bersedia kalau jumpa Malaysian yang muka tak berapa nak familiar tengah-tengah jalan.mesti bertindak secara professional.haha.pro sangat kan.btw saya tak terlibat pun main-main sukan ni.tapi melibatkan diri ke kancah volunteering pulak.kancah tu bombastik gila boleh.kau ingat macam kancah kemaksiatan ke?hadoi.bukan bukan.saya jadi volunteer untuk BERSATU Games ni.macam urusetia.nak tanya apa?tandas mana?dekat situ.naik tangga belok kiri turun kanan.hah lebih kurang macam tu lah.macam kaunter pertanyaan pun boleh jugak.dah dapat tshirt dah.nak tengok?nantilah tunggu saya pakai baru tshirt tu nampak hensem.hahaha.dah.besok cerita lagi pasal games ni lepas perasmian.

well.pagi-pagi tadi pergi jalan-jalan keluar makan-makan dengan Gwen,Kyra,Nuna,Fareha,Syida dengan Nisa.memasak lepas tu makan sampai perut penuh.memang terbaik.tunjuk tempat-tempat dekat domain tu kat Gwen.Gwen ni kawan kitorang dari China.dia comel gila.tak tipu.rasa nak pinjam lesung pipit dia lepas tu tampal balik guna gam UHU.hahaha.kau gila pakai gam UHU.kalau guna hot glue pun belum tentu boleh lekat balik.

kalau perasan dekat gambar atas tu takde muka budak ni.memang tak sah kalau takde gambar dia.dah nama pun blog dia kan.mesti wajib kena ada gambar dia.kahkah.abaikan ekspresi melampau tu.

p/s: zack selamat datang ke Auckland.tak tahu ko sempat baca ni ke tak.mesti ko dah dalam perjalanan kan.betul jugak.jumpa nanti!:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...