Thursday, February 2, 2017

Tips untuk ke luar negara Episod 1 : Renew/Buat passport dan Visa ke Hong Kong

Assalamualaikum. Hi.

Hari ni nak share tentang cara-cara nak renew passport dan juga kalau nak buat passport baru. Terkini ya pengalaman ni. Januari 2017 punya version. Untuk pengetahuan, aku dan suami dedua ada passport tapi masing-masing dah expired bertahun-tahun lamanya HAHAHAHA.


Google

Zara? Belum ada passport. Jadi of course lah kena buat passport kan?

Pertama sekali, kenalpasti Pejabat Jabatan Imigresen terdekat. Kalau dekat KL, dekat Jalan Duta sana pejabat besar Jabatan Imigresen Malaysia dekat Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Kalau korang dekat dengan area Sentul, boleh pergi Mini UTC Sentul. Dekat sajork OK.

Sekarang ni bukan macam dulu dah. Kena tunggu dua tiga hari bagai. Sekarang tunggu sejam je terus boleh collect passport. Curlass.

RENEW PASSPORT  

1) Kena bawa passport lama + kad pengenalan + wang bayaran RM200 (untuk tempoh hayat 5 tahun)

Itu rate untuk dewasa. RM200 untuk buat passport baru/renew passport.

 Untuk kanak-kanak, student (yang akan study overseas) dan warga emas lain pula harga dia.

BUAT PASSPORT BARU

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun dan bayi-bayi comel,

1) Kena bawa surat beranak + wang bayaran RM100 (untuk tempoh hayat 5 tahun)

Aku ada dua pengalaman renew passport. Di Jalan Duta dan juga Mini UTC Sentul. Renew dekat Jalan Duta untuk passport aku sorang je sebab masa tu surat beranak Zara tak bawak! (LOL) Lepas tu pulak suami aku kena blacklist dengan Imigresen sebab PTPTN.

Haaaa yang ni aku akan buat satu entri special berkenaan cemana nak selesaikan masalah dari kena blacklist dengan Imigresen disebabkan PTPTN yang boleh memusnahkan angan-angan ko nak pergi oversea.

Masa kitorang nak pergi renew tu awal Januari 2017. Dah last minute OK sebab flight date 26th January. Tetiba kena block, blank kejap laki akak. Petang tu jugak cuba carik jalan cemana nak kasik setel masalah ni secepat mungkin.

Of course lah pertama sekali, kena rujuk Pejabat PTPTN.

Alhamdulillah selepas 2 minggu, selesai masalah dengan PTPTN dengan budi bicara pegawai yang sangat baik hati dan mesra pelanggan. Disebabkan dah dekat sangat tarikh nak fly, dan masa tu pulak aku asyik ada mesyuarat sampai petang (ugh)...maka kitorang decide untuk renew passport suami dan buat passport Zara dekat Mini UTC Sentul.

Sebab utama adalah ianya BUKA pada waktu hujung minggu. Ko bayangkan, kitorang punya flight hari Khamis. Hari Sabtu sebelum tu baru renew passport. Melenggang kangkung sangat kekdahnyaaaaaaaaa.

Tapi buat dimana-mana pun insyaAllah waktu menunggu hanya 1 Jam sahaja. Masa dekat pejabat Jalan Duta tu, aku pergi dah waktu petang. Jadi, esoknya baru aku pergi pick up. Waktu dekat Mini UTC Sentul pula, kitorang memang bersantai-santai (sebab hari Sabtu kenz). Lepas selesai apply, pergi ronda-ronda makan-makan sekejap tup tup dah siap dah. Alhamdulillah.

Oh ya, untuk bayi dan warga emas ada kaunter khas ya. Jangan resah gelisah lah kalau nak buat passport anak tapi risau kot dia meragam kena tunggu lama. Nan hado. InsyaAllah boleh terus pergi kaunter ekspres, ambil nombor ekspres dan buat passport secara ekspressssss. Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang dikurniakan. Ewah. Tapi tetap kena tunggu 1 jam juga untuk siap. Cuma waktu menunggu untuk urusan daftar dan ambil gambar itu tidaklah lama.

Bayi tu kira kategori 0 - 2 tahun.

Kira kos untuk kami 3 beranak adalah RM500 untuk urusan passport. Suami (RM200), aku (RM200) dan Zara (RM100).

Cukup dah rasanya tentang passport. Untuk visa pula, nak ke Hong Kong TIDAK PERLU VISA jika bukan pergi kesana untuk tempoh yang lama. Kitorang pergi 4 hari je so OK lah. Maka, setel dah semuanya.


Take care!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...