Tuesday, March 8, 2011

minggu yang sungguh menyibukkan

minggu yang menyibuk ataupun manusia yang bersibuk-sibuk?baiklah, nak pengsan baca ayat sendiri.ini bukanlah suatu entri yang panjang berjela-jela, ianya pendek dan singkat sahaja.atas alasan kesiannya blog ni lama betul tuan dia buat tak tahu je.padahalnya bukanlah lama sangat.kan dah kata, alasan semata.

besok kena pergi sekolah, test budak-budak comel 5 tahun untuk subject Primary Mathematics, berbekalkan kartun katak sembilan ekor, liliy pad satu keping dan kad uno strawberry shortcake yang tertulis nombor satu sampai sembilan.lupa pulak nak ambil gambar kartun katak sembilan ekor warna hijau dengan lily pad warna pink.besoklah okayyy.

tetiba teringat kata-kata seorang classmate dalam kelas Primary Maths haritu:

I hope we're going to do this kind of thing every week.This is so much fun.

dan apakah aktiviti yang dikatakan oleh classmate bertuah saya itu??ianya ialah mewarna & menggunting.to be more specific, mewarnai lily pad & menggunting katak-katak hijau.baiklah, mari pulang ke zaman prasekolah kawan-kawan HAHAHA.

tengok.tadi cakap nak tulis sikit aje kan.tetiba TERpanjang.

okayyyylah.


the sun is setting in the sky...teletubbies say goodbye.tinky winky...dipsy...lala...po...po~!kantoilah aku peminat teletubbies HAHA.minat Po sebab tu sebut nama Po dua kali.kahkah~

p/s: housemates semua tengah gila tengok pontianak kacak dalam Vampire Diaries.saya belum tergoda lagi nak tengok.takut addicted.HAHAHA.

Sunday, March 6, 2011

of Volt Garage Sale & Pasifika Festival Launching

Semalam, kitorang [saya, housemates dan jiran kami-Rose & the geng] buat Garage Sale.banyak jugaklah benda-benda yang kitorang jual.Alhamdulillah ada jugak yang sudi datang ke teratak kecil tapi meriah kami ini.ecehhhhhhh.Thanks Thanks Thanks~!



banyak yang terjual, BANYAK JUGAK yang tak terjual.nama pun gadis-gadis.KALAU seorang ada lima enam puluh helai baju *saje exaggerate*, kalau 8 orang?lu kiralah sendiri.itu pun ada je yang terkeluar nak pakai baju apa hari ni eh HAHAHA.tetiba teringat, cousin saya pernah tersebut ayat tu depan suami dia waktu dia tengah pilih baju kurung nak pergi kerja.

tak tahu nak pakai baju apa lah hari ni.takde baju dah.

LailahailAllah baju kurung punya banyak sampai nak runtuh almari, boleh tak tahu nak pakai baju apa.

makanya, lelaki lelaki semua bersabarlah okay.lumrah kejadian Tuhan, perempuan memang macam tu.hihi :)

hari ni, ada perasmian Pasifika Festival sempena Auckland Arts Festival 2011.tahu tidak Pasifika itu apa dia?Pasifika stands for Pacific Island Countries, negara-negara kepulauan [Fiji, Tonga, Samoa, New Caledonia, Hawaii etc.].komuniti diorang dekat New Zealand agak besar makanya bolehlah diorang nak buat festival kebudayaan tiap-tiap tahun.seronok weh dapat tengok tarian hula yang menari pakai daun nyor tuh.syok habes.tapi sebab buat dekat Auckland, tak bolehlah nak guna daun nyor.angin kuat weh.

oh ya.by the way, orang-orang kepulauan ni warna kulit dia macam orang kita, sawo matang lah bukan sawa batik.tetiba.muka pun lebih kurang dekat-dekat nak sama.mungkin, kita pun orang kepulauan jugak ye dak?kehkeh~



ouch sexayyyyyyy~!lihatlah perutku, ramping kan.dah cakap tadi kan, diorang tak pakai daun nyor.tapi kan, suara diorang diorang ni memang merdu sungguh.bila dengar diorang nyanyi, rasa macam tengah duduk tepi pantai minum jus tropikal dalam gelas tinggi yang ada payung kecik warna oren tuh.



presenting, Miss Pacific Island.seriously dia cantik sangat.lepas tu menari lemah gemalai pulak.mana tak habis semua pakcik makcik nak ambik gambar dengan dia.lelaki lelaki semua terpegun tengok dia menari.cantik sungguh wa cakap lu.

lepas lelaki-lelaki habis seronok tengok perempuan cantik menari atas pentas, tiba giliran perempuan-perempuan pulak terpaku tengok lelaki-lelaki ganas buat persembahan.



they're Samoan & they're blood-related.mula-mula bila diorang naik pentas macam tak berapa nak excited sebab biasanya perempuan je menari bagai nih.TAPI performance diorang best gila.mula-mula menari yang ganas-ganas tepuk badan tu je.tetiba keluar lagu 'Whimp my hair' lepas tu yang depan sekali duk sibuk buat head banging.HAHAHA lawak gila.tetiba keluar pulak 'Waka Waka' lagu Shakira tuh, kemain seronok bergelek tapi masing-masing gelek screwdriver mata biasa tu je, tak jadi gerudi kahkah.



habis je opening tu terus pergi merayau dekat Queen Street.macam tak biasa.HAHAHA.dan menikmati Nasi Ayam Penyet as my lunch.


I'm so love it~!lepas ni mungkin perlu bertukar selera.mungkin, tema makanan tahun ini bukan lagi Ayutthaya,selera Thailand.mungkin, kita patut bertukar ke Bali Star,selera Indonesia.suka suka suka~!

p/s: oh ya, say HELLO to Autumn~!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...