kalau siapa ada baca,dengar atau menonton berita tentang gempa bumi di NZ.itu adalah betul.haha tetiba kau nak cakap betul ni kenapa.takkan berita nak tipu.hadoilah izzati.baiklah salah ayat.haha.kawasan yang kena gempa bumi itu ialah Christchurch, South Island.lebih berita disini.kalau ada siapa-siapa yang risau izzati macam mana, izzati ok ke, selamat ke sila jangan risau.izzati selamat disini.kerana izzati berada di North Island, iaitu di Auckland.sila rujuk peta.Auckland berada di utara NZ.astaghfirullahalazim mengucap panjang kami di Auckland.sebab utama, malam sebelumnya kami berborak-borak tentang struktur bumi NZ tentang volcanoes dan gempa bumi.besoknya Christchurch dilanda gempa bumi sehingga Wellington & New Plymouth yang berada di North Island turut merasai gegaran.maaflah ayat nak skema sikit macam berita.haha.tapi itulah.cuma tiada kematian yang direkodkan sebab bak kata azmi atau fareha, orang NZ memang dah selalu bersedia untuk bencana alam macam ini.boleh kata diorang serba tahu apa nak buat kalau tiba-tiba gempa bumi.kerana mereka ada earthquake drill dan bermacam drill lagi.kita di Malaysia hanya ada fire drill.kerana Malaysia insyaAllah sepenuhnya selamat.jadi bersyukurlah menjadi warga Malaysia.Saya Anak Malaysia.tetiba patriotik.tapi ajal maut di tangan Tuhan.Allah itu Maha Berkuasa.doakan keselamatan kami disini ya?p/s: siapa-siapa yang ada pasang lagu raya dekat blog mintak maaf kalau saya tak dapat jawab andai anda buat soalan kuiz lagu raya apa yang saya pasang dekat blog saya?.sebab saya dah sumbat headphone punya wayar dekat laptop dan letak headphone jauh-jauh.takut tersebak pulak dengar lagu raya, basah keyboard akak, kena beli keyboard baru.haha.