Saturday, May 7, 2011

pandai betul blogspot gurau-gurau manja

bangun awal pagi.lepas siap masukkan barang dalam beg segala, tercongok [paham ke ni?] depan laptop.

tercongok=duduk*

bukak blogspot, niat hati nak blogwalking.awal-awal pagi ni biasa cergas sikit minda.HAHA.tetiba ah sudah.mana pergiblog-blog yang aku follow?apasal dashboard aku kosong je ni?
mula cuak.fuhhhhh macam mana kalau blog-blog yang aku follow ni hilang.kussss semangat akak tau.refresh dua tiga kali, baru muncul balik.Alhamdulillah terima kasih Allah.

oh ya, ada terbaca dekat beberapa blog, Google nak abolish blog yang guna email Yahoo.sobs.betul ke khabar angin tornado ini?baca dekat blog C.N.N, tengok dia tukar email dengan bersusah payahnya dan kesan selepas penukaran email tersebut [ayat skema erk] ialah agak menakutkan iaitu kehilangan blog-blog yang difollow.

perlu ke saya gabra sekarang?

YES saya guna email Yahoo.huuuuuuu kalau ada siapa tahu penyelesaiannya, tolong halo-halo saya ok?kalau kena tukar, terpaksa lah ku korbankan masa keemasanku ini.chewahhhhhh.

actually hari ni kitorang satu batch akan bertolak ke Waiheke Island.sejam kot perjalanan naik feri yawww.habislah menggigil lima puluh sembilan badan nanti.ada program Maori Experience.nak tengok macam mana program dia, boleh klik sini.Maori, ialah masyarakat natives New Zealand.yang badan besar-besar tu, tu semua orang Maori.ada jugak Pasifika, natives dekat Pacific Islands tapi menetap dekat New Zealand.puak-puak diorang ni memang besar-besar semua.sebab tu ramai jadi players Rugby.kihkih.tetiba teringat, lama dah tak pergi stadium tengok match.HAHAHA.iklan iklan.

so, kitorang akan mendalami ecehhhh budaya diorang.belajar bahasa Maori, Haka dan sebagainya.cam best kan.tengoklah balik nanti, kalau saya pandai haka, saya buat video tunjuk dekat korang.HAHAHA macam berangan je.tengok orang buat haka, aku yang meremang.

selit sikit gambar graduation.dua keping, boley?HAHA.


that's Qallam Ahmad.ecehhhh.dia kolaborasi kedua saya untuk majlis graduasi ni [just in case korang tak perasan saya sebut dalam entri sebelum ni].sudah berpunya.and, he's my junior, rakan seperjuangan Kamal Effendi yang meletopz ituh.muda setahun lah kiranya.


gadis-gadis.ni idea kak tiqah [belakang sekali].buat satu barisan, then ambik gambar sebaris.kreatif yawwww.tapi semua nak duduk belakang.sebagai yang paling junior antara gadis-gadis, saya redha duduk depan.HAHAHA.pung pang muka saya paling jelas kelihatan.sabor je lah.

eh pukul berapa dah ni.kena siap-siap.nanti kena kejar feri pukul 10.HAHA chiao~!
updates mungkin dekat Twitter je kot.kot ada saya tengah merandom dekat situ.HAHA.

Friday, May 6, 2011

FA.IZ :)

hari ni, pergi kelas macam biasa.tamat episod kehidupan sebagai seorang jurukamera hari graduasi untuk musim luruh.phewwww penat.dari hari isnin haritu masuk tidur dekat pukul 1 dan bangun seawal mungkin mempersiapkan perkakas dan berkejar ke tempat kejadian.selasa & khamis, dipenuhi kelas dan outdoor photoshoot.phewwwww *lagi*.

tapi Alhamdulillah.rezeki dari Allah.walaupun penat, ianya berbaloi untuk masa hadapan.tak gitu?kehkeh.

dan bermula dari sini, maka terbinanya empayar FA.IZ photography.HAHA ingatkan apa tah FA.IZ ni tadi.YES empayar FA.IZ.bunyi macam kebabom, but we're beginners.sila beri tunjuk ajar :)


my partner in crime.HAHA.Hai Fareha :)


empayar FA.IZ photography kolaborasi saya & Fareha serta empayar NurIzzatiAzhar hak milik sendirian berhad :)


credits to Qallam Ahmad, kolaborasi kedua saya untuk majlis graduasi kali ini.lama-lama, segan pulak rasa bila tengok muka sendiri.rasa nak rendam kepala dalam sinki.HAHAHAHA.

nak beli lens 50mm sekarang!grrrrr.sabor je lah.mujur sekarang tengah pokai T_____T.

p/s: besok saya akan ke luar kawasan.Waiheke Island nama tempat tujuan.semalaman je.hari ahad nanti baliklah.heeee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...