Thursday, January 6, 2011

jom lawan!

sharing is caring.nampak manis jika saya buat itu sebagai tema sepanjang tahun 2011.anda bersamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa SUZUKI!hahaha~

siapa nak buat duit secara online?siapa suka benda-benda buat duit secara online?semua orang suka.sebab sambil goyang kaki pun boleh buat, setuju?HAHAHA.siapa suka menaip secara online?errr ayat macam nak tonggeng terbalik pulak.okaylah berterus terang.siapa suka game menaip?HAHAHAHA apa punya izzati dari tadi duduk sebut pasal buat duit buat duit, tetiba pung pang pung pang game pula tetiba?

*serius, angkat kening*

YA.nak cerita pasal game je sebenarnya HAHAHA.

siapa-siapa nak rasa seronok lawan menaip siapa paling laju peringkat dunia, ini gelanggang anda mengasah bakat.serius seronok tahap awan guling weh.nak suka-suka jadi Guest pun boleh, nak Sign Up pun boleh sajaaaaaaa.free yawwww free.
AMARAN: ianya juga boleh menyebabkan ketagihan.HAHAHA~

p/s: kredits to Nisa sebab kenalkan game ni kepada Sizuka, kini dibawakan oleh Suzuki ^__^

Tuesday, January 4, 2011

sempat~!

hari ni, online lagi HAHAHA.sebab besok dah start kerja.tak dapat nak hulalalala hulahup dah.baru balik dari Pond yang apa benda tah namanya.JAUH sampai rasa nak terputus kaki jalan berapa kilometer.sampai Pond terus terjun tak hengat dunia.bila nak balik, geleng kepala lagi.hadoi.pengalaman manis manis masam gitewww.berjalan boleh membakar lemak.bagus ye dak?okay tinggal lagi empat minit.nak mengarut hapa nih dah pening dah.sampai rasa nak pecah keyboard duk tekan kuat-kuat takut tak sempat HAHAHA.okaylah besok dah nak start kerja nih.nervous nervous HOHOHO.okay nak pergi makan fish n chips murah yawww.seronots betul hidup dekat countryside bila MAKANAN murah, bukan internet.hukhuk~

Monday, January 3, 2011

halooo!

ini entri taip laju-laju fresh dari ladang.bukan auto-publish yaww.betul-betul saya tengah online dekat kedai aiskrim sebelah backpackers nih HAHAHA.OMG sini canteks gila sungguh tak tipu.sana gunung sini gunung.ini pun terpaksa bayar $2 untuk 20 minit.mulanya bayar $5/jam untuk wireless.tetiba hape jadah wireless buat hal, terpaksa menaip dekat kedai jugak ni hah.habis semua entri yang dah taip dekat notepad terbuang begitu sahaja.sadis betul perasaan.by the way, tempat kitorang duduk sini super-awesome.so country-side punya tempat.aman damai sangat sampai rasa nak menghabiskan sisa hidup dekat sini.tapi since internet mahal T___T makanya akak keciwa sesangat lah.HAHAHA.nasib baik ada game karaoke menemani diriku ini.aicewahhhh.

kitorang start kerja hari rabu ni.dua tiga hari ni kerja jalan-jalan tepi sungai warna hijau kebiruan sambil makan aiskrim.manis betul perasaan.menaip ni hah sambil termengah-mengah sebab tak sanggup membazirkan setiap saat berfikir nak taip apa.HAHAHA.

nak sangat tunjuk dekat korang suasana dekat sini tapi gambar semua ada dalam laptop.tsk.tengoklah macam mana nanti.sini punya internet pun macam vending machine weh.masuk syiling, internet on.HAHAHA.memang ada style lah!

entri ni memang sepah sesepah sepahnya.isi kandungan huru-hara.ni kalau cikgu nak tanda kertas ni mahu pening baca mana pendahuluan mana penutup kahkah.

live update by sizuka [izzati] from Roxburgh, South Island

p/s: korang layan je lah entri auto-publish yang anda bersamaaaaaaaaa SUZUKI tu ye?seriously memang tak boleh selalu nak update kalau macam ni.tak jadi orang kaya lah akak balik Auckland nanti.HAHAHA~

oh ya, dah tukar setting untuk 'comments'.komen terus masuk je,buat masa ni je lah.sebab jarang online kan.siapalah nak tolong moderatekan kalau akak tak online ye dak?tapi mintak maaflah tak dapat nak balas semua.setiap saat ialah berbayar.*tengok poket*.tapi jangan risau, saya baca semua tau.tak perlu tacing tacing apahal izzati tak approve lagi komen ni tsk.

tengoklah minggu depan pulak kot kalau online pun.hihi~!

Sunday, January 2, 2011

download font cantik cantik

sizuka pergi bekerja, makanya sekarang anda bersama saya SUZUKI!hahahaha.tidaklah tidaklah.ini auto-publish punya entri mehhh.haaaaa sihat ke tidak tahun baru nih?tahun baru, azam baru, baju baru ye dak?hahahaha gitewwww.

orang putih cakap, sharing is caring.makanya, nak share dengan korang pasal FONTS.biasa orang yang selalu suka edit mengedit ni *ekhemmmmm* memang berkenan sangatlahhhhh duk belek-belek fonts yang lain macam sikit.ye dok?nak jadi kreatip lah kununnya walhal fonts tuh download jugak HAHAHA.

habis segmen merepek puaka niyang merapik.cuba tengok fonts dekat bawah ni.gojes tak?



hahhhhhh tu diaaaa.kalau sesape yang rasa berkenan jatuh cinta pandang pertama, jemput-jemput lah klik sini ye.actually saya jumpa website ni waktu mula-mula nak buat watermark dulu.lepas jumpa, terus terjatuh cinta.lepas tu tiap hari sayang lah.HAHAHA.semua free yawww.orang cakap benda free jangan ditolak ye dak?rezeki namanya tu.hokhokhok *dah pesen ape pulak gelak macam ni.gelak tahun baru agaknya lah kot.HAHAHA*

tapi satu je saya nak pesan.HATI-HATI.nanti jadi macam saya duk syok sangat klik 'download' tak boleh berhenti.ini boleh menjadi suatu ketagihan.menagih bahaya untuk kesihatan.HAHAHA.lagi satu, nanti korang install banyak sangat fonts, laptop boleh trafik jam yaww.bukan kereta masuk laptop haiyooo HAHAHA.nanti program yang ada guna FONTS macam Microsoft Word segala bagai itu lambat nak loading.gitewww.makanya, jadilah pengguna yang bijak.

cau cin cau air cincau!

p/s: Happy New Year semua!

Friday, December 31, 2010

I'm away~


Dengan ini dimaklumkan bahawa Sizuka [Izzati] akan tidak berada disini [Auckland] dari 31 Disember 2010 - 23 Februari 2011 kerana beliau kini bekerja di Remarkable Orchard, Roxburgh.Disebabkan azam 2011 beliau ialah untuk mengumpul duit sebanyak mungkin, makanya masa untuk beliau mengupdate blog belum diketahui dan mungkin akan diberitahu kelak.Ini disebabkan oleh bayaran internet untuk sejam ialah super-mahal [$6/jam].Makanya, terima kasih daun kari kerana sudi datang ke sini walaupun semasa ketiadaan saya disini.Sungguh tacing sekali perasaan ini.

Korang!Tunggu saya balik tau!Nanti bolehlah tengok kurus ke tidak izzati lepas kerja siang malam HAHAHA.

Nah.Kot-kot ada yang rindu-rinduan.HAHAHA perasannnnn~

p/s: mana yang nampak muka macam mekap-over-sangat Ya Allah siapa nih, itu masa zaman hangat berzapin dulu.bukan orang lain tau, memang izzati jugak tuh.HAHAHA.

Entri-entri yang akan muncul di kemudian hari, anda kini bersama Suzuki itu ialah Auto-Publish ^___^

Thursday, December 30, 2010

besok nak pegi dah~

dah siap packing, insyaAllah.dup dap dup dap berdebor ni hoh.hahaha.motip apa nak berdebar, tak tahu.yang pasti kena terima realiti tak boleh nak berbahagia online sepanjang hari sampai hujung bulan dua.sobs sobs sobs.sengaja buat sadis sangat sebab tak boleh nak update blog, nak blogwalking huru hara macam biasa.nehi kabhi nehi, tiada lagi kidungmu.dekat sana internet mahal sangat.mintak maaf sangat hari ni tak dapat blogwalking, huru-hara hidup sebab tak packing awal-awal HAHAHA~

tadi, pergi round satu bandar cari stok makanan.cari stok makanan pun perlu round satu bandar?tidaklah, sengaja buat exaggerate sikit HAHAHA.besok flight pukul 11.20 pagi, waktu NZ yakni 6.20 pagi, waktu Malaysia.walaupun pada hematnya, saya bukan terbang ke Malaysia pun, masih di NZ.hehehe~

seronok pulak kan tetiba malam sebelum pergi kerja ni, duk layan lagu rock kapaks dengan housemates sekalian, sambil tegang urat leher duk memekak sekali HAHAHA.Volt 1516, I'll miss you so much, sungguh ni tak tipu.23 Februari kitorang balik, jaga diri baik-baik okay.

kepada penonton setia blog ini, ewahhhh siapa penonton?siapa? HAHAHA.anda akan disajikan dengan pelbagai benda sewaktu ketiadaan saya nanti.benda apa?tungguuuuuuuuuuu~gitewww saja nak surprise kan.

sayonara minna-san.I'll miss you all.chups~

p/s: okay ke tak pakai spek?nampak macam saya ke tak nampak macam saya?kahkah ayat tunggang terbalik lagi~

hey!

tak sopan punya tajuk entri kan?Assalamualaikum ^___^.lagi sopan ye dak?sejuk mata memandang, indah hati membaca.ewahhhhh puitis puitis pulak tetiba.

hey!*ini tanda excited*.siapa tengok bola malam tadi?yang saya tahu, Fatin dengan Shera Haifa tengok sebab kitorang duk hangat merandom dekat Twitter malam tadi.HAHAHA.sekali bola sampai sebelah sana, sorang tweet.sekali bunyi wisel, pup pup pup tweet lagi.Twitter tuh meriah tak hengat dunia dah.oh ya!saya tengok online.sangat menderitakan jiwa sebab line tak berapa nak best.suara orang dah bersorak tapi gambar tak gerak-gerak lagi.tapi sebenarnya tidaklah menderitakan jiwa sangat sebab loading dalam satu dua saat lepas tu dah okay dah.tapi confirmlah tengok dekat TV lagi rasa syok nak menjerit ye dak?

semalam, saya sorak sorang-sorang.sebab housemates semua sampai masa dah habis game.kesan duduk sorang-sorang masa tengok bola, Twitter lah jadi mangsa.biasa kalau ada geng boleh duk pot pet pot pet haish tu berlakon je jatuh tuh.tapi bila dah duduk sorang, Twitter jadi teman.sweet gitewww HAHAHA.yang lawaknya waktu first gol Malaysia, loading macam tak berapa nak jadi tau.tetiba je saya nampak players duk seronok sengih meriah bagai.laaaaaaaa GOL rupanya!hahahaha.masa tu dekat Twitter dah merambang punya tweets.ketinggalan zaman rupanya haku.kahkah~

dahlah cerita pasal bola kan.penat tau menaip sambil excited ni.HAHA.

hari ni saya nak update banyak-banyak sebab besok dah nak pergi.baru cakap je ni, buatnya tak tahulah.

p/s: yay housemates dah balik!GAMBAR HIASAN je tahu.tapi ada lah sorang housemate dalam gambar tu.you know who you are.aicewahhhhhh~!

Wednesday, December 29, 2010

mostly done

dua sahabat serumah & sekebun [HAHAHA] akan mendarat di bumi Auckland pada jam 12.00 tengah malam waktu NZ [7.00 malam waktu Msia].hati gumbira bukan kepalang.ku tidak bersendiri lagi, berdua lebih baik.gitewwww.eh eh bertiga HAHAHA.

dah siap packing.errrr 70% mungkin.kebanyakan ialah pakaian-ke-kebun.tiada istilah menjadi gegadis ayu pakai dress sewaktu bekerja.nehi kabhi nehi bete.sekarang, masa untuk menjadi gadis kebun pakai kain batik atas kepala bawak bakul melenggang kangkung sambil nyanyi lagu enjit enjit semut.*bayangkan*

hari ni seronok menggeledah kotak ajaib.mood tengah lovey dovey sikit HAHAHA.ada yang terkejut kot nampak kotak ajaib saya ni.actually ini ialah suatu tabiat-buang-duit-sendiri.tengok muka garang macam suka jerit-jerit ni, tapi dalam hati ada taman yawww HAHAHA.

see what i've done.in a blink of eyes aicewahhhhhh HAHAHA.tetiba rasa yang baru buat lagi gojes dari yang sedia ada.nak tukarlah kahkah.taklah sayang, tak tukar.tetiba terasa dah makin hebat dalam arena pembuatan handphone strip nih.tak sia-sia buang duit beli benda kecik-kecik tuh.kekekeke~

p/s: saya nak tengok Msia lawan Indon malam ni.ada siapa tahu macam mana nak tengok online tak?aigoo janganlah gelak weh.saya dari benua lain nih.dah nak dekat Antartika ni,tak dapat TV1 yawww~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...