Monday, May 29, 2017

Kisah Ramadhan 1438H

Assalamualaikum & Hello,

Salam Ramadhan. Ramadhan Kareem. Selamat Berpuasa.

Rasanya masih belum terlambat sebab hari ini baru hari ketiga bukan? HEHE. Amacam azam Ramadhan kali ini? Ewah kau bertanya sok sok retis.

Azam Ramadhan kali ini, saya nak masak kat rumah JE. Sebab tahun lepas, we went to Bazaar Ramadhan every single day! Bayangkan betapa banyak menabur duit dekat sana. Kurang kesedaran sangat rasanya. Alasannya, Zara kecik lagi...susah nak masak sebab kena attend dia...plus penat sebab everyday pergi sekolah balik rumah rasa nak tertonggeng depan pintu. Jadi sebab itulah Bazaar everyday uols.

Tunjuk - tunjuk je perut kenyang. 
Tanpa menyedari, fulus - fulus habis terbang. 

Todia kakak bagi pantun dua kerat.

Tahun ni, kakak sedikit insof. Tambahan pula, Ramadhan kali ini jatuh pada waktu cuti sekolah yang paling agung iaitu cuti pertengahan tahun. 2 minggu OK! I am so happy. I am very excited. Bolehlah kakak jadi masterchef walaupun tidaklah master mana KAHKAH. No school means no stress, no pressure, no climbing up the stairs and no headache!

So I can cook happily! I am a happy wife and happy mother, tentulah. Sehari sebelum Ramadhan, pergi restock groceries. Like OMG everyone is thinking about the same thing is it? Penuh supermarket uols semua orang restock barang. Sampai barisan panjang gila dan buat kau rasa nak bertempik panggil manager. Tapi, kakak sabar. Sambil menunggu giliran dan melayan anak yang hampir 15kg sepertinya nak patah pinggang mendukung dia.

Bersemangat kupas bawang merah dengan bawang putih lepas tu blend buat stok nak bagi memasak cepat bagaikan tukang masak dekat kedai makan.

Alhamdulillah, I cooked on the first day of Ramadhan! *letup letup belon* Perasaannya macam 'Yeah!Mission accomplished!' walaupun baru first day. Nampak gaya I can handle 30 days like this. *blowing nails*

Nasi putih + Sup Ayam + Paprik Sayur = absolute happiness in our tummy.

Tapi, semalam iaitu 2 Ramadhan...kami telah bertindak secara melulu yang sepertinya membahayakan. My husband said he wanted to eat something simple. Taknak makan nasi sebab rasa macam nak makan ringan - ringan like Roti John or some sort. So we were off to Bazaar Ramadhan Jalan Kuching yang sangat panjang dan dipenuhi manusia itu.

Balik dengan plastik - plastik yang pelbagai. Tengok! Kalau pergi Bazaar, memang everytime camnilah. Rasa macam beli sikit je padahal sebenarnya nafsu dah menguasai. Penuh juga tangan akhirnya. Selesai berbuka puasa, buat reflection.

Actually bila dekat Bazaar, semua benda kita nak beli. Balik rumah, berbuka dan berakhir dengan penyesalan yang tiada erti. Onde - onde yang indah rupa dari rasa, Roti John yang entah kemana pergi dagingnya, Murtabak yang tidak cukup bawang jeruknya, dan bermacam lagi.

We learnt our lesson. Lalu terus bersemangat masak untuk sahur. Tebus kesilapan, kononnya. So, sahur tadi seronoknya makan masakan sendiri. Indahnya, jika hari - hari begini.

Hari ini, kami plan nak bawa Zara pergi Aquaria. Semoga tidak membawa ke petang sebab kakak rasa nak masak western food hari ni. HEHE.

Mohon doakan kakak yang jarang memasak ini untuk istiqamah memasak sepanjang Ramadhan. InsyaAllah, Amin.

Semoga kita memperoleh keberkatan dan kebaikan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah :)

Google 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...