Sunday, February 9, 2014

Dunia di hujung jari : 4R photo printing

Assalamualaikum. 

This is going to be a quick post. Just sharing, who knows I might help someone today :) 

I am a busy person. Kinda. Kadang-kadang BANYAK perkara tertangguh secara melampau. Well, bila kita bertangguh, kerja tu makin lama makin menimbunlah ye tak? Aku memang suka tangguh kerja. Buat kerja bila rasa cam ada mood je. Bila takde mood, ianya samada menghadap RunningMan ataupun Return of The Superman ataupun Projek Memikat Suami ataupun melayari internet secara random. Masalahnya, aku ni kerapkali takde mood nak buat kerja. Teruk gila la perangai. 

Sampai satu masa, emak tanya pasal gambar. 'Dah print ke belum gambar tahun lepas?' Haaaaaa ko nampak tak kat situ. Gambar tahun lepas kot aku tak print print lagi. Daaaaaaasssaaaaaaarrrrr. 

'Belum, mak.' Lalu rasa bersalah. Aku ni dah la tak berkenan nak pergi memana sesorang. Takut woi. Dunia sekarang mana selamat dah. Kalau nak print, kena pergi kedai gambar, lepas balik sekolah. The nearest shop might be at Tesco Selayang. Argh tensi betol. Kat Jalan Ipoh memangle ada tapi aku kalau dah drive sorang mana nampak apa-apa dah. Takde masa sambil drive sambil cari kedai. Memang confirm tercium bumper kereta orang nanti. Kalau cium Myvi takpe wei, buatnya tercium Audi? Terduduk akak tengah jalan tu taknak bangun dah terus buat buat pengsan. 

OK pasal nak print gambar. Lalu, aku pun dengan bijak pandai aku google la. Print gambar 4R online. Awalnya aku rasa cam mustahil je. Kalau masa dekat NZ dulu, aku memang semua benda online.tu yang tak sedar duit habis tu HAHAHA. So aku google, jumpa la satu website ni. 

          GREECO VENTURE

Company kat Penang. Aku godek godek website dia. Harga sungguh berpatutan siap ada voucher new year lagi. Hei siapa tak suka voucher? Pasti menjimatkan. YESSSSsSsSS found it!

Cara cara nak print sungguh senang sungguh mudah cik puan semua. Klik klik klik dah siap. Ada manual lengkap dengan instructions yang jelas. Sedangkan aku yang noob ni pun berjaya apatah lagi anda anda yang bijak pandai di luar sana. Aku print dalam 140 pcs 4R cuma bayar RM40 sahaja. Irresistable!! 

So siapa siapa yang rasa malas nak pergi print gambar 4R kat kedai macam aku, ataupun takut keluar sesorang macam aku HAHA, bolehlah layari lawan web GREECO VENTURE dan upload foto foto anda yang vavavommmm ituuuu. Postage pun cepat. Dalam 4 hari dah sampai. Efficient!

Ini testimoni pelanggan ya. Bukan paid ads. HAHA. Toksah pelik la kenapa aku bersungguh sangat rekemen benda ni, takde dapat apa pun. Cuma insyaAllah perkongsian ini mungkin dapat tolong siapa siapa yang ada masalah ketakutan macam aku HAHA. 

Till then, 
Peminat foto.

Friday, February 7, 2014

biskut coklat plastik kuning

*cough*cough*

Assalamualaikum. Hello. Everyone. Err whoever reading this right now...Hi.

tak tahu macam mana nak mula. hurm. OK. sekarang ini tak rasa macam ada 24 jam sehari. rasa macam terlampau melampau sekejap. pup pap pup pap dah malam. OMG. manakan tidak, keluar kerja pukul 7 pagi. balik rumah pukul 5.15 petang. hey bukankah cikgu biasa balik awal? TIDAK SEMESTINYA.

walaupun begitu, aku suka kerja begini. bercampur gaul dengan kanak-kanak yang sungguh menceriakan dan gemar membuat aku ketawa melampau dengan lawak kering tahap umur mereka. aku ni sudahlah seorang pengketawa dahsyat dalam dunia.

sekarang, mereka mendambakan Chipsmore kepunyaan guru mereka yang satu ini. entah kenapa. Chipsmore je padahal. serta-merta jadi budiman, berbudi bahasa dan gentleman tahap sepuluh semata-mata mahukan biskut coklat yang satu ini.YA biskut coklat kepunyaan aku ini. yang aku beli kat Tesco, bawa dari rumah, simpan dalam laci meja sebagai breakfast setiap pagi (sebab selalu tak sempat breakfast kat kantin). CHIPSMORE HAZELNUT PLASTIK KUNING .

sudahnya?Chipsmore yang aku baru bawa semalam kononnya nak buat bekal seminggu DAH HABIS. habis sebab bagi reward dekat kanak-kanak atas perbuatan baik mereka. ganjaran kerana berkelakuan baik dan budiman terhadap guru, jadi guru harus bagi biskut.YA BISKUT YANG GURU PUNYA DALAM PLASTIK KUNING ITU.

'misssss nakkkk coooookieeeeeeeeee'

I just can't get over it.

Dear future Izzati, 
in 10 years, please tell the boys about this. And ask them to ganti your Chipsmore. Don't worry. They should have their own money by then. They should be 20 years old, 10 years from now.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...