Tuesday, December 21, 2010

Menghitung hari

kurang dari 10 hari lagi, I'll be away from Auckland.menuju Queenstown, memerah keringat mencari rezeki yang halal di kebun ceri, fruit packing.mungkin, akan dapat merasai bibit bibit kemanisan alam pekerjaan,kepahitan juga.apakebenda mimpi tetiba buat ayat sajak bagai bagai ini?entah.mungkin sebak hati.apakah motip kau bermungkin-mungkin dalam entri ni izzati?mungkin, entri ni patut ditukar tajuk kepada MUNGKIN.hahaha~

iklan semata-mata.HAHAHA.hari terakhir tahun 2010 akan saya habiskan berada di dalam kapal yang boleh terbang di angkasa raya, menuju ke Queenstown di South Island.saya balik Auckland hujung bulan Februari nanti.dalam kata lain, Kamal sorry tak dapat nak jemput korang semua dekat airport nanti sambil bersenyum manis Welcome To Auckland.waktu itu kakak-kakak senior ini sedang bekerja packing ceri HAHAHA.
makanya, bermula 31 Dis 2010-23 Feb 2011 saya tiada disini.apa jadi dengan blog?i have no idea.mungkin tidak pelik jika trafik merudum macam hendak bunuh diri terjun dalam tasik T___T.update ke tidak.i don't know.tak tahu hal internet macam mana.dan saya tak ada telefon canggih macam Azmi yang boleh update tiap-tiap hari dari ladang.mungkin, saya boleh pergi beli telefon canggih sekarang.HAHAHAHA.

kalau saya tak update blog, mungkin saya merandom dekat Twitter.hahaha.rajin-rajinlah tengok belah kanan sana.mungkin ada benda random yang menggembirakan *ayat semalam*.kahkah~

oh ya.baru tambah widget Countdown, aicehhhhhh KONONNYA menghitung hari.nanti siapa-siapa yang rindu dendam ke bolehlah termenung menghitung hari izzati balik.Silah dengan Faten, jangan mengada taknak rindu-rindu I pulak.hahahaha.

jangan tanya.saya belum tengok Tangled.dekat NZ, 6 Jan 2011 baru keluar.sadis betul perasaan.dahlah masa tu dah start kerja.penderaan emosi sungguh.

p/s: harapnya bulan dua nanti balik Auckland as a slim izzati.gitewwww.HAHAHA.

Monday, December 20, 2010

cerita pasal blog

Assalamualaikum ^____^

cerita pasal blog.YES blog saya sudah mengalami sangat banyak penghijrahan.sangat banyak as in terlalu banyak terutama dari segi seni penulisan & aturcara blog.dah berapa kali tukar template blog?tak ingat.yang pasti terlalu banyak kerana blog sudah 2 tahun umurnya.blog sudah dua tahun tapi bilangan followers masih kalah dengan orang yang baru mula berblog bulan lepas?errr itu tiada dalam kepedulian saya,pada mulanya.kerana saya berblog atas dasar okay macam best je.nak cubalah.HAHAHA.namun, hari demi hari perasaan seronok apabila followers bertambah tu tidak boleh disembunyikan lagi.kerana itu bermaksud ada orang baca blog saya!okay seronok.percayalah ianya ialah seronok.sayang followers semuanya tiap hari sayang fair & lovely gitewww.hahaha.

ini kali pertama saya menggunakan header sendiri.ini bukan suatu penipuan.ini betul-betul kejadian.selama ini asyik pinjam template je HAHAHA.manusia di dalam header *dongak atas* ialah saya sendiri.original okay tiada copy merata sana sini.tak percaya?

nah bukti...

baju sama.kasut sama.pergi zoom kasut nak tengok sama ke tak.tetiba nak beria kan.hahaha~

kenapa blog warna pink?kenapa pink?why pink?mengapakah merah jambu?kerana ianya bukanlah jambu batu HAHAHA.kerana saya gadis, kerana itu blog warna merah jambu.tapi saya bukan jambu, saya cikgu.HAHAHA.namun begitu *ewahhhh skema pulak* tidak semestinya blog gadis mesti merah jambu.boleh berwarna lain juga, ikut hati masing-masing.jangan ikut hati orang, nanti pedih hati.

saya tidak pernah guna Tags ataupun Label ataupun apabendalah namanya lagi.tak tahu kenapa tak guna.nak guna tapi mungkin sedah terlewat kerana ini ialah post yang ke empat ratus lapan puluh dua.nak pergi letak label dekat semua post, tak ada kerja lah pulak aku.hahahaha.lagipun, zaman dahulu kala ialah zaman merandom.kekadang ada post yang tak ada kaitan dengan tajuk.bila bukak balik post zaman-belum-matang-nak-menulis-blog, rasa malu dengan diri sendiri.tulisan kecik besar kecik besar semua nak pesta warna warni Malaysia gitewww sampai rasa serabut mata.

tambahan baru dalam blog.*sila lihat column belah kanan*.sudah mula letak Twitter dalam blog.baru buat Twitter, sekarang sudah tweet ratusan kali HAHAHA.kerana ianya memang tempat merandom terbaik dalam dunia.JIKA tiada update dalam blog ini, rajin-rajinlah jeling sana.mungkin, ada benda random yang boleh menggembirakan [?].

paling baru, pengomen terbaik peringkat Wilayah Sizuka-World-Of-Life.dekat situ bolehlah tengok siapa pemenang terkini acara lumba siapa paling banyak komen dalam blog izzati.hahahaha.saja suka-suka letak.mungkin, nanti ada hadiah dari bumi biri-biri ini terbang merentasi Lautan Pasifik ke Malaysia sana.aigoo aigoo aigoo bab hadiah ni ramailah yang seronok ye dak?HAHAHA.

p/s: hey siapa guna telefon bimbit nokia?nak download application free tak?nah ambik sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...