Tuesday, November 8, 2011

mood swing

it's not an easy thing to be a WOMAN.

-boleh mekap mekap
-boleh main pondok-pondok
-pakai shawl bergantung gantung, warna warni Malaysia
-jadi fashionista [?]
-et cetera...

untunglahhhhhhhhhh.

tapi siapa tahu susahnya bila kena main hide and seek dengan emosi sendiri.this is based on my experience and observation.sebab aku perempuan, so aku lalui situasi sebagai seorang perempuan lah kan?

mood swing memang paling hebat dalam dunia.tersilap timing, engkau pun kena swing sekali.maybe sesetengah orang ingat eleh mengada betul tadi kemain happy tetiba moody pulak.aku, adalah jenis orang yang tak boleh kontrol mood swing tahap langit ketujuh aku ni.jadi siapa yang boleh kontrol mood swing memang hebat.#tabikhormat

kalau lelaki rasa mood swing is such a tiny tiny tiny thingy, KUCH NEHI BABUJI.kau boleh menghadapi perang dunia kalau berdepan dengan perempuan yang baru melalui mood-swing-transition.

girls are complicated, YES.sebab lelaki je yang boleh meleraikan ke'complicated'an tu.coba - perempuan tengah moody, datang sorang lagi perempuan pujuk.again, KUCH NEHI BABUJI.silap haribulan, dua dua swing sesama sendiri HAHAHA.

so in this case, guys harus menjadi cool.as cool as the big gulp at 7eleven.

ah tapi takkan perempuan je boleh sentap sentap, gua tak boleh sentap pulak?

Allah ciptakan lelaki dengan 9 akal dan 1 nafsu...manakala perempuan diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal.kalau boleh buat kira-kira matematik, kau tahu kewarasan akal fikiran berpihak pada siapa.

which is why:

-perempuan suka mengamuk tak tentu pasal
-menangis tak tentu pasal
-buat semua benda tak tentu pasal

bila fikir balik, macam kelakar tapi sebenarnya logik.

aku pun kekadang tak tentu pasal.lagilah dengan memang pembawakan anak sulung yang suka nak ikut cakap sendiri [HAHAHA].unsur tanah katanya.

TAPI kalau lelaki duk nak mood swing jugak, itu yang terjadinya tragedi pinggan belanga berterbangan di rumah.ah-haaaa.dah macam perunding perkahwinan pulakkkkk.

tips: kalau perempuan mood swing, suruh dia tidur.bangun pagi esok mesti dia ok punya.macam aku HAHA.


cari gambar ni dekat Facebook, lepas tu baca description bawah dia.

i tell you, they're absolutely true.

p/s: girls ada nak share tips mengawal mood swing?one of the ways is berwudhuk dan mengadu kepadaNya.other ways?

Monday, November 7, 2011

Eid-ul Adha, Auckland 2011

Assalamualaikum & Hello :)

Salam Aidiladha...Eid Mubarak people~!

Malaysia dah raya semalam, kitorang baru raya hari ni.berapa ekor lembu kena sembelih dekat tempat korang?dekat sini macam tak sure.actually hari ni ada big Eid Celebration dekat ASB Showgrounds, tapi tak berkesempatan nak pergi.duduk rumah tengok hindustan je.raya sangat katanya.

wuargh rasa emosi tak dapat makan rendang padahal lagi 20 hari dah nak balik.sabar izzati sabar.mak kata balik nanti bolehlah request nak makan apa pun.HAHA.aku memang berkenan sangatlah hal makan-makan nih.patut pun tak kurus-kurus.

pagi tadi pergi solat sunat aidiladha dekat Aotea Square.FYI, dekat area city ada 2 surau; satu dekat AUT [Auckland University of Technology], satu lagi dekat kitorang punya uni [University of Auckland].namun biasanya solat sunat hari raya memang buat dekat surau AUT je sebab besar sikit.but still tak boleh nak muatkan semua orang Islam dekat Auckland.

dekat Auckland ada beberapa masjid, banyak jugaklah sebenarnya.tapi mostly dekat area suburbs; Mt.Roskill, Mt.Albert, Avondale.haaaa Sonny Bill Williams solat raya dekat mana?tanya Puan Seri kitewww.

so this is the FIRST TIME solat sunat aidiladha diadakan di Aotea Square, di celah kesibukan Auckland City.dramatik sangat ayat.today, most of the Muslims in Auckland City gathered here; Malaysians, Indonesians, Brunei, Singapore, Saudi Arabia, Egypt, Somalia, Pakistan, India et cetera.dekat sini Pak Arab yang handle aktiviti aktiviti Islamiah, so dapat tengok macam mana Arabic Islamic practices yang diorang buat.

bila tengok orang solat ramai-ramai,rasa syahdu sangat :')

lama dah kan aku tak tepek gambar secara bundle dalam entri?HAHAHA.




Fareha in action :)

tak boleh nak comel lagi, baby?

Little Tiny Muslim - Big Muslim terseksi sikit nampaknya.

Eid Mubarak Saudi Students~!

me with MARA's people yang ada exam petang ni.GoodLuck Rose, Ena, Berber, Husna, Qilah~!eh ada Kak Najdah lah!hehe~

partners-in-crime.crime ke?lol.eh eh SOQ :P



Fareha's overloaded cuteness

ingatkan Pak Arab manalah pakai jubah putih ramai-ramai, rupa-rupanya jiran jiran tetangga.

p/s: IF you ever wonder how i manage to take all the photos while people were performing the prayer, DON'T ASK.because you know why.haaa jangan buat-buat tak faham.

HAHAHA.

Saturday, November 5, 2011

roh mak hangpaaaaa

entri ini TIDAK berunsur seram atau misteri nusantara atau expose mistik.

kepada Cik Betty & Kak NZA, juga siapa siapa yang
tertanya-tanya apakah kejadahnya 'roh mak hangpa' yang dimention oleh aku dalam entri semalam...

tonton, dan saksikan kemunculan 'roh mak hangpa'
dalam video ini.


yo yo Mat Luthfi in the house oh yeah~!

tahu dah apakah dia roh mak hangpa?

roh mak hangpa --> MOTHER [energy drink]

aku belum berani lagi nak minum 'roh mak hangpa' ni.

as I said before, sebab aku tak pernah tak mengantuk.HAHAHA.jadi aku tak berapa pasti apakah kesan roh mak hangpa ni keatas aku.

sekarang, dah habis exam.so tak ada alasan nak kena minum energy drink.na-ahhh~


Friday, November 4, 2011

freak out

I don't have a fever, technically.but we're currently on exams' week.which is why, some people called it exam fever.

Alhamdulillah, semester ni ada satu exam je.tak sempat nak berdemam pun sebenarnya HAHAHA.
but this one and only exam makes us go crazy as third year students.

which will happen TOMORROW.

so tomorrow is your exam and you blog about it the night before?


another facts,
-I didn't feel so nervous about it.
-I didn't study much.
-I still can put up a post in my blog.
-I can sleep silently tanpa terjaga, few hours before the exam.

boooooooohooooo what can I do when I'm supposed to be nervous but I didn't?

p/s: orang biasa minum 'roh mak hangpa' bila nak exam.aku?masih berani berani takut.ke takut takut berani?entah.aku bimbang dia bagi efek lain je sebab aku tak pernah tak mengantuk HAHAHA.

Good Luck to me.semoga Allah permudahkan.amin :)

Tuesday, November 1, 2011

1.11.11


1.11.11

pretty date, pretty numbers.

dekat Facebook, ramai betul orang nak kahwin hari ni sebab combination tarikh yang sungguh awesome.ada jugak yang nak cari husband hari ni nak ajak kahwin hari ni.HAHA.and for certain people, mungkin ada event menarik yang boleh dijadikan kenangan manis kau dan aku.ececeh.

awak, ingat tak tarikh 1.11.11?

mestilah ingat.hari tu kan kita pergi jalan-jalan main layang-layang tepi pantai sama-sama.lepas tu kita beli nyam nyam makan atas pangkin bawah pokok.(rekaan semata-mata)

aku pun berfikiran untuk melakukan sesuatu yang luarbiasa menarik hari ini.NAMUN aku masih bersemayam depan laptop sendiri menghadap facebook, blog, twitter dan segala laman sosial yang lain.sosial sangat rasa.

hari Sabtu ni exam, wallah 'seronok'nya exam hari Sabtu *nangis*.tapi exam satu paper je, YAY!

Dear Spring, I'll miss you.

p/s: korang buat apa hari 1/11/11 ni?:)

Monday, October 31, 2011

NZ Souvenirs - tutup

Assalamualaikum & Hello :)

dukacita dimaklumkan bahawa tempahan souvenirs dengan ini sudah dilabuhkan tirai secara rasminya.

*potong riben guna gunting besar dan confetti berterbangan*

yang sudah berbalas emel dengan aku, insyaAllah aku akan mula cari barang besok.nanti jika semuanya sudah berada di tangan, aku akan hantar confirmation email dan tentang payment.yang sudah bayar, tahniah kamu pelanggan terawal jadi barang kamu sudah ada.tiada perlu gundah-gulana.ececeh.

insyaAllah jika tiada halangan dan murah rezeki, aku akan buat jualan souvenirs kali kedua NAMUN bilangan ialah limited.berbaur kekeliruan disitu.aku beli dan aku jual di blog bukankah lebih mudah bahasa dia?

#epic fail

aku akan letak senarai nama penempah [?] dan barangan yang ditempah secepat mungkin :)

Yang Benar,


Si suka-tengok-kucing-tapi-takut-kucing

Sunday, October 30, 2011

get ready for shipping

Assalamualaikum & Hello :)

Firstly, terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu yang sudi menjengah [?]/menjenguk/mengikuti blog picisan *eceh* aku ini.dek penangan K.E [Kamal Effendi], dua tiga hari aku terkejut terkejut tengok jumlah followers*bergenang air mata*.

dramatik sangat rasa.mungkin macam ni perasaan dia kalau dapat Grammy Awards.pulakkkkkk.

aku berasa wonder-woman weekend ini.kehulu kehilir mengusung bagasi mengangkut harta benda ke banglo mewah Hudson Brown.

I have like 3/4 boxes to be filled with my 'golden-treasures'.bila pilih-pilih barang untuk shipping OMG do I have these much?bilakah aku beli semua benda alah ni?padahal masa beli, tak sedar diri kan.

I have this weird habit, kumpul objek yang tidak berpatutan kononnya 10 tahun lagi boleh jadik harta yang sungguh berharga untuk memori indah.contoh (1) tag harga (2) tiket bas (3) tiket wayang (4) sampul coklat/gula-gula (5) segala benda yang termasuk dalam golongan objek yang tidak berpatutan.

so bila packing...boooohoooo!ke dalam bakul sampah jua akhirnya.

tup tup dah siap pun packing, Alhamdulillah :)

jangan terpedaya dengan tipu daya foto.memang tipu kalau aku cakap aku hantar dua kotak je.HAHAHA.

p/s: tempahan souvenirs akan ditutup besok.yang belum order dan teringin nak order, cepat cepat emel :)


Friday, October 28, 2011

barangan NZ untuk ditempah

Assalamualaikum & Hello :)

hari ni baru habis presentation, so we're pretty much done with everything except for exam and another research proposal to go.and yaaaaaa less than 30 days to go home.perasaan ialah bercampur-baur seperti nyam nyam warna warni celup cokelat.sedap, namun bila habis kesemua nyam nyam dimakan, terasa seperti hendak lagi.kalau tak faham, tak apa.tiada peraturan wajib memahami semua tulisan aku dalam blog ini.HAHA.

sekembalinya aku ke Malaysia nanti, blog ini pasti menjadi ibarat kuburan sepi.(1) tiada akses internet (aku gadis desa, masihkah ingat?), (2) keluarga pastinya suka aku bersemayam di rumah dan menatap aku puas-puas kerana sudah 2 tahun tidak menatap wajah anak dara sulung ini (dan aku menatap mereka juga), (3) aku mungkin sibuk tawaf rumah sendiri,mengejar ayam dan main pondok-pondok [?] (4) mungkin sibuk berjalan keliling kampung/dibawa pulang ke rumah atuk dan nenek untuk bersua sanak saudara (untuk ditatap dan menatap, again) (5) aku bawa emak kesana kemari menemani aku makan makanan Malaysia HAHAHA.

soooooooooo, siapa nak pesan barang?untuk kemudahan anda (dan tukang beli juga), aku sudah menspesifikkan jenis barangan.buat masa ini, hanya ada 1/2 unit untuk setiap barang.mostly ada 1 unit je.kalau ramai tempah, I'll go to the shop again and buy some more.

FYI, kod barang memang all over the place.jadi jangan berasa aneh kalau NZ005 muncul sebelum NZ001.(kerana itu salah aku sendiri HAHA).harga sudah termasuk postage.

kita mulakan dengan keychain, shall we?

NZ005 - Keychain ini kalau ditengok dari kanan nampak kiwi, tengok dari kiri nampak biri-biri (atau vice versa).harap kamu faham apa aku cuba maksudkan.satu keychain, yang punyai ilusi biri-biri / kiwi dari arah yang berbeza. (RM 8)

NZ006 - Fancy NZ Keychain (RM8)

Fridge Magnets



NZ002,NZ003,NZ004 - NZ Scenery Fridge Magnet (size: credit card) (RM10 EACH)

NZ001 - I LOVE NZ (size: credit card) (bila aku baca balik, aku buat silap rupanya.yang ini RM8 EACH, bukan RM10)
NZ009 - NZ Beaches 2012 Calendar (RM15)
NZ010 - NZ Landscapes 2012 Calendar (RM15)

NZ007 - I LOVE NZ Sticker (RM8)

NZ008 - NZ Silicon Bracelets (2 pieces) (RM10)

berminat?sila roger izzatinur33@yahoo.com

thank you!:)

NOTE: tempahan hanya akan dibuka sehingga 31st October 2011 :)

Tuesday, October 25, 2011

RWC 2011 : ABs' - The Victory Parade

Assalamualaikum & Hello :)

sorry if korang bosan dua tiga hari ni aku sibuk post pasal RWC.like hamagad dia ni tak ada benda lain nak cerita ke?

at least, its better than nothing.masa dekat sinilah aku rancak sikit update blog.balik Malaysia nanti, entah boleh kira guna jari berapa kali update dalam sebulan.there're few reasons behind it.tak apa, kita bincang hal itu kemudian.

ada 31 hari lagi dekat New Zealand, so check this out.
  • All Blacks won the Rugby World Cup 2011, yes we know that.
  • All Blacks players are incredibly good looking, yes we KNOW that too HAHA.
  • I got to see most of the All Blacks players RIGHT IN FRONT OF MY EYES.(using CAPS LOCK seems exaggerating, but yeah I don't care BAHAHA)
It's all thanks to The Victory Parade of the All Blacks yesterday on Queen Street from 2.30 to 4.00 PM.

tengok gambar ayuh?disebabkan (1) nak jimat space, (2) copyright reserved, dan (3) tak ada sebab pun sebenarnya, gambar telah disatukan membentuk kolaj.(i spelled it 'kolah' at first HAHA).kolaj ye, kreatif sangat lah kononnya.

dan disebabkan aku berasa terlebih rajin hari ni, siap edit nama dekat every faces of the ABs players.supaya mudah urusan memilih mana satu idaman hati HAHAHA.









guess what, Sonny Bill Williams tiada di tempat kejadian, lalu membawa kepada aksi kemurungan hampir kesemua warga Auckland.tapi tak apalah, family dia dekat Auckland, mintak mintak nanti terserempak dengan dia dekat kedai kasut ke, kedai ayam goreng ke puh puh puh.

diorang semua ni look much nicer in person.manakan tidak, dengan makcik-makcik pun menjerit sakan semalam HAHAHA.

#One of the Greatest Experience being in New Zealand :)

Sunday, October 23, 2011

RWC 2011: THE VICTORY

History was made. To be able to say 'I was there in Auckland when New Zealand won 2011 Rugby World Cup' absolutely THE GREATEST EXPERIENCE. Congrats All Blacks! :D [Kamal Effendi, 23rd October 2011]



I am Backing Black :D

SkyWalk - Flash Mob Haka

A haka is performed above Auckland at the top of the sky tower to show support for the All Blacks.

3000ft, at the top of the SkyTower,Auckland.
cool as.
GO ALL BLACKS!
*lari pergi buat assignments*

Friday, October 21, 2011

RWC 2011 : All Blacks Team Line Up for Final match

aku hiperaktif hari ni, so takyah tanya kenapa aku up dua entri yang hanya berjarak beberapa jam antara satu sama lain.

bila assignment banyak, memang ini tabiat aku.walhal aku sepatutnya tekun mengerjakan assignment, tetiba saja aku mengerjakan blog.aneh tapi benar, bahaya juga.boleh kena smackdown kalau diketahui ibu bapa.HAHA.

ayuh berkenalan dengan All Blacks, shall we?aku punya roh rajen muncul tetiba petang tadi.bukan rajen membuat kerja lah tapinya.rajin menggoogle gambar All Blacks kesayangan WAHAHAHA.

All Blacks Team Line Up against France this Sunday.[nombor jersi dalam kurungan]

Tony Woodcock [1].ganas tapi comel.

Keven Mealamu [2].kecil-kecil cili padi.

Ben Franks [17] dengan Owen Franks [3].diorang adik beradik so kita letak sekaligus ye.

Brad Thorn [4].abang-tiga-puluh-enam-tahun.teeheeee~

Sam Whitelock [5].nampak macam pemalu tapi arrrrrr.

Jerome Kaino [6].Fareha punya Kamal teeeheee~

Kapten paling comel dalam dunia, Richie McCaw [7].bintang hati Alida McCaw.eceh :P.

Kieran Reid [8].ada sekali tu berdarah kepala dia.tapi dia cool je.orang yang menengok ni hah seriau.

Piri Weepu [9].mengetuai Haka All Blacks untuk setiap perlawanan.

Aaron Cruden [10].antara yang termuda dalam All Blacks.ni masa dia tak ada rambut, sekarang dah ada rambut, lagi manisss.

Richard Kahui [11].yang ini sekali dia senyum memang ah cair kepala otak.model-punya-item.dia ni, kalau bergabung dengan Izzy Dagg[15], jadi super-power-dangerous yaww.

Ma'a Nonu [12].kena tengok cara dia lari bawak bola.styloooooo~

Conrad Smith[13].jangan memain, lawyer tau ni.

Cory Jane [14].bintang hati tonnn.HAHA.dia dapat Man Of The Match lepas lawan Aussie haritu.nak tengok dia, cari yang kerjanya melompat tangkap bola.minggu lepas berdarah hidung tak peduli pun.tetap berjuang demi negara tercinta.comot tapi comel walaupun berdarah HAHA.nama singkatan, CJ :).model-item jugak ni.

Izzy Dagg [15].bila dia dapat bola, memang ah aku terjerit punya.bak kata Bill,

dialog zati and bil time tgk all blacks.
"izzy! izzy! pas kat sonny! pas kat sonny!"
"ok! lari cepat sket, tepi sane. OHMYGAWDD"
"coryyyyyyy. OHMG BERDARAH BOLEH"
"cepat sket. lari lari lari. sondol sondol sondol"

dalam kata lain, kalau Graham Henry [coach ABs] tak ada, don't worry sini ada lagi dua orang coaches available HAHAHA.

so basically, these are the top 15 on the field nanti.

yang bawah ni, replacements.

Andrew Hore [16].minggu lepas berdarah habis abang ni siap bergaduh atas padang.

[17] Ben Franks.gambar dia ada dekat atas nun dengan adik dia.

Ali Williams [18].nak tahu, anak-anak murid aku yang 5 tahun tu semua duk kerja minat yang ini.aku pun tak berapa faham lah.haritu masa pergi sekolah, duk cakap dekat aku 'I like Ali Will-lli-ams'.alah comelnya budak ni cubit kang HAHA.

Adam Thomson [19].baru main lepas kecederaan.ganti orang-orang yang baru cedera.

Andy Ellis [20].dia paling dasyat berdarah hidung masa lawan Aussie.satu muka penuh darah.huuuuu~

Stephen Donald [21].baru masuk jugak ganti mereka-mereka yang cedera.haaa lepas ni kita tengok siapa yang cedera pulak ye.

Sonny Bill Williams [22].nampak gaya macam dah jadi bintang hati ramai orang.HAHA.ramai pesaing puan seri.dia agak famous la season ni.kenapa?sebab first match haritu, jersi dia dirabakkan oleh pemain Tonga, lalu menampakkan lengan beliau yang muscular.sebab jersi dia rabak, dia tukar jersi tengah padang.kau mampu tengok pemain ragbi badan ketul-ketul tukar baju tengah padang.tipu ah kalau tak jerit.HAHAHA.
and he's a Muslim, yes.

mereka-mereka yang tercedera.

Zac Guildford.pemain All Blacks paling baby face, antara yang termuda jugak la.jangan main-main dengan baby face yaww.gempak jugak dia ni, tapi itulah.cedera pulak abang.eh apehal abang dia sebaya kau kot HAHAHA.

Colin Slade.abang gigi cantik, bintang hati Bill.cedera jugak.bak kata Bill, untunglahhh Farit dapat jumpa Colin Slade.HAHA.

Dan Carter.dia ni memang model so no doubt kenapa kau hensem sangat HAHA.cedera jugak alkisahnya.tapi dia lah paling awal antara semua orang.paling frust, cedera masa training.sabar aje lah.

ada lagi tapi dah penat dah.boleh tak macam tu?HAHAHA.

p/s: aku suka semua players All Blacks.lalalala~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...