Sunday, October 10, 2010

10.10.10 [hantu periuk]

10 minit je.lepas ni sambung balik buat assignment.janji.

tarikh hari ni super-cun.10.10.10.ini pulak entri yang ditaip dalam masa 10 minit.super-cool eyh?

tapi hari ni tak cool.memang tak cool.mimpi konon tiap-tiap kali tarikh seragam, wajib buat benda best untuk memori awal dan akhir.kononnya.tapi, hari ini memang pokemon.

tercalar hati seorang wanita ekhemmmm, gadis apabila satu-satunya PERIUK beliau, dicilok.

ni yang lagi rasa macam menyampahhhhh duduk hostel yang kongsi kitchen dengan budak-budak tak matang.ohhhhhh panas hati.panasssss.rasa nak lempang orang laju-laju.HELLO periuk dekat sini mahal kot.T____T

kalau periuk masak megi macam ni takdelah mahal mana rasanya.
tapi, periuk dekat sini semua nak duduk dalam kotak segala.tak sah kalau sebijik periuk tu tak cecah $20-$30.aluminium berkilat ada tutup siap pemegang kalis haba.haihhh.masa orang takde duit ni lah kau nak curi periuk.siap kalau aku tahu siapa yang buat.aku cucuk-cucuk dengan sudu sampai pengsan.

dengan kumara kitorang pun kau sebat sekali?kau memang cari pasal.tengoklah dua tiga hari ni, siapa yang duduk dalam toilet tak keluar-keluar tu.haaaaaa.baru kau tahu aku tinggi ke rendah.ehhhh bukan.baru kau tahu langit tinggi ke rendah.cis betul.

apasal ada orang yang suka betul menyusahkan orang macam ni.haiyooooo perangai tak nak matang-matang walaupun badan dah besar kereta kebal.dengan kasut nak sorok, ni periuk pulak.kuali taknak?kuali tu sedap kalau buat katok kepala tau.melantun-lantun.

nasib baik periuk I tak fancy fancy macam ni.kalau yang macam ni kena sebat, dapat dekat aku, terus jatuh hukum sebat mandatori guna periuk panas.padan muka.suka sangat sebat periuk orang.

dah.sambung buat assignment!yang ni pun menseksa jiwa jugak nih.

p/s: one more thing.this is my 400th post.super-cool!

Saturday, October 9, 2010

Rugby.whooooooot~

hari Sabtu, izzati memang tak lekat dekat bilik.memanglah tak lekat sebab saya bukan spiderman.muahaha~

Assalamualaikum & Hello :)

sebelum ke berita utama, mari tengok gambar pelik untuk hari ini.macam hari-hari kau letak gambar pelik.
kalau iye pun nak cepat, takkanlah sampai macam ini sekali.ish ish ish.izzati yang langgar tiang tu pun tak parking macam ni tau.[hahaha langgar tiang lagi horror kot]

berita utama.

pagi: sesi photoshoot bersama model-model terhangat di pasaran.gambar?tunggu lepas hantar assignment hari isnin.kau belum start pun lagi assignment tu kan izzati?shhhhhh.shadap you.

petang: pergi menonton perlawanan Rugby inter-faculty [final].walaupun ada assignment, masih bersemangat waja menonton rugby.ini disebut sesi melupakan assignment.balik bilik, sambung histeria hadap assignment.

haruslah excited nak tengok rugby.the number one sport in New Zealand.NZ-All Blacks, All Blacks-NZ.sinonim kan?kakaka~

harus berterima kasih kepada pihak penaja sebab dapat tshirt free hahaha.actually tshirt tu hanya untuk supporters Faculty of Commerce je.tapi, sebab dapat tshirt ni lah kitorang sokong Commerce tau.kalau tak, dah lama beralih arah dekat Engineering.players Engineering dah kacak-kacak.hahaha.opppss~

ada budak seksi dekat belakang!jangan tengok!tapi tengok jugak kan.nak buat macam mana.lumrah manusia.benda yang paling orang tak bagi buat, yang tu dia nak buat.kahkah.

at last, Engineering menang.tipis je pun.20-19.mungkin, players Commerce dah penat.namun, penyokong-celup Commerce yang tiga orang ni memang tak henti menjerit.hahaha.dah nama perempuan, tengok rugby macam tengok bola sepak.hah hah hah jangan jangan.bagi dia!bagi dia!hish jahat tarik baju!hantar sana!bagi sini!alahhhh tak masuk pulak!hoi ganas!hoh!hoh!kalah pengulas bola sepak kahkah~

yang paling lawaknya, tadi tengah tengok game tu tiba-tiba bola rugby tu terterbang dekat kitorang.biasalah kalau main game yang guna bola ni, bola dia tu main sepak je tak tentu hala.nak dijadikan cerita, bola tu macam nak terkena saya.tapi Aten jadi hero.beliau menepis bola itu dengan gagahnya.hahaha.isi pentingnya bukan bola, tapi Aten.lepas dia tepis bola tu, saya & Fareha tanya 'sakit ke tak ten?macam sakit je kena bola tu tadi.'cuba teka Si Aten ni jawab apa.'tak.tak sakit pun.seronok ada lah.kena bola rugby kot.taknak basuh tanganlah macam ni.'hahaha.apa lagi, terus tergolek dekat situ.lawak kering betul budak ni.hahaha.tetiba teringat cerita Musang Berjanggut.kahkah.bak kata Fareha, ni baru kena bola rugby, kalau terkena players dia, mahu pakai bandage siap.kahkahkah~

p/s: izzati, kau tu ada assignment yang belum start pun lagi.jangan mimpi nak tulis entri panjang panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...