Wednesday, June 29, 2011

hello i'm the nerd izzati




siapa suruh buat FREE GiveAway Glasses.orang yang tak berapa patut buat spek lagi pun jadi tetiba buat spek.padahal tak rabun pun.silau je.which means, power silau lagi hebat dari rabun.namun bukanlah sampai perlu buat spek.rileks rileks sudah.cumanya bimbang sebab makin lama aku makin banyak hadap laptop.sekejap online [facebook,blog,superpoke pets et cetera], sekejap editing, sekejap buat assignment.eh kantoi engkau tak suka buat assignment sebab kau sebut dia last sekali HAHA.

prevention is better than cure.
Thank You Clearly Contacts NZ :)

buat spek FREE, just bayar shipping & handling fee yang tak sampai $20.pup pap engkau dapat kacamata buatan Nicole Miller.awesome hoh?

first day dapat spek [2 minggu lalu], aku jakun macam biasalah.HAHA.sepanjang masa duk pakai spek.selang 10 minit pergi tengok cermin.nampak kan aku excited tengok muka nerd sendiri.WEIRDO.

hari ni, aku letak spek tu dekat mana pun aku dah lupa HAHAHAHA.

ada je padahal.tapi aku macam tak berapa pedulikan dia.as in, eh aku ada spek ea sekarang?lupa lah!*tepuk dahi*

pengajaran cerita, hadap komputer lama-lama boleh menyebabkan kegemukan.aku tahu tak ada kaitan, tapi aku nak tulis jugak.aku ternampak status kawan dekat Facebook tadi.betul ke tidak entahlah.tapi aku terus lari jauh-jauh dari laptop.10 minit lepas tu aku datang balik.dan sampai lah saat ni aku masih bersemayam depan laptop.HAHAHA.

'ni banyak makan sebab winter nih.bila sejuk, aktiviti makan memakan memang serius hebat peringkat dunia punya'

kita tengok summer nanti izzati kurus ke tak.neng neng neng neng neng.

hujan ais

semalam, untuk manusia yang kurang arah tuju kehidupan macam aku, haruslah duduk rumah menghadap laptop main Superpoke Pets sepanjang masa tanpa mengenal erti penah lelah.dah ditakdirkan semalam punya cuaca bukan main hebat dia punya ekstrem.sekejap panas sekejap hujan sekejap taufan.

mula-mula aku rileks lagi.sekejap angkut ampaian masuk, bila panas angkut balik keluar.tabah.tapi bila SELALU sangat sampai ganggu aku main Superpoke Pets tak naik naik level [padahal kantoi tak hebat main game], aku ambik lapik meja terus pegi cover ampaian dekat balkoni.puas hati.HAHA.

tetiba petangnya turun hujan ais also knows as hujan batu [ya ka?]

mulanya aku fikir hujan normal.you know like hujan membasahi bumi, dalam case aku hujan membasahi balkoni.aku macam biasalah kalut tak hengat dunia bila lapik meja tu terbang terbang.drama punya pasal, masa aku duk bersilat dengan lapik meja tu angin dengan hujan datang sekaligus.double attack orang putih kata.aku ingatkan hujan normal [lagi], so aku buat tak peduli aje lah.padahal dah ketar sebab sejuk [kata winter kan].tapi jauh dalam hati dan sanubariku,eceh apasal hujan ni kasar sangat?bukan main sakit lagi kepala aku.

lepas tutup sliding door, hujan makin hebat.bunyi dia memang kuat bukan main yawww.berderau darah akak.[eh pandai pulak kau buat ayat guna perkataan Mastika kan].nak dibuat cerita lah kan, waktu nak tutup sliding door tu haruslah kena bersilat dengan hujan, ada lah sikit-sikit yang terlepas masuk lalu mendarat atas karpet kitorang.




aku sampai kalut cari kamera, jakun lah katakan.HAHAHA.

mujur kecik je tau.tapi kecik-kecik pun pedih wooo.aku tak dapat vayangkan macam mana kalau yang turun tu ketul-ketul besar.mahu kelobong kepala aku.uuuuuu tatot![lempang kang haa duk pelat-pelat sangat]


Google

kalau sampai macam ni, aku rela tak beli kereta.kang tak pasal pasal kelobong kereta Myvi Elegance akak.HAHAHA.kalau tak silap, gambar atas ni dekat US sana kot.dekat NZ tak pernah lagi ada kes kereta kelobong macam nih.seremmmmmm.

ok cerita lain.dalam entri pasar minggu haritu, aku SERIUS LUPA nak letak gambar ni.



makanya peminat tempe/tempeh [ikut ejaan dalam gambar] sekalian jangan riso jangan runsing kalau takut tak dapat makan tempe bila keluar Msia.dimana-mana insyaAllah ado.jowo selamanya.aik?HAHA.

Sunday, June 26, 2011

pasar minggu

dekat sini, takde pasar minggu yang jual yong tau fu dengan sate *nomnomnom* bagai.TIADA.jangan mengharap longgokan durian, nanti engkau akan hidup secara sengsara seperti aku yang sudah setahun lebih tak merasa nikmatnya durian dan awesomenya tempoyak.aku redha.mungkin itu yang dikira sebagai perjuangan.eceh.

hari ni kitorang pergi pasar minggu dekat Avondale [first time tahun ni], ambil feeling emak-emak ala motherhood gituh.kalau dekat Msia, emak-emak gendong bakul.dekat sini, feeling motherhood ialah tolak beg troli.HAHA seronok.sebab semua orang buat, dah jadi macam budaya.ibaratnya kalau engkau tak ada beg troli, engkau loser.KAHKAH.

ok tak jumpa gambar makcik pakcik tolak troli.ok takpelah.boleh tengok gambar kitorang dengan troli.HAHA.


see.itu beg troli kitorang.corak kotak-kotak.so, nama dia ialah beg troli pasar.ngerti?

satu benda yang memang tak boleh elak bila pergi pasar, benda-benda murah yang dijual secara berbondong-bondong.murah, dan stylo.menarik.tapi cikai.HARUSLAH.tapi juga lemayan.namun bukan semua cikai you know.bijak membeli, menang memakai.eh betul ke aku nih.




if you wonder how I manage to take these photos, there's only one answer to that question.buat muka tak tahu malu.serius.tadi ada je yang pandang-pandang.kalau dia berani tegur tu, harus keluar apahal budak nih sibuk dengan kamera.orang datang pasar beli sayur lah.bukan ambik gambar.tapi tak ada pun yang cakap macam tu.itu yang seronok dekat sini.engkau buatlah apa pun, orang tak peduli.asalkan jangan sampai engkau bunuh orang.kalau dekat Malaysia, engkau pakai tudung tak sama warna dengan baju pun ada orang nak komplen.ye tak?


hamik kau.jual emas dekat pasar minggu.kau berani?

Joyah: hamboih senah banyaknya rantai cincin gelang emas kauuuuuu.lip lap lip lap anak mami.
Senah: alaaaa no sweat pun kak joyah oih.beli dekat pasar minggu jekkk.beli satu percuma tiga.sambil-sambil beli sayur, rembat la seutas dua.hihi.

kalau macam ini gayanya, makcik yang jual nasi kerabu haruslah hilang entah kemana ye tak.HAHA sibuk pilih rantai emas yawww.LOLOLOL.


beanie angry birds.sape nak order.$10 satu kepala burung.HAHA.




CENDOL!omaigodseronoknyataksabarnakmakan!


kebanyakan peniaga ialah dari golongan Cina, Maori & Pasifika.orang putihs macam tak berapa minat kot berniaga-niaga pasar minggu nih.mungkin diorang geng main bursa saham.datang pasar minggu nak beli kentang dengan epal.takpun nak beli topi angry birds [?].HAHA.


pakcik ni super-cool tau.tahun lepas masa datang sini, dia dah memang berniaga.jual cookies.cookies dia pulak memang kevavomm punya awesome lah.sedap gila.choc chip ada, choc brownies ada et cetera.suka berlawak tau pakcik ni.HAHA.cakap melayu lancar walaupun dah lama duduk NZ.still up-to-date pasal Malaysia.

serius dia excited tak hengat.tadi sempat lagi tanya, dah ambik belum gambar bendera dekat van dia tuh.so dari jauh sempat snap sekeping dua.lepas tu sempat lagi tau dia pesan...

Nanti masuk dalam Facebook ok!

HAHAHA.


aku, kalau berjalan, memang jarang bawak orang ke jalan kebenaran.selalunya ke jalan kurang kebenaran.HAHA.sebab aku manusia random.dan manusia random, akan mengikut kemana arah kaki melangkah.maka, AWAS.HAHA.

aku jalan dengan Aten.beliau nak cari comforter.tapi kitorang tak lalu tempat jual comforter pun.HAHA.sebab jenis aku, aku kena masuk semua lorong.kalau tak aku tak puas hati.sebab tu selalunya aku bawak orang masuk jalan kurang kebenaran KAHKAH.tapi kadang-kadang, kita tak tahu bahawa jalan kurang kebenaran tu kadang-kadang punya kemanisan tersendiri.eceh.dan kami ketemu ini...


nice hoh?aku rasa nak lompat tinggi-tinggi bila jumpa gerai ni.semua vintage.dengan pakcik yang sungguh nice kerana berjaya dipujuk selepas pakar tawar harga paling hebat dalam dunia *ekhemm* berdolak dalih dan bermanis muka dengan beliau.HAHA.




yang ada flash tu Aten punya, makanya obvious lah kan yang debab tuh aku punya HAHA.

cuma masalah negara aku sekarang nih, susah gila nak cari film 127mm.sebab kamera ni tak pakai 35mm punya filem.127mm haruslah berzaman punya filem kan.duhhhh.umur kamera ni pun lagi tua dari tuan dia.HAHA.

Hello Boss.I am 55 years old.


Saturday, June 25, 2011

bila adik-adik punya Facebook

Facebook sudah menjadi perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan sehari-hari untuk insan yang bergelar manusia.eh.sekejap.apasal ayat aku skema.ok.what I mean is, hampir semua orang ada Facebook kan.tak kiralah umur 50,40,30,20,10 atau 1 tahun [?].tapi kalau budak umur setahun ada Facebook, itu boleh dikira Guiness World Record mungkin.

dalam sejarah keluarga utama [tak kira sepupu sepapat makcik pakcik], boleh kira guna jari berapa orang yang punya Facebook.aku [22 tahun], angah [20 tahun] dengan kakde [16 tahun].sebab tiga orang ni punya pengaruh rakan sebaya.like serius weh.kawan engkau ada Facebook, takkan engkau nak main Friendster lagi ye tak?tapi bukanlah my other three little brothers and sister tak ada rakan sebaya.ADA.tapi pengaruh dia tak berapa awesome lagi.maybe Ijat agak logik lah kot tapi baru Form 2 macam tak ligat lagi nak bersosial mungkin.

one reason, dekat rumah tak ada internet.my parents think it's not very compulsory.duduk kampung, aman damai tenang bahagia dengar bunyi ayam berkokok whatsoever.serius rindu.kalau perlu internet, pergi rumah sepupu sekejap.10 minit je pun.tak ada hal.waktu aku dengan angah dulu rileks je tak ada internet tak ada komputer.layan je main pondok-pondok tetiap hari pun.abah pun redha je cawan getah dia kitorang bikin acuan kek tanah.hihihi.manis tidak hidup macam tu?serius aku rindu.

benda paling terkezutkan, adik aku yang umur 11 tahun [bongsu perempuan] add dekat Facebook.and I was like WHAT?ok now tell me siapa yang gatal buat Facebook untuk adinda ku ini.kerana aku fikir logik.adik aku serius tak reti godek benda alah teknologi ni.sebab kakak-kakak dia pun baru nak reti.sooooooooo who's the pokemon?

aku suspek ini pekerjaan sepupu-sepupu sebaya adik aku itu.maka, ini bukan pengaruh rakan sebaya.ini pengaruh sepupu sebaya T___T.

kalau dia tak rancak dan ligat dekat Facebook, aku memang tak bimbang tak runsing pun.masalahnya...


punya ligat duk upload gambar artis manjang.SNSD, Nora Elena, Taylor Swift, Selena Gomez whatsoever semua ada.pung pang pung pang bila stalk album dia, aik 5 photos je dalam album keluarga saya?WHATTTTTTTTTTTTTT.

aku fikir aku sorang je perasan, tapi tak.angah pun perasan.lalu dia buat serangan kakak-kakak.


Angah Rahim tu my other cousin.bukan suspek.dia sengaja sibuk-sibuk dalam adegan kakak-dan-adik nih.HAHAHA.

kitorang haruslah kenal perangai adik-beradik sendiri kan.dalam family pun ada 4 perempuan je, lagi 2 orang lelaki.Ijat dengan Adik tu memang haruslah buat hal sendiri.takde nak campur hal pompuan-pompuan nih.Kakde pulak entah zaman bila last bukak Facebook dia.kalau dikira-kira, aku dengan angah memang paling singa *garang roarrr* lah, tapi angah lagi singa dari aku.HAHA.so adik-adik boleh kira tak berapa berani la kalau kena sound dengan kitorang.itu yang bikin aku curious dengan komen adik aku dekat atas ni.amboi berani kau yeh.

tell me I am a typical sister.YES I am.runsing aku bila fikir hal dunia sekarang *amboi kalah menteri HAHA*.ok let me explain it to you according to what I learn in children psychology.eceh.kanak-kanak tidak boleh didedahkan dengan perkara-perkara yang tidak sensible dengan peringkat umur mereka.ok bahasa pelajaran ni memang rumit sikit nak faham.mari aku bikin mudah cerita.

kalau budak-budak, buat cara budak-budak.pergilah main tanah, main pasir, main pondok-pondok ke kawin-kawin ke whatsoever.because this is the stage when they'll learn EVERYTHING.sebab itu kalau ada anak nanti, biarlah dia nak memanjat menyondol ke whatsoever.itu cara dia experience life.tapi kalau dah kecik-kecik pandai menghadap Facebook, tak dapek den nak nolong.

sekian.tamat pelajaran children psychology kita untuk hari ini.HAHAHA.

p/s: aku lagi seronok kalau adik-adik aku enjoying life as a child macam kita zaman dulu-dulu.main tanah, main pasir, main guli, main rounders, main galah panjang, main kejar-kejar.tengok.sekarang kan dah rindu :')

Friday, June 24, 2011

done for this semester

12.30 pm

times up.put down your pen please.kata pengawas peperiksaan berkaca mata berambut blonde.

you may go.thank you.

biarkan ia berlalu pergi.hanya mampu berserah kepadaNya.Allah knows best kan?tapi serius penat gila menulis rasa nak patah semua tulang temulang jari-jemariku yang mulus inihhh [?].penat otak tak payah kira lah kan.penat otak tu dia bawak ke muka tahu.keluar exam hall tadi, pergi toilet, tengok muka dalam cermin.OMG.gila stress punya wajah kesayangan hamba.HAHAHA.

ok taknak merapu banyak walaupun sebenarnya boleh sangat kalau nak merapu ikan kerapu sekalipun.sekarang, rasa nak makan banyak-banyak lepas tu lompat tinggi-tinggi.yuuuhhuuuuu.

tak sabar nak holiday~!

p/s: paper semester kali ni memang pembunuh betul lah T_____T

Thursday, June 23, 2011

mimpi


kulit sekeliling kuku ibu jari tangan kanan tercabut secara pukal as in bukan sedikit sedikit tapi sekaligus dan tebal tebal

bukan orang cabut macam dalam cerita Long Kong tu

tercabut sendiri

tapi tak rasa apa-apa pun haruslah sebab mimpi aje kan

bangun tidur, aku rasa ngilu bila teringat

moral of the story, jangan tidur petang-petang biarpun mengantuk tahap nak sondol lantai.buatlah pekerjaan yang berfaedah seperti belajar untuk peperiksaan besok [?].

okay Assalamualaikum!wish me luck for my lasttttttt paper tomorrow!

p/s: nice timing to put up an entry hoh.4.44pm [Malaysia time]. *angkat kening*

Wednesday, June 22, 2011

always be my best companion

all photos credits to her.but her blog is currently closed to public, so probably come again next time [?].

ahad lalu, plan asal ialah shooting dekat Howick Traditional Village.namun, hujan melanda bumi Auckland, seorang ahli kereta mengalami sakit perempuan dan pemandu utama punya latihan ragbi.maka, terkontang-kanting kami berdua.NAMUN, everything is fine.because we are super-girl.HAHA.

alang-alang punya kereta yang disewa dengan harga $69/2 days, tak salah jalan-jalan ukur sebesar mana Auckland.kami tetap pergi Howick, MASIH dengan plan asal.tapi sebab hujan, maka tak mahu bazir wang dan shoot dalam kehujanan kerana itu akan membawa kepada kesengsaraan kelak apabila kamera basah.aku tak boleh kamera basah.derita.





tengok sejauh mana dua orang ini sampai.meski dalam hujan lebat itu, tabah kerana memang berkenan buat pekerjaan kurang waras sejak dari JB lagi.memandu tanpa arah tujuan.bila tanya nak kemana, pilih salah satu arah dekat papan tanda.tidakkah itu suatu kemanisan hidup?


see.sudah kubilang kami tiba jua disini.tapi tak masuk.kerana tak mahu bazir wang berjalan di dalam kehujanan.dan sudah lewat kerana perlu pulangkan kereta sebelum jam 5 petang.but this place is awesome, man.harus datang melawat sebelum balik Msia hujung tahun ni.


on the way pergi, aku memandu secara terlampau fokus.kerana sedang emosional ketika itu.emosional, nervous, cuak kebebeh semua ada.serius.Fareha sampai stress sebab dia cakap sorang sorang.tak ada respon dari aku.HAHA.serius tak sedar.bila dia cerita balik, aku gelak kuat-kuat.on the way balik, dia pulak drive.one thing about her, dia pandai kontrol emosi.pandai kontrol nervous.tak macam aku.aku ni ibaratnya kalau nak buat persembahan, belakang pentas bukan main wah hebatnya.naik je pentas, akulah manusia yang senyum paling awkward dalam dunia dengan berdebar tahap nak luruh jantung KAHKAH.



one more thing about her, she is awesome.most of the time keluar photoshoot, I'll go with her.so kalau aku shoot orang lain, siapa yang shoot aku?dia jugak.hehe.tak ke touching namanya tuh?*mata berkaca*



You are my best companion ever, and will always be.InsyaAllah :)

wordless wednesday, sempat lagi dekat2 nak exam nih.

Monday, June 20, 2011

misi 'menembak' hujung minggu

Fatin sampai tegur kenapa hari ni dia bukak blog ni, tak ada update.aku nak jugak heran tapi tak apalah kan sebab aku tahu punca dia.pagi tadi bangun lambat gila, macam omaigod seronoknya tidur sampai rasa taknak bangun.HAHA.macam orang lama tak jumpa katil.padahalnya weekend je pun mengembara.eceh.

dalam post haritu ada cakap nak pergi somewhere kan.maka, inilah somewherenya.



ni second time sampai Coromandel.entri first time ada disini.kalau pencinta alam, memang haruslah datang sini sebab pemandangan memang menyentuh jiwa dan sanubari masyaAllah cantiknya ciptaan Allah.tak reti ah nak describe cantik macam mana.kalau cakap cantik macam Lisa Surihani, mungkin orang tak dapat bayang macam mana Lisa Surihani dalam bentuk pemandangan.HAHA.ok keluar dah kerepek merepek aku.

rombongan dua bijik kereta yang disewa memang menggamit sanubari.apesal asyik keluar perkataan sanubari je engkau nih.lumrah mengembara, HARUS sesat sekali-sekala.meskipun ada manusia dalam rombongan yang sudah pergi tempat itu dua kali HAHAHA.bak kata Dr.M, melayu mudah lupa [?].

satu kereta geng kamera, satu lagi kereta geng main teka-teki.AHAHA.this time saya dengan Fareha pergi dengan adik-adik.sekali rasa macam rombongan sekolah, tapi sebenarnya bukan sebab kitorang kan awet muda.so tahap gila masing-masing macam sebaya HAHA.

kalau bagi aku peluang merepek, memang sampai 1000 perkataan pun aku tak boleh berhenti lagi.disebabkan ada lagi satu paper Jumaat ni, makanya tengok gambar je lah ok adik semua, kakak nak pergi study.melampaulah kakak ni kalau dah nak study kenapa update blog lagi.eh adik nak kena pelempang malaya kah?ok drama.HAHA sori budak belajar bahasa memang genetik drama kuat sikit.

ok dah.tengok gambar pulok awok-awok sekelian.

























just macam frust gila menonggeng sebab tak dapat shoot sunset.*nangis*.tapi biasalah kan, bukan semua yang kita rancang, akan diperkenankan Tuhan.maka, pulang dengan hanya sedikit hasil buruan seperti yang tertera di atas.lepas itu, secara tetiba keluar plan shoot sunrise.maka, ada sedikit senyuman terukir.eceh apahal puitis benar ayat engkau.

namun, kusangka panas dari pagi, rupanya matahari sembunyi belakang awan.sampai hati engkau matahari.

yang benar, izzati.

frust lagi.tapi redha.lagipun kalau mengharap matahari menerangi alam waktu winter ni gamaknya macam sampaikanlah salam cintaku padanya.susah amat.

lalu, kami main dengan cendawan dan main lompat-lompat.







maka, sabtu ahad tak lekat dekat rumah.hari ahad punya cerita lain pulak.nantilah besok ke pulak kita cerita cerita.dah izzati.back to book please.

just macam tak sempat nak blogwalking sebab hidup macam huru-hara.killer paper kot Jumaat nih.duhhhh.

permisi ya buk~!*kantoi kaki tengok sinetron*

Sunday, June 19, 2011

way back into love~

everyday is Father's and Mother's day :)


Allah knows how much I miss both of you :')


cuba teka mana saya.tudung zaman a-go-go.LOLOLOLOL.

p/s: tak sabar nak balik Malaysia hujung tahun ni :)

Saturday, June 18, 2011

photoshoot jejaka terhangat di pasaran

hari ini, I am a full-time photographer.no photos of me, nehi NO ab ab laut chalen [?].

yang ada cuma...


foto harta benda dan juga kaki yang berkasut putih merah jambu di atas dedaunan kuning yang sungguh lovely sekali.

bintang bergemerlapan untuk sesi photoshoot hari ini ialah dua jejaka yang tidak asing lagi....*ala-ala pengacara pop kuiz*


Azman Dean Kamal Effendi

it's just that I haven't done any photoshoot for guys, so perhaps I need one to fill in my portfolio.great thanks to these guys for helping me.juga kerana bersabar menahan kerenah si tukang ambik gambar yang sungguh bossy dan mudah excited sendiri ini :).HAHA.

so, presenting...

















p/s: and today, I am off to somewhere.rahsia lah sebab itu cakap somewhere HAHA.kasi efek suspen sikit.baru meriah hidup ye tak?:P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...