Tuesday, May 31, 2011

one down, few more to go

kalau nak dikatakan, boleh dikatakan this week is the most hectic week ever.
31/5: in-class assignment a.k.a test DONE
1/6: number sense test TOMORROW
3/6: research proposal DUE

sebab itu, aku emosi tak tentu pasal dan dipersembahkan di dalam blog.HAHA.jangan salahkanku, salahkan emosi.eh tapi emosi tu milik siapa?

ini minggu terakhir kuliah, sebelum melangkah ke tiga minggu minggu belajar dan peperiksaan.

and it's time for H to the O to the L to the I to the D to the A to the Y!*okay semput*

Monday, May 30, 2011

some of my favourite artworks

update blog dua tiga kali sehari membuktikan aku sedang hyperactive.tadi duduk baca blog orang, berhenti dan bikin puding jagung, siap puding jagung, aku kembali tercongok depan laptop.

bila ia sepatutnya masa belajar, masa itulah aku sibuk merandom entri dekat blog.entri sebelum ini buat Cik Betty tak berapa faham motif gambar bunga rose ada disitu biarpun ia cantik dan mengagumkan hati[?].sebenarnya ia bukan bunga, errr ya betul bunga tapi bukan bunga secara realiti yang punya spora[?].mereka ialah hiasan di atas kek, icing.
Link
Hafizah Ayu hampir fikir bunga-bungaan itu ialah sanggul rambut.kuikui~*gelak sopan*

dah setahun lebih bergiat dengan foto-foto, I have my own favourites;yang sangat suka ditengok secara berulang kali sambil sengih seorang diri [?].

gambar bunga rose dalam entri ini is also one of my favourites :)




























mushy-mushy baby~



















can't wait for my photo-book~!
*grin*

.....


gambar hiasan
sedang study.

distracted.

check emel secara harian.

hmmmmpph tak ada yang seronok-seronok.

bukak buku.

How Languages Are Learned.

tak ada perasaan.

p/s: esok ada ujian.huhuhu.nervous, tapi belum sampai tahap ketar lutut.cuma hati dah berdebar tahap eskalator [?].
Ya Allah permudahkanlah urusanku.

Sunday, May 29, 2011

randomness

randomness bermaksud, setiap perenggan ialah tak ada kaitan langsung.

kekayaan masuk secara terlalu awal di kala kehidupan masih belum cukup mencekik leher.syukur Alhamdulillah, namun aku telah bertukar menjadi manusia paling bimbang dalam dunia;bimbang ianya akan tamat secara cepat kerana aku manusia rambang duit [?].


silver on one side, and black on the other side.i bought it because i feel funny.rasanya pun funny juga.jus yang ada gas letus-letus.


semakin lama semakin banyak produk Malaya dekat sini.Apollo Pandan & Apollo Coklat ialah crush zaman bebudak dulu.satu, 30 sen.dekat sini, satu kotak besar ini ialah $6.40.convert duit Malaya, memang untung tahap dewa.beli snek Yoss saja sebab murah.lupa, haritu jumpa London Swiss Roll, dan terus beli.seminggu dua ni tekak berasa Swiss Roll semata-mata HAHAHA.


minggu lalu, tekak berasa nak makan buah melaka.tapi tak pernah buat.google resepi, jumpa.nice, bukanlah payah sangat.pergi supermarket, cari glutinous rice flour a.k.a tepung pulut, jumpa.nak cari daun pandan jauh ketengah macam kena menjerit satu supermarket baru jumpa, maka lupakan.teringat punya pewarna merah jambu dirumah, maka lupakan pewarna hijau.gula melaka, jumpa.bab kelapa parut ialah rumit.sini nak jumpa kelapa pun susah amat.pusing pusing satu supermarket dan hampir give up.dengan muka give up, masuk lorong secara random, dan terus jumpa.DRIED COCONUT.yalah yalah betul dah ni.


makan petang yang meriah bersama teman serumah,nasi lemak tanpa kacang dan ikan bilis.teringat zaman kerja Rasamas masak nasi satu periuk besar.lama tak makan timun, dapat lepas hajat nak makan timun.lupa snap gambar timun dekat sini kerana ianya ialah sungguh berlainan.rupa seperti peria, tapi sebenarnya timun.mungkin, PEMUN?

HAHAHA.
perlu study sekarang.semalam baru separuh jalan, err mungkin suku jalan.kerana aku masih separuh hati belajar, mudah distracted punya manusia ni.

Saturday, May 28, 2011

bukan seindah biasa

tahun tiga pengajian ialah bukan seindah biasa.lebih banyak cabaran, lebih banyak pahit getir.

stress.

dear chocolate, i love you.



Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

p/s: kekunci 'shift' tercabut.tak reti pasang balik.mula nak emosi.

Friday, May 27, 2011

wow macam NY lah~!

ini cerita Jumaat minggu lepas.

pulang dari kelas, macam biasa hati senang oh-la-la kerana weekend sudah tiba.yakni, masa untuk lari dari kesibukan dunia.ecehcehceh.tetiba teringat kupon GrabOne-Skytower yang belum diredeem.lalu terus buat keputusan secara mendadak.

trutttt trutttt [bunyi SMS]

Jom naik Skytower malam ni.

Eh tapi kan Friday Night?
NOTE: Friday Night & Saturday Night disini ialah agak buas.BAHAYA untuk kanak-kanak.

Tak apa.Kita tak lalu depan Casino.

Yelah kan.kita pergi lepas Maghrib lah camtu.dalam pukul 5.45pm dah boleh gerak sebab Maghrib pukul 5.19pm.

Baik punya.Roger bila dah nak gerak nanti.

Jam 6 petang waktu Auckland, tiada lagi Sang Suria.gulap-gulita yawww.

Excited.Pertama kali naik Skytower walaupun dah dekat setahun setengah duduk Auckland.HAHAHA.ini pun kerana GrabOne yang sangat murah hati bagi separuh harga untuk naik menara.kami terus grab.ini namanya aksi yang tak memerlukan pemikiran.

SkyTower tidak setinggi KL Tower atau KLCC.comel comel aja macam Sydney Tower juga.

sebelum balik Malaysia, habiskan pusing satu Auckland.
matlamat hidup lah kononnya kan.ecehcehceh.

lif cantik dan besar dan mengagumkan.ternganga.macam tak pernah naik menara HAHAHA.cuma ini first time naik menara waktu malam.

sampai atas, aku menjerit teruja tengok lampu-lampu.hilang kawalan diri.

WOW New York~!




nampak sangat hilang kawalan diri


pelawat-pelawat menara


layan jiwa sikittttt







NOTE: SkyTower has few sections of Glass Floor.which means it's transparent and you actually get to see things below you~!





DONE.satu benda dalam wishlist dah boleh tick.

hujung minggu diisi dengan aktiviti dalam rumah semata-mata.nice.

hujung minggu ni macam mana pulak?

oh lupa.kena hadap buku.selasa depan ada ujian T______T.

Wednesday, May 25, 2011

i found this at Tai-Ping

bukan Taiping, Perak yawww.ianya ialah Tai-Ping Asian Supermarket, Beach Road, Auckland.BAHAHA.pheww yang Taiping, Perak sana belum pernah sampai lagi.panjang umur murah rezeki insyaAllah sampai :)

oh what did you found?

I found this...

take a closer look, people...

I called this 'gambir'.favourite yawww.nostalgia zaman-berzaman.

patutkah gembira?HAHAHA.



Tuesday, May 24, 2011

nak mintak tolong :)

dengan rendah hati dan malu tapi mahu, saya mahu pinta kerajinan & masa anda, anda dan anda untuk tolong vote untuk foto-foto yang dipertaruhkan demi sebiji kamera.ecehcehcehceh.walaupun sebenarnya peluang untuk menang ialah ibarat sailormoon dan pokemon, tapi insyaAllah kalau murah rezeki siapa tahu kan?insyaAllah.

cara vote ialah sungguh sangat mudah.tak perlu vote tiap-tiap hari.hanya sekali seumur hidup.yang penting, punya Facebook.kalau sudah punya Facebook, hanya klik link yang terdapat dibawah, dan klik LIKE.

ada dua foto.kalau mahu vote yang ini, boleh klik sini :)

kalau nak vote yang bawah ni, boleh klik sini :)

kalau nak LIKE dua-dua, boleh klik dekat dua-dua link.hehe~

jasa baik dan budi serta masa kalian sangatlah dihargai.first time masuk competition yawww.nervous tak hengat dunia dah nih.HAHAHA.

TERIMA KASIH DAUN KARI SEMUA~!*belon letupletup riben sanasini*

Monday, May 23, 2011

wajah kesayangan hamba

kalau campur hari ni, lebih kurang sudah setahun setengah meninggalkan kampung halaman dan wajah-wajah kesayangan.hujung tahun lalu tidak pulang seperti rakan-rakan yang lain.atas alasan mahu merasai pengalaman musim panas di negara orang.Alhamdulillah pengorbanan itu berbaloi, meskipun selalu diiringi tangisan.ecewahhhhh eh kenapakah ayat kau macam novel?

dan hujung tahun ni dah nak balik Malaysia dahhhhhh, insyaAllah.tak sabar tak sabarrrrr.mulanya duduk berangan bila sampai KLIA nanti keluarga tunggu dengan wajah bercahaya.oh indahnya dunia.tetiba abah cakap,

'nanti beli tiket Kl-Kuantan lah.abah tak suka drive dekat Kl.nanti sesat lagi, dah jadi masalah dunia.'

pup pap musnah belon angan-angan.tapi tak apa, abah I love you.tak kisahlah.dekat Airport Kuantan nanti boleh buat aksi konon dramatik jugak.ngeh ngeh ngehhhh~kot kot lepas tu boleh terus pergi layan ikan bakor dekat Tanjung Lumpur ke.puhhhhh syok.

dua tiga minggu ini, ku bahagia.sebab angah cuti, so boleh sakan buat video-call.dekat rumah, line ialah haprak.maka, kita video-call dalam kereta.bukan semua orang buat yawww.HAHAHA.

terima kasih, teknologi.





adik-adik berubah wajah, ialah serupa macam power rangers.adik nombor tiga tiada dalam foto.bonda bilang, beliau ke Langkawi.lawatan sekolah katanya.kasihan kakde, tak dapat masuk blog along.huahuahua.tak apa.lain kali, mungkin.



selalunya, aku memang suka ganggu hidup si bongsu.kerana keletah dia ialah pelik.

along: eh gigi adik dah lain.eh BESARnya gigi kapak adik~!

adik: (tunjuk gigi)

angah: tengoklah adik sape

along: (tengok gigi sendiri)

HAHAHAHA.



timing sebenar ke kelas sudah musnah.aku terlalu khusyuk hadap blog sendiri.HAHAHA.

Sunday, May 22, 2011

Tutorial 5: Transparent watermark by using GIMP

Assalamualaikum & Hello.

First, pastikan anda sudah muat turun & install GIMP dalam komputer/macbook/pc masing-masing.kalau masih belum, klik sini.barang FREE lagi, serupa macam Photoscape.tak perlu Photoshop tapi masih boleh buat kerja ala-Photoshop.elehhhh Photoshop lagi hebat.bukan semua orang reti guna Photoshop yang complicated itu yawww.

baiklah.mari bermula.

1. click GIMP and you'll see your screen like this.


GNU Image Manipulation Program & Toolbox

2. set the background.


klik (File), lepas tu klik (New) to create a new image.jangan ubah apa-apa setting KECUALI setting (Fill with).tentang (Image size), tak perlu buat watermark yang terlalu besar mungkin.so saiz 640 x 400 ialah memadai. dekat setting (Fill with), tukar background colour kepada transparency.dan klik OK.

and you'll see your screen like this, with all these tiny boxes.ianya bermaksud, background image ialah transparent.



3. add your photos, and crop the image

tak kisah nak letak gambar sendiri ke gambar kartun ke what-so-ever.so pertama sekali, kita kena crop dulu gambar tu.


klik (File), dan klik (Open) untuk membuka imej lain.jangan risau sebab background transparent tu akan stay je dekat situ.cuma satu window lain yang akan keluar macam ini:


pilih gambar mana yang korang nak guna, dan klik OK.

dan akan keluar macam ini.macam yang saya kata tadi, jangan risau.window yang ada background transparent tu ada menyorok dekat belakang.hehe.


OK.masa untuk menggunting gambar.tengok dekat Toolbox, klik (Free Select Tool) yang rupanya ialah seperti jala ikan [?].operasi crop lebih mudah dijalankan dengan kehadiran tetikus.just click around the image.TAK PERLU gusar kalau ada masalah tangan ketar atau apabenda penyakit lain lagi.sebab boleh buat secara perlahan-lahan.


anak panah dalam gambar menunjukkan titik point.kalau guna (Free Select Tool), korang boleh crop image slow-slow.ibaratnya macam menyambungkan titik-titik.so kiranya korang just set dekat mana nak buat titik-titik tu.lagi banyak bucu, lagi banyak titik kena guna.sebab tool ni buat garisan straight je.dalam kotak pink belah kanan dalam area Toolbox, ada (Feather Edges).bermaksud, makin tinggi radius, makin smooth bahagian tepi imej yang korang crop tu.

pastikan titik akhir bertemu semula dengan titik yang permulaan tadi.

so, bila korang dah selesai susun titik-titik keliling imej yang korang nak guna tu, nanti korang akan nampak imej tu macam dikelilingi garisan putus-putus yang bergerak.



bermaksud, misi berjaya HAHAHA.ok so lepas ni kita kena bawak imej tu ke background kita yang transparent tadi.cara-caranya:


right-click, klik (Edit), klik (Copy Visible).

lepas tu bukak balik window yang ada background transparent tadi, right-click, klik (Edit) dan klik (Paste).


jeng jeng jeng~!harus nampak macam ini.kalau tidak berupa macam ini, something is wrong.


dan misi crop image berjaya.TAHNIAH~!ini ialah kejayaan pertama yang sungguh membanggakan.

4. add fonts

klik dekat huruf 'A' warna hitam dekat dalam Toolbox, nanti keluar kotak kecik iaitu (GIMP Text Editor).taip apabenda korang nak letak dekat atas watermark.
NOTE: dekat Toolbox, korang boleh ubah jenis Fonts, Colour dengan Size.yang kotak kecik bawah sekali tu, korang boleh ubah kalau nak buat huruf-huruf berjauhan antara satu sama lain.e.g: 'w o r l o f s i z u k a' instead of 'worldofsizuka'.

lepas dah siap ubah semua, insyaAllah korang akan nampak imej korang tu lebih kurang macam ni.


ada sahabat pernah cerita, hukum transparent ialah mengaplikasikan efek Alpha ke atas imej.kenapa, i don't know.

untuk efek Alpha, pastikan wordings anda berada dalam kotak garisan putus-putus warna kuning hitam.
klik (Layer), klik (Transparency) dan klik (Alpha to selection)



and again, ulat bulu akan muncul di sekeliling wordings anda.HAHA.



nak siap dah ni.sabar sabar.ok kalau nak save image, JANGAN save terus.pastikan korang tukar (Image Type), sebab kalau korang save image as JPG/JPEG/et cetera, tak tahu apa jadi.untuk buat transparent watermark, save image as GIF.ok ingat tu, GIF.



tengok dekat mana korang save image tu.kang tak pasal-pasal menangis tak jumpa watermark.kehkeh.


just simply click (Export).

so kalau korang try bukak guna Microsoft Office Picture Manager, korang akan nampak watermark korang tu macam ni.



bila dah ada watermark, mula rasa nak try test ye tak?haaaaa bolehlah try letak watermark tu dekat atas gambar mana-mana.kalau tak tahu, kalau nak guna Photoscape, boleh refer tutorial yang ini, how to put watermark on your photo.

selamat mencuba~!

haritu dah cuba buat tutorial video tapi macam leceh sangat, so I am back with print screen tutorial.tapi kalau ada siapa yang tak berapa faham lagi, sambil-sambil nak buat watermark tu kalau perlukan assistance boleh email (izzatinur33@yahoo.com) , takpun add je dekat Skype.(ID: sizukaizzati).

pergh.sejam kot taip tutorial:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...