Tuesday, December 31, 2013

My quick review of 2013

entri mungkin tampak tergesa-gesa kerana penulis di dalam dilema untuk berbuat sesuatu tetapi hilang ingatan secara tiba-tiba lalu terfikir ah takpelah curi 10 minit kejap taip entri terakhir untuk tahun 2013.

JUMLAH ENTRI TAHUN INI : 15 entri SAHAJA (tambah yang terakhir ini ada lah 16).

well, sungguh memberangsangkan. kemanakah perginya semangat aku yang dahulunya suka menaip sehingga boleh mencapai tiga entri dalam masa satu hari? ke aku yang dah tak fun? ehhhh chop chop chop. ke hidup aku yang tak fun? haaaaaaaa...

oklah. quick review untuk tahun 2013 bagi aku. tokey blog ini. yang sudah tak berapa fun.
(salah satu dari visi dan misi hidup 2014 ialah kembali menjadi manusia yang fun HAHAHA)

JANUARI
tidak bekerja. tiada bayang panggilan temuduga. aku jadi manusia kecewa. lalu melampiaskan kekecewaan dengan menjual aiskrim ikat ikat perisa milo dan jagung pooojaan kanak-kanak dan orang dewasa. jadi guru ganti di sekolah adik sendiri. menjadi pooojaan hati kanak-kanak kerana it's so fun to be with me.
HAHAHA.

FEBRUARI
tamat kontrak guru ganti. hidup jadi girang seketika di saat mendapat gaji. masih tiada panggilan temuduga. kecewa. jadi suri rumah sepenuh masa. dan penggembala arnab.

MAC
panggilan temuduga tiba. darah gemuruh. jawab soalan sampai berair mata kerana sebak mengenangkan perjalanan hidup untuk sampai ke tahap ini. masih seorang penggembala arnab dan mengambil takhta pemotong lobak paling handal di rumah.

APRIL
penggembala arnab paling bertauliah. berjaya mengurangkan tahap ketakutan kepada binatang berbulu. namun masih menjerit kecil jika arnab membuat lompatan menterkejutkan.

MEI
Hari Graduasi. terima ijazah. jumpa rakan-rakan. seronok. dan semakin gemuk kerana turut menggembala lemak.

JUN
tiada bayang posting. hanya harapan yang datang berarak melalui angin bayu. ewah. ewah. penghujung Jun, keputusan posting disemak. duduk tak diam membayangkan masa hadapan. cerahkah, gelapkah.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
toooodiaaaaaaa.

JULAI
lapor diri. kaget. sudah jadi orang bandaraya sekarang. traffic jam ialah makanan ruji. Welcome to KL, gadis desa.

OGOS
pengalaman pertama berpuasa setelah bergelar pekerja. hampir tersungkur ke bumi menghadap kerenah kanak-kanak. ketika itu, berpesan kepada diri sendiri - hidup kena kuat.gaji masih pending. jadi, tiada duit raya untuk kanak-kanak. aku MASIH paling depan di dalam barisan KUTIP DUIT RAYA HAHAHAHAHA.

SEPTEMBER
bangun tidur, bersiap dan pergi kerja. dan menerima gaji pertama. indahnya kehidupan. seronok bila dapat merasa hasil titik peluh sendiri. Oh Allah, semoga pendapatanku ini halal semuanya.

OKTOBER
sibuk. laporan sana laporan sini. exam, tanda kertas, masuk markah, jamuan kelas.

NOVEMBER DISEMBER
musim orang kahwin. beraksi untuk FA.IZ Photography. hampir mengelilingi Semenanjung Malaysia. penat tapi berbaloi.

see? aku boleh simpulkan kehidupan sepanjang tahun berupa beberapa ayat sahaja. nampak sangat tahun ini tak berapa fun untuk aku T_T.

2014, aku akan pastikan kau jadi fun untuk aku.YA AKU MEMANG SELFISH HAHAHA.

Selamat Tahun Baru!

Monday, December 23, 2013

hello there!miss me?

Assalamualaikum.

It's been wayyy tooo long without me on the net.

OK TIPU.

I am here, on the net. but not on blog. I read blogsssss but I almost forgot I have one. melampau tak. Well, 2013 is coming to its end. berapakah bilangan entri aku dalam jangka masa setahun ini? tidak banyak pun. tidak seperti tahun-tahun era kegemilangan yang sudah. gemilang ke masalahnya? HAHA.

wait. where are my bugziess?sejuk pulak lantai ni tetiba.

OK. I have MANY things to be shared here. untuk bacaan diri sendiri pada masa akan datang ketika mahu mengimbau kenangan silam ewah bahasa kau dasyat sangat nih.

 1) Birthday
I am a December baby. So, Happy Birthday to me! Happy Birthday to you too if you are a December baby. High-five awesome babies! Well well well, this is my first birthday as a working person. So what do you expect? Lets celebrate like woowwweee I have my own money so I want to buy everythingggggg! I literally bought everything I wanted. errr everything my tummy wanted HAHAHA.

 

everything you want, tummy.

So, we had yummy tummy!! It was a belated celebration actually because on my birthday, Kuantan dah banjir. tak boleh masuk bandar. so these were actually 2++ weeks after. so feeling feeling macam rainbow after the storm lah lebih kurang.

 
and brought Mak for a special treat. a complete meal. 
Mak cakap je nak makan ape, Along bayor.
so this is a nice cup of cappucino for Mak. 
just a cup, yes.
obviously. I don't drink coffee.

You know what, next year I'll be in mid-twenties club.
OMG I CANNOT DIGEST THIS *drink collagen*

2) The hectic-but-awesome week

Me and Fareha, we had fun travelling around Peninsular Malaysia. we covered almost all states. ALMOST yaww. not all. imagine, I took the bus from Kuantan to Kuala Terengganu. met Fareha there, and drove to Kota Bharu. met Farhanis the camwhore queen, slept at her house for a night. Next day, this awesome triplets traveled all the wayyyy to Alor Setar, through Gerik. hardcore, I tell you. we met Atika. slept at her house for two nights. went to Alida's Wedding (FA.IZ's first job at Alor Setar). went to Penang for one-day-trip. then the next three days, we're busy with Aten's Wedding (2nd job at Alor Setar+Sungai Petani). YESSSS OUR DARLING ATEN IS A MARRIED WOMAN NOW!:'D

 Alida's.
errr I was trying to be a bit dramatic actually-_-

 Aten's.
The orange+peach Rangers with the darling bride.

so alang-alang dah sampai utagha, we went for one-day-trip to Penang. bila dah pi Penang, so? Passemboq lah kata diaaaa. well, we managed to covered all these area during our one-day-trip to Penang. 
  •  Rumah P.Ramlee (because somebody in the group was veryyyyyyy keen she insisted to go there.she even knew P.Ramlee's life history weh)
  • The Art Street (we sweated a lot to find the paintings!)
  • Batu Feringgi (nice beach I tell you! got paragliding some more!)
  • Padang Kota (here we had our Passemboq + Char Kuey Teow + Air Kelapa. yums.)
  • Pesta Penang. (barang-barang murah gila ya ampun mujurlah tak bawak cash sangat kalau tak habis aku heret bebudak ni pusing satu pesta tolong bawak barang HAHAHA.)
credits goes to Afiqah, the ultimate-pretty-and-very-helpful-travel-guide (kipaskipas). spot Afiqah in the picture above. obviously you guys know me right? then you'll spot Fareha on her knees, the bride yesss. ah-ha, the one on your left is Afiqah. oghang Penang piorrrr. Thank you Afiqah chups.

now now now.kenapakah tak boleh taip di bawah gambar ini hah?adakah kesilapan teknikal atau aku yang terlalu khilaf?sengaja bunuh mood aku yang sedang girang menaip.

terpaksalah tunggu nampaknya.bila aku dah jumpa penyelesaian masalah teknikal ni aku sambung cerita ok.

toddles!

Monday, November 11, 2013

dunia baru

Assalamualaikum.hello peeps

(jika ada yang masih membaca.jika tiada, anggap sajalah ini monolog.HAHA)

life has been very busy these days.my life, to be specific...horrible.tak cukup masa untuk pedulikan diri sendiri.terlalu banyak perlu difikir dan diselesaikan. duduk tidak senang, berdiri pun tidak senang. tapi sempatlah juga curi waktu sejam dua menonton RunningMan dua episod marathon HAHAHA (ok sekarang boleh lempang manusia yang bajet hidup dia sibuk sangat ni). tapi kalau nak compare hidup dulu (student) dengan sekarang (kerja), hidup sebagai pelajar dahulu tidaklah segundah gulana begini.

DULU, ceria. stress-free-environment. siap boleh chillax cool cool walaupun esok ada assignment kena submit. killer subject pula. double shots omputih kata. tapi still boleh chillax. no hal beb. gua last minute punya orang. walaupun ayat terbalik terbongkang, muka confident je masa pergi submit. hidup tak stressful lah katakan. dulu, lemak pun tak berapa berani nak lekat lama-lama sebab hyper sangat. tak reti duduk diam.

SEKARANG, gundah gulana. setiap hari kena fikir banyak benda. pergi kerja, kesana kemari setel fail itu setel fail ini kejar budak itu kejar budak ini TAPI yang anehnya tak kurus-kurus jugak. makin gemok adalah, aku rasa. pernah sehari tu sepanjang siangnya aku terlupa makan. WHOTT? yes aku terlupa makan. tak rasa aneh ke? padahal akulah pencinta makanan nombor satu dalam dunia. bila orang tanya 'dah makan?' baru aku sedar aku belum makan. ANEH TAPI BENAR. tapi aku macam ni lah jugak. berlemak.

bahang sinar pancaran pekerjaan sudah mula dirasai, sebab KONONNYA bakat aku (aicewah) sudah dihidu oleh seantero sekolah. seminggu direct aku kena handle majlis apa-apa yang memerlukan pengacara majlis a.k.a MC. jadi dalam bahasa senang, aku kena jadi MC. WHAT A SHOCK! sebabnya (1) aku ni orangnya jenis nervous level sembilan per sepuluh. darah gemuruh wei (2) spontan? bukan aku. (3) aku ni kalau bahasa Melayu skema memang epic fail. kalau loghat Pahang, aku super. HAHA.

eh Pahang menang Piala Malaysia lah!

wheeeeeee

wheeeeeee

wheeeeeee

wheeeeeee

(ok dah)

tapi Alhamdulillah I managed to handle myself. walaupun kaki sebenarnya dah ketar gila, tapi depan kanak-kanak mesti wajib kena control ok. sebab dah pasang hajat nak jadi cikgu paling diminati ramai (KAHKAHKAHKAHKAH tolong lempang aku sekarang).

oh by the wayyy, school is closing soon. and that means, hip hip Ho Ho HOLIDAY!

tapi tak holiday sangatlah sebenarnya. sebab musim cuti ni banyakkkkk orang kahwin. and that means?

FA.IZ Photography is ON THE GO!!

ok too excited.too excited.calm down.calm down.


YAYYYYYY!







Wednesday, October 23, 2013

Button badge terhangat di pasaran.


Tajuk nak over.biasalah tu.HAHA.

Assalamualaikum people on Earth.apa khabar?bahagiakah anda dengan kehidupan anda?

Aku cukup bahagia sehinggakan lemak sungguh banyak ingin berdampingan.degil tak mahu lari jauh jauh T_T.ok back to business.sekarang ni aku tengok kan trend button badges sungguh hangat di pasaran.masa kenduri kahwin, family members akan pakai.then, tetamu akan kenal 'oh itukah emak pengantin?itukah ayahnya?itukah adik kakak abangnya?oh ni mak saudara dia.eh ni sepupu dia.'lepas tu boleh pergi salam beramah mesra and all.senangkan?xdelah nak kena pergi kecek makcik ini makcik itu 'eh mana mak pengantin eh mana bapak pengantin eh mana sedara pengantin ni tak nampak langsung padahal tengah berdiri depan mata tapi tak kenal sebab tak pakai badges.eh eh eh.'

Melatah pula.

dalam bahasa mudah, button badges memudahkan urusan.tak kira samada keluarga pengantin ataupun tetamu.kedua duanya akan berasa senang dan girang.tetamu senang nak cari tuan rumah, tidaklah tersalah tersalah.satu lagi, for fun.seronok weh bila ramai ramai pakai.dia kan macam nametag.tapi dulu kalau masa zaman sekolah bapaklah malas nak pakai nametag.taiko lah katakan. dah habis sekolah ni masa kenduri pulak sibuk nak pakai KAHKAH.tapi aku tak pelik sangatlah sebab aku ni tetiap hari kena pakai nametag HAHA.

Kalau bagi aku membebel sampai tahun depan pun tak sudah sudah lagi.so, kalau engko orang ada nak carik kat mana buat button badge murah, bolehlah search INFIRU STUDIO kat Facebook nun haaa.tengah promosi wehh.maklumlah, mesin segar dari ladang.tu yang semangat lain macam tu HAHA.

CUSTOM MADE BUTTON BADGE by Infiru Studio

<20 pcs : RM 1.50/pc
>20 pcs : RM 1.00/pc

Upah design : serendah RM 5 / design
Nak guna design sendiri pun boleh juga dong :)

Boleh order dekat Infiru Studio punya Facebook Page. Search lepas tu jangan lupa LIKE ok?eceh sempat promote :p



FA.IZ Photography pun dah ada button badge wei.betul betul ho liaoooo ho ho ho ho!

Wednesday, October 2, 2013

Instagram

Hola people.                                                                                                                                           
So this Instagram thingy is quite new to me. Bukanlah aku baru tahu TAPI baru sahaja terjebak KAHKAH. Biasalah tu aku memang selalu tertinggal keretapi. Maklumlah telefon pun memang kasi gua sebak hati lah bila tengok kapasiti memori. Baru install whatsapp pastu dah hang. Haru biru rasa kalau ikutkan hati nak je lempar jejauh dalam Sungai Pahang. Tapi salah aku jugaklah. Tak jaga elok elok. Rasanya dah nak dekat seribu kali terhempas. Atas lantai,atas batu,atas simen semua dah pernah rasa. Tapi Alhamdulillah masih boleh berkhidmat untuk aku walaupun kekadang aku hangin jugak bila dia terpadam tetiba. Terima kasih, peranti sosialku. Ewah ewah.

Oh ya, aku baru buat akaun instagram. Eh tidaklah baru sebenarnya. Sebab masa aku nak sign up haritu, ada keluar 'sorry.the user with this email is already exists.' Pergh tanjat gegel. Aik bila masa aku buat akaun instagram? Argh lantaklah.

Gambar pun baru ada 4. Please jangan cerca. I newbie you know. Tapi doesn't mean u can bully me HAHA.

So, you follow me I pakai follow me. Boleh tak gitu? HAHAHA.


Monday, September 23, 2013

Food Diary

Assalamualaikum.

OK so this morning I started my Food Diary. basically aku kena tulis apakah makanan yang telah dimasukkan ke dalam perut.

I'm DESPERATE to lose weight. I'm wayy too heavy now I feel like an elephant. too much fats. I ate too much. I love foodsss. I enjoy eating. LIKE SERIOUSLY CAN YOU STOP ADORING FOODS?

So I want to lose weight. this time, bersungguh-sungguh nampaknya. sebelum ini memanglah ada keinginan untuk menghapuskan lemak jahat ini semua, namun hanya separuh jalan. eh tidak sampai separuh pun. hanya suku. atau 1/10 jalan sahaja. kerana hanya sempat NIAT (selepas merenung jelmaan diri di cermin lalu berlalu pantas kerana tidak sanggup berhadapan realiti yang memeritkan). pabila perutku kelaparan, menjadi pelahap semula. kasihankan perut, kata aku.

kemudian, lalu depan cermin lagi. perit mata oh.

so this time, I'm gonna do it. cuma setelah bekerja ini, 80% tenaga habis di sekolah. balik rumah bawa pulang 20% sahaja. belum lagi pabila lif rosak. selesai mendaki ke tingkat 6, tinggal 10%. mulalah rasa nak tersembam depan pintu rumah. mengharapkan belas ihsan housemate tolong bukakan pintu. nak ambil kunci rumah dalam handbag pun kena kumpul tenaga.

on the list after gaji : MULTIVITAMIN.

I read about this somewhere; keeping a food diary helps reduce weight. WOWWEEE I TOTALLY CAN DO THIS. kerana mengharapkan aku hendak turun exercise setiap petang ialah ibarat mengharap duit sepuluh ribu jatuh ke riba. hanya mampu lompat tali skipping secara sopan (itu pun belum mula lompat lagi HAHAHA) dengan harapan janganlah jiran bawah mengamuk kalau dengar bunyi gedebub gedebub dari tingkat atas KAHKAH.

on the list after gaji : DUMBBELLS.

so yeah, now I have a Food Diary. and my first day was not bad. bolehlah kontrol makan sikit sebab boleh nampak apa yang kita dah telan (psycho!). kalau makan banyak, kena tulis banyak. kan sogan.

mungkin untuk lebih berkesan, kena lantik pengawas Food Diary. seminggu sekali kena tunjuk. pergh.

semangat cannot go dia ni.

till then.

p/s: esok ada seminar.janganlah sedia makanan bebanyak.teruk nak kena tulis esok nanti.




Friday, September 6, 2013

takut sangat

so I heard the movie 'THE CONJURING' is a very scary movie...and freaky...with super scary ghosts...and super storyline.even my housemates came back home telling me how scary watching it at the cinema.during midnight.

wait.my lovely housemate just sent me a delicious bowl of chilly pudding.yumms~

ok continue.

I WONT WATCH A SCARY MOVIE AT THE CINEMA DURING MIDNIGHT.NEVAAAAA.

It'll be so scary I feel like sleeping in the cinema and wait for the sun to show up.HAHAHA.

Sooooo, I think 'nahhhhh I don't think I should watch this conjuring thingy. It should be the same as other scary movies.' BUT everyone (on Facebook, Twitter, Blogs and you name it...even in front of my face) keep saying this movie is worth to be watched. I was like...'oh okayyyy maybe one day I'll go...' with no hope at all.

so my scary day started with me...being random, with the boyfriend. went out kononnya nak pergi cari tailor for his products. found tailorss, tapi tak ada satu pun sanggup jahit the products. COMPLICATED katanya. sudahlah akal fikiran buntu mencari tukang jahit...tiba-tiba pula kenderaanku yang satu ini menggundah-gulanakan hati pemiliknya.bikin gua heart attack.called PROTON and they said to give the car a break-stop for a while to dry up the engine (eceh macam lagu give my heart a break pulak hewhew).

so the boyfriend drove to the nearest Jusco...to give the car a break.so what should we do while Mr.Car is taking his break?

Mr.Boyfriend said lets watch movie.and I was like SERIOUSLY THIS RANDOM?movie apa ada kat cinema right now?

It was 4.30pm.

4.20 THE CONJURING
4.30 ELYSIUM
4.35 KICK-ASS2

what is this kick-ass2?looks like superheroes.cambest je.
NO.
Elysium?Ema watched this masa dia tersilap beli tiket haritu.(she wanted to watch THE CONJURING but ended up with tickets for ELYSIUM.hanya tersedar apabila sudah masuk hall dan filem bermula.epik, yes).
ERM.NO.
........(krikk krikk)
LETS WATCH THE CONJURING. Asrul gave me the one he downloaded but he said tengok dekat wayang lagi best.
........seriously?it's 4.30 already.dah half way pun.(melampau tak filem baru mula sepuluh minit aku cakap cerita dah half way?KAHKAH)
JOM JE LAH.SEMPAT LAGI NI.

he bought the tickets.so we literally ran to the hall.I was nervous.macam mana kalau tengah turun tangga then the ghosts muncul?confirm tersembam aku dekat situ.I was thinking and thinking and thinking.masuk, turun tangga cari seats,found it, duduk...WITHOUT looking at the screen.(PUHAHAHA).

this film was no joke, man.somebody should film me when I was watching.




because I looked like this.



the entire time.for the entire movie.sampai lenguh tangah iols.ini dah bukan watching nama dia.ini PEEKING.

HAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...