Wednesday, March 16, 2011

matematik itu sedikit gila

maths is fun, but teaching maths to children can be...errr...i don't know the right word to describe it.especially bila kita dah terlalu sangat terror buat tambah tolak bahagi darab secara algebra, but suddenly you need to explain how and why did you get that answer in the most simplest way.as in tak perlu guna kaedah
458
+ 387
_____
_____

kerana Margaret bilang itu ialah kaedah yang sungguh old skool.pengsan sepuluh kali.ada suatu kaedah lain yang beliau cakap lebih simple dan mudah difahami oleh kanak-kanak.for me [even you,you and you], yang simple itu lah yang susah sebab dah biasa guna kaedah yang macam nak pecah kepala otak.HAHAHA.

jangan tanya macam mana kaedah yang new skool itu.saya belum pro nak terang dalam blog.nanti silap haribulan keluar blog ajaran sesat matematik.HAHA.tak pasal-pasal je.

as for my maths' test,it's totally fine.seronok sangat jawab soalan matematik sekolah rendah.tapi sampai part kena explain kenapa jawab macam itu macam ini, perasaan jadi kucar-kacir.

p/s: kalau besok saya lapang, saya umumkan pengumuman penting itu okay.bebarang semua siap sudah.tunggu masa saja.makanya, stay tune babe~!

p/s/s: sebulan lagi weh~!!!


Tuesday, March 15, 2011

kelengkapan bayi~

Assalamualaikum & Hello

This week, nothing much.tak ada keseronokan.kelas kelas dan kelas.tanpa kesedaran, minggu depan kena submit assignment which is oh nooooooo tak buat apa lagi ni.minggu lepas, seronok main tabur duit dekat Dressmart which is OMG habis duit berterbangan.sekarang dah jadi mama kendana [bini papa kendana] balik.tsk~sedih pulak kan.padahal bila duk tabur duit tu tak menyedar langsung.cis.dasar syaitan menyesatkan manusia.astaghfirullah~

selepas setahun menunggu, one of my babies dapat barang kelengkapan peribadi beliau; polaroid films.sekarang, beliau tak boleh menyalahkan 'emak' comel beliau lagi.nak filem sangat nah hambik.ecehhhh garang kan.harus garang sebenarnya.barang-barang dia ni bukannya murah.kena menabung setahun baru boleh dapat.kalau dia pandai demand, boleh bankrap tahu.



first photo :


haruslah gambar adik-beradik dia yang mula-mula.kalau tidak, mahu ada yang pakat boikot dia KAHKAH.filem dia ni kena jimat-jimat.sekeping NZD$1.65.makanya, kalau nak ambik gambar kena fikir sepuluh dua puluh kali dulu.HAHAHAHA kudekutkudekutkudekut.

mintak maaflah background gambar tu beg-beg kamera yang bersepahan.tak sopan betul.

p/s: nak umum something tapi nantilah.sekarang tengah sibuk.kalah dokter.

Monday, March 14, 2011

jeng jeng jeng

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut suka hati
kalau lapar, perut berbunyi

tiap kali hari isnin, hidup mesti miserable.malaslah nak cerita.ish dia ni lempang kang.



siapa nak ole-ole dari sini?siapa nak?cepat cepat cepat.tak percuma tapi tak perlu keluar duit.aik[?].cuba kira berapa orang yang nak.kalau ramai, menjadilah plan saya itu.kalau tak ramai, nampaknya kusangka panas sampai kepetang rupanya hujan di tengahari [ecehhhhhhhh] aje lah.hehehe~

dah.itu aje.

cantik kan loket ni?nak beli nak beli.


p/s: petang-petang ni layan lagu Aishah sedap jugok.janji manismu hooooooooo!


Saturday, March 12, 2011

pendek je.serius.

hai~!

betullah kata orang, masa itu emas.yang dah lepas tak boleh berulang.sama macam kalau terjadinya hal seronok dalam kehidupan, kalau tak tulis dalam blog, lama-lama boleh hilang seronok dan hilang arah [?].

mood nak update blog tiap-tiap hari entah hilang terbang kemana.meskipun setiap hari, akan terjadi suatu perkara seronok dalam hidup.i don't know why.ke antartika mungkin, ataupun ke gurun sahara.





minggu ini disulami [aicewahhh ayat novel] aktiviti yang sedikit mengeluarkan duit.tanpa sedar, dapur kami tak berasap langsung except for instant noodles & breakfast, which is HAHAHA baru ku sadar.

oh ya, our lecturers from Msia are here in Auckland right now.kitorang jadi 'tour guide' bawak diorang 'merambang' around Auckland this week.makanya, weekend ini full.

okayyyy nak habis dah ni.

I've got a new watermark.okay silap.I've made myself a new watermark.a transparent watermark.HUAHUAHUA sukasuka.


haruslah korang faham kenapa ada warna pink melekat dekat situ.kannn?

p/s: mostly photographers ialah golongan jejaka-jejaka.makanya jaranglah ada gambar yang ada cop warna pink.makanya ulalalalala tarakucah tarakucah :P

Thursday, March 10, 2011

bayiku bukan bayimu

tajuk entri haruslah dramatik.errr sebenarnya tak adalah dramatik mana, cuma sikit-sikit ada lah.aih apa daaaa kau ni cakap berbelit serupa orang lidah bercabang.macam mana kah rupa lidah bercabang?apakah kejadahnya lidah bercabang ini?haaaaa itu yang kita tak tahu.kita balik ke sri pentas.

puaka niyang merepek sudah TERjelma tetiba.mintak maaf.

bayi, tahu?baby, tahu?baguslah kalau tahu.tapi bayi also know as baby milik saya bukan manusia, tahu?

kalau belum tahu, nah ambillah tahu.ambil tahu lah bukan tauhu.kuikui.rendam kepala izzati dalam singki sekarang~!

hey!orang cakap siapa cepat emo, dia cepat tua tau.sebab muka asyik kerut-kerut je.err sekejap.kerut-kerut ke kedut-kedut?lalalala~

dah ambil tahu belum?kalau sudah, boleh scroll kebawah.ecewahhhhh pantun pulak kannn.

kini, persatuan bayi-bayi sedunia Izzati menerima ahli keluarga baru,spesies baru juga.presenting...Black Slim Devil.



hey people.don't judge me by my 'evil' name.I am an adorable super-light little camera.My name is Black SLIM Devil, and I'm not a terrorist.hint: SLIM.tetiba lens dia pulak SUPER FAT.kahkah.lawak je anak aku ni.aik[?].HAHAHA.


Welcome to Magical Camera World

'anak' saya yang baru ni spesies Holga, jenis Superheadz.ringan gila sampai rasa macam kamera mainan je.testimonial saya :it's worth it.teeeheeeheee.advantage: dia punya SUPER GEMOK lens.gambar lagi besar punya!!HAHAHA tak tak.bukan besar tapi luas.

belum beli film lagi untuk dia.nantilah besok lusa ke.takpun tahun depan.HAHAHA.even 'anak' saya yang polaroid tu pun baru tahun ni dapat film.setahun duduk diam dalam kotak HAHAHA.kejam betul punya 'emak'.

Wednesday, March 9, 2011

mari tengok katak & lily pad

semalam dah cakap nak tunjuk sembilan ekor katak hijau, satu keping lily pad dengan kad nombor satu sampai sembilan bukan?

presenting...



errr tapi katak tinggal tujuh ekor, lily pad masih satu keping dan korang takkan nampak nombor enam dalam banyak-banyak kad tu.dannnnnnnnn...faham-faham ajelah kenapa lily pad tu warna pink okayyyyyy.tengok warna blog pun dah faham.HAHAHA.

kerana...saya bagi dua ekor katak & kad nombor enam dekat anak murid saya tadi.tapi tadi saya nampak dia pegang sekor je katak dengan kad nombor enam tu.lagi sekor katak entah pergi mana.motif bagi nombor enam?sebab tadi dia cakap i'm turning six soon.makanya, nah nombor enam, anakku.ecewahhhhh anakku dah sekarang?HAHAHA.berasa sangat dah nak jadi cikgu aku ni.

nasiblah.dapat anak murid 5 tahun yang keletah & cerdik amat serta mulut pot pet.saya sebut nombor dia kira katak.lepas tu dia pulak nak sebut nombor, saya yang kena kira katak HAHAHA.

nak jadi cikgu, kena sabar tahu.


ada gaya cikgu penyabar tak?huehuehue~

Tuesday, March 8, 2011

minggu yang sungguh menyibukkan

minggu yang menyibuk ataupun manusia yang bersibuk-sibuk?baiklah, nak pengsan baca ayat sendiri.ini bukanlah suatu entri yang panjang berjela-jela, ianya pendek dan singkat sahaja.atas alasan kesiannya blog ni lama betul tuan dia buat tak tahu je.padahalnya bukanlah lama sangat.kan dah kata, alasan semata.

besok kena pergi sekolah, test budak-budak comel 5 tahun untuk subject Primary Mathematics, berbekalkan kartun katak sembilan ekor, liliy pad satu keping dan kad uno strawberry shortcake yang tertulis nombor satu sampai sembilan.lupa pulak nak ambil gambar kartun katak sembilan ekor warna hijau dengan lily pad warna pink.besoklah okayyy.

tetiba teringat kata-kata seorang classmate dalam kelas Primary Maths haritu:

I hope we're going to do this kind of thing every week.This is so much fun.

dan apakah aktiviti yang dikatakan oleh classmate bertuah saya itu??ianya ialah mewarna & menggunting.to be more specific, mewarnai lily pad & menggunting katak-katak hijau.baiklah, mari pulang ke zaman prasekolah kawan-kawan HAHAHA.

tengok.tadi cakap nak tulis sikit aje kan.tetiba TERpanjang.

okayyyylah.


the sun is setting in the sky...teletubbies say goodbye.tinky winky...dipsy...lala...po...po~!kantoilah aku peminat teletubbies HAHA.minat Po sebab tu sebut nama Po dua kali.kahkah~

p/s: housemates semua tengah gila tengok pontianak kacak dalam Vampire Diaries.saya belum tergoda lagi nak tengok.takut addicted.HAHAHA.

Sunday, March 6, 2011

of Volt Garage Sale & Pasifika Festival Launching

Semalam, kitorang [saya, housemates dan jiran kami-Rose & the geng] buat Garage Sale.banyak jugaklah benda-benda yang kitorang jual.Alhamdulillah ada jugak yang sudi datang ke teratak kecil tapi meriah kami ini.ecehhhhhhh.Thanks Thanks Thanks~!



banyak yang terjual, BANYAK JUGAK yang tak terjual.nama pun gadis-gadis.KALAU seorang ada lima enam puluh helai baju *saje exaggerate*, kalau 8 orang?lu kiralah sendiri.itu pun ada je yang terkeluar nak pakai baju apa hari ni eh HAHAHA.tetiba teringat, cousin saya pernah tersebut ayat tu depan suami dia waktu dia tengah pilih baju kurung nak pergi kerja.

tak tahu nak pakai baju apa lah hari ni.takde baju dah.

LailahailAllah baju kurung punya banyak sampai nak runtuh almari, boleh tak tahu nak pakai baju apa.

makanya, lelaki lelaki semua bersabarlah okay.lumrah kejadian Tuhan, perempuan memang macam tu.hihi :)

hari ni, ada perasmian Pasifika Festival sempena Auckland Arts Festival 2011.tahu tidak Pasifika itu apa dia?Pasifika stands for Pacific Island Countries, negara-negara kepulauan [Fiji, Tonga, Samoa, New Caledonia, Hawaii etc.].komuniti diorang dekat New Zealand agak besar makanya bolehlah diorang nak buat festival kebudayaan tiap-tiap tahun.seronok weh dapat tengok tarian hula yang menari pakai daun nyor tuh.syok habes.tapi sebab buat dekat Auckland, tak bolehlah nak guna daun nyor.angin kuat weh.

oh ya.by the way, orang-orang kepulauan ni warna kulit dia macam orang kita, sawo matang lah bukan sawa batik.tetiba.muka pun lebih kurang dekat-dekat nak sama.mungkin, kita pun orang kepulauan jugak ye dak?kehkeh~



ouch sexayyyyyyy~!lihatlah perutku, ramping kan.dah cakap tadi kan, diorang tak pakai daun nyor.tapi kan, suara diorang diorang ni memang merdu sungguh.bila dengar diorang nyanyi, rasa macam tengah duduk tepi pantai minum jus tropikal dalam gelas tinggi yang ada payung kecik warna oren tuh.



presenting, Miss Pacific Island.seriously dia cantik sangat.lepas tu menari lemah gemalai pulak.mana tak habis semua pakcik makcik nak ambik gambar dengan dia.lelaki lelaki semua terpegun tengok dia menari.cantik sungguh wa cakap lu.

lepas lelaki-lelaki habis seronok tengok perempuan cantik menari atas pentas, tiba giliran perempuan-perempuan pulak terpaku tengok lelaki-lelaki ganas buat persembahan.



they're Samoan & they're blood-related.mula-mula bila diorang naik pentas macam tak berapa nak excited sebab biasanya perempuan je menari bagai nih.TAPI performance diorang best gila.mula-mula menari yang ganas-ganas tepuk badan tu je.tetiba keluar lagu 'Whimp my hair' lepas tu yang depan sekali duk sibuk buat head banging.HAHAHA lawak gila.tetiba keluar pulak 'Waka Waka' lagu Shakira tuh, kemain seronok bergelek tapi masing-masing gelek screwdriver mata biasa tu je, tak jadi gerudi kahkah.



habis je opening tu terus pergi merayau dekat Queen Street.macam tak biasa.HAHAHA.dan menikmati Nasi Ayam Penyet as my lunch.


I'm so love it~!lepas ni mungkin perlu bertukar selera.mungkin, tema makanan tahun ini bukan lagi Ayutthaya,selera Thailand.mungkin, kita patut bertukar ke Bali Star,selera Indonesia.suka suka suka~!

p/s: oh ya, say HELLO to Autumn~!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...