Semalam, kitorang [saya, housemates dan jiran kami-Rose & the geng] buat Garage Sale.banyak jugaklah benda-benda yang kitorang jual.Alhamdulillah ada jugak yang sudi datang ke
teratak kecil tapi meriah kami ini.ecehhhhhhh.Thanks Thanks Thanks~!
banyak yang terjual, BANYAK JUGAK yang tak terjual.nama pun gadis-gadis.KALAU seorang ada lima enam puluh helai baju *
saje exaggerate*, kalau 8 orang?lu kiralah sendiri.itu pun ada je yang terkeluar
nak pakai baju apa hari ni eh HAHAHA.tetiba teringat, cousin saya pernah tersebut ayat tu depan suami dia waktu dia tengah pilih baju kurung nak pergi kerja.
tak tahu nak pakai baju apa lah hari ni.takde baju dah.LailahailAllah baju kurung punya banyak sampai nak runtuh almari, boleh tak tahu nak pakai baju apa.makanya, lelaki lelaki semua bersabarlah okay.lumrah kejadian Tuhan, perempuan memang macam tu.hihi :)
hari ni, ada perasmian
Pasifika Festival sempena Auckland Arts Festival 2011.tahu tidak Pasifika itu apa dia?
Pasifika stands for Pacific Island Countries, negara-negara kepulauan [Fiji, Tonga, Samoa, New Caledonia, Hawaii etc.].komuniti diorang dekat New Zealand
agak besar makanya bolehlah diorang nak buat festival kebudayaan tiap-tiap tahun.seronok weh dapat tengok
tarian hula yang menari pakai daun nyor tuh.syok habes.tapi sebab buat dekat Auckland,
tak bolehlah nak guna daun nyor.angin kuat weh.
oh ya.by the way, orang-orang kepulauan ni warna kulit dia macam orang kita,
sawo matang lah bukan sawa batik.tetiba.muka pun lebih kurang dekat-dekat nak sama.mungkin, kita pun orang kepulauan jugak ye dak?kehkeh~
ouch sexayyyyyyy~!
lihatlah perutku, ramping kan.dah cakap tadi kan, diorang tak pakai daun nyor.tapi kan, suara diorang diorang ni memang merdu sungguh.bila dengar diorang nyanyi, rasa macam tengah duduk tepi pantai minum jus tropikal dalam gelas tinggi yang ada payung kecik warna oren tuh.
presenting,
Miss Pacific Island.seriously dia cantik sangat.lepas tu menari lemah gemalai pulak.mana tak habis semua pakcik makcik nak ambik gambar dengan dia.lelaki lelaki semua terpegun tengok dia menari.cantik sungguh wa cakap lu.
lepas lelaki-lelaki habis seronok tengok perempuan cantik menari atas pentas, tiba giliran perempuan-perempuan pulak terpaku tengok lelaki-lelaki ganas buat persembahan.
they're Samoan & they're blood-related.mula-mula bila diorang naik pentas macam tak berapa nak excited sebab biasanya perempuan je menari bagai nih.TAPI
performance diorang best gila.mula-mula menari yang ganas-ganas tepuk badan tu je.tetiba keluar lagu 'Whimp my hair' lepas tu yang depan sekali duk sibuk buat head banging.HAHAHA lawak gila.tetiba keluar pulak 'Waka Waka' lagu Shakira tuh, kemain seronok bergelek tapi masing-masing gelek screwdriver mata biasa tu je, tak jadi gerudi kahkah.
habis je opening tu terus pergi merayau dekat Queen Street.
macam tak biasa.HAHAHA.dan menikmati
Nasi Ayam Penyet as my lunch.
I'm so love it~!lepas ni mungkin perlu bertukar selera.mungkin, tema makanan tahun ini bukan lagi
Ayutthaya,selera Thailand.mungkin, kita patut bertukar ke
Bali Star,selera Indonesia.suka suka suka~!
p/s: oh ya, say HELLO to Autumn~!