Sunday, July 18, 2010

semua dalam satu,satu dalam seribu*tiada kaitan*

ini adalah entri satu dalam seribu.BUKAN.seribu dalam satu.TIPU.tidak sampai seribu.ok sudah sudah.mari pergi terus kepada isi kandungan.tidak perlu mukaddimah sepuluh mukasurat ataupun muzik iringan berlagu pilu.aduh.haha~

memperkenalkan baby baru saya.namanya My Baby Orange Polaroid.cool eh?haha.idaman hati setelah sekian lama.sekarang My Little Baby & My Baby Pink sudah punya adik beradik baru.bolehlah berkasih sayang.tidak perlu bermusuh.I heart you all♥.eceh.

sudah 3 tahun bersama suka & duka.gituh kan.ini semua rakan-rakan seperjuangan B.Ed.TESOL Cohort 1 IPGM Kampus Temenggong Ibrahim-University Of Auckland.fuhh panjang kan nama kitorang.semoga kita semua akan mencapai kejayaan tidak kira disana disini dan dimana-mana.bak kata orang putih 'with flying colours':)

ini mungkin hasil kerja terbaik untuk hari semalam.chewah.terbaik sangat.boooo!:P

semalam juga membuat parti kecil untuk harijadi nisa.ini namanya cucur manis.kalau dekat Msia orang makan cucur dengan sos cili ataupun apa-apa sajalah.dekat Auckland kitorang makan cucur manis dengan chocolate.WOW kan.western habis.ke ada yang dekat Msia makan cucur manis dengan chocolate juga?maaf mungkin saya tak tahu.saya orang hulu,makan sayur cicah budu.tetiba takde kaitan.bila masa kau makan budu?HAHA.

ini hasil masakan hari ini.tak tahu nak bagi nama apa.niat asal nak masak paprik.tetiba bahan tak cukup apa lagi hentam saja.tapi bukan boleh sebarang hentam.hentam hentam jugak tapi mesti cool.jangan main letak semua seasoning yang ada.haha.nanti orang yang makan boleh kena diarrhea.jangan main-main woo.diarrhea seksa.hehoheho~eh tadi cakap niat asal paprik kan?lepas tu jadi apa?jawapan: tak tahu nak bagi nama apa.resepi baru mungkin?biasa dengar kan ikan masak sweet sour.hah ini ayam masak sweet sour.mungkin?apa-apa lah.sungguhpun begitu*macam buat karangan nak dapat 5 bintang*,credits to rose & ena sebab men'sponsor'kan ayam kotak.HAHA.sedap oh ayam kotak.tambahan pulak bila ada orang sponsor.heeeee.

hari ni ada floor meeting + hall meeting.biasalah ada freshies baru masuk.tapi tiba-tiba macam semua kena terlibat.saya & fareha yang konon rasa diri macam senior sangat membuat keputusan untuk melarikan diri.kahkah.sebab takut RA ketuk pintu bilik suruh pergi meeting.jadi kami membawa diri ke IH untuk mengganggu hidup rakan-rakan disana.dan destinasi kami adalah ke teratak azmi atau nama orang putihnya Jimmy.semua silalah berkunjung ke blog beliau jika mahukan resepi-resepi terbaik dari ladang.tibe.haha.thanks azmi sebab sudi membiarkan kitorang membising dekat teratak ko dan di atas tajaan kerepek yang sangat sedap sampai habis dimakan hawa dan fareha.kahkah.berbalik kepada cerita freshies baru masuk.kami mendapat jiran-jiran baru lagi.jika sebelum ini jiran-jiran sangat menyakitkan hati kerana perangai yang sangat sangat tidak matang,menjerit siang malam pagi petang dan berkejaran bagai hero heroin hindustan.kali ini lebih seram.jiran-jiran baru perangai lebih pelik dan luar biasa.nak tahu macam mana luar biasa?nanti besok saya cerita.ni macam dah panjang berjela sangat.nanti ada yang taknak baca sampai habis.betul?kan.

p/s: rose aku tahu ko baca ini.dengan itu sila komen.azmi aku dah sebut nama ko dekat sini.jadi sila komen.HAHAHA.

p/s*lagi*: besok dah start sem baru!*pengsan*tibe~

Saturday, July 17, 2010

Cendol's Winter Roadtrip [final part]

sudah tak mahu banyak mengarut.mari tengok gambar.banyak cerita best tertangguh semata-mata nak habiskan entri roadtrip.pasal my new baby orange dan B.Ed.TESOL 3rd Anniversary bla bla bla.tunggu tunggu tunggu.nak habiskan cerita ni dulu.sumpah lepas ni dah takde 'bersambung...'.betul tak tipu.

ini semua geng Cendols.wah kreatip tak akak.hah kau puji diri sendiri.haha.abaikan abaikan abaikan.magic words saya untuk geng cendol adalah...
'mungkin mereka nampak gila tapi mereka kawan-kawan saya yang sangat disayang'
*eceh tetiba feeling lebih.HAHA.bff cendols sekalian.sesungguhnya kalian sangat awesome.selalu thumbs up kan.kali ni nak buat hands up pulak.boleh?haha~*

ini German Angora Rabbit.hah ingat.rumus add math dulu tak pernah pernah nak ingat.sudah.bukan nak cerita pasal add math.fokus hari ini adalah arnab.YES.arnab tuan puan sekalian.sesungguhnya arnab ini sangat maha besarnya.Allah Maha Berkuasa.wujud arnab sebesar ini.geram geram jugak bila tengok tapi takut nak pegang.sudah termaktub diri ini takut dengan binatang berbulu.sedangkan hamster comel dirumah pun dicampak ke dinding.inikan pula arnab sebesar ini.kalau bagi saya pegang, arnab ini akan melayang ke Waitomo Caves mungkin.siapa tahu.haha.namun bulu arnab ini sungguh sangat dan terlalu lembut.sangat seronok jika fulus bertaburan dalam akaunku.sudah tentu boleh riang gembira 'swipe' kad kredit dan membeli souvenir untuk keluarga tersayang.sungguhpun begitu.itu semua khayalan semata-mata.aduh pahal aku buat perangai tulis ayat novel nih.haha.abaikan~

masa ini semua dah kena penangan arnab tersebut.semua pun nak jadi arnab sebab rasa comel.eceh.haha.semua dah cacat.kesian kan~

ini lepas keluar dari gua.eh?gua apa?dekat sini orang tak sebut gua.diorang sebut CAVE.betul tak tipu.pergi tengok kamus sana.haha.ada orang rasa nak sepak?jangannnn.nanti tak habis entri nih.ini baru lepas keluar dari Waitomo Caves lepas tengok glow worms.erk?worms?masuk gua tengok cacing?haaa jangan buat hipotesis sendiri.pergi google sana.lepas tu kalau nak WOW baru datang sini balik sambung baca.haha.

bak kata chapix.masuk 2km bawah tanah.berani?

dah habis cerita pasal roadtrip.seronok tak terhingga.lepas ni rasanya dah takde roadtrip kot.maybe airtrip?tetiba kan.lepas ni pergi melancong naik flight ke kereta api lah pulak kot.ataupun bot atau feri.mungkin rakit?sudah sudah.mungkin motor?sudah.nanti saya cerita pasal baby baru okeh:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...