Monday, July 29, 2013

Berita Wilayah

eh eh adakah sekarang ini bulan Jun?eh sudah melepasi Jun kah?alamak alamak.

Salam 29 Julai, sahabat handai di alam maya sekalian.dah nak habis bulan Julai nampak gayanya.jadi boleh kata sudah hampir dua purnama aku biar laman maya yang satu ini tersadai sendirian.maaf, blog ku kesayangan ku.biarpun tiada bersua, masih mencinta.ewahh kemainn.

I've been busy.TIPU.tidaklah sesibuk mana, cuma tak bersua internet.kedengaran agak janggal disitu.zaman kini masih jarang ketemu internet?celah mana duduknya engkau ini?SUNGGUH.TAK TIPU.kesnya, tong dram (dan juga beberapa barang berharga lain) dekat pencawang Celcom yang menghubungkan desa murniku dengan dunia luar, kena kebas.diulang, DIKEBAS.dikebas oleh siapa, tak tahu.yang pasti, itu memang tak guna punya orang.

by the way, I'm OK.masih begini.masih happy go lucky.masih muda dan bersemangat.dannnnnnnnnnnnnnnnnnn...sudah bekerja weeheee.Alhamdulillah.kalau tidak, sebenarnya dah pasang niat nak berniaga dekat Bazar Ramadhan.begitu besarnya cita-cita ya padahal skill memasak masih di tahap membimbangkan emak.HAHAHA.

dah lama tak menulis ni rasa aneh benar.

ok tuan tuan puan puan, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri untuk semua yang mengenali saya tidak kiralah di alam maya, alam fantasi mahupun alam realiti.maaf zahir batin.tolong bagi saya duit raya sebab gaji tak dapat lagi.tettt motip sangat.

Alhamdulillah dapat berkhidmat tidak terlalu jauh dari negeri kelahiran, masih di Semenanjung.I'm enjoying it.tambahan pula, I'm living with my classmates from maktab.terlalu awesome.tidak perlu masa berkenalan dan bermesraan untuk tinggal serumah kerana sudah terlebih mesra.perkara paling epik, balik dari sekolah ianya antara dua: bergelimpangan atau bercerita hal sekolah masing-masing.tak ada topik lain.mungkinlah sekali dua menyimpang juga.tapi balik-balik hal sekolah juga disebutnya.

eh tadi bukankah macam dah nak habis?kenapa boleh jadi satu perenggan tambahan pulak ni?

maaflah.lepas gian.AHAHA.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...