Saturday, December 18, 2010

so-called photoshoot di kala hujan

saya, memang jarang buat shooting indoor.tak berapa minat.satu, sebab belum ada studio sendiri [hahaha].dua, masalah dengan lighting.rasa nak lempang semua lampu yang ada.hey lampu, cerah sikit tak boley ka?hahaha padahal itu sebenarnya nak bagi hint, hoih kau izzati!ya yang tinggi 167 sentimeter tu!kenapa belum beli flash trigger hahhhhh?hahaha~

dahlah.tengok gambar jom.

Cik Ton model untuk harini yawwww.tengok, luar tu hujan.melampau betul cuaca sekarang ni.tsk.semalam,berlarian dalam hujan.sadis tau.dahla tak ada payung.lari lari dengan beg gabak segala.nasib baik tak tergolek.hahaha~

bila ambik gambar dengan Ton, jangan haraplah nak nampak kurus.Ton tu, ambiklah gambar dengan sesapa pun, memang dia yang paling kurus.hey tu dress yang mak saya hantar!terus pakai yawwww.tak menyabar.HAHAHA.yang hujung sekali tu nama dia Nirroshini.a kakak actually.Nirro jangan marah haaaaa.a ballerina.shweet gitewww.semalam duk cerita pasal umur-umur ni.Nirro lahir bulan 12 jugak, sama dengan saya tapi tahun 1988.

Nirro, sekarang mesti matured lah.dah 22 kot.
Ye lah.22 right.OMG next year i'll be 23.
takpe.Saifful next year 24 kot. [Saifful angkat kaki nak menyepak]
HAHAHAHA.
i muda lagi takpe.baru je masuk 21 haritu.hehehe.
haishhhha apesal lah baru masuk 21?lambat betul lahir.

Ton pun gelak tak puas hati jugaklah sebab dia lahir bulan 3, 1989.hakhak.makanya, antara kitorang empat orang, sayalah adik bongsu.hahaha~

Encik Sepol kan baru beli kamera gabak jugak, makanya ada jugaklah output dari dia.modelnya, gegadis tiga orang ni lah.ahahaha~


okay dah.kena kemas rumah.duk hadap blog ni tak jadi hapa jugaklah.hahaha.kejap lagi baru nak blogwalking.perut bergendang nasyid dah nih.hahaha~

oh ya, banyak lagi gambar sebenarnya.tapi kalau nak tunggu edit semua, sampai besoklah tak post entri nih.kakakaka~

Friday, December 17, 2010

anugerah cinta

ewahhhh tajuk tak menahan kan.hakhak.dapat award dari Cik Dyg kita yawww.terima kasih daun kari :)


1. Siapa orang yg paling korang sayang? : keluarga, si dia & kawan-kawan [skema okay skema]

2. Kenapa korang sayang orang yg korang sayang tu? : sayang tidak memerlukan sebab [ewahhhhhh ayat aku.hahahaha]

3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan. : errr semua dah mampu kot.hahaha.okay okay ye nak bagi kata-kata sayang lah ni.selagi saya hidup, saya akan menyayangi anda semua sepenuh hati.semoga, apabila saya pergi ke dunia yang lain kelak, kasih sayang saya masih bersama kalian.jangan lupakan saya.ouhhhhhh sebaklah pulak.

4. Lepas tu,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)

siapa nak sizuka sayang dia?meh sini komen sini.kekeke.limabelas orang pertama akan memenangi anugerah kasih sayang tajaan Cik Dyg!kakakaka~

kiriman kasih sayang dari bonda

Assalamualaikum & Hello ^___^

pagi-pagi, security phone berbunyi.you have a delivery miss.please come down to pick it up.bergegas dari tingkat limabelas, senyum senang hati.parcel dah sampai ngeeeee~ini kiriman kasih sayang dari emak buat kali keempat, selepas kali pertama, kedua & ketiga.

tapi.ini kali pertama parcel diposkan ke rumah baru.aicewahhhh.YES rumah saya dekat Queen Street a.k.a tempat yang saya selalu pergi tabur duit beli baju sampai penuh wardrobe tuh.hahaha~

macam biasa.pakcik makcik MAF tidak akan sesekali melepas anda begitu sahaja.apa-apa pun diorang mesti check walaupun parcel itu sekecik mana.ketat yawww peraturan dia.dulu, sup bunjut kena rampas.kemudian dekat nak raya, serunding pulak jadi mangsa.Alhamdulillah diorang tak rampas belacan.mungkin tak tahan bau dia.HAHAHA.

at first, saya teka ini ialah selendang.namun, mereka BUKAN SELENDANG.mereka ialah DRESSES.Ya Tuhan tacing betul perasaan.sekarang, emak saya sudah pandai bermanis-manis dengan anak yang jauh di perantauan.DULU, saya bukan seorang yang suka bergaya, even dress-up sedikit pun non-ado.nak keluar pergi mana pun, just pakai tshirt + jeans + tudung hitam.sampaikan kalau orang jumpa tudung hitam dalam rumah tu, ni tudung along lah ni tak ada tudung orang lain dah.DULU, saya memang susah betul nak beli baju baru.tak ada yang berkenan,sampaikan mak yang offer along nak beli baju baru tak?waktu tu, zaman kegemilangan adik saya,angah.dia lah shopaholic terhebat di alam semesta.SEKARANG, bukanlah dress-up sangat tapi saya dah lebih kepada berpakaian ala gadis-gadis giteww.ouhhhhh gelinya baca ayat sendiri hahaha.dan sangat senang keluarkan duit buat beli baju baru sampai nak meletup wardrobe tuh.hahaha.yang paling buat saya tacing, dua-dua dress ni cantik sampai saya rasa nak jerit + memang jenis kain yang saya suka.mak along sayang mak tahu nanti along beli handbag dengan purse baru okay?hehehe.lepas tu dua-dua memang saiz saya.OMO OMO OMO excited.hahaha~

mulanya, saya pesan dekat adik saya.kalau boleh masuklah sekali crocs pink along tuh.crocs hitam yang along bawak dekat sini dah daif sangat.bila bukak kotak tadi, bukan pink tapi biru putih bunga-bunga yawww.mungkin, crocs pink tu dah dihanyutkan sungai HAHAHA.terima kasih emak.emak manis sangat.

ini macam biasalah.mana boleh tinggal.sebenarnya, setiap kiriman kasih sayang dari Malaysia, agenda utamanya ialah MAKANAN.hahaha.Maggi Cukup Rasa dah memang macam benda-wajib-ada-dalam-kotak.hahaha.cumanya kali ini punya tema ialah Bihun PAMA yang Rose sebut BIHUN FELDA tuh.HAHAHAHAHAHA.oh ya, UNO bukan sejenis makanan.motip pos UNO?sebabnya, nanti nak bawak pergi kerja takut bosan duduk dalam kebun mengadap ceri je yawww.hahaha.nak beli dekat sini macam rugi je sebabnya saya dah ada banyak set UNO cards.ini yang Strawberry Shortcake punya.dekat rumah ada lagi 2 set kot kalau tak silap.Cars dengan apa tah lagi satu.kalau beli lagi, dah ada empat set.membazir je ye dak?baik beli Frozen Coke ke Kek Aiskrim ke.ngehehehe~

terima kasih emak, terima kasih adik-adik sebab rela menyelongkar khazanah harta benda beta semata-mata nak cari UNO.kakaka~

p/s: harap-harap hari ni matahari gentlemen sikit.tolonglah keluar please.penat dah duduk dalam rumah ni.

Thursday, December 16, 2010

bila hari hujan

bila hari hujan, semua plan tak jadi.mulanya, plan nak pergi shooting dekat Rose Garden, posing segala hapa kan.tetiba hari hujan, mana boleh bawak baby kamera gabak keluar.nanti baby demam, mummy merana kena keluar duit.makanya, berhibur dalam rumah sendiri aje lah.hiburan dalam rumah: melalak, bergelak,melawak & memasak.hahaha.dah macam tongue twister yawww.

hari hujan, SEPATUTNYA duduk diam dalam rumah dan tidur.HAHAHA.tidur masa hari hujan ialah sungguh yummy.namun, dua orang gadis yang tak boleh duduk diam, memang tak akan duduk diam.meskipun hari ni saya rasa tak sedap badan macam nak migrain, tak apa makan coklat mungkin boleh hilang migrain.hahaha.padahal coklat tu lah penyebab migrain.haiyooooo.ni pun kepala tengah oteng tapi tak kisahlah kan.hahaha~

tak sedar pun dah pukul 6 petang sebenarnya.sebab matahari memang merajuk tak keluar langsung.entah apa kena cuaca sekarang ni.semalam bukan main panas sampai rasa nak terbakar kulit.hari ni hujan lah pulok.aigooooo kata orang korea.

tadi, pergi convenient store dekat bawah.pergi beli kek aiskrim.YES hari hujan makan aiskrim.hahaha.dua-dua orang pun pakai selipar licin.lepas tu mula lah nak tergolek HAHAHA.teka-teki teka-tekuk,teka siapa yang tergolek.jawapannya....minggu depan.hahaha.

kek aiskrim ialah super yum yum yum okay.sungguh sedap.tetiba teringat nyam nyam bekas warna oren benda warna warni celup coklat guna sudu kartun tuh.rindulah.

es krim rasa CAKE coklat [???]

itu bahu Ton.Ton yang memperkenalkan aiskrim dengan izzati.terima kasih Ton.kerana dirimu begitu bermakna, Lux.eh ye ke iklan sabun Lux?hahaha~

cerita pasal Ton.kitorang memang duduk dua orang je sekarang ni.bangun tidur, engkaulah.nak tidur pun, engkaulah jugak.makanya, sepanjang hari memang tak ada muka orang lain dah nak hadap.kalau nak hadap lain pun, laptop.lepas tu Ton.hahaha.tiap-tiap hari pun masing-masing duk hadap laptop sendiri.tapi kekadang bosan jugak yawwww.makanya, kitorang duk layan game karaoke dalam laptop saya, Ultrastar Deluxe.

tengok.kemaen kan taknak layan lagu Melayu.hahaha.bukan taknak.SUSAH nak dapat lagu melayu guna game ni sebab kena cari sendiri lirik yang ngam dengan timing lagu tu,lepas tu download.google lah ceruk mana pun.lagu omputih banyak lahhh.yang lagu-lagu korea ni pun saya download dari website dia yang entah kemana dah hilangnya.ahahaha.


bukan senang macam petik jari nak karok lagu korea.satu, muzik dia cepat gila.dua, selain menyanyi, kena mengeja sekali.hahaha.tiga, lagu tu sebenarnya sembilan orang nyanyi tapi bila karok sorang je yang melalak.fuhhhh habis semput napas akak.ahahahaha~

percubaan ton nak beat the master gagal.ahahaha.saya tak sempat rakam bila dia nyanyi lagu Gee ni.tapi saya sempat rakam bila dia nyanyi lagu Again & Again [2pm], Abracadabra [BEG] dengan Taxi Taxi Taxi Calcutta [Dr.Bombay].kelakarnya Ya Tuhan tak payahlah saya upload dekat sini.hahahaha.tiap-tiap kali dengar balik pun saya tergolek.gelak pulak memang tak cover langsung.habis jatuh saham kalau orang dengar.hahahaha.

BlogLarian.larikkkkkk!

Assalamualaikum :)

aicewahhh sopan pulak hari ni.hahaha.actually kena tag dengan Kakak Opor sayang Tun Teja.kenapa saya panggil dia kakak opor?lain episod lah kita cerita okay.ini kisah aku dan dia.aicewahhh drama pulak kau dekat sini.ahahaha.lama dah tahu pasal BlogLarian ni tapi itulah, dah memang perangai saya.tengok dekat Dashboard ramai betul update pasal BlogLarian.dalam hati kata whooooooo ini penangan terbaru dunia blog selepas 100penulis.com.okay sekarang rindu 100penulis.com.saya tarik diri sementara sebab nanti nak pergi kerja hujung bulan ni sampai bulan dua.hal kerja pun kita cerita next episod lah okay.sebabnya saya rasa tak mampu nak manage blog sambil memerah keringat demi sesuap nasi.aicewahhh.blog ni pun entahlah berupdate ke tidak nanti.T____T.kesianlah orang rindu dekat saya AHAHAHA perasannnn.atas cadangan seorang sahabat, joinlah BlogLarian.nanti tak update pun insyaAllah ada je orang datang blog.makanya, terima kasih sahabat, anda sahabat dunia akhirat.ewahhhhhh gitu.

sekarang,cara-caranya :

1) Tampal banner & link sama BlogLarian punya blog.
sudah siap boss~

2) Lengkapkan Slogan "Saya suka berblogwalking kerana...." (tidak lebih 30 patah perkataan)
Saya suka blogwalking kerana best, senang, mudah, cepat & menyeronokkan serta dapat buat kawan di samping mengeratkan silaturrahim sesama bloggers di alam maya di samping bertukar-tukar idea pasal blog.peace![26 saja boss!]

3) Follow BlogLarian
tunjuk ajarku sifu.siap boss~

4) Tag 3 orang atau lebih rakan

Cik Faten, Encik Ijatnuar & Saudara Kamal Effendi [ewahhhhh nak skema yawww]

5) Sila beritahu rakan yang anda tag melalui comment
baik boss

6)Tinggalkan link post anda di comment entry INI bersama NAMA BLOG ANDA

7) peserta akan di listkan ke dalam BlogLarian mengikut turutan..

8) tiada tarikh tutup buat masa ini

okay dah siaplah kotnya.apa lagi.jomlah pergi BlogLarian!dunia blogwalking anda lebih mudah dengan BlogLarian.ewahhhh macam iklan yawww.

Wednesday, December 15, 2010

tahniah ^___^

  • ucapan sekalung tahniah kepada azie kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.aicewahhhh ayat nak skema pulak kan tetiba.haha.congrates azie.happy selalu & be strong girl!baru tadi first time Skype dengan azie.she's a nice girl.a kakak actually sebab dia 22 and i'm 21.tapi dia nampak lebih muda sebab dia kecil comel sahaja berbanding saya yang sepanjang galah ini.ahahaha~
  • setinggi-tinggi penghargaan kepada cik housemate sementara yang menceria & menggilakan hari-hari saya, Cik Ton sebab tengah bertungkus lumus masak mi sup yang baunya mmmmmmmm yummy.ton cakap beliau bangga dengan diri sendiri sebab dah pandai masak.ye ton, aku juga bangga sama kamu.sekarang, masak cepat.perut bergendang sudahhhhh.hahaha.ton cakap dah nak siap dah!!!*sengih*
  • tahniah dekat diri sendiri dengan encik sayang sebab dua-dua tengah bertabah hati duk refresh website AirAsia tunggu harga promo available.wahwahwah.bersabarlah sayang.kalau ada rezeki kita,insyaAllah tak kemana.ececececeyyyyy kuch kuch hota hai pulak dekat sini.hahaha.
p/s: dahlah.nak makan mi sup sambil refresh website AirAsia nih.kakaka~

bila baby dapat beg baru

hari ni, baby boy dapat beg baru, lebih besar lebih kacak.oh ya, kalau siapa yang belum berkenalan dengan bayi-bayi saya, jemputlah kenal-kenal.kerana kecantikan itu hak milik setiap setiap insan.motip apa kan tetiba.hahaha.actually saya ni memang addicted lebih dekat kamera.guna handphone katuk pun tak apa, i tak kisah.orang sibuk beli iphone,blackberry segala, tak apa belilah.boleh kata, saya banyak spend duit dekat kamera.alahhh yelah tuh, habis tu yang dalam wardrobe tu apa dia.ahahaha itu lainlahhhhhh.

beg baru VS beg lama.beg baru lebih gagah perkasa yawwww.sebenarnya beg lama tu tak adalah lama mana pun.masih comel,kecil & ceria.belum sampai setahun lagi umurnya.tapi so sorry sayang.lepas ni mummy jual dekat Trade Me okay?mungkin, ada orang lain dekat luar sana yang lebih memerlukan.aicececey~


now, beg baru dah boleh get together dengan beg-beg lain.duduk atas couch sama tinggi, letak atas lantai pun sama tinggi.ahahaha.

kepuasan bila ada kamera ialah, bila dah boleh guna gambar yang shoot sendiri buat jadi desktop background.makanya, tiap kali buka laptop, senyum.nak tutup pun, senyum.bahagia betul perasaan.

mintak maaflah kalau korang pelik kenapalah gambar-gambar dekat atas ni macam Ya Tuhan kau ambik gambar guna kamera apa nih?hahahaha.mulanya, nak ambik gambar guna baby samsung pink saya tuh.tetiba buat hal pulak bateri tak ada.lalu, pinjamlah kamera ton.dah comel dah gambar nih, tetiba entah manalah kabel nak transfer nih ton?tak ada kabel.cuba guna card reader, tak boleh jugak.kecewa patah hati terguris semua ada lah.pilihan terakhir, hala kamera depan webcam.hahahaha kreatip tak kreatip.mulanya nak hala barang-barang depan laptop boley?lepas tu baru terfikir entah macam manalah nak pegang semua ni sambil nak klik mouse snapshot tuh?tu yang last sekali hala kamera depan webcam terus.kehkeh~

ini ialah kegilaan musim panas.sungguh menyejukkan kerongkong.Frozen Coke a.k.a Coca-cola beku [?].lebih kurang macam Slurpee dekat Seven Eleven tu tapi perisa Coke.berapa bulan dah tak jumpa Seven Eleven nih.NZ tak ada Seven Eleven sekian terima kasih.hahaha.

tadi lalu depan Starbucks yang dekat dengan Forte, ada orang bagi tester cappucino free.tester katenyeeeeee??hahaha.apa-apalah kan.actually saya tak minum kopi.tak kisahlah cappucino,latte ke apabenda lagi.semua keluarga kopi saya tak minum.makanya, encik kopi tak perlu gerun dengan saya.ahahahaha.nak taknak kena telan aje lah.last sekali habis jugak.itu pun habis tersedak-sedak HAHAHA.

p/s: Fareha sayang, Saifful dah dapat baby gabak jugak.aku tak taulah dia nak panggil baby ke apabenda.Aku panggil baby, Azmi panggil meriam, dia entahlah apabenda pulak.ahahaha~

oh ya, perlukah saya bagi nama dekat bayi gabak saya ni?

Tuesday, December 14, 2010

mungkin, bila sampai seru

kebanyakan blog dah buat contest, blog izzati bila lah lagi?

dah pernah terfikir dah sebenarnya.cumanya, ada beberapa perkara yang tak berapa nak mengizinkan.antaranya ialah : jarak.yelah orang cakap dunia di hujung jari.guna Skype pun boley.ye dak?ahahaha.tapi nanti masalah negaranya ialah, bila nak pass hadiah.aicewahhh kan contest entah mana-manalah lagi dah sebut pasal hadiah.sebenarnya, saya ada pasang niat nak pass hadiah by hand, dari mata turun ke hati gitewww.aicewahhhh HAHAHA.just dengan niat dapat mengeratkan silaturrahim sesama bloggers.for your information, saya memang tak pernah join mana-mana meeting bloggers.kalau ada jumpa bloggers pun, kawan-kawan yang sama-sama tunggang terbalik ada lah, macam Fareha.ahahaha~

nak buat contest pasal apa, i have no idea about that.tinggal setahun lagi dekat bumi NZ ni, hujung tahun depan nak balik tanah air dah.aicewahhhhh Hellooooo Malaysia pulak lah.hakhak.cadangnya, nak buat contest dekat nak hujung-hujung tahun depan, tarikh tutup sebelum balik Msia, pilih pemenang, then sampai Msia dah boleh bagi hadiah.haaaaaaa bijak tak bijak tak?ahahahaha.kau buat timeline dah beria dah izzati, contest apa nak buat tu kau belum fikir lagi ye.memang enfagrow betul kau nih.

dalam kepala otak ni, dah ada tema contest sebenarnya, tapi tak maulah umum sekarang.nanti orang cakap apa pulak.contest tahun depan, tahun nih dah nak umum, booo!hahaha.kononnya, nak buat contest lain dari yang lain.yang tak pernah orang buat.yang agak luarbiasaaaaaaaaa.*muka seram*.hahaha.korang ada idea?

saya pernah join beberapa contest KOT.tapi satu je yang pernah menang, Contest by Sis Ieda.lama tak dengar khabar Sis Ieda.ekhemmmm third prize pun kira menanglah kan?ahahaha.

oh ya, kalau nak baca entri yang menang nombor tiga tuh [hahaha], klik kisah sizuka & encik apek :)

muffin yummmmmy~

harituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, saya janji dengan Cik Sara nak kongsi resipi muffin pisang.Cik Sara!gomen-nasai!lepas sepuluh hari baru teringat.hehehe.almaklumlah, saya ni banyak sangat benda nak kena ingat HAHAHA apabenda.

actually, resepi ni saya google jugak mulanya, siap tulis dalam buku nota masakan akak yaww.aicewahhh memasak nak bernota ye.dalam kelas taknak tulis nota pulak hahahaha.masa tu, memang rajin sangatlah main tepung dengan oven sampai boleh pulak terfikir tua nanti mungkin aku boleh bukak kedai muffin.

apabendalahhhh yang izzati duk mengarut dari tadi.soriiiiii!terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta kebal, tak tahulah boleh undur ke tak.hahaha.

okay okay.ini resipi muffin pisang sebetulnya.janji tak ada kereta kebal dah.resipi ni betul-betul untuk 12 bijik muffin bersamaan satu tray muffin yang besau tuh.tapi biasanya ada lebih jugak.dunia ini mana ada yang sempurna, kan?

a) 3 biji pisang masak dilenyek [yang warna kuning tau, bukan ijau.nanti muffin jadi coffin.ahahaha.nak guna pisang apa, i have no idea.agaknya, pisang yang manis-manis tuh kot.dekat sini, saya main guna pisang yang jual dekat supermarket tu je.hahaha~]
b) 3 cawan tepung naik sendiri
c) 1 1/2 cawan susu segar
d) 1 1/2 cawan gula [ikut selera masing-masing, nak manis tambah sikit.kalau taknak meninggal sebab diabetes, kurangkan sikit.memasak mesti bijak.ahaha~]
e) 1/2 cawan minyak masak [soya, canola, mazola, cap buruh, cap pisau, cap apa lagi ada...]
  • campurkan semua bahan KECUALI tepung naik sendiri dalam satu mangkuk besar.guna sudu/ senduk, kacau sampai sebati okay.mula-mula, ianya akan nampak sedikit yucky sebab minyak masak tu.tapi PERCAYALAH, akhir sekali ianya akan menjadi oh ini muffin rupanya?sedapnya...siapalah yang buat ni?ahahaha~
  • kemudian, masukkan tepung secara perlahan-lahan & bersopan-santun sambil mengadun kesemua bahan-bahan itu sehingga sebati.
  • PASTIKAN semua bahan-bahan itu sebati.jangan bagi ada ketul-ketul.biar tekstur dia nampak soft + nice je.gituh kan tetiba izzati bercakap pasal tekstur.ahahaha~
  • masukkan dalam acuan muffin.jangan sampai penuh okay sebab nanti muffin tuh akan menaik.bakar pada suhu 180 darjah celcius, selama 20 minit.nanti korang boleh check samada dah masak ke belum/warna dah cukup brown ke belum.masa tu boleh adjust sendiri.
  • bila dah masak, sejukkan then dah boleh hias :)
biasanya, saya guna chocolate sauce & strawberry.yeah memanglah kan sekarang ni dalam semua entri izzati pun ada sebut strawberry.ahahaha.

macam inilah lebih kurang hasilnya nanti.

masa ni pun sebenarnya ingat ingat lupa resipinya.tak jumpa buku nota HAHAHA.tapi Alhamdulillah menjadi jugak.Faten tanya kenapa empat bijik je.ahahaha.ini buat ambik gambar saja dong sayangggggg.yang buat makan, tak payah decorate mehhh.masuk mulut terosssssss.ahahaha~

well, selamat mencuba!

Monday, December 13, 2010

tetiba

bukanlah nak perasan hebat.TAPI kalau ada sesiapa yang TERsuka dekat header yang dalam entri ini, dan teringin untuk memilikinya.jangan malu segan, roger saja okay.kalau ada Skype, dekat add contact tuh, search sizuka izzati.insyaAllah memang tak ada orang lain dah gamaknya.hahaha.nanti saya boleh send file guna Skype je.heeeeee~.itu pun jika ada yang sudi.aicewahhh berlagu pilu lah pulak tetiba.

tengah dalam mood rajin tahap melampau sekarang ni.besok lusa insyaAllah ada design lain pulak.kalau ada jodoh, tak kemana.tetiba.tulat tubin tak boleh janji.i nak pergi melancong tepi pantai sekejap.ahaks~

p/s: sorilah.hari ni hyperaktif sikit update blog.ngahaha~

bila Gwen cakap bahasa melayu

memperkenalkan...


haishhhh baca sini dulu!nak pergi mana tuh.hahaha.

pengacara audio: Ton [Nurul Farhanis Syuhada Ibrahim-Msia]
perakam audio: Sizuka [Nur Izzati Azhar-Msia]
mangsa audio: Gwen [Ying Wen-China]
kami dengan bangga membawakan kepada anda, Bahasa Melayu Versi Gwen ^___^

sekarang, dah boleh klik Play

Recording.mp3


ape-ape je lah kann yang Gwen duk sebut HAHAHA.mula-mula tu dia nak sebut nama penuh Ton.sebab panjang sangat, habis berbelit lidah kawan tuh hah.ahahaha.tengok dia sebut nama izzati, cepat lancar dan tepat.aum!tetiba kan aum kau pasal ape izzati.HAHAHA.Ton tak puas hati Gwen dapat sebut nama saya dengan jayanya.miahaha~

makan-basuh-masak.tu tiga perkataan yang kitorang ajar Gwen selama 2 minggu dia duduk sini.hahaha susah nau nak master nyahhh.tapi Gwen paling hebat sebut 'basuhhhhhhhhhhhhh'.ahahaha.siap nak irama seronok segala kan.tu ajelah yang senang gamaknya.kahkah.

ini pun sebab purposely memang nak rakam buat masuk blog, kalau tidak, sambil masak pun saya & Ton boleh test dia.

Gwen what is wash in Malay?
basuh!basuh!
What is eat in Malay?
ma-ken.erk.ma-ka.
No.ma-ka-N.nnnnnnn.
oooo ma-kaNN.
yisssss.what is cook in Malay?
ma-sa.ma-saK!

sekian kelas bahasa kita untuk hari ni.hahaha.

p/s: semalam ada rakam suara jiran yang menyanyi lagu escuarto de amor fernando cose altamirano tuh.nantilah saya upload okay.ahahaha~

Gwen, sahabat dari China.biasanya tak banyak cerita pasal dia.tapi selalu mention nama dia.hakhak.nak tengok siapa Gwen, boleh klik sini & sini :)

cerita header *lagi*

Assalamualaikum ^__^

*ehem*.semalam, Cik Fareha sahabat tersayang mintak tolong buatkan header dekat blog beliau.siap post dekat facebook nak header macam asada dengan sizuka.hahaha tak boleh blah.makanya, meh aku tukarkan seluruh blog kau HAHAHA.

ini header baru beliau.ecececey entahlah dia seronok ke tak dengan header baru nih.belum ada respon.weh kalau seronok roger aku weh.kalau tak seronok, roger jugak.akak kasik transform lagi sekali!hakhak.nak ke blog beliau, klik sini :)

malam semalam, gatal tangan edit header lah KONONNYA.perangai apetah kan tetiba pelik sekarang duk gila buat header.HAHAHA.godek sana godek sini ada lah beberapa yang agak jadi, ada jugak yang tak berapa nak jadi hehhhh aku ke buat ni? hahaha.








akak tak kreatip yawww.semua pun ada background mana aku reti nak transparent segala.ilmu belum sampai situ lagi HAHAHA.tapi saya suka yang ada background ataupun gambar.sebabnya, lepas tu ngedit wording je lah.kan sonang koje yawwww.photoshop pun tak berapa reti nak guna.tapi shopping RETI sangat hahahaha.

p/s: kakak opor Tun Teja, add i dekat Skype yawww.nanti boleh calling calling.ahaks~

Sunday, December 12, 2010

bertukar!!

sizuka-world-of-life bertukar!daripada pink kepada pink HAHAHA.i can do nothing about that.dah cuba dah nak tukar warna lain tapi tak boleh jugak.rasa tak sedap hati, sadis je perasaan kalau tak guna warna pink.derrr alasannnnnnn.hahaha.
dari pagi menghadap blog, dalam usaha meringankan blog yang dah obesiti.sekarang, blog saya sudah langsing.tuan blog jugak yang tak langsing langsing HAHAHA.

jiran depan balkoni dari tadi memekak nyanyi lagu bahasa escuerto me amor fernando cose altamirano.Ton punya stress sampai dia tepuk tangan kuat-kuat whooooooooooo!.saya?gelak aje lah.ahahaha.lepas tu KONONNYA dia nak lawan lah.tetiba orang tu nyanyi lagi kuat macam guna mikropon.heyyyyylahhhh kau nyanyi lagi kuat dari aku pulak syaitonnnnnnnn.hahahaha sabarlah ton~

chocolate boutique [2] & christmas in the park

ini cerita semalam.disebabkan internet buat hal pulak Ya Tuhanku rasa nak lempang router ni, makanya semangat nak menulis kian pudar, kian jauh kian hilang *Mawi ulalalala.tetiba*.ingat nak upload gambar lagi, tapi sebab internet ni grrrrrrr.apapun, mungkin ini yang terbaik.aicewahhhh ayat aku redho.

semalam, pergi Chocolate Boutique untuk kali keduanya.kali pertama disini.yang ini pasti akan ada kali ketiga, keempat dan seterusnya sampailah dah nak balik Msia tahun depan HAHAHA.nanti kita kira berapa kali izzati pergi chocolate boutique okay?

ini namanya, Death By Chocolate.memang rasa nak mati dalam coklat bila makan.HAHAHA.tapi memang nom nom nom~

this is Gwen with her Chocolate Waffle.my recommendation sebab saya dah cuba masa first time datang dulu.nom nom nom jugakkkkk~

ini ton.dia datang chocolate boutique, tapi dia minum Iced Tea Peach Flavour apabenda tah nama dia.tapi sedap.pure betul rasa teh dia.memang seronok diminum waktu summer macam ini.aicewahhh~

errrr next please?hahahaha~

balik dari Chocolate Boutique, excited tengok ramai gila orang dekat domain sebab ada Coca-Cola Christmas in The Park.haritu dah tengok orang ramai dekat Queen Street.kali ni giliran Auckland Domain pulak yawwww.

saya tak berapa kenal artis NZ.yang saya kenal, Stan Walker je.tapi dia tak ada semalam T____T.makanya pukul 8.30 terus balik rumah tengok Despicable Me it's so fluffy i'm gonna die!!HAHAHA.oh ya, gambar atas ni diambil pada pukul 8.00 PM.sekarang ialah summer ulalalalala siang lagi panjang dari malam teeeheeeheee.

makanya, semalam main shoot ramdomly dalam kesesakan manusia di atas muka bumi.finally, photo of the day :D

hey comel!gigit nak?

masa nak shoot budak ni, bukan main excited sampai ketar tangan duk pegang kamera.Ya Tuhanku indah betul ciptaanMu.bila dia perasan kitorang duk excited tengok dia, bukan main seronok senyum senyum sambil buat muka comel.OMG.*gadis 21 tahun menjerit seronok*

Saturday, December 11, 2010

cerita pasal header

pertama sekali, terima kasih daun kari kepada encik asada ryutaro, si jejaka mesir.anda berjaya menjadi penyumbang utama trafik blog izzati hari ini.syabbas bete!followers pun bertambah.murah rezeki hari ni alhamdulillah.terima kasih kepada yang sudi datang blog yang kadang-kadang merepek puaka niyang merapik nih.kalau tak merepek, bukan blog izzati lah tuh.HAHAHA.

ini header blog asada.orang dah tahulah buat apa nak bagitahu lagi.boo!

actually tidaklah sepenuhnya saya yang buat.YES saya buat tapi di bawah kawalan asada sendiri.di bawah kawalan katenye?hahaha.saya buat, dia tengok.dia tengok, saya buat.macam itulah kata pendeknya.Mesir-New Zealand lagi jauh dari Malaysia-New Zealand okay.even sekarang saya dah malam tarakucah tarakucah, dekat sana siang terang tang tang lagi.makanya, bak kata orang dunia di hujung jari,gunakanlah sebaiknya.

selepas berhempas pulas memerah otak mengklik mouse, makanya terhasillah header asada yang sekarang ini. asada, dalam entri terbaru beliau siap cakap saya handalan super lah whatever kan.sebenarnya tidaklah sesuper mana.kalau lawan dengan superman, saya kalah lagi sebab saya tak boleh terbang tinggi.BERAT.jangan sedut lemakkuuuuuu.HAHAHA.

saya bukan pro hal-hal design header ni.kalau asada pass kerja buat header ni dekat saya 100%, entah apabenda makhluk asing kepala limabelas pun boleh keluar dekat situ HAHAHA.makanya, kalau nak mintak tolong, boleh insyaAllah saya tolong.kalau nak idea, insyaAllah saya boleh tolong kupaskan idea bernas anda aicewahhhh.tak gitu gamaknye?

kalaulah saya pro, mungkin header saya tampak hebat di saat anda masuk ke blog ni.realitinya, ek eleh apabenda asada cakap dia hebat padahal header pink hitam yang template punya aje lah?.HAHAHA.sebab tu saya cakap saya tidak sehebat sabun handalan pembalut warna biru.tetiba.

p/s: i am a learner, and forever a learner.*aicewahhh omputih pulak ye tetiba?* :P


jeritan batinku

saya rindu Malaysia.lebih jujur, saya rindu MAKANAN Malaysia.OMG berapa kali lah kau nak buat entri rindu MAKANAN nih izzatiiiiiii oih.to be honest, ini bukan kali pertama HAHAHA.sudah ada kali pertama disini.makanya, ini ialah kali kedua.mungkin beberapa bulan lagi, akan ada kali ketiga pulak.hahaha~

jenguk blog Sis Monalea, nampak yong tau fu, sate *telan air liur*.pernah sekali, bukak blog Ciek Niena dengan Silah, dua-dua duk tayang ABC, airbatucampur lah bukan A-B-C 1-2-3 hahaha.masa tu, dalam hati Ya Tuhanku kuatkanlah imanku.

tapi nak buat macam mana kan.tiap-tiap kali telefon mak, soalan wajibul ghunnah ialah : mak harini masak apeeeeeeeee.bila mak cakap, asam pedas ikan patin lepas tu mula lah buat suara kesian makan jangan lupa alongggggg tsk.tetiba kan padahal menangislah airmata darah sekalipun manakan ikan patin nak terbang datang sini suruh dimasak asam pedas HAHAHA.gila hapa aku nak pergi merentas Lautan Pasifik sana semata-mata nak bagi izzati letak aku dalam asam pedas dia.nehi kabhi nehiii.itu namanya bunuh diri.bunuh diri berdosa, tahu? kata ikan patin yang boleh berbahasa hindustan selain bahasa ikan [hahaha].

kawe anok pahang, umoh kawe tepi sunge pahang.kawe suke makan ikan paten.pohpaleh wehhhhhh.perangai apa kan tetiba keluar loghat dekat sini.HAHAHA.

makanya izzati, bersabarlah sayang.dalam jangka masa ini, kau hadaplah strawberry dengan coklat sampai kenyang.sekali sekala bila nak makan strawberry tu, pejam mata, bayangkan je lah macam tengah makan rambutan.OH NO rambutan??OMG rindunyaaaaaaaaaalah.lama betul tak nampak rambutan.kalau durian, ada lah jugak jual dekat sini WALAUPUN FROZEN.

dear strawberry, please bear with me.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...