Tuesday, April 30, 2013

just because...

Assalamualaikum people on Earth.

pergh lama sungguh tak menaip perkara meraban kat laman maya yang satu ini.tup tup dah hari terakhir bulan April.bagi yang menyangka aku terlalu busy sampai tak sompek update blog, tot tot anda salah.tak busy sangat pun (atau tak busy langsung) sebab aku masih penanam anggur tegar.kalau busy pun, buat-buat busy.HAHAHA.

motip entri hari ni adalah entri asalkan ado untuk bulan April.so, expect the merepekness.

these few weeks, I don't really like Facebook (tapi tiap-tiap hari bukak jugok.pooraahhh).too much drama too much conflict.semua orang nak lepas geram lepas perasaan meluahkan pendapat semualah.pening kepala.lepas tu bila orang tegur terus naik hangin bla bla bla.from my point of view, kalau nak express your opinion di halaman tatapan hampir semua manusia atas muka bumi ini, get ready lah for the side effects/counter attack.ini ada yang post berkenaan perkara kontroversi, kemudian bila ada orang tegur terus pergi hambat dia dengan hamburan kata-kata bak serangan balas.hambik puitis habis HAHA.

cerita lain.

aku ada pelihara Pou.aku ingatkan senang nak bela benda alah dalam telefon nih.ada leceh juga dalam comel comel camtu.paling cannot go ialah, 'FAT BURNER'.bila Pou kelihatan gemok, beli 'FAT BURNER', dan bagi dia makan.TERUS KURUS encik Pou belaan aku.

aku nak jugak.ingat Pou je ke gemok.


Saturday, March 30, 2013

iklan Sprite

entri ini khusus untuk yang dah pernah tengok iklan Sprite dekat tv.yang tak pernah tengok atau tak pernah terperasan iklan Sprite dekat tv tu, lepas ni boleh hadap tv sampai iklan Sprite keluar kot.hewhew.

dalam iklan tu, first view segerombolan homo sapiens (manusia ye.sengaja nak guna istilah kelas tinggi sikit.) yang 'kekeringan'.eh bukan kurus kering ok.tapi kekeringan.also known as kekontangan.bibir pucat muka tak larat macam nak pengsan...semualah.kalau dari pandangan aku, dah macam zombie kot muka sesorang (kes banyak tengok DVD ni).ibarat macam tiada kesegaran dalam hidup.TETIBA jumpa mesin gedegang yang tertulis SPRITE.

hah hah ape tuu mesin gedegang??

Vending Machine tuan-tuan dan puan-puan.aku panggil itu mesin gedegang.kerana bunyinya.masuk duit syiling singgit, tekan butang air F&N perisa epal dengan aloe vera, gedegang!!gedegang!!, keluar setin air F&N perisa epal dengan aloe vera paling sejuk dalam dunia.indahnya hidup.

habis cerita mesin gedegang.

ok so lepas depa ni jumpa mesin tu, beli lah air tu.lepas tu minum la memasing.lepas tu terus macam pelik bin ajaib air mencurah curah jatuh dari bangunan berdekatan.kalau iklan koko crunch, coklat mencurah-curah kan?yang ini air mencurah-curah wei.lepas tu terus semua jadik hyper, mencapai nikmat kesegaran yang tidak terhingga lah orang kata.

dalam musim panas yang tidak terhingga semenjak dua menjak ini, iklan yang berunsur air dan kesejukan sangatlah menarik minat aku.lepas tengok iklan tu terus rasa macam pergh indahnya hidup kalau tengah tengah panas cenggini tetiba air mencurah-curah dengan ajaibnya.iklan ni tak berapa berjaya memujuk aku pergi kedai beli air sprite,sebab last sekali aku makan aiskrim buatan sendiri tu jugak.HAHA.tapi ia memberi aku idea yang paling bernas dalam dunia.

WATERPARK.

alkisahnya, aku janji dengan adik aku kalau dia dapat A masa P1 haritu, aku bawak dia pergi main air dekat Bukit Gambang Waterpark.tapi takde A pun sesat.so mulanya kira cancel lah plan nak pergi main air.tapi sebenarnya, aku yang nak pergi sangat.HAHAHAHA.masa dia baru bukak dulu sekitar 2009/2010, akulah yang mengulang sokmo gi main air kat sana.hyper.lepas tu pergi NZ dua tahun, selamat jalan romeo waterpark sayang.balik sini tahun 2011, aku kejar sambal belacan, tempoyak dengan asam pedas tempoyak ikan patin dulu.waterpark semua tak layan.2012, aku pergi satu waterpark.tapi tak cukup happening untuk orang hyper macam aku.HAHAHA.

jadi, apekah kaitan iklan sprite dengan waterpark yang engko cuba nak ceritakan ni??

semalam, aku pergi Bukit Gambang Waterpark.bawak dua orang adik aku yang paling bongsu.

dekat Bukit Gambang Waterpark, bahagian kanak-kanak SAHAJA, ada tempat panjat-panjat dengan gelongsor bagai semualah.atas sekali, ada satu tong bentuk ikan piranha BESAR PUNYA.ada satu paip yang berhubung dan masukkan air dalam tong tu, bila penuh maka tong bentuk ikan piranha itu akan berpusing dan menyimbah sekalian manusia yang ada dekat bawah.

fuhhh ini macam iklan sprite je nih.air mencurah-curah ke bumi.very nice.

lalu aku pun pergilah coba-coba.konon nak merasai nikmat kesegaran macam dalam iklan Sprite.

aku berdiri.tunggu.tong ikan piranha bergerak-gerak.berpusing.lalu mencurahkan bergelen-gelen air ke muka bumi mengenai manusia-manusia yang dahagakan kesegaran di bawah.

fuhhh segarnya.

tapi pergh perit wei.pening kepala.

bengkok awning tudung aku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...