Tuesday, December 28, 2010

tell me why~

di kala senja sore New Zealand ni, tetiba hati jadi sebak.i don't know why.sebab duduk sorang-sorang dalam rumah ke, sebab belum masak ke, sebab baru bangun tidur ke [HAHAHA], sebab beberapa hari lagi nak pergi kerja ke, entahlah.yang penting, rasa lesu je macam Ya Allah hari ni hari yang paling tak bersemangat dalam dunia.bila fikir yang nanti, saya akan jauh dari segala jenis komunikasi dengan dunia luar *hamboih ayat*, mula dah nak homesick semula.tempat saya kerja nanti betul-betul dekat pedalaman.bak kata Ton, bekalan makanan pun kena beli banyak siap-siap.susah nak jumpa dekat sana.dan sebab internet SANGAT MAHAL, saya tak tahulah mungkin seminggu sekali je saya datang jenguk blog,twitter.since facebook semakin buat semak mata memandang, saya tak rasa saya akan terkinja seronok nak bukak facebook.i'll miss blogging, and my blogger friends.aktiviti blogwalking nampaknya macam hmmmmm payahlah nak cakap.sadis sangat perasaan.saya tak tahu berapa blog je yang sempat saya jengah dalam masa sejam, sekali seminggu.

mungkin kena beli diari sebijik then tulis diari tiap-tiap hari ala-ala nostalgia gitewww.tapi duk terfikir pulak macam mana nak share dengan korang nanti HAHAHA.

saya ada satu benda sedang berawang-awangan dalam kepala, KONONNYA nak buat satu usaha untuk cuba maintain trafik sampai saya balik bulan Februari nanti.erm korang ada idea?

p/s: since nanti saya mungkin update blog seminggu sekali, sekarang ni nak buat banyak entri dalam sehari takpelah kan?hihihi~

2010, will go

dah habis berdebar pasal kes semalam.hari ni, mood nak kemas rumah sambil layan lagu rock kapak.syok yawwww, sambil duduk tepi balkoni menikmati angin sepoi sepoi bandar gitewwww.but still, tak boleh lawan angin sepoi sepoi sungai pahang lah.OMG rindu nak bertenggek atas pangkin tepi sungai depan rumah, makan biskut ping pong cicah air teh o panas.nostalgia sungguh.

I'll be leaving Auckland to Queenstown in 3 days time.flight hari Jumaat, 31 Disember 2010.pukul berapa, tak tahu HAHAHA since Kak Zu yang setelkan hal tiket.there'll be 5 of us, flying to Queenstown, bekerja di kebun cari mencari rezeki yang halal, fruit packing.oh ya, sebenarnya ada khabar tak berapa baik.Ton dah sampai sana [South Island] dan dah start kerja.katanya, kerja itu berdiri sepanjang hari.OMG taf lah akak balik sini nanti ye dak?HAHAHA.tapi itu bukan khabar yang tak berapa baik.yang itu, baik untuk kesihatan.yang tak berapa nak baiknya, dekat backpackers [macam hostel lah kiranya], internet $6/jam.makanya, dah dapat agak macam mana nasib blog nanti.nampak gayanya seminggu sekali je lah saya online.lagipun lepas balik kerja yang kena berdiri sepanjang hari, confirm cari katil terus.tak peduli benda lain dah.HAHAHA.

biasanya, dekat nak habis tahun ni semua orang duk cakap pasal azam.ye dak?eh kau nak azam ape tahun depan?gua azam nak beli moto kapcai ada atap.jadah apa kan motor kapcai nak ada atap HAHAHA.iklan weh, iklan.apa azam korang tahun 2010 ni?tercapai ke tak?*hah tetiba masuk kes azam-berazam ni pulak ye*.azam saya tahun ni, nak beli kamera gabak tu.alhamdulillah tercapai.makanya, azam tahun depan nak beli kereta lah pulok.HAHAHA nehi kabhi nehiii.melawok jahhh.

azam tahun 2011 saya :
  • nak cari duit banyak then nak simpan bawak balik Msia since currency sini besau.bawak balik Msia boleh kaya-raya HAHAHA.
  • saya nak balik Msia as a slim Izzati.ini betul betul kejadian, bukan cubaan ^__^
  • yang ni tak pasti boleh tercapai ke tak, tapi saya nak sangat duduk dalam stadium tengok match Rugby World Cup 2011.sekali pun tak apa.nak merasa tengok All Blacks main atas padang dan menjerit keriangan sokong New Zealand.TAPI untuk pengetahuan anda sekalian, tiket setiap match semua kena book tahun ni.paling murah punya tiket untuk tempat duduk dekat hujung bahagian atas stadium ialah $300.OMG berapa kali boleh shopping baju tu weh HAHAHA.
kalau ada yang lain, nanti saya tambah lagi.yang pasti, saya memang nak memberanakkan kamera gabak saya ni.nak tambah lens bla bla bla.itu sudah pasti.dan harapnya akan menjadi realiti.ewahhh ayat nak skema pulak kan tetiba.

ape azam korang untuk 2011?azam tahun ni tercapai ke tak?^___^

p/s: saya dah remove widget countdown yang ada dekat tepi tu.tapi nanti hari saya bertolak pergi Queenstown insyaAllah ada balik benda alah tu.ngeeee~


Monday, December 27, 2010

walking alone is just scary

*this is going to be a very short entry since this incident happened just now*

Ton dah pergi south, kerja.makanya, tinggal saya sesorang.since sayur-mayur dah nak habis and my two lovely housemates will fly from Msia today, saya decide nak pergi Lim Chorr [supermarket] beli sayur barang seikat dua [aicewahhh].actually tak berapa konfiden nak pergi kawasan belah sana sesorang, since dekat K Road banyak aktiviti aktiviti syaitonnirojim.tapi sebab dah tak ada orang lain + tetiba terasa nak makan mi kari [hahaha], makanya saya beranikan diri.pergi naik bas 50 sen sebab malas nak panjat bukit.okay macam tak perlu sebut pun sebenarnya HAHAHA.okay cerita serius pun tetiba macam dah nak jadi cerita lawak pulak.serius okay serius.

i thought today the post office will open.but it's not.makanya, hasrat nak beli kotak pos barang balik Msia tertangguh lagi.jalan pergi Lim Chorr.lepas masuk entrance, tetiba ada sorang pakcik tegur saya.pakai smart tapi mukanya scary.rambut hitam ada uban putih, gigi berkarat.

Do you work here?
No I'm not [since dia pakcik, makanya kena hormat ye dak?]
I've seen you somewhere *grinning*
Heh?where?
Near downtown *grinning*
Oh maybe not.
What's your name?
XXXX [sebab saya takut dia jampi jampi,makanya saya bagi nama palsu]
*then dia hulur tangan nak salam.OMG masa tu scary gila.rasa berdebar dup dap dup dap ingat mati dah ni.rasa nak pengsan sebab berdebar kuat sangat.and you know what, dia tengok saya atas bawah.SCARYYYYYYYYY~*
maybe we should go, sit somewhere, have a coffee and have a nice chat *grinning*
Oh sorry I'm in a hurry
*puff!lari!*

OMG masa duk belek-belek sayur tu bukan main nervous ni hah.kot kot dia ada jampi serapah.OMG tolonglah faham.scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.dahlah siap grinning lagi.dia tahu ke tak yang gigi karat dia tu tak gojes langsung.OMG scary scary scary!

astaghfirullahalazim.alhamdulillah Allah selamatkan saya.tapi still terkejut.

p/s: taknak keluar rumah dah.kunci pintu, sliding door semua.habislah nanti ada rapunzel pulak dekat tingkat limabelas nih.

Sunday, December 26, 2010

shopping spree 2~

hari ni 26 Disember a.k.a sudah tiba Boxing Day ^___^.semalam tidur awal, dah tak peduli dah nak merandom dekat twitter lepas penat main Ultrastar Deluxe sampai serak serak suara.kahkah.bangun pagi tadi, online sekejap.konon nak update twitter.tetiba twitter stuck, ada ikan paus comel warna biru je sekor senyum senyum.lepas tu tak ada benda lain dah.keciwa betul perasaan.tak apalah, mungkin ini yang terbaik.aicewahhhh ayat memujuk hati yang lara.hahaha~

keluar rumah dalam pukul 7.30pagi, nak kejar bas pukul 8.05pagi pergi Sylvia Park.punya semangat sampai lupa bawak kamera HAHAHA.tengah jalan baru nak buat muka cuak OMG macam mana nak ambik gambar kalau tak ada kamera.TAPI dalam hati tak apa jugak tak bawak.macam tak sempat je nak ambik gambar.mesti sibuk merembat baju je nanti.kahkah.tekaan itu sangat tepat.tadi, berjalan dah tak ingat siapa dah.menonong bawak beg masuk Cotton On,Glassons,Jay Jay,Valley Girl segala bagai, dan pasti keluar dengan beg plastik.hahaha.tapi semua beg plastik tu sumbat masuk beg 'Happiness is Summer'.cover lah kononnya HAHAHA.

mujurlah ada beg 'Happiness is Summer'.kalau tidak, entah berapa belas beg plastik ada dekat tangan.hahaha.tapi even dah letak dalam satu beg pun, sibuk jugak nak langgar orang sana sini sebab beg kembung sangat!kahkah~

this is a new phenomenon for me.selama pergi MEGASALE dekat Msia sebelum ni, tak pernah lagi sampai berebut-rebut ramai gila orang dalam satu kedai.tabah betul pekerja-pekerja dalam kedai greet tiap-tiap customer yang masuk.hey dear are you alright there?itu memang ayat biasa.mungkin, diorang risau kot ada customer yang terpengsan sebab sibuk sangat bertinju dengan makcik akak abang duk rebut baju HAHAHAHA.tadi memang super-ramai punya orang.sampaikan nak belek baju pun kena tunggu turn, orang kiri kanan depan belakang.dekat sini, gadis 167 sentimeter memang tak dikira tinggi sangat pun.ada lagi akak-akak makcik-makcik yang lagi tough yawwww.sekali dia tolak, hahhh kau terbalik dunia.orang tengah duk sibuk shopping, kau nak pengsan pulak kan.

sesuai dengan nama Boxing Day, hari ni orang macam 'bertinju' berebut barang.OMG barisan yang nak beratur bayar punyalah panjang.tadi pernah sampai sekali saya rasa give up nya malaslah beli! sebab orang ramai sangat sampai rasa rimas mata.rasa penat berebut dengan orang.rasa nak lari keluar pergi kedai yang tak ada orang.tapi kalau tak berebut tak dapat, dak?HAHAHA.nak cari kedai yang tak ada orang tu pun satu hal jugak.sedangkan Gucci dengan LV pun penuh dengan orang hari ni.hahaha~

pukul 12.30 tengahari dah tunggu bas nak balik city.penat dia tak payah cakaplah.lenguh bahu kaki segala nih.penat berjalan, penat meredah lautan manusia.sampai Britomart, macam biasalah kena lalu Queen Street dulu sebelum sampai rumah.menyinggah lah sikit konon sebagai penutup kan HAHAHA.dapat sehelai dua, terus balik.rasa nak pengsan bukan main dah.sampai lupa kisah nak beli Frozen Coke.hahaha~

inilah hasil buruan hari ini.kasut tu yang beli masa pergi Newmarket haritu.hari ni tak sempat masuk Rubi.ramai sangat orang dalam tu.nak cuba kasut pun berlaga sana sini.tak syok ah.haaaaaa yang warna krim tu beg 'Happiness is Summer' yang saya guna buat sumbat semua plastik-plastik baju HAHAHA.dapat kasut sukan sepasang, lepas tu beli set alat tulis yang fofular dekat NZ [Smiggles] untuk adik saya & purse Bluebird untuk mak.yang lain semua baju!hahahaha.tapi bukan semua lah.ada satu baju untuk Fareha, satu baju untuk adik saya.tapi yang lain-lain saya punya lah.kahkah.ayat kau nak tunggang terbalik kan izzati.

Ton dah pergi South Island.4 hari lagi, saya pulak.OMG dah mula nak berdebar nih.

Saturday, December 25, 2010

ni yang nak emo nih

booooooo-ya??!habis dah taip comel comel entri tadi tetiba boleh hilang pulakkkkkkkkk.aigoooo pagi-pagi dah emo.tak bagus untuk kulit nak awet muda nih.hahahaha.haishhhh geramnyalah!semalam dahlah VOLT ni rasa nak runtuh bila orang-takde-motip-hidup duk buat perangai jerit sana sini sambil baling baling tisu kebawah.ngek betul.nasib baik boleh tahan sabar lagi semalam.kalau tak entah-entah ada periuk terbang dari atas.orang nak karaoke pun tak senang.hey dah Krismas?besok Boxing Day lah kan?*sengih*

tadi, buat entri pasal geng merandom dekat Twitter.sadis betul perasaan nak menaip balik.dahlah huruf 'N' ni sekejap ada sekejap takda.nak kena tekannnnnnnnnnnnnn betul-betul baru keluar.kalau ada ternampak perkataan macam tak cukup 'N' tu diam-diam je lah okay?biar saya sedar sendiri.HAHAHA~

oh ya, sekarang kena biasakan taip entri pendek-pendek je, sebagai persediaan hari tua HAHAHA.bukanlah, sebenarnya persediaan hari bekerja.nanti sepanjang waktu kerja tu tak tahulah berapa kali je blog ni ber'update' yawwww.kalau selalu update pun, mungkin pendek-pendek je lah kotnya.makanya, sila ubah mode kepada 'oh entri izzati mesti panjang' kepada 'eh izzati dah tulis pendek lah sekarang'.hahaha~

p/s: malas dah nak taip.benci huruf 'N' nih.waktu ni lah kau nak buat hal ye.*cabut huruf 'N'*


Friday, December 24, 2010

hari bertinju?bukanlah~

if you wonder why we are having so much fun SHOPPING menabur duit sana sini tanpa berfikir panjang pada waktu sekarang, baca sini, di bawah content nombor 5-SHOPPING.ia bukan hari bertinju bertomoi Siam.ianya akan lebih membuatkan hati anda teruja sambil terkinja-kinja, macam saya HAHAHA.26 Disember, nantikan kemunculan gadis handalan yang akan menempel di setiap kedai!motif SALE sudah sampai 80% sekarang, sebenarnya baru tempias sahaja.Boxing Day nanti, berjuta-juta lemon SALE nyahhhhh~

saya ada peluang sekali je nak experience Boxing Day.sebab tahun depan nak balik dah.makanya, pulun habis lah sekali ni yawwww.kena bawak beg besar nanti nih.nak letak beg plastik semua dekat tangan, habislah sampai tengahari je akak dah tumbang duk berlawan rebut barang dengan makcik kakak semua.kahkah~

p/s: hari ni tak sempat nak blogwalking.sibuk kemas rumah buat operasi membunuh serangga.besok nak letupkan rumah.HAHAHA.macam mana letupkan rumah?tungguuuuuuuu~

Thursday, December 23, 2010

berita baik & berita kurang baik

kata orang, mulakan hari dengan senyuman.makanya, kita mulakan dengan berita baik :)

  • semalam saya ada cakap pasal SALE dah mencecah 80% kan?harini saya & Ton terus pergi Newmarket.sumpah rambang mata sampai rasa dah naik berpinar mata tengok sana sini.baju cantik, harga tak sampai $10.boleh tak nak pengsan sekarang?haihhhh kalau pengsan mana nak dapat baju.orang lain rembat baju dulu, tak peduli dah ada orang pengsan ke apa kahkah~

  • yay dah reti buat puding jagung!OMG bangga diri sekejap.tapi bila tengok resepi dah tak boleh nak bangga mana dah sebenarnya.lahhhhhh macam ni je?senangnya!kalaulah aku tahu senang macam ni...dah lama dah.yelah izzati yelahhh.KALAULAH tahu kan.hahaha~
  • my little sister, Kakde dapat 9A PMR which is obviously memecahkan rekod kakak sulung dia kerana dia sekolah dekat SMKA.Tahniah, adik along :)
mari ke berita tak berapa nak baik,

adik saya dapat 9A.baiklah, itu memang menggembirakan.berita tak berapa nak gembira, dia mintak telefon canggih ada memory card dari New Zealand.mak saya nak belikan Blackberry, tak mahu katanya.nak yang dari New Zealand.demand lebih adik aku nih.dia tak tahu agaknya kakak dia ni dulu pakai telefon yang lampu warna biru bunyi crettt crettt tuh HAHAHA.nak lawan tokey dia ni.

kakde, amek handphone along je lah.canggih jugak nih,versi dua tahun dulu lah tapinya.ada memory card jugak.
taknakkkkkk.itu 2nd hand.nak yang first hand.
oklah kalau macam tu.besok along beli yang baru.tapi nanti along letak handphone along dalam kotak tu, handphone baru along pakai.ok?hahaha~
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
yelahhhh yelahhhh.handphone nak lawan tokey.kemaen dia.ada pakwe eh sekarang?
*diam*
tut tut tut tut tut
cettttt


Wednesday, December 22, 2010

Xmas, Kiwi [NZ] Style

Thanks to John & Carol for the Xmas Celebration, Kiwi [New Zealand] Style.We had a great time.Love the house, love the backyard, nice New Zealand foods & desserts, and also the cuckoo clock ^___^.I like it when we were chatting and laughing together while wearing 'crazy' paper crown.I'll miss the moment.

somehow, i think long dress didn't really suit me.ianya membuatkan gadis 167 sentimeter ini kehilangan aset kaki panjang beliau HAHAHA.OMG memang nampak pendek.tsk.sadis je tengok semua gambar.nampak macam tak normal T____T + nampak gemuk secara bukan-seindah-biasa.mungkin, jual dress ni dan pergi beli dress baru sekarang kahkah~

p/s: SALE dekat Newmarket dah sampai 80%!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...