Wednesday, June 22, 2011

always be my best companion

all photos credits to her.but her blog is currently closed to public, so probably come again next time [?].

ahad lalu, plan asal ialah shooting dekat Howick Traditional Village.namun, hujan melanda bumi Auckland, seorang ahli kereta mengalami sakit perempuan dan pemandu utama punya latihan ragbi.maka, terkontang-kanting kami berdua.NAMUN, everything is fine.because we are super-girl.HAHA.

alang-alang punya kereta yang disewa dengan harga $69/2 days, tak salah jalan-jalan ukur sebesar mana Auckland.kami tetap pergi Howick, MASIH dengan plan asal.tapi sebab hujan, maka tak mahu bazir wang dan shoot dalam kehujanan kerana itu akan membawa kepada kesengsaraan kelak apabila kamera basah.aku tak boleh kamera basah.derita.





tengok sejauh mana dua orang ini sampai.meski dalam hujan lebat itu, tabah kerana memang berkenan buat pekerjaan kurang waras sejak dari JB lagi.memandu tanpa arah tujuan.bila tanya nak kemana, pilih salah satu arah dekat papan tanda.tidakkah itu suatu kemanisan hidup?


see.sudah kubilang kami tiba jua disini.tapi tak masuk.kerana tak mahu bazir wang berjalan di dalam kehujanan.dan sudah lewat kerana perlu pulangkan kereta sebelum jam 5 petang.but this place is awesome, man.harus datang melawat sebelum balik Msia hujung tahun ni.


on the way pergi, aku memandu secara terlampau fokus.kerana sedang emosional ketika itu.emosional, nervous, cuak kebebeh semua ada.serius.Fareha sampai stress sebab dia cakap sorang sorang.tak ada respon dari aku.HAHA.serius tak sedar.bila dia cerita balik, aku gelak kuat-kuat.on the way balik, dia pulak drive.one thing about her, dia pandai kontrol emosi.pandai kontrol nervous.tak macam aku.aku ni ibaratnya kalau nak buat persembahan, belakang pentas bukan main wah hebatnya.naik je pentas, akulah manusia yang senyum paling awkward dalam dunia dengan berdebar tahap nak luruh jantung KAHKAH.



one more thing about her, she is awesome.most of the time keluar photoshoot, I'll go with her.so kalau aku shoot orang lain, siapa yang shoot aku?dia jugak.hehe.tak ke touching namanya tuh?*mata berkaca*



You are my best companion ever, and will always be.InsyaAllah :)

22 comments:

khairul said...

:)

Unknown said...

tak takut sesat ke sis main pergi ikut signboard je? mana tahu smpai benua lain ke? hehe

Mr. Asada said...

hahahahaha.. menumpukan sepenuh perhatian semasa memandu itu sangat penting.

fatian athiea said...

scenery ?hehehe



suke tgk zati snap pics.awesome la dear..



ajar la.hhehee

Kacang Pool said...

ahha, memandu tanpa arah tujuan..
macam seronok je..boleh try kat JB nie...sesat-sesat pun kat negeri sendiri...hehhe :)

fat said...

cuak bwk keta ker dik? haha. sama la kita

Nama aku Minah. Ini boifren aku Mat Kulup

NIA said...

@khairul: :)

NIA said...

@shera haifa: hehe takdelah.bila sampai dkt tmpt yg xpenah smpai lg tuh yg seronok :D

NIA said...

@asada: tepat sekali!haha

NIA said...

@misz molecule: hehehe bab scenery belum pro lagi.insyaAllah dah pro nanti boleh kongsi2 ilmu :)

NIA said...

@azam sad: serius seronok!HAHA memang boleh try dekat JB.balik Msia nnti ktorg nk smbung buat kerja2 mcm tu lg :P

NIA said...

@boonga_kecik: HAHA aah sebab hujan.lepas tu jalan busy :P

Bunga said...

hati2..hahaha..
cam seronok jer..:)

NIA said...

hehe baik.

hahaha memanggg seronot!

Tieah Madian said...

Lagi sekali jeles owh.. Nak ke NZ lah.. Uwaaaaaaaa,,



Entry Terbaru : Penyelesaian Isu Laman Web Disekat

NIA said...

mohla dtg sini.hehe.

Rina Rahamat said...

best friend forever..seronok betul tgk kamu nih..berjalan shooting foto cantek *hidup sangat manis*

NIA said...

hehehe.masa ni je nak berjalan.hehe.

nabilah_2908 said...

kalau drive mcm ni...kena ambil lesen memandu dari sana ke..?

or boleh guna yg Malaysia punya..?

NIA said...

boleh guna Msia punya.hehe~

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

akak kalu test drive mimang sangat gugup, no music, no talking haha..sampai trainer tu cuak ngan akak hoho

NIA said...

HAHAHAHA comel je kak sue neh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...