Thursday, March 4, 2010

tak suka

salam dan hai teman-teman sekalian
melonjak-lonjak rasa jantung ini nak gosip dalam blog pasal kejadian yang baru je berlaku tadi
*maaf kalau bahasa agak kasar~
memang nak baran lah nie kan
sebelum nie memang tak pernah la pulak nak hangin satu badan dengan omputih kat 3rd floor nih
syok2 tido lepas penat maen basketball pagi tadi
tibe2 rasa nak tercabut jantung bila ada org ketuk pintu kuat gila
nasib baik tak roboh kalau tak nanti aku tak dapat balik deposit $100
manalah aku tahu ada mesyuarat tergempar kat common room tu
kau pun ketuk bilik aku tak cakap ape2
aku ingat budak2 kulit putih kurang waras main ketuk2 pintu
memang dah biasa sangat dah
aku tahulah korang tu budak2 lagi
tapi matanglah sikit
pergilah enjoy-party-pub-sosial habis
tapi jangan kacau hidup aku dengan kawan aku
jangan ingat aku tak perasan korang pandang senget kat kitorang sebab kitorang pakai tudung
mata hitam,kulit sawo matang,saiz kecik dari korang...kami tak segan
tak boleh ke kau 'beradab' sikit nak bagitau aku yang ada meeting kat common room?
ini suka hati je jerit 'Oi!Oi!'
kau ingat aku pekak ke hape?
nasib baik aku perasan kau jerit kat aku
kalau aku buat tak layan je mesti kau dah malu kat mamat2 hensem dalam common room tuh
*hensem la sangat~
dengan kitorang kau bapak kerek
jumpa kat kitchen buat tak nampak
muka poyo habis bajet kau cantik sangat
mata kau tajam sangat ke sampai nak jeling2 masakan kitorang tuh?
yang pasti tomyam yang kitorang masak lagi sedap dari brownies kau tuh
dengan bebudak laki sama kulit dengan kau boleh pulak menggedik jerit2
kau buat aku menyampah tahu?
kau ingat kau tu superior sangat?
padan muka last2 aku tak pergi meeting tuh
kalau aku datang nanti mesti kau bajet bagus sebab berjaya panggil aku datang meeting
nasib baik jiran aku novea si comel dan bukan kau minah omputih poyo yang kerek dan kurang ajar
----------
----------
----------
alhamdulillah lega rasa hati dah lepaskan semua
sekian untuk hari ini


Tuesday, March 2, 2010

shopping & shopping

hai kawan-kawan
*ade ke orang bace nih?
tak kisah la kan
hari ni cam dah dapat topik nak bebel2 kat sini
mm..kalo dikira-kira dah dekat 3 minggu kot kitorang menjejak kaki di bumi Auckland nih
terkejut tak kalau saya bagitau yang kitorang dah tahu 'port2' best nak shopping?
hahaha
over over excited
dalam kepala fikir nak shopping je
mana taknya..baju dah 5helai kot beli kat sini
hahaha..summer special kan
baju pun harga $5 je sape taknak beli
memang konfirm rambang mata
dahlah cantik gila
kalau kat Malaysia mau dekat RM50 tuh
kat sini senang2 je dapat $5
lepas dah syok beli 2 helai konon2 baru nak menyesal
lalu sebelah glassons buat2 tak pandang je sebab takut kena goda dengan dress cantik kat dalam
-_-'
belum cerita hal memasak lagi
senior2 kat sini dah tunjuk 'port' baik punya nak cari bahan2 masak
memang terbaik~
Asian Food Market,Countdown,Foodtown,Downtown,Lim Chorr
hah...ape lagi
memang banyak lah!
paling terbaik Avondale lah kan
murah gila kot sayur kat 'pasar tani' tiap2 hari Ahad
tapi tambang bas pulak mahal sebab Avondale duk kat ceruk bandar
bayangkan eh
10 batang lobak merah hanya $1
sape nak bagi tuh?
2 buku bunga kobis yang besar punya $1.50
stok 2minggu tuh kot~
belum cerita pasal epal lagi
kat sini epal Royal Gala memang sedap gila
sekilo $1.99
???!!
boleh kurus duk kat sini kalau buah-buahan murah gila
takyah makan nasi pun takpe
lagipun saya sekarang nih tengah giat nak turunkan berat badan
seronok pegi gym
tambah seronok bila berat dah turun 2kilo
^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...