ahad lalu, plan asal ialah shooting dekat Howick Traditional Village.namun, hujan melanda bumi Auckland, seorang ahli kereta mengalami sakit perempuan dan pemandu utama punya latihan ragbi.maka, terkontang-kanting kami berdua.NAMUN, everything is fine.because we are super-girl.HAHA.
alang-alang punya kereta yang disewa dengan harga $69/2 days, tak salah jalan-jalan ukur sebesar mana Auckland.kami tetap pergi Howick, MASIH dengan plan asal.tapi sebab hujan, maka tak mahu bazir wang dan shoot dalam kehujanan kerana itu akan membawa kepada kesengsaraan kelak apabila kamera basah.aku tak boleh kamera basah.derita.
tengok sejauh mana dua orang ini sampai.meski dalam hujan lebat itu, tabah kerana memang berkenan buat pekerjaan kurang waras sejak dari JB lagi.memandu tanpa arah tujuan.bila tanya nak kemana, pilih salah satu arah dekat papan tanda.tidakkah itu suatu kemanisan hidup?
see.sudah kubilang kami tiba jua disini.tapi tak masuk.kerana tak mahu bazir wang berjalan di dalam kehujanan.dan sudah lewat kerana perlu pulangkan kereta sebelum jam 5 petang.but this place is awesome, man.harus datang melawat sebelum balik Msia hujung tahun ni.
on the way pergi, aku memandu secara terlampau fokus.kerana sedang emosional ketika itu.emosional, nervous, cuak kebebeh semua ada.serius.Fareha sampai stress sebab dia cakap sorang sorang.tak ada respon dari aku.HAHA.serius tak sedar.bila dia cerita balik, aku gelak kuat-kuat.on the way balik, dia pulak drive.one thing about her, dia pandai kontrol emosi.pandai kontrol nervous.tak macam aku.aku ni ibaratnya kalau nak buat persembahan, belakang pentas bukan main wah hebatnya.naik je pentas, akulah manusia yang senyum paling awkward dalam dunia dengan berdebar tahap nak luruh jantung KAHKAH.
one more thing about her, she is awesome.most of the time keluar photoshoot, I'll go with her.so kalau aku shoot orang lain, siapa yang shoot aku?dia jugak.hehe.tak ke touching namanya tuh?*mata berkaca*
You are my best companion ever, and will always be.InsyaAllah :)