Tuesday, February 7, 2012

Le Tour De Malacca - Jonker Walk

orang cakap kalau pergi Melaka, HARUS pergi Jonker Walk.I have no idea what is Jonker Walk, how it looks like et cetera.ini second time aku sampai Melaka.first time masa aku masih seorang kanak-kanak comel yang pergi rombongan sekolah masa musim cuti.sekarang, aku dah 20-an *ekhem*.I mean, the situation itself is way toooooo different.

dulu aku nak pergi Mahkota Parade sebab nak beli Playdoh.comel sangat rasa masa bebudak dulu.HAHA.

kalau nak jenjalan dekat area Bandar Hilir, JANGAN naik kereta.boleh pengsan duduk dalam kereta lama sangat.kitorang ni masing-masing jadi emosional sebab duduk dalam kereta je.berjam-jam kot.dengan tak tahu nak tidur mana malam tu.bajet sempit, jadi kena meredhai ketentuan Ilahi bahawa kami bakal tidur secara ekonomi.nak bermewah dekat Melaka?pastikan poket uols tebal.especially when it's peak time, the accommodation price is crazy.

lepas keluar masuk few motels and guest house, jumpalah satu dekat Pahlawan Walk.not bad for the price.RM120 for connection room (dua bilik bersambungan).kitorang enam orang, so satu bilik 3 orang.nak tidur semalaman je pun makanya semua orang redha.pulak tu, memasing kaki dah nak tercabut dan tak larat nak cari tempat lain dah.so lepas dapat bilik je terus mengadakan acara penghumbanan diri beramai-ramai atas katil.sosial sangat.

malamnya, lepas memasing dah kembali hyper (HAHA), kami keluar makan.kereta ditinggalkan.jalan naik kaki sendiri.mudah, cepat dan tak ada traffic jam.tapi memenatkan meskipun membakar lemak.aku punya bijak, tinggal selipar dalam kereta.terpaksa pakai sandal.hamek berasap kaki gua.

Dinner at Nasi Lemak Antarabangsa, Dataran Pahlawan.makan nasi lemak lepas tu boleh pilih nak lauk apa.macam-macam ado.dan sedap.


Melaka, during the night is damn pretty.beca berlampu dan berlagu.bukan lagu calang-calang oh.ada satu beca pasang lagu Bruno Mars, sungguh Amarika.ada beca pasang dangdut, memang Amelina.lepas tu ada pulak pasang lagu Jamal Abdillah, eh eh maafkan aku.tibah.

lepas makan, kitorang pergi Jonker Walk.mula-mula sampai dekat Jonker Walk, 'waaaaaaaa Guangzhouuuuu'.meriah sangat.

ok sebenarnya, tak ada sorang pun dari kami yang pernah pergi Guangzhou.


Jonker Walk ni panjangggggggggggggg sangat.semput nak jalan sampai habis.kitorang jalan 3/4 je kot, lepas tu patah balik.nak patah balik pun satu hal, orang ramai sampai penuh jalan.kena berhimpit dan bertolak-tolak.ibarat macam dalam medan peperangan.cuma dekat medan ni, tak boleh tembak.kau boleh tolak je.tapi better janganlah tolak.just follow the flow dan elakkan tersungkur.kalau tersungkur, satu hal lagi nak kena berlakon pengsan supaya takyah sorok muka bila bangun.LOL.



sekali sekala ada jugak orang terpijak sandal aku.tak tahulah terpijak ke purposely pijak sebab sandal aku cantik sangat (HAHA).memula aku buat muka emo jugak.tapi lama-lama jadi macam umph malas layan.suka hati kaulah.tapi jangan pulak dia terpijak sandal kau, kau pijak sandal dia balik.kang tak pasal pasal keluar roh naga dia kang.






Jonker Walk was fun.dan akan lebih fun jika ada duit dan tak penat duduk dalam kereta di siang hari [lol].

p/s: panjang betul entri ni.ni kalau aku buat essay dari tadi dah lama dah siap assignment 2500 patah perkataan HAHAHA.


Saturday, February 4, 2012

FA.IZ Photography - The Debut

mood nak cerita pasal trip round Melaka (yang dah dekat 2 minggu berlalu) belum muncul muncul.aneh betul.tak tahu salah siapa.aik?

haritu dalam entri ini, kitorang pergi kenduri kahwin tym(pronounce it as TIM) dekat Melaka.today, she had the 'majlis bertandang' at her husband's place, here at JB.the event was so beautiful.pelamin cantik, pengantin cantik, semua cantik.rasa nak pengsan sebab cantik sangat semua orang.tetibahh.

and we made it as their official photographers, today.

we = Fareha & Izzati (me)

sungguh nervous ini budak perempuan dua orang sebab this is our first event as official photographers.dari semalam duduk tak diam, makan tak kenyang *eh tipu betul kau ni*.

Alhamdulillah, everything went so well from the event till the outdoor photoshoot.the two photographers were so excited.maklumlah, orang bujang shoot gambar orang kahwin.especially bila bagi arahan suruh pengantin posing,tetiba photographers dua-dua malu-malu kucing dan bertepuk tampar sesama sendiri.comel sangat.oh sori tetiba lagi.

so now, we (me & Fareha) are announcing the debut of FA.IZ Photography to the world.aik kenapa FA.IZ?jejaka mana tuh?

HINT: our names.bukan nama crush.NEHI KABHI NEHI.

throughout the process

next week, ada lagi satu wedding.Oh Tuhan permudahkan urusan kami.

:)


Thursday, February 2, 2012

Brand New

Welcoming the new header *balloons and confetti*







ouch sorry no photo.









ok murid-murid boleh tengok atas sekarang.
header baru sempena Februari kononnyahh.

*entri macam tak ada modal tapi boleh lah kan*


Monday, January 30, 2012

Wedding [Fatimatul & Taufik]

Assalamualaikum & Hi.

Lama tak menaip dalam blog sendiri buat aku jadi buntu tak tahu nak start macam mana.tulis cenggini rasa pelik, tulis cenggitu pun pelik jugak.maka sebab itulah mukaddimah aku bersepah tak tentu hala macam ini.HAHA.

Cuti haritu, aku jadi gadis desa.duduk rumah, tengok tv, sidai baju, cuci pinggan yada yada.nampak sinar bakal surirumah berjaya.eceh.except for kacau,gigit dan smackdown sesama adik beradik (sebab itu bukan pekerjaan surirumah, itu pekerjaan suara rumah).dekat rumah takde internet so sebab tulah aku jadi surirumah dan wrestler tak bertauliah peringkat kampung.gangster sangat bunyinya.

isi kandungan entri dah macam tak berkaitan dengan tajuk.bahaya ni.

perkataan sinonim CUTI ialah KENDURI mengikut kamus aku.bila cuti, mesti ada kenduri.cuti kenduri cuti kenduri cuti kenduri.mestilah kena buat kenduri waktu cuti kalau tak siapa nak datang.ye tak?HAHA.aku tulis macam ni macamlah orang tak tahu.duhhhh T__T.

28 Januari 2012, kawan kitorang Fatimatul (atau nama glamour beliau Tym) selamat diijabkabulkan dengan pasangan beliau, Taufik di Taman Semabok Jaya, Melaka.InsyaAllah weekend ni kenduri sambut menantu pulak dekat JB.teeeheee~

kitorang (Aku, Puan Seri, Fareha & Nisya) sesat bukan main hebat masa nak cari rumah pengantin.habis segenap lorong kampung kitorang terjah.tambahan pula[?], hari yang sama memang banyak kenduri dekat area situ.Alhamdulillah akhirnya jumpa jugak rumahnya setelah berhempas pulas mentenung segala banner orang kahwin dekat traffic light dan tiang lampu yang ada.

Selamat Pengantin Baru kepada Tym & Taufik, semoga berbahagia sampai syurga.ecewahh macam lirik lagu pulakkk.

pictures time~!






boleh tak aku tak ambik langsung gambar pengantin.penat sangat kononnya sampai nak bawak keluar kamera pun macam kena angkat batu-bata dua lori kan.melampau sangat HAHA.

p/s: alang-alang dah sampai Melaka, kalau tak jenjalan memang ah rugi melampau.nantikan pengembaraan enam sekawan : Le Tour De Malacca dalam entri seterusnya yang tidak diyakini tarikh tayangannya lagi HAHA.


Thursday, January 19, 2012

Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum :)

It's Thursday.and my previous post was on Sunday.see how lazy I am.but still, I do read blogs which might be your blog, yours...yours...and yours too.

the internet is not-so-motivating which also known as tidak sepantas cheetah berlari.nak tulis komen pun rasa nak menangis semahu-mahunya *dramatik sangat nih*.

Internet please be kind.
Get a broadband yo.
HELLO me no money mehhh.

tahun terakhir, harus berlatih menjadi pelajar berekonomi rendah.kerana cita-cita sungguh menggunung tinggi.dan untuk menggapai cita-cita, perut dan poket harus dikempiskan.tapi badan tak kempis kempis T_T.

dear fat and lipo, please go away.

tonight, I'll be heading to Kluang with Fareha and Husna.and tomorrow, we'll be heading home.
Happy Holiday to those who're having holidays!

and GONG XI FA CAI :)


p/s: I haven't draw cartoons for ages.semalam tetiba TERrajin pulak kennnnn.kehkeh.

nak ang pow!
ok random.

Sunday, January 15, 2012

Of Wedding

NOTE: this happened in November 2011.

Assalamualaikum.

as soon as I reached the mother land *eceh*, my mother told me that my cousin will get married on the next weekend (a day in December which I don't really remember.hoooo I'm a bad cuzzie HAHA.)

so I decided to give it a go, took some wedding photos BUT not as the official photographer since I'm still a noob in the wedding wonderland.an official photographer harus bergaya cool yawww.I am not cool because my baby brother and my little cuzzies.they love my camera too much.HAHA.

just for you to know, I took all these photos quietly when all the tiny creatures *my baby brother and little cousins* were not looking.so you can say, I cilok my own camera BAHAHA.

some photos look quite blur because of my kit lens.it hasn't working very well because I dropped it accidentally while rushing to a place back in Auckland.I need to bring it to the shop for some treatment.ce ceng ce ceng money money moneyyyyy.

baby sitter in the house.untuk mengelakkan bayi-bayi men'smack down'kan bunga telur, perlu beri mereka hadap Talking Tom.these are my cousins' daughters *sila fahamkan sendiri*, the adorable and sweet ones.girls tak layan kamera.hanya layan Talking Tom.more than enough.dah tak peduli bunga telur.no more.HAHA.

this one, she loves my phone so much.don't ever think to take it from her.wait until she gets bored with Tom.

pwetty eyes anyonyonyo.my camera loves her.










Saturday, January 14, 2012

Random facts

#1 It is 12.54 in the morning and I am terribly sleepy.don't simply ask me habis tu apesal tak tidur?I want to feel the sweetness of weekend.boleh tak cenggitu?HAHA.

#2 like seriously tetiba.aku baru merasai derita-menaiki-teksi-tambang-mahal-tidak-semurah-dua-tahun-yang-lalu.like HELLO time flies babe.dan nilai sesuatu perkara/benda semakin bertambah seiring dengan kemajuan dunia [like seriously aku yang tulis ayat ni?].aku perlu memikirkan cara untuk menstabilkan ekonomi diri sendiri.poket menipis, menghampiri paras bahaya.NOOOOO.

#3 I ignored my camera.kasihan baby [refers to my camera].nanti ada masa kita keluar jalan-jalan ok.sekarang mummy terlalu sibuk memuaskan kehendak perut.hamagad camana nak kurussssssss.but in February, you will rock baby.ada kenduri kahwin menunggu yawww.

#4 It is extremely dangerous to type things when you're sleepy.and to avoid bad things to appear in this post, I'll stop now.

Hello dear sweet pillow, you look soooooo comfy.*humban diri sendiri atas katil*

segmen 'tetiba':
aku tak tengok lagi Ombak Rindu.
berasa sungguh loser.


Tuesday, January 10, 2012

Seoul Garden

annyonghaseyooooooo *Korea kononnya*

Assalamualaikum :)

semalam, adalah happy time.kerana masa dihabiskan bersosial secara beramai-ramai (jangan salah anggap perkataan 'bersosial').cara kami bersosial adalah dengan mengisi perut.mengisi perut is fun.bak kata pepatah kenyang perut suka hati (pepatah?wow!).

so we went to Seoul Garden at CS (City Square).12 of us.dan kami berjaya menggegarkan restoran tersebut.HAHA.padahal tak bergegar pun, hanya 'menggegarkan' secara literally.


eating is fun.siapa tak suka makan memang loser.hamboi berani sangat aku cakap orang tak suka makan tu loser HAHA.siapa pernah pergi Seoul Garden mesti tahu konsep dia iaitu buffet.dalam bahasa lebih jelas, ambil makanan (raw) dan masak sendiri (grill/boil) which is kalau abah tahu mesti dia bising apalahh dah bayar mahal kena masak sendiri.HAHAHA.nak makan apa, ambikkkk.yang penting, kena habiskan.kalau tak, kena bayar sebab melakukan pembaziran.haaaaaaaa.


for youngsters,teenagers,young adults (I think),people who enjoy eating (HAHA) and people who watch Korean dramas/movies, they should know how things work and enjoy it more than my father IF he ever step in any Seoul Garden Restaurant.even his daughter didn't really enjoy the food at the first place.susah tau nak makan sambil masak (or masak sambil makan).it was a serious commitment.tetiba bau daging hangus dekat dalam kedai, tetiba eh eh dah hitam legam daging kat tempat grill depan mata HAHAHA.

first 30 minutes, semua orang senyap gila.ambik makanan (raw) dekat buffet table, balik meja, masak (grill/boil), nampak macam dah masak terus masuk mulut.the processes repeated several times.semua memang lapar gila.bila dah kenyang, baru masing-masing bukak mulut.sambil berborak, sambil menjamu desserts.memang fun.

mula mula diorang cakap nak celebrate birthday syafiq sebab birthday dia semalam.so I thought I'm one of the prank gangsters (takde prank pun tapi nak letak jugak prank gangsters HAHA).bila tengok kek, eh eh ada nama Bill dengan aku sekali.what's the pokemon?kemudian, baru tahu rupanya celebrate birthday aku dengan Bill sekali sebab kitorang December's Babies (Bill 2/12, me 3/12).bulan doblas orang tak sekolah,so no friend is around masa birthday.but this time around, it was one of the most memorable moments.nak nangis tapi air mata tak keluar boleh?HAHA joking.

three happy people

Thank you :)

praktis makan beradab.HAHA.

makan-beradab-tiga-hala


we conquer the world!
tetiba kan.

dah buat IC baru?
yang ni lagi tetiba.



Sunday, January 8, 2012

la familia

tajuk nak Italiano sangat kan.HAHA.

Assalamualaikum.

I just can't stop talking about home.that's the reality.and I'm still talking about home and the people I fancy in this post.

we, have a lot of (more than 1) get-together-activities in December.which is sungguh menakjubkan.weddings, kenduri et cetera.I met my big family members (uncles,aunties,cuzzies) quite often.even with my own family (dad,mum,sisters,brothers), we went out to town quite often for BOWLING HAHAHA.

Bowling is one of the official sports for our family, these days.before this it was badminton.but since Pantai Timur hebat dilanda hujan sehingga mengakibatkan banjir, maka kuch nehi babuji kepada outdoor sports.

Bowling is fun, dan merapatkan hubungan kekeluargaan walaupun keluarga tidaklah sebesar mana.dan murah KALAU kena pada tempatnya.(TIPS: pergi weekdays ke tempat bowling yang tidak popular dengan tournament.jika tersasar ke longkang, tidaklah berasa terlalu malu dengan budak sebelah yang dapat strike HAHAHAHA.)

I talk to much these days.duh.

this is my youngest (baby) brother if you didn't notice.he's one of world's most hyper person I ever met.2 years before, he's such a decent boy.2 years after, he's not innocent anymore HAHA.good time berlaku kadang-kadang.itupun selepas disuruh berkali kali.selalunya, not very good time.dia suka buat funny faces dalam gambar, dan merosakkan imej kakak beliau.but I don't mind.sebab ianya heritage HAHAHAHA.

this guy, is not yet my family but soon InsyaAllah.he came to my house few weeks ago for kenduri.my mother invited him.luckily, he found my house and was amazed of the river and chickens [?].this is the photo of him with my hyper baby brother during our 'kampung tour'.HAHA.


and presenting, the Girls in the Family.yang tengah tu my sweet and charming mother if you can't notice HAHA.and others are my younger sisters.we may look different but they have one of my characteristics in them HAHAHAHA.believe me.

later, maybe I should put a photo of the Boys in the Family which is not very much like this because there're only 3 of them :P

till then :)


Wednesday, January 4, 2012

home, feels like home

Assalamualaikum

I am currently in JB, starting the final journey of my degree years.dalam bahasa mudah, tahun terakhir ijazah yang memberi aku gelaran super senior (berasa powerful kononnya).masih cuba adapt dengan persekitaran yang ditinggalkan 2 tahun lalu.menarik.terkadang aku terkedok.wah bermadah pulak.HAHA.tapi jalan di JB masih segar di ingatan.lepas ni, Jaybee dalam kenangan.pulakkkkk.

aku merindui rumah.tak puas duduk rumah sebulan meh?TAK.crazayyyy.duduk rumah, aku kerjanya makan saja.setiba aku di Airport Kuantan (November lalu), abah terus singgah gerai beli durian, tapi BUKAN musang king tahu.hamboih glamour tau musang king sekarang.HAHA.

dua tiga hari kemudian, semua pasar malam berdekatan aku dah jejak.nak makan apa.sate, yong tau fu, apa apalah sebut saja kita beli, kata abah.aku berasa disayangi.lemak-lemak pun berasa disayangi lalu menambah geng.

bertambah koleksi lemak.

dan sekarang, aku dalam misi menghapuskan lemak-lemak degil inihhhhh.

semalam emak SMS (wow), katanya adik menangis sebab dah tak ada orang dekat rumah.memang lah logik.sebab dia tak ada orang nak lenyek,tumbuk dan cubit.sungguh berbaur WWE.HAHAHA.dia ada 4 kakak dan 1 abang, tapi yang tinggal dekat rumah sekarang hanya ada kakak yang paling malas melayan kerenah hypernya.maka, bersedihlah hati si bongsu.apakah reaksi kalau dia tahu kakak sulung dia tengah bercerita pasal dia dekat blog MUAHAHAHA.

wah banyak pulak aku menaip.yang ini live yo dari kekunci komputer, tak mampu nak mengarang dalam telefon.jariku bukan cumil.gitewww kan HAHAHA.kalau tak, aku kerjanya nak mengamuk dekat diri sendiri je sebab typo.padahal salah sendiri, ye tak?

lama tak gantung gambar dalam blog.aku pun tak seronok.orang pun tak seronok.

ok ok nah seronok.

amboi.

HAHA.temanya (eceh) Home, feels like home :)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...