Thursday, October 7, 2010

ikan & coklat?

tajuk, nak jiwang.padahal, entri ni takde kena mengena unsur kejiwangan tangkap cintan cintaku di pantai merdeka.haha.

Assalamualaikum & Hello :)

semua harus kenal ikan ini.untuk anak Pahang, hukumnya wajibal-ghunnah.kalau tak tahu jugak,buang negeri HAHAHA. apa?ikan apa?ikan apa?burung apa?haish!ikan apeeeeeee?

ikan patin lahhh.bukan ikan kaloi.ikan kaloi ada sisik, duduk dalam perigi.penangan cerita bawang merah bawang putih.kakaka.saya rindu ikan patin besar-besar macam ni.bukan setakat patin aje lah.rindu semua ikan-ikan sungai.rindu bau hanyir ikan, rindu nak cuci perut ikan.bila pulak izzati kerja nelayan?

mari baca karangan bahasa melayu darjah empat.
saya ialah seorang kampung.eh silap.saya ialah seorang gadis kampung.auuwww gadis haha.abah saya bekerja sebagai pentangkap ikan di sungai.sejak kecil, saya selalu ikut abah pergi ke sungai menangkap ikan.saya bukan seperti kanak-kanak perempuan biasa yang main buat kek guna pasir & cilok kuali tok buat masak daun pokok bunga emak.saya ialah kanak-kanak perempuan luar biasa kerana bukan setakat main kek pasir & masak daun bunga, malah saya reti bawak bot HAHAHA.namun, sekarang abah tidak lagi membenarkan saya mengikut turun ke sungai kerana sudah menjadi gadis.gadis duduk rumah tumbuk sambal sambil makan kuaci.sejak menjadi gadis, saya tidak lagi menjadi best friend kepada ikan-ikan di sungai.keranaaaa saya dah jadi tukang cuci ikan rasmi dekat rumah sebelum dijual kepada encik tokey restoran.

tamat karangan darjah empat.tak perlu baca pun sebenarnya.iklan semata-mata.iklan kau kata?hahaha.

namun, rindu terhadap ini yang paling tidak tertahan.gundah-gulana.mandi tak lena, tidur tak basah.nak cari dekat NZ, ntah celah mana nak sesat ikan ni.harapkan snapper...nehiiii kabhi nehiiiii~
izzati, harus puasa 2 tahun sebelum dapat makan ikan patin masak tempoyak semula.kini sudah 9 bulan berlalu.s.a.b.a.r.tapi tempoyak?insyaAllah tak lama dah.nanti ada duit, boleh beli frozen durian dekat Lim Chorr.frozen pun frozen lahhhh.janji nak buat tempoyak.nak makan tempoyak.nak tidur tempoyak.erk??

mak, kalau masak ikan patin tu jangan lupa along dekat sini...

misi utama sepanjang 2 tahun berada di luar negara ialah...untuk membakar lemak-lemak degil.dalam kata paling senang, nak KURUS.namun, berada di New Zealang Dairy Board haruslah dugaan super-besar.COKLAT coklat COKLAT.zzzzzzzzzzzzz~

saya bukan peminat coklat sebelum ini.namun sekarang sudah jadi hantu coklat.homaigodddd kenapa murah sangat?kenapa kenapa kenapa?BAYANGKAN....sekeping Cadbury yang besar tu $2-$3 je.mana akak tak histeria.beli coklat berkeping-keping macam beli chewing gum.tengok sana sini macam kena rasuk.coklatttttttttttttttttttttttt.errrr, dah macam zombie lah pulak.kahkah.
Whittaker's ni Nz punya produk.saya suka sebab tak milky & tak creamy sangat macam Cadbury.manis ala manja-manja gitewwww.hah tergedik dah.hahaha.yang ni memang halal, except for yang memang dah terang lagi bersuluh ada perisa arak tuh.akak pun tak paham apasal coklat pun nak perisa arak.kalau Cadbury, kena cari yang ada tanda HALAL dekat belakang.dekat sini, coklat Cadbury Bar tuh dalam kotak.style habes.

minggu lepas dah stop beli chocolate bar sebab sedar diri kena diet sobs.tapi tak tahulah kalau minggu depan start menggila beli coklat balik.hahaha~

p/s: penatttttt tau tengok drama dalam real life.penattttttttttttttt.baik buat drama sendiri.lagi syok kan Fareha?ngehhhhhhhhhhhh~

oh ya, nak tengok biri-biri NZ?nah.

9 comments:

mazfahmi said...

patin oh patin !!!

hasruleffendi said...

waaa... besonyer ikan... ni kalau wat ikan patin masak tempoyak, kne lak panas, pedas, dan lemak.. ppeeerrgghhh... hingga menjilat periuk la... huhuhuhu..
sabar ye izati, 2 tahun jek... nnt balik suh la sape2 masak patin masak tempoyak sekawah. kita makan same2.. hik3...

NIA said...

masz: yes patin!!

hasrul: kakaka.taknak.nanti kalau sy balik, sekawah tu sy bahan sorg je.kahkahkah~

Fareha Noor said...

masuk video bebiri sudah..pelakon utama--fareha ngn adrian

Anonymous said...

ha sbenanye dr aritu lg nk tnye..
org phg kn.....
dok mane?
kte pon phg jgk..
*wink2 d sini..
haha

HaN WarreN said...

heheheh moh g temerloh makan patin masak tempoyak...ciannya dia :)

NIA said...

farry: oh yeah.comel kan video tuh.kakaka~

silah: aah anak jati pahang.hehe area pekan.silah area mana?nanti balik, boleh jumpa jumpa:D

han: kalaulah boleh terbang,sekarang jugak balik.kakaka~kesian kan.ish3x~

hasruleffendi said...

owh my gucci... sorang jek.. mmg meroyan la... wekekekekee.. takpe2, tapau tuk 2 thun punyer kempunan yek.. wekekekkeee

Anonymous said...

owh area pekan..
kte bera tp nk dkat n.9..
hee
kot2 kalo tjmpe bleh hai2..
hakhak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...