Saturday, June 5, 2010

musim luruh dan tamat semester

Assalamualaikum hello hello everybody on board.ok hari ni taknak cakap banyak sebab dah pening mengantuk lepas tengok Macbeth lepas tu jalan dalam hujan pakai hood sampai tak nampak mata.ok dah.baru lepas habis stress assignment dah gila sikit.hadoi.pengsan.semalam celebrate birthday kyra macam best sangat sebab dapat makan banyak.ok tak.bukan sebab dapat makan banyak.best sebab semalam memang best.ada yang jadi pool queen ada yang jadi wii warriors.hah yang tu memang dah tahu siapa.haha.siapa lagi kalau bukan si empat orang yang terkinja-kinja main wii games*cough*cough*saya*cough*sampai tengah malam sambil jerit jerit kalah adik mat saleh.hahaha*itu adalah sedikit revenge jugak kot sebenarnya:P*.wii games memang terbaik.haruslah kan lepas ni rasa nak pegi main tiap-tiap malam a.k.a memekak lagi menjerit-jerit dekat groundfloor tu.hahaha.baiklah harus memberitahu korang semua bahawa semester 1 dekat sini dah tamat.rasa macam sekejap je.tak lama lagi exam.gila.exam.gila.lepas tu heaven cuti winter.lalalala~
okeh dekat atas beria cakap taknak cakap banyak la mengantuk segala kan.haha.mari layan foto pulak.hah yang ini namanya penghilang stress.sekarang ni kalau saya stress ke nak gila ke, 'baby' saya lah si hero terbaik di dunia.tambahan sekarang dah ada si kawan baru encik tripod.bawaklah kemana sahaja.memang habis semua orang kau nak shoot.haha.credits to model-model yang sabar melayan kerenah sang tukang ambik gambar yang suka suruh2 orang posing tapi dia malu nak posing.kahkah.poyo aja kau!














ini baru sikit.kalau mahu tengok banyak semua ada dalam facebook.eh eh bukan promote suruh add jadi kawan tau.hahaha.sekarang dah tak main macam dulu.kalau dekat friendster, lepas add hantar komen macam nice sangat 'thanks for adding...bla bla bla..' dengan graphics comel comel segala.tu semua cerita zaman muda mudi.kahkah.eh sekarang muda lagi cuma dah matang sikit.lol.

babai nak tido.bunyi angin macam creepy gila.takot~

Tuesday, June 1, 2010

encik belacan dan kawan-kawan Malaysia-Auckland

Assalamualaikum dan hello semua :) topik hari ini tentang encik belacan dan kawan-kawan yang datang jauh dari Malaysia.mereka terbang ke Auckland menaiki sudah tentu kapal terbang dan bukan kapal tongkang.heee.sebenarnya hati tengah kembang sebab satu bilik bau belacan.lepas rindu.biarlah jiran sebelah nak mabuk ke pening ke.saya tak peduli.hahaha.terima kasih mak sebab poskan barang-barang ni.i love you so much.lepas jugak kempunan along dekat sini.dahlah tak dapat balik hujung tahun ni*sob*sob*sob*tak dapat makan ikan patin masak tempoyak tak dapat makan sambal tiap-tiap hari.cukup!jangan terlalu emosional sebab entri ni entri riang gembira:))ape-ape pun bersyukur.alhamdulillah:)

ini encik parcel yang datang dari Msia.mesti penat dia duduk dekat kastam lama sangat.

bila bukak parcel hati memang berbunga ceria.tiba-tiba sentap.boo-ya?mana sup bunjutku???aigoo.macam mana nak masak sup tulang kalau takde sup bunjut!hari tu lepas pulak kastam,kali ni lekat pulak.bila masa kastam ubah terms and condition ni.'4 herbal balls- containing unknown seed.'frust tau.terpaksa meredhakan diri sup bunjutku di'destroykan' atau terpaksa bayar lebih untuk 4 sup bunjut itu.*berdoa agar encik encik kastam menyedari akan kegunaan sup bunjut yang berada dalam simpanan mereka.*tolonglah sedar sup bunjut tu boleh guna buat sup ayam yang sedap*

meredhai pemergian sup bunjut.apekah ini??

sikit lagi...

taraaaaa!i love you la mak.sos kat sini tak sedap.kalau sos cili tu memang cili je.takde manis masin masam je ape.tak syok.sos cili thai jugak idaman hati.
*teringat kfc*aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

apekah small gifts ini?
*berdebar*

jeng!jeng!jeng!hahaha senangnya dalam hati...dapat makan belacan...seperti dunia hai ana yang punya!

mak.tenkiu tau sebab berkorban masa mencari belacan yang ada ingredients ni.biasa kita makan belacan yang jual kat pasar yang dalam plastik pink tu kan.kalau hantar belacan tu memang terbaik lah kan tapi nanti kastam sekat sebab tak tahu ingredients dia.silap silap diorang mabuk pening pening.haha.barang-barang yang nak masuk NZ ni semua kena ada ingredients.nasib baik manusia tak payah bagitau ingredients.hahaha.

sayang mak manyakkkkkkkkkkkk~

ini pil chi-kit-tek-aun
*berguna masa sakit perut*

ini adalah pojaan hatiku.minyak yuyi cap limau.berguna di saat kembung perut.
*saya nie pelik pelik je.duduk sini macam-macamla penyakit.kembung perut la.hape la kan.*

kesimpulan, MAK I LOVE YOU SO MUCH.terima kasih bebanyak tau.*sob*sob*rinduuuu~

p/s: Marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan saudara-saudara ISLAM kita yang sedang berjuang di Gaza.Doa kita semua insyaAllah dapat membantu mereka sebagai senjata pertahanan mereka.Allah itu Maha Berkuasa.InsyaAllah they'll find their way.

Have a good day :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...