Tuesday, April 12, 2011

terima kasih daun kari :)

Selamat pagi NZ & Selamat Pagi Malaysia yang kurindui.ecehhhhh.saya muncul lagi, tapi kali ini tanpa sebarang idea di kepala.saya menulis secara random, sungguh random mungkin.dua hari ini tiada aktiviti menarik.hanya pesta merandom sedunia menjelajah blog-blog awok sekelian.eh kena penangan usop wilcha jugok ke?

kena.HAHAHA.

ramainya orang ada blog sekarang.WOW.

ramainya yang tak sampai setahun lagi blogging, followers dah ribu-riban.WOW.

saya dah dekat 3 tahun blogging.TAPI!jangan sesekali berani pergi tengok post yang tahun 2008 punya.haremmmmmmmm.bila baca sendiri pun rasa nak lari laju-laju menyorok bawah katil.aku ke yang tulis tuh???rendam kepala dalam sinki.

tunggulah 5 tahun lagi.kalau blog ni still ada, mesti tahun tu kau nak rendam kepala dalam sinki lagi sekali tengok cara penulisan kau sekarang, izzati.HAHAHA.

manusia berubah, mengikut peredaran masa & keadaan.apesal ayat kau macam Mastika pulak tetiba.

errr.tapi tak boleh lawan gambar Mastika Asada.[gambar yang tunjuk pisau atas meja tuh]

sebenarnya, saya seronok tengok Followers dah cecah 400.HAHAHA.meskipun yang selalu kembali ke blog ni bukan 400 orang, tapi Alhamdulillah.terima kasih daun kari sesangat kepada yang rajin menjengah blog yang tak seberapa ni dengan tokey blog yang errr...sekejap emosional, sekejap transnasional.HAHAHA.komen-komen korang semua buat saya sengih sepanjang hari.sungguh tak tipu.

awok-awok sekelian yang baru datang, Selamat Datang ke Dunia Sizuka Izzati.Sizuka nama tipu, Izzati nama betul.tapi saya bukan tipah tertipu.HAHA.


Patung comel, bunga-bunga biru seri dewi malam tu pinjam Photoscape punya!HAHAHA.nok lukih sendiri awok tok gheti!

Sunday, April 10, 2011

lumba troli lembu jantan merah

weekend ni macam tak berapa nak melekat di rumah.semalam pergi tengok futsal, hari ni pergi menengok lembu jantan pula.

rupanya izzati ni pencinta binatang juga ya.

op OP op OP.jangan jadi tipah tertipu dulu.program hari ni sebenarnya tak ada kaitan pun dengan alam haiwan.alam tumbuhan mungkin ada menyibuk sikit.


Red Bull Trolley Grand Prix
[Lumba troli lembu jantan merah.prix tu apa dia hah?]

dekat sini, memang banyak kejohanan yang boleh masuk anugerah kejohanan pelik dunia.kau hengat kereta Evo aje boleh masuk Grand Prix?troli yang angkut coklat selori pun boleh masuk, tahu?HAHAHA.

saya pergi sebab terlalu curious apakah rupa kejohanan lumba troli ni.apa bentuk rupa troli yang dia guna pun tak tahulah.tak pernah tengok.dalam kata lain, JAKUN.hahaha.

tapi orang ramai sungguh masyaAllah.saya yang gembira-gembira ni boleh bertukar! jadi selonglai-longlai manusia.saya ni dah 167 sentimeter pun berjalan dekat celah-celah bahu orang lagi.dapat pandang rendah dekat budak-budak je.HAHAHA.

event ni lebih kurang macam hiburan untuk seisi keluarga.makanya banyaklah keluarga-keluarga bahagia datang.tapi, bukan main banyak budak hilang tadi.mungkin mak ayah dia misplace.HAHA.lagipun budak-budak sini memang lasak.tak adanya mak ayah diorang nak dukung ke apa ke.main lepas camtu je anak bergolek atas rumput.kau nak terbongkang ke, berguling ke ikut suka kaulah.kalau orang Melayu tu dah lama dah...

'hah duduk!duduk!tinggal kang!'
'hishhhh.habis seluar kotorrrrrr!*tepuk bont*t'


pakcik tu keluar bulu dekat belakang dia!


eeeeeee.sini ada hantuuuuu.
hantu: I am not available.I'm married *tunjuk cincin*


ni lah contoh troli yang berlumba.istilah troli tu sebenarnya sebab diorang memang tak guna enjin ke apa-apa yang berbahaya untuk flora fauna.memang sepenuhnya kuasa manusia.ada crew yang tolak, lepas tu driver troli itulah yang kena pulun handle troli tu tak bagi terbongkang tengah jalan.sebabnya, ada beberapa halangan yang diorang kena lalu.banyak troli terbongkang lepas lalu bonggol.HAHAHA.kemaen kena gelak tapi yang itulah biasanya dapat markah tinggi.mungkin sebab orang putih ni suka benda-benda fun, so kalau berjaya sampai ke garisan penamat tanpa aksi dramatik tu sort of bosan sikit lah kot.

part seronoknya sebab troli-troli yang masuk Grand Prix ni memang didesign secara kreatif.askar tugu negara ada, lanun ada, patrick ada, badut ada,hantu kak limah ada [?].itu yang sampai ada pakcik keluar bulu ikut belakang badan dia tuh.HAHA.troli pun macam-macam jenis, rupa bentuk semua.habis tak nampak troli.pup pap pup pap gitar yang meluncur.

nak tengok lagi gambar-gambar troli boleh klik sini :)

kitorang tak stay sampai habis.tak larat ah.longlai kaki berjalan.

before balik, sempat snap seratus dua gambar dekat winter garden.kihkih.first time pergi winter garden tahun ni.





ini satu dua gambar lah izzati.bukan kau cakap seratus dua kah tadi?

tetiba kan aku nak tepek semua seratus dua gambar dalam blog ni.ingat ni galeri?HAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...