Thursday, April 28, 2011

air cincau

beberapa hari lalu,beli cincau dalam tin.nak lepaskan kempunan.ingatkan air cincau.rupanya cincau je.cincau bentuk tin.comel betul.tapi sengaja menyusahkan bila nak suruh keluar.pulun punya pulun, hambik kau seketul cincau dia bagi.lepas tu, cincang sendiri guna sudu.punyalah tak sempat nak fikir apa dah.

bancuh air panas tambah gula lepas tu tambah air sejuk.air panas tu sikit je,takat nak tolong larutkan gula.air sejuk yang lebih.dekat sini takyah nak letak air batu dah.air sejuk tu dah sejuk.jimat kos, selamat perut tak buncit sebab minum ais.kihkih.

jeng jeng jeng.air cincau dalam tupperware.HAHAHA.



sedap jugak air cincau yang first time buat sendiri ni.ingatkan payah sangat.HAHAHA.

p/s: kadang-kadang memang terkeluar entri kurang berilmiah macam ni bila dah meroyan sangat dengan assignment.

tak tentu arah

dari tadi duduk termenung depan laptop macam manusia tak ada pedoman hidup.duduk, tenung skrin dan refresh Facebook serta Twitter secara berulang kali.

besok kelas bermula.walaupun sebenarnya besok hari Jumaat & hanya ada satu kelas.sebenarnya, sepatutnya Rabu sudah mula kelas.tapi hari Rabu hanya ada kelas di kampus lagi satu tapi kampus itu masih cuti.maka kami cuti.HAHAHA.sekurang-kurangnya ada sedikit kebaikan belajar di kampus sana untuk sem ini.semester depan, tak mahu tak mahu.hari ini sepatutnya ada Skype.namun, kanak-kanak sekolah masih bercuti.maka kami cuti.HAHAHA.

2 hari cuti tambahan, dan besok akan kembali ke kuliah.T_____T.mungkin, sebab itu rasa macam tak ada pedoman.rasa macam nak pengsan.rasa macam nak migrain.assignments berlambakan menjadi penyedap rasa.wah wah wah.boleh rileks update blog tapi dalam hati ni bukan main cuak kena siapkan 1500 words essay.kalau essay tu boleh buat macam tulis blog entry takpelah.

haritu ada buat status dekat Facebook tentang back-to-class selepas holiday dan get-ready-for-assignments.bekas rakan sekerja packing house januari lepas hantar komen,

i hope you assignments will be interesting

tet tet saya balas

assignments will never be interesting for me,Lois.

tet tet dia balas pulak

oooohhh why?

tet tet saya balas balik

i don't know

tet tet tet dia balas

oh dear

HAHAHA faham tak perasaan bila baca ayat oh dear tu?plus this is a conversation between a 21-going-22 years old with a 50-going-51 years old woman.seperti emak dan anak.tapi sebenarnya bukan emak dan anak.ianya rakan sesama rakan sekerja.

i can do nothing, really.

even hari ni, sama seperti hari semalam.sungguh tak produktif.bila hadap artikel, kepala pening, mata pusing.tapi bila hadap twitter, mata cerah bergemerlapan AHAHAHA.

pelajar-pelajar cemerlang semua,tolong bagi tips supaya saya boleh meningkatkan kecintaan terhadap assignment.



this is so-not-me HAHAHA.

p/s: pedoman pedoman datanglah.kubuntu dah ni T____T.bila stress buat assignment ni mula rasa nak kahwin *joget* HAHAHAHA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...