Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday : reward diri sendiri

kepada sesiapa yang berpuasa, maaf ya.


aik.kenapa aku pulak yang rasa lapar?fine.

p/s: challo bete pergi kelas.

Monday, September 26, 2011

mencelah dari kesibukan

sementara tunggu foto-foto diproses, aku mencelah tulis blog sekejap.hampir seminggu ia terbengkalai, kasihan.

kesibukan melanda aku minggu lalu.minggu ini aku dilanda 'after shock' pula.begitu dramatik.

jadual aku minggu lalu:

Isnin : submit karangan 2000 perkataan.gila kentang.

Selasa : berehat sebentar bersama KitKat atau apa-apa saja snek kegemaran.memulakan karangan 1500 perkataan yang perlu disubmit pada hari Jumaat.[last minute punya pekerjaan.biasalah, kata student HAHA.]

Rabu : bekerja keras menyiapkan karangan 1500 perkataan.namun gagal kerana terlalu asyik menservis kamera untuk event keesokan harinya.

Khamis : Graduation Photoshoot + Rugby World Cup (South Africa VS Namibia) di North Harbour Stadium, conteng-conteng muka dan menggila [?].

Jumaat : menelaah nota kerana ada ujian bertulis pukul 2PM [tampak jelas aku tak ada catat sebarang aktiviti tentang study sempena test.bermaksud, pagi Jumaat aku baru buka nota.GILA.].dan submit karangan 1500 perkataan yang aku berjaya tamatkan pada jam 10.30 pagi itu.

Sabtu : bangun awal pagi untuk Outdoor Photoshoot yang tamat pada jam 1PM, Open-house di Anzac Avenue.malam itu pergi Queens Wharf untuk menonton perlawanan RWC All Blacks VS France dekat skrin besar dan menggila *again*.

Ahad : humban diri atas katil [Fareha, 2011]

dari semalam sampai hari ini, aku duduk edit gambar yang melebihi seribu keping.phewww.dah macam mayat hidup.kerjanya duduk depan laptop, dengar lagu, hadap editor, bila lapar ambil makanan, bangun sekejap stretching lepas tu hadap editor semula.

kitaran hidup seorang izzati yang tak begitu sihat.jangan tiru di rumah.

dah.penat pulak rasa bila dah lama tak menulis ni.nak buat vlog lah pulak.boleh tak?HAHAHAHA.bila dalam video aku jadi poyo ok, so jangan mengharap mimpi yang tak sudah.

masuk stadium RWC once in a lifetime kan, so haruslah berbondong gambar.HAHA.


oh btw, kitorang support Springboks <3

oppa~!*tetiba gedik*

tudung selekeh gila gara-gara sibuk nyonteng muka


ni pulak masa kitorang pergi Queens Wharf haritu, tengok match All Blacks VS France dekat skrin besar.nak pergi stadium takdok pitih hoh.for these photos, credits to Fareha.

oh tak nampak sangat contengan dekat muka aku kan

ja-jang!

sekian,
Peminat Setia All Blacks yang mengharapkan All Blacks ke final RWC tahun ini :)

p/s: bangun stretching sekejap ah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...