Sunday, June 20, 2010

angah...kalau on9 suruh abah baca sini tau

*font dibesarkan supaya senang abah nak baca.ni entri istimewa untuk abah.

abah.selamat hari abah.along sayang abah.tiap hari sayang~[iklan fair and lovely] bukan hari ni je hari abah.tiap-tiap hari pun hari abah.tiap-tiap hari pun sayang abah.tiap-tiap hari pun hari mak jugak.tiap-tiap hari sayang mak:)rindu mak dengan abah.rindu adik-adik jugak.rindu sepupu dengan pakcik makcik jugak:D

masa kecik-kecik jalan dengan abah pimpin tangan.anak sulung kan.kamceng gitu dengan abah.ingat lagi masa darjah 4 ke darjah 6.abah suka bawak along turun sungai cari ikan.pergi menjaring.dasyat kan.masa sekolah rendah dah reti handle enjin bot*heeeeeeee*pengalaman itu penting.kan abah?along reti berenang pun abah ajar.terjun sungai depan rumah.masa tu kuak lentang menyelam tenggelam timbul tenggelam tak timbul semua dah reti.abah cakap kalau nak ikut abah turun sungai selalu mesti pandai berenang.seronok!tapi lepas dah naik sekolah menengah abah dah tak bagi sangat ikut turun sungai.tak faham jugak kenapa.tapi lepas tu buat-buat faham sikit sebab dah jadi anak dara kot*anak dara kena duduk rumah memasak bukan turun sungai cari ikan*tapi tak kira nak ikut jugak.lama dah tak asah skill handle enjin bot.tahun depan along balik along nak ikut abah turun sungai jugak.tak kira~:P

sayang abah.sayang mak.sayang abah dengan mak sangat.rindu abah.rindu mak.rindu sangat=')
*along tak pernah kot nangis depan mak abah bila dah besar.tapi sekarang sambil taip ni along nangis.tak malu kan.dekat rumah asyik gelak besar je.sekarang bila dah jauh dengan rumah asyik nangis pulak*

sayang abah sangat.nanti kalau along dah keje along belikan abah bot besar okeh?kita turun sungai sama-sama:'D
abah...mak...terima kasih untuk segala-galanya.along sayang abah along sayang mak.


Saturday, June 19, 2010

hari jumaat malam sabtu

hari jumaat malam sabtu.idea bernas nuna dan farry-->bersiar-siar di sekitar bandar Auckland,mengukur jalan dan membilang traffic light*itu kata-kata saya*:P paling seronok segmen makan dan minum.memang confirm tiada tandingan.hahaha.

nuna lapar sangat ke.haha.sabar sabar.semua model jaket bulu dan bubble.hah masa nih kalau nak jadi hero pakai tshirt semata-mata bila keluar memang pengsan beku la dekat Queen St. tu

abaikan insan tidak-kurus di belakang.subjek adalah si burger gergasi.memang raksasa sungguh.terkejut i.tak habis makan sebab besar sangat.huuuuuuuu~

apelah yang dibincangkan oleh aten dan nuna.aten,serius sangat tuh.takott~

omma aten:)
*serius cantik gila dinding kedai pakcik nih.nanti nak tumpang photoshoot dekat sini boleh?:P*

segmen mari menggigil di harbour.ujian ketahansejukan jaket masing-masing.tengok siapa paling pemenang.

nisya unni bersama kebab on rice.yum yum yummy!

walaupun tak pernah berjaya untuk berjaga tengok Fabregas main pukul 2 pagi akhirnya semalam dapat tengok highlight sikit-sikit.jadilah kan.daripada turun bawah terpekik-pekik semua orang tengok lagi baik duduk dekat kedai kebab tengok highlight.kahkah.eh tapi tak tipu.kalau bagi izzati tengok bola memang korang dah takkan dengar suara lain.walaupun masa tu keeper baru nak sepak bola.hahaha.tapi semalam berjaya berjaga sampai pukul 2.eh bukan bukan.bukan tengok Fabregas.semalam German main la haiyooo~*eceh konon tahu.haha*berjaga sampai pukul 2 sebab buat pillow talk.heeeeeeeee~sekali-sekala kita bercakap heart-to-heart pun best kan.eh tapi jangan maen sambung-sambung hati.bahaya.

*semalam keluar hikayat sultan bertaring*raja bersiong*[versi aten] dan hikayat vampire kacak [versi fareha] dekat depan cemetery.macam-macam~*eceh macam orang matured*haha.

p/s: dah.nak pegi buat air teh o nak cicah dengan biskut ping pong.memang syok makan bila sejuk-sejuk camni.adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...