Thursday, June 28, 2012

Wordless Wednesday - Kebab

[Auckland,NZ - Winter 2011]

I never thought I'll miss this Turkish/Arabian delight so much.

With sweet chilli, barbecue, mayonnaise and satay sauce.

 Taste so good yet so healthy.

Oh my goodness *saliva drop*

p/s: I can do nothing about the photo.tried to find the rotate button but it's can't be seen anywhere.
*cough*

Friday, June 22, 2012

#Tips Travel Bandung - Kenderaan awam

Assalamualaikum wbt.

Kembali lagi bersama saya, Duta Pelancongan anda.hari ini kita akan mengikuti segmen Kenderaan Awam di Bandung.berbunyi tidak penting, tetapi sebenarnya penting.ewahh gitu.

*semua yang ditulis ialah berdasarkan pengalaman penulis sendiri* (seperti menaip kisah seram pula)

1) Teksi/Taksi/Taxi (or whatever you call it)

You know that feeling, bila tolak troli keluar dari Balai Ketibaan lepas tu semua orang tengok.#awkward moment.pelancong kan.tapi tak berapa nak feeling tourist juga lah sebab tak ada orang pegang sepanduk bertulis nama kami bersaiz mega sejurus keluar balai ketibaan.nama lain ada lah.bunyi macam kasihannya kami tapi hey kami kan pelancong yang berjimat cermat?no supir to pick us up from airport is OK.sebab taksinya banyak kok.kebanyakan teksi di Bandung berwarna biru.apa tah diorang panggil, Blue Bird kot.tak kisah ah kan.tapi kami ambil teksi warna biru.

kos menaiki teksi 4 orang dari Airport Bandung ke Hotel Kenangan ialah Rp70 000.oklah untuk 4 orang.bayar dalam Rp15 000 something sorang.siap angkut luggage masuk & keluar kereta.lemayannnn~


jurukamera tangannya ketar buk


2) Angkutan kota/Angkot



sebab tak ada pengalaman naik Angkot, jadi tak tahu nak tulis apa.nak buat camana, Pasar Baru sekangkang kera, Jalan Dago pergi dengan supir.hewhew.tak confident nak naik Angkot.buatnya sampai tempat lain tak ke namanya menganiaya diri sendiri tu.kat sini dah nampak kan satu lagi faedah duduk dekat Hotel Kenangan?(tak habis promote hotel AHAHA)

3) Tut tut (kot)


Tut tut ni macam beca adalah kot.tapi pengayuh dia memang ah gagah perkasa.dari sini boleh nampak bukti cemana orang orang Indonesia ni boleh jadi gagah perkasa.diorang biasa bersusah, buat kerja berat.jadi setakat jadi buruh kasar dekat negara kita ni, not a big prob bro.gituh hebak orang Indo cakap omputih.

kitorang naik tut tut ni masa first day, pulang dari Pasar Baru.maklumlah, memasing dah menggendong kain pasang, telekung bagai.nak jalan kaki balik memang selamat jalan romeo lah kan.pulak tu kena panjat jejantas paling curam dalam dunia, memang tahap boleh mogok dekat tangga jejantas.jadi, kami ambil keputusan untuk naik tut tut.nampak macam berisiko tinggi tapi daripada bayar teksi, lebih baik tut tut.

dari Pasar Baru ke Hotel Kenangan, hanya Rp20 000 untuk dua orang.super murah I tell you.kalau tengok, macam tak berbaloi dengan peluh dan keringat yang dikerah tulang empat kerat mereka, namun demi rezeki yang halal, mereka gagahkan juga.fuh dramatik ayat guwe.

tapi bukan diorang je mengerah tulang empat kerat, kami juga.bak kata Fareha, berlaga tulang sulbi ni hah.HAHAHA.sebabnya memang sempit pun.dah dua orang manusia dah, tambah kain pasang dengan telekung 4 kilo lagi.pheww.

gayat ada juga.sebab di Bandung, manusia memandu secara sukahati.ada sekali, tut tut yang kami naik ni melawan arus.cuba bayangkan.tapi sebab pemandu pemandu Indonesia hebak hebak belaka, maka kami tiba di hotel dengan selamat.

tak reti nak cakap camana hebat diorang drive, tapi memang hebat lah.itu kena experience sendiri tu.teeeheee.


badang Indonesia.

habis dah pasal kenderaan.stay tune untuk segmen makanan dan shopping pula!

Monday, June 18, 2012

#Tips Travel Bandung - Persiapan

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ini adalah spesial untuk ibuk ibuk kakak kakak abang abang pokcik mokcik sekalian yang akan ke Bandung, Indonesia (travel & shopping yay!).dalam bahasa sains, kita gelar perkara seperti ini sebagai TIPS.jadi mari kita meneliti tips-tips ke Bandung yang telah saya senaraikan secara sendirian berhad.sori kalau ada yang tertinggal.maklumlah manusia, salah dan silap tu biasalah.eceh ayat nak cover.

1) Tiket
Dah beli tiket?Alhamdulillah kalau dapat tiket murah.kami beli tiket setahun yang lalu (sewaktu masih belajar di NZ).sebab itu tiketnya murah banget dong.pergi balik seratus lebih je.beli masa promo Air Asia.untuk kaki gila travel macam kitorang, wajib check kalau Air Asia ada promo.kalau boleh refresh setiap 5 minit.HAHA.biasa Air Asia punya website boleh traffic jam bila ada promo.jadi, di mana ada kemahuan, di situ kita kena kuat bersabor.mana tahu rezeki dapat tiket murah.teeheee.


2) Wang/Duit/Uang
Ini memang tips yang harus dikongsikan.sebab certain orang kalut nak tukar duit dulu sebab takut nanti sampai Bandung tak sempat shopping sebab belum tukar duit (akulah tu)HAHA.macamlah sampai je airport terus nak shopping.dekat situ dah boleh nampak dah melampau tak melampaunya nafsu shopaholics aku nih.tapi aku tak sempat tukar duit dekat Malaysia pun, sebab Fareha cakap tukar dekat sana (Bandung) mungkin lebih berbaloi.

MEMANG BERBALOI.nanti bila sampai airport Bandung yang bersaiz S itu, keluar je pintu utama pap nampak sebijik money changer.kitorang tukar duit dekat situlah.bila tengok sekali tak nampak macam money changer pun sebab ada lelaki selamba badak tidur dekat belakang kaunter.tapi peduli hape kan.kita mau nukarin uangnya buk.

sekelip mata jadik jutawan.jutawan rupiah.HAHA.

3) Accommodation/Penginapan
kami mula cari accommodation 3/4 bulan sebelum tarikh travel.sebagai budget travellers, haruslah search hotel termurah di segenap Jawa Barat.masa tu dah berpening pening convert rupiah ke RM.siap ada senarai hotel-hotel yang berkemungkinan untuk diduduki sepanjang berada di Indonesia nanti.after considering price,location and everything, we go for Hotel Kenangan, Bandung.

satu masalah bila nak book accom ialah, kena bayar guna kad kredit.di Malaysia, students mana ada kad kredit.hewhew.

I emailed them, the Kenangan Hotel.beritahu bahawa kami adalah pelajar yang mengembara dan mahu menginap di hotel mereka namun tiada kad kredit untuk melaksanakan pembayaran.

Alhamdulillah mereka ngerti kok.our booking was confirmed.4 days and 3 nights.dan pembayaran bisa diselesaikan sewaktu ketibaan.yay!



Kenapa harus memilih Kenangan Hotel sebagai tempat penginapan anda di Bandung?


a) harga berpatutan (more or less Rp205 000 per room - Economy room (fan) for two person)
di Bandung, tak perlu mencari bilik aircond.mengikut pembacaan aku sewaktu dalam flight(tetiba rajin membaca dalam flight entah kenapa), Bandung adalah kawasan paling dingin di Indonesia.lebih dingin dari Malaysia *kesat peluh*.

b)dekat dengan Surau/Masjid tempatan.kami tidak membawa jadual waktu solat, jadi hal ini sangat membantu.bila azan, oh dah masuk waktu rupanya.lebih barokah gitu!

c) bersih, nyaman dan indah.hotelnya tidak sebesar mana.sederhana tapi nyaman kok!interior design sangat cantik.manakan tidak, kitorang sempat photoshoot dekat tingkat 3.HAHA sesuka hati.

d) breakfast juga nyaman!dapat FREE breakfast untuk setiap orang di kafe.pilihan (a)roti (b) nasi goreng.perut Melayu memang ah pilih nasi goreng.tapi hari ketiga je baru tahu dapat FREE breakfast.first dengan second day tak sempat nak ambil tahu sebab nafsu shopaholics membuak-buak.sanggup breakfast dekat toko depan hotel tu tak menahan.HAHAHA.

e) DEKAT DENGAN PASAR BARU(sengaja caps lock).Pasar Baru memang dekat gila kot.dah pergi pagi, rasa nak balik hantar barang lepas tu nak pergi lagi HAHA.just a walking distance.jalan sikit, naik jejantas eh eh Pasar Baru lah!lepas tu habis berpuluh ribu tak sedor diri.flight kami dari KL jam 6.45 pagi, sampai Bandung dalam pukul 8.00 pagi waktu Indonesia.sampai hotel letak barang lepas tu terus carik Pasar Baru.yang tak menahan tu bilik lagi satu bukan boleh masuk lagi sebab belum kemas.tak peduli dah terus cabut pergi Pasar Baru.bila balik je memasing penuh tangan.comel je receptionist tu senyum tanda faham kat kitorang.HAHA.

kami pergi Pasar Baru hari pertama dengan hari ketiga.kiranya first day tu mukaddimah dulu ah kan.mukaddimah tak mukaddimah jugaklah, balik bilik tengok duit rasa nak nangis.tapi bila tengok kain pasang telekung bersulam itu excited pula.#irony.

nanti insyaAllah nak buat satu entri pasal Pasar Baru sahaja.nantikan!

f) FREE Internet.

g) Helpful & great customer service!(yang ini pun nanti kita cerita lain entri)



ok rasa dah panjang sangat ni.next entri insyaAllah akan dikongsikan tentang kenderaan awam dan juga tour yang kami sertai pada hari kedua pengalaman kembara di Jawa Barat!

till then,
Duta Pelancongan Bandung.


Monday, June 11, 2012

Home, at last.

Hey blog!
I'm home.

aku sudah pulang.selepas hampir 10 hari bermusafir di bumi Allah yang sungguh indah ini.ewahh ayat tak menahan.Bandung is sooo syok!syok membeli sehingga terlupa diri.sedar sedar uangnya hanya bersisa Rp20000 (which is tak sampai Rm10 pun).masa itulah bergegas mencari money changer semata-mata untuk membeli tudung idaman gadis seantero dunia.

dapat tudung, terus tersenyum.meskipun sudah diketahui nasib perut tengahari itu.mie ayam.tapi hati gembira, jadi tak mengapalah.hewhew.

jika hendak diceritakan perihal shopping, aku takkan boleh berhenti.terlalu banyak drama dunia yang hendak aku kongsikan.eceh.terfikir nak buat tips travel ke Bandung pula.hekhek.

first time bukan selalu manis.biasalah pelancong.ditipu itu biasalah.telekung Rp175000 sebenarnya boleh didapati dengan harga Rp100000 sahaja di kedai tingkat atas.tapi dek kerana nafsu berbelanja adalah tinggi (HAHA)(dan currency murah juga), percaya sajalah bila mereka kata harganya beratus ribu itu.padahal kita bisa kok mendapatin yang lebih murah.

next time, we will be the pros in the department of price negotiation in Bandung.

baru pulang, sudah terfikir hendak kesana lagi.hewhew.harus pergi sebelum kahwin.baru boleh pakai baju malatops uols masa kahwin nanti.HAHA.

insyaAllah next time mahu bawa emak pula :)

tentang FA.IZ Photography, kami pulang dari Indonesia pada 7/6.sebagai krew FA.IZ Photography yang bertanggungjawab merakam detik manis perkahwinan di Malaysia (ewahh),pagi 8/6 kami bergegas ke Kuala Lipis untuk satu wedding di sana.selesai majlis resepsi pada 9/6, kami bergegas pula ke Bahau ke rumah nenek Fareha.pagi 10/6 kami bergerak ke Seremban untuk satu majlis bertandang.selesai shoot kira-kira jam 4 petang, kami pulang ke Bahau untuk pick up barang dan juga nenek Fareha, lalu terus ke Kuantan.

aku tiba di rumah jam 11 malam tadi (kot).tidur kemain.penangan jadi driver.tetiba pagi tadi kaki aku cramp.mula-mula yang kiri.ingatkan itu je.sejam kemudian, kaki kanan pula.pheww kaloh oghang marathon.HAHAHA.

banyak foto harus diproses, jadi entah kapan pula aku bisa update blog ini.gitoh.

till then.I miss you, blog.dan blog blog lain juga.perlu marathon blog pula selepas ini.

take care!





Monday, May 28, 2012

FA.IZ Photography is now on Facebook

Assalamualaikum.

sudah lama tak berucap panjang dalam blog sendiri.ewah.apakan daya, duduk di rumah meskipun tiada bebanan kerja sebagai seorang pelajar, masih juga busy.atau sebenarnya buat-buat busy.entahlah yang mana satu.

aku macam biasa.bila banyak masa terluang, masa itulah mood blog aku melayang entah kemana hala.bila sibuk mengalahkan menteri, masa itulah aku nak jadi blogger paling tegar dalam dunia.HAHA.

seminggu menjelang trip ke Indonesia.wooo-hooo.kami gadis paling excited dalam dunia.mood membeli-belah secara sakan sudah bermula.mukaddimah sudah dilakukan di The Store, semalam.cubalah bayangkan purse yang harga asalnya RM69 bertukar menjadi Rm13.80 selepas 80% diskaun.bagaimana aku hendak berkata NO kepada dompet jelita idaman gadis manis masa kini?satu untuk aku, satu untuk emak.selesai mukaddimah seorang shopaholic.jika aku dibiarkan lama-lama disitu, pasti beg tangan menjadi sasaran.comforter juga.luggage juga (lumrah seorang gila travel.eceh!).kasut juga.sungguh kewanitaan taste aku sekarang.HAHA.

Bandung, wait for me!

sebelum berakhir, FA.IZ Photography is now on Facebook.kalau suka LIKE, kalau tak suka pun LIKE je lah.AHAKS.

who knows kami ada promotion or whatever exciting, first update mesti through our FB page.so tak rugi pun kalau LIKE.hehe :)

klik sini ok FA.IZ Photography  :)


THANK YOU!

Sunday, May 27, 2012

Family Portraiture|Syazila's family|Taman Setia Tropika,JB

Dear Syazila and family,


Thank you for choosing us. We had so much fun taking photos of you, your husband, and your lovely super adorable daughter, little Keisha.Thank you and may Allah bless you and your family.


With lots of loves,
FA.IZ Photography











Wednesday, May 23, 2012

We are...


POWER RANGERS!

FA.IZ Photography!

yes we are female photographers :D

Interested to hire us for your big day?

izzatinur33@yahoo.com
farry_3377@yahoo.com

NOW!

eh eh terover pula.teehee.
bila-bila juga boleh.tapi kami sudah tidak available pada tarikh-tarikh ini:

25th & 26th May 2012 (Pahang)
1th & 2th June 2012 (Terengganu)
8th & 9th June 2012 (Pahang)
10th June 2012 (Negeri Sembilan)
7th & 8th July 2012 (Pahang)

please don't hesitate to contact us :)


Tuesday, May 22, 2012

Mel & Maziah|Save The Date

Dear Mel & Maziah,


Thank you for choosing us to capture your precious moments before your big day (27th May 2012). 
Selamat Pengantin Baru from us, may Allah bless both of you and be happy together till Jannah :)


With loves,
FA.IZ Photography

Location: Taman Setia Tropika, JB; Johor Bahru City Square, JB.
Date: 4th & 5th May 2012








If you're interested and want to make a booking, please don't hesitate to contact us:
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)
Fareha (farry_3377@yahoo.com)


Our price for pre-wedding or post-wedding 2012 :)

Saturday, May 19, 2012

Sweet escape

(1) Si besar & Si kecil yang akhirnya bertemu selepas 6 tahun.we were in the same dormitory in high school;of bedtime stories and secrets keeper zaman muda mudi.hakhak.


(2) me with the coolest guy on Earth( for me hehe).thank you for everything (especially sebab bersabar dengan I yang selalu moods swing haha).


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday, May 15, 2012

We're done

done.

finish.

no more exam till graduate (only practicum for next semester).

after 5 straight years of exams and loads of assignments.

we are young and free!
*sapu krim pencerah Garnier light di wajah*

now I can feel the sweetness of freedom.oh yeah oh yeah.

Monday, May 14, 2012

Happy Birthday dear sisters!

Just a quick and short post.

HAPPY BIRTHDAY to my two dear little sisters, Kakde (13thMay) & Kakak (14th May).

no wonder you both have similar personalities.pembawakan horoskop mungkin.


May Allah bless both of you and goodluck for your BIG EXAMS this year.(Kakde is preparing for SPM, while Kakak will take her UPSR at the end of the year).

plus point, Abang also has big exam this year (PMR).no wonder mak has been a bit grumpy these days.(bukan mak sahaja ok.kakak sulung juga.kengkadang kakak pula yang terlebih grumpy.HAHA)

So UPSR,PMR and SPM candidates in the house woohhoooo!

tapi kelihatan semuanya masih rileks di hadapan televisyen sewaktu cuti yang lalu.OH.semoga cuti pertengahan tahun kali ini membawa lebih barakah dan hidayah kepada adik-adikku supaya menelaah pelajaran.

juga patut minta hidayah untuk kakaknya yang ini juga.kerana besok exam tapi masih rileks di alam maya.WAHAHAHA.

ok need to go study and shower!toodles!

this picture was taken in 2009

so there are changes everywhere.

HAHA

p/s: wish me luck for tomorrow's exam!Alhamdulillah satu paper je sem ni.hekhek~

Friday, May 11, 2012

Grand Opening - Aisya Sofiyya Craft

Assalamualaikum :)

Sehari dua ni mood asyik nak buat announcement je.banyak benor surprisenya HAHA.mungkin ini simptom biasa dekat dekat musim exam.hewhew~

okay back to business.

Alhamdulillah, berkat kerjasama dan kesabaran dan kekreatifan dan suka duka bersama (ewahh), kami (me, Fareha & Puan Seri) berhasil mengusahakan satu lagi jenama tersendiri....



Khas untuk anda yang berminat untuk mendapatkan DIY Goodie Bags made from Brown Bags, Aisya Sofiyya menyediakan pelbagai pilihan Goodie Bags untuk hari bahagia anda!

We designed and created our own Goodie Bags, yes.

Kesemua Goodie Bags direka sesuai untuk pelbagai jenis majlis
Weddings
Birthdays
Formal Occasions
dan banyak lagi!

Kami juga ada menyediakan design-design untuk Kad Undangan Perkahwinan. Bertemakan English concept, kad yang direka khas oleh kami sendiri berkonsepkan simple and unique.

Jadi, kenapa perlu berbelanja lebih?
aku kalau berpropaganda memang hebat sangatttt.penangan iklan TV3 lama sangat agaknya.

Mesti ada yang nak berjimat cermat kan?Jadi, apa kata klik SINI untuk kita sama-sama have a look.ewahh speaking London pulak tetiba.

Happy Shopping minna-san!

Special announcement for people in KL & Selangor

Assalamualaikum :)

Next week insyaAllah I'll be around KL & Selangor area from 17th - 20th May.Since I'll be staying there for few days, I've been thinking about another offer. So, if you are interested with the deal (Rm100 for family/group photoshoot), please contact me as soon as possible (izzatinur33@yahoo.com).

At the moment, I've a session on 18th May, 4.00 PM at Putrajaya.So, if you are interested please contact me to arrange for time and place.

P/s: Transportation charge (max RM50) will be charged for certain areas. Do contact me, who knows it might be free of charge for your area :D

Thank you :)

Monday, May 7, 2012

throughout the awesome week

Assalamualaikum :)

aku macam tak berapa mampu nak divide benda lain cerita lain hari, jadi aku combine semua, membentuk entri padat dan mampat seperti ini.seperti pepatah shopaholics (yang aku reka sendiri), membeli in bulk adalah lebih lemayannn.

untuk memudahkan acara, I'll use numbering (because I love numbers.wekk tipu)

1) Le Cinema

we (me,Fareha & Puan Seri) went to the cinema (to be more specific the TGV at JJ Tebrau City) ON SUNDAY.boleh tak tak sedor hari tu hari Ahad.kebanjiran manusia yang dahagakan hiburan (hiperbola much?HAHA).pening kepala nak pengsan sebab ramai sangat orang.barisan beratur nak beli tiket wayang hampir bersamaan panjang tembok besar China.tiket pula sudah banyak sold out.ohmygoodness!

walaupun demam The Avengers sedang melanda, kami mahu menonton Battleship sebab dengar khabar angin siapa tengok Battleship akan rasa nak kahwin dengan navy, jadi kami mahu check samada fakta itu sahih atau hanya mitos duniawi.plus, Puan Seri adalah peminat setia Rihanna.hewhew~

sampai dekat kaunter, secara tetibahh tiket Battleship pukul 2 petang dah SOLD OUT.ohmygaddd padahal dekat skrin besar tu belum tukar warna merah lagi kot.hampa tiga orang peminat navy.dan ini menyebabkan kami terpaksa membuat keputusan secara ekspres.The Avengers?NO?seat depan je tinggal?YES?NO?

YES.seat B kot.ce bayangkan.A depan sekali, B belakang A.tak ke patah leher lepas 2 jam lebih tengok wayang ye tak?



masalahnya tiket ni berbayar anddd front row?huhhh~

TAPI, The Avengers memang awesome wa cakap lu.hilang sakit leher walaupun mencangak tengok skrin besar depan mata.and I loveeeeeee Iron Man.so cheeky~!



2) Girlfriends

this week, we spent lots of time together.me,Fareha,Puan Seri (Aten), Farhanis and Ema.went out to try Tutti Frutti for the first time, together.and at the end we decided that Tutti Frutti is not really preferable to be on the list of our social activity in terms of its price.we prefer Nasi Ambang Mat Corner and Cendol sebelah Giant Extra more.HAHA.

Tutti Frutti story written by Puan Seri, click HERE.

this is our final year of degree, so next year we are going to be apart.sobs.

mari berdoa agar kita semua dapat posting sama negeri.but I'm not sure about Farhanis since she only wrote Perak as her preference :P


3) Busy weekend

This weekend, I had two photo-shoots done.(1)Pre-Wedding (2) Family portraiture.didn't get much sleep and rest so I decided to stay on bed until 11AM this morning HAHA (thank Allah we don't have class today).I almost fainted because I had formal dinner at 8.30pm and just came back from shooting at 7.45pm on Friday.

yesterday (Sunday), me and Fareha were sweating like crazy.running here and there to finish up everything in one hour because the sun became hotter.Alhamdulillah we finished shooting in one hour plus.on our way back to college, it was raining HEAVILY.habis basah kuyup.

next semester gonna be tough for FA.IZ Photography.but insyaAllah we will survive.

till then.
I'm not sure when I'm gonna write this long again.but new entries will come up, with photos and works done by FA.IZ Photography :)

so take care everyone and thank you for reading!

before I forget, Hello new followers :D

Thursday, May 3, 2012

Ashraaf & Zuliani|Majlis Bertandang|15 April 2012

Majlis Bertandang
Ashraaf & Zuliani
Kuantan, Pahang
15/4/2012


Copyright Reserved @ FA.IZ Photography 2012










Both bride and groom were my schoolmates, hope this explains why I was in the group photo.teeeheee~

p/s: still have limited time to membebel randomly in here.i'm not really in a good condition (the after effect of being exposed under the sun for too long).so wait until I recover then we'll go cha-cha HAHA.

sick, but still sempoi.*ewahh perasan*

well, if you are interested to hire us for your ceremony, do contact us will you?
FA.IZ Photography
farry_3377@yahoo.com
izzatinur33@yahoo.com

you can check out the packages offered and ceremonies that we had covered by clicking on the FA.IZ Photography TAB.

Thank You :)


Monday, April 30, 2012

Sesi soal jawab bersama sizuka

REFER TO : This tutorial

1) Kak CNN - macam mana nak masukkan transparent watermark?

Jawapan: Akak boleh rujuk tutorial yang ini :)

2) Kak Nailah Azman - edit guna Photoscape, tapi bila upload gambar kenapa jadi pecah-pecah?

Jawapan: Bila akak edit gambar, kena tengok berapa setting untuk size gambar tu.kalau guna application 'Page' dekat Photoscape, saiz yang disetkan ialah 410 x 410.bila size setting kecil, bila dibesarkan memang gambar tu pecah-pecah.jadi, lebih baik tukar saiz gambar besar sikit kalau nak letak dalam blog.macam saya, saya biasa guna 640 x 640 pun dah ok untuk letak dalam entri :)

CAMERA & PHOTOGRAPHY
(baru lepas godek entri lepas lepas, baru perasan ada few questions yang saya belum jawab.heee)

1) Biasa ambil gambar guna setting apa?

Hurm.saya guna setting biasa je sebenarnya.kalau tengok gambar bawah ni, setting yang saya biasa guna yang gambar anak panah petir[?] dalam bulatan tu.hewhew.ISO ke shutter speed tak pernah set pun.kecuali bila buat light trail :)


I never attended any classes on photography. I learn by myself (and still learning). I study photos and tutorials shared on the web. I seek help from my fellow friends who share the same interest (and they do help a lot). I do try and error, most of the time. 

try and error is good.who knows when you try, there'll be no error at all :)


Friday, April 27, 2012

almost the end

Alhamdulillah just submitted my research report.phew.you never know how you gonna suffer from it until you experience it yourself.seriously man, final year is no joke.now, I need to reconsider doing my Master degree.PHD?never think of it.but who knows.hewhew.

I went to sleep at 2.++AM for 2 days which is so-not-me because I'm such a sleepyhead.for the whole week, everyday was my bad hair day.terrible mood swing and bad habits appeared.messy room, messy table, messy bed, messy me...not forgotten messy laptop.(Alhamdulillah 2 days after the treatment, he's doing great job and I got to finish my report.OH-LA-LA).

being a final year student, I've develop some sort of 'angry birds' in me.hot tempered and moods swing are my great great best friends.sometimes, I think I got The Undertaker or Stone Cold Steve Austin or any other WWE stars (you name it) in me.suka smackdown barang.laptop rosak, nak hentak.handphone terpadam, nak hentak.loker tak boleh kunci, pun nak hentak.tapi tak vandalisme ok.hanya smackdown barang sendiri.berani nak smackdown barang orang lain silap haribulan Big Show datang lenyek.

omaigod.who are yeww?*talking to myself*

now, May is approaching...the exam too.thank Allah I only have one paper for exam this semester.or else for those in JB, probably you can see me losing myself somewhere around the city.but still, the one paper is for the most critical subject on planet Earth.*fainted*

but one good thing is, this horrible and disastrous semester almost come to its end.ho-yeah.another assignment need to be submitted next Monday, but I already smell the freshness and taste of F.R.E.E.D.O.M.oh my oh myyyyyy.


some behind the scene shots during the photoshoot with Baby Ammar.now you know who struggled to blow the pretty bubbles for the awesome shots.HAHAHA.


intro macam emo, ending gembira pula.
I told you I had moods swing right?


Thursday, April 26, 2012

Ashraaf&Zuliani|The Solemnization|14/4/12

To Ashraaf & Zuliani,
Thank you for choosing FA.IZ Photography as the official photographers for your big day.We were very honoured to capture the precious moments.May both of you be happy together and blessed with happiness till Jannah :)
With love,
FA.IZ Photography

Ashraaf & Zuliani, 14 April 2012, Jerantut (Pahang)
Akad Nikah & Kenduri













Click HERE for our photography packages

FOR BOOKING AND ENQUIRIES:
Fareha (farry_3377@yahoo.com)
Izzati (izzatinur33@yahoo.com)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...