dulu aku nak pergi Mahkota Parade sebab nak beli Playdoh.comel sangat rasa masa bebudak dulu.HAHA.
kalau nak jenjalan dekat area Bandar Hilir, JANGAN naik kereta.boleh pengsan duduk dalam kereta lama sangat.kitorang ni masing-masing jadi emosional sebab duduk dalam kereta je.berjam-jam kot.dengan tak tahu nak tidur mana malam tu.bajet sempit, jadi kena meredhai ketentuan Ilahi bahawa kami bakal tidur secara ekonomi.nak bermewah dekat Melaka?pastikan poket uols tebal.especially when it's peak time, the accommodation price is crazy.
lepas keluar masuk few motels and guest house, jumpalah satu dekat Pahlawan Walk.not bad for the price.RM120 for connection room (dua bilik bersambungan).kitorang enam orang, so satu bilik 3 orang.nak tidur semalaman je pun makanya semua orang redha.pulak tu, memasing kaki dah nak tercabut dan tak larat nak cari tempat lain dah.so lepas dapat bilik je terus mengadakan acara penghumbanan diri beramai-ramai atas katil.sosial sangat.
malamnya, lepas memasing dah kembali hyper (HAHA), kami keluar makan.kereta ditinggalkan.jalan naik kaki sendiri.mudah, cepat dan tak ada traffic jam.tapi memenatkan meskipun membakar lemak.aku punya bijak, tinggal selipar dalam kereta.terpaksa pakai sandal.hamek berasap kaki gua.
Dinner at Nasi Lemak Antarabangsa, Dataran Pahlawan.makan nasi lemak lepas tu boleh pilih nak lauk apa.macam-macam ado.dan sedap.
Melaka, during the night is damn pretty.beca berlampu dan berlagu.bukan lagu calang-calang oh.ada satu beca pasang lagu Bruno Mars, sungguh Amarika.ada beca pasang dangdut, memang Amelina.lepas tu ada pulak pasang lagu Jamal Abdillah, eh eh maafkan aku.tibah.
lepas makan, kitorang pergi Jonker Walk.mula-mula sampai dekat Jonker Walk, 'waaaaaaaa Guangzhouuuuu'.meriah sangat.
ok sebenarnya, tak ada sorang pun dari kami yang pernah pergi Guangzhou.
Jonker Walk ni panjangggggggggggggg sangat.semput nak jalan sampai habis.kitorang jalan 3/4 je kot, lepas tu patah balik.nak patah balik pun satu hal, orang ramai sampai penuh jalan.kena berhimpit dan bertolak-tolak.ibarat macam dalam medan peperangan.cuma dekat medan ni, tak boleh tembak.kau boleh tolak je.tapi better janganlah tolak.just follow the flow dan elakkan tersungkur.kalau tersungkur, satu hal lagi nak kena berlakon pengsan supaya takyah sorok muka bila bangun.LOL.
sekali sekala ada jugak orang terpijak sandal aku.tak tahulah terpijak ke purposely pijak sebab sandal aku cantik sangat (HAHA).memula aku buat muka emo jugak.tapi lama-lama jadi macam umph malas layan.suka hati kaulah.tapi jangan pulak dia terpijak sandal kau, kau pijak sandal dia balik.kang tak pasal pasal keluar roh naga dia kang.
Jonker Walk was fun.dan akan lebih fun jika ada duit dan tak penat duduk dalam kereta di siang hari [lol].
p/s: panjang betul entri ni.ni kalau aku buat essay dari tadi dah lama dah siap assignment 2500 patah perkataan HAHAHA.
14 comments:
Assalamualaikum. Akak mengantuk datang Jonker Walk ni sebab panjang sangat as what you said. Hahahahaha.
@kak nailah: wsalam.HAHAHA memang panjanggggg.kitorang tak jalan habis pun.
haha. fisha name jer dok melaka. tapi jarang g jonker walk. salu g dataran pahlawan and mahkota parade jer
picture capture yg sgt cool n nice :)
@Fisha: hehehe oh ye ke?Jonker Walk ni cam pasar malam jugak ek tapi besarrrrrrrrrr gila.hehe.
mekasih :)
'wauu ghuanzou!' 'ok sebenarnya, tak ada sorang pun dari kami yang pernah pergi Guangzhou' HAHAHA..sungguh amerika! btw tak pernah pegi jonker walk.melaka pon dah berkurun tak pergi..
HAHAHA.mungkin kena pergi Melaka sekarang.eh tapi bukanlah malam ni lol.ni pun dah berapa puluh tahun *eceh* tak pegi Melaka.bila sampai Melaka tu yang jakun tu kehkeh.
teringin nak pegi jugak..dah berbelas tahun xjejak kaki kat melaka =.=
@nazirah: hehehe jom pergi Melaka~!
ni semua usaha ketua menteri nk hidupkan Melaka sbg tmpt pelancongan..dan usahanya berjaya :)
bangga jugak neh psl pernah duduk melaka 7 tahun
hehe memang berjaya.ramai pelancong datang Melaka.
wahhh hehe mesti cik betty dah puas jenjalan kat Melaka eh.
sbagai org Melaka....mmg tak kuasa sngt..sngt nak ke sana...
sure sesak...lagi2 time cuti..hmmm.... :)
kalau p melaka puas brjln..anak2 akak suka sgt kalau p dataran pahlawan tu..brshoping sakan depa tu smai kalah si ibu...hu.hu.hu....
JELES SEBAB ARITU PEGI MELAKA TAK DAPAT SINGGAH JONKER WALK :((
Wuu. Takpe, next time bebeh!
Dan perlu kumpul duit berkepok-kepok. HAHA XD
Post a Comment