Tuesday, July 21, 2015

Baby Z is here!

*Today is Day 49. This is a throwback thingy so there might be something wrong somewhere HAHA*

2nd June 2015
Sepatutnya hari ini aku kena pergi check BP yang perlu aku buat setiap 2 hari itew. TETAPI dalam pukul 7.30 pagi disaat aku asyik bergolekan menunggu suami bersiap pergi kerja, ada popping sound di dunia bawah sana. Tetiba basah, tetiba terkejut. Aku yang sedia kalut ini apa lagi terus gabra. Terus jadi objek pegun, tak bergerak. Sambil panggil suami cool ku itu, aku keras atas katil. Sebab setiap kali bergerak, rasa macam water leaking. Aku cakap air ketuban dah pecah. Laki aku macam tak berapa nak percaya. Sebab EDD in 11 days. Terus aku bangun, tunjuk kat dia baju kelawar (standard lah uols baju feveret musim panas ni) aku yang lencun. 

K: Sure bukan terkencing?
Aku: Kot kencing boleh tahan kot. Hok ni mana boleh tahan. Tengok ni tengok ni.
K: Abang kena pergi kerja tak ni? Nak buat camana ni? Hospital? Baby dah nak keluar ke?
Aku: *ok sekarang siapa yang kalut lebih ni* Nak mandi lah kejap. Rasa busuk. 
K: Takyah mandi lah. Kang baby keluar masa tengah mandi cemana.
Aku: *tukar baju sembur minyak wangi* 

I feel no pain. Sempat bergurau senda dalam kereta sambil menikmati milo sejuk kali terakhir sebelum pantang 365-hari-tanpa-ais. Sempat habiskan surah Maryam sebelum sampai hospital. Sesampai hospital, laki bini kalut dengan rancangan pergerakan masing-masing. Nak drop kat mana, pergi parking dulu lah apa lah, nak bawa beg terus ke tidak. Epik, first timer ini. 

Dekat 5 jam berteleku kat bawah sebelum boleh masuk wad. Isi borang, test urine, sesi seluk menyeluk, scan, duduk, tunggu, tunggu, tunggu. Aku dah siap tanda kawasan sebab air ketuban leaking secara menggila. Memalukan, not. Aku cam lantak lah nak cakap apa aku dah nak bersalin ni cepat sikit boleh tak.

Bukaan baru 2cm, tapi sebab water leaking so kena admit ward jugak. First time wei masuk hospital, cuak kebebeh jugak lah. Sampai wad, katil takdak sistah. So kena duduk tunggu kat kerusi dulu. Laki aku dah cam pahallll. Tapi aku cam takpe ok jer tak sakit pun lagi. 

*water leaking scene continues* 

1.15PM
Mini contractions are happening. Setiap 5 minit. Tapi mampu ditangani lagi. Duk seronok makan juadah pertama di hospital. Not bad yo. 

Drama sikit masa ni sebab doktor nak masukkan jarum drip kat tangan. Terrrrlalu mentakutkan OK. Aku sudahlah pentakut jarum. Kena ambil darah setiap kali checkup pun ngeri, apetah lagi hendak meredhoi jarum drip itu menusuk tangan sendiri. Doktor lelaki, macam muda-muda sikit agaknya sebaya sebaya lah kot.

'OK puan saya nak letak jarum drip ni ya.'
'Gosh besarnya' (pandang suami mohon diselamatkan)
*gelak doktor itu*
'Memang wajib ea? Kalau tak cucuk takleh?' (Tengah takut so soalan yang keluar memang macam lulz)
'Kena puan. Sebab puan dah leaking ni so nanti kena masukkan antibiotik if belum bersalin yada yada yada'
'Huuu ok lah. Tapi bagitau bila nak cucuk. Saya taknak tengok.' 

Terus pandang lain dengan harapan tak berasa lah sakitnya. HA HA HA dalam angan angan je lah tak rasaaaa.

1.40PM
Nurse panggil buat CTG. Husband is waiting in the waiting room. Masa ni contractions makin kuat. Sekali dia datang tu memang mengerekot badan. Nurse yang pantau cakap dah kuat contractions ni sabar ea. Yang tak menahan, yang pantau sorang je, tetiba ramai yang datang tengok pehtu berborak. Excuse me I'm having contractions here can you go somewhere else please. Mujur je nurse baik hati, pemurah dan penyayang belaka nya. Kalau tak mahu juga aku tempik kat telinga sesorang.

2.30PM
Husband came to the bed. Pass handphone. Risau isterinya ini sekejap sana sekejap sini. Selesai CTG, kembali ke waiting room itu. Ada banyak bayi, tunggu giliran ambil darah. Kena cucuk, menangis bayi kecil itu. Kasihan, baby. Sempat dramaaaaaa.

3.00PM++
Baru dapat katil. Husband senantiasa bersama. Tak peduli waktu melawat ke tidak. Bila ada yang tanya, 'isteri saya nak bersalin ni.' Sampai katil, laki aku yang tido. Aku melangut je lah. Tak mengantuk. Bila tengok ada yang tengah urus baby, duk terbayang diri sendiri.

'Esok aku cenggitulah agaknya hihihi' (dalam hati) 

4.00PM
Contractions yang menggoncang jiwa bermula. Setiap kali ia datang, aku genggam bahu suami. Redho, suamiku itu. Dia tanya sakit cemana, cemana dia boleh tolong. 

'Tak reti nak describe. Takpe abang duduk je ea.' 

Baring kekiri. Berkerut dahi setiap kali contractions datang. 

6.00PM
Aku cakap kat suami aku dah tak tahan. Sakit sangat. Suami panggil nurse, terus datang bawa wheelchair. Ingat nak gi mana. Kena seluk rupanya. Perit, setiap selukan itu. Mimpi ngeri. 

Drama bermula. Doktor cakap 3cm, nurse cakap 5cm. Aku cam zzzzz tolong lah kalau aku terberanak kat wad memang aku samannnnnnnn. Orang tengah sakit, korang sempat berselisih pendapat. Kot aku larat, masa tu jugak aku sekolahkan dedua. 

Lepas segala drama, nurse cakap OK masuk labour room pukul 8 malam nanti.

7.30PM
Pak guard sado datang suruh pelawat kosongkan wad. Laki aku taknak sebab kejap lagi dah nak pergi LR. So abam sado tu suruh tunggu luar wad je.

7.45PM
Nurse datang bawa wheelchair, sebab dah nak turun ke LR. Bawa baju baby dengan pampers SAHAJA. 'Hey matron masa kursus cakap ada labour bag lah bukankah sepatutnya kena bawa satu beg?' NEHI BABUJI. 

Nurse tolak aku kedepan, suruh naik atas katil beroda. Susah gila sebab kau tengah sakit tapi orang suruh kau panjat. Aku naik juga la tapi dengan kelajuan sloth. Pedulikkk nak cakap apa sapa suruh katil beroda ni tinggi sangat. Aku yang dah tinggi ni pun terkial-kial, kot yang golongan kurang ketinggian cemanaaaaa.

Berpeluh-peluh aku duk tunggu kat atas katil beroda tu. Sampai laki aku pun tak perasan bini dia yang terbaring kat depan kaunter wad tu HAHA. 

8.00PM

Nurse tolak turun bawah ke LR. Masuk je LR pergh nikmat tidak terhingga. Nyaman gila dapat aircond. Aman damai gila suasana. Aku sampai terfikir kejap eh betul ke labour room nih cam senyap melampau je? 

Betul dik non. LR dekat HKL syok gilos. 

Panjang lebar lagi sebenarnya penceritaan aku ni. Tapi sebab Akasia dah mula, jadi kumohon undur diri seketika. Nanti aku sambung cerita dekat dalam labour room pulak OK. Anakanda tengah beradu ni dapatlah fefeeling tengok Doktor Haris sekejap. #ehhhh #lakiahkaklagikacaklahtapinya 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...