Wednesday, February 8, 2012

Tuesday, February 7, 2012

Le Tour De Malacca - Jonker Walk

orang cakap kalau pergi Melaka, HARUS pergi Jonker Walk.I have no idea what is Jonker Walk, how it looks like et cetera.ini second time aku sampai Melaka.first time masa aku masih seorang kanak-kanak comel yang pergi rombongan sekolah masa musim cuti.sekarang, aku dah 20-an *ekhem*.I mean, the situation itself is way toooooo different.

dulu aku nak pergi Mahkota Parade sebab nak beli Playdoh.comel sangat rasa masa bebudak dulu.HAHA.

kalau nak jenjalan dekat area Bandar Hilir, JANGAN naik kereta.boleh pengsan duduk dalam kereta lama sangat.kitorang ni masing-masing jadi emosional sebab duduk dalam kereta je.berjam-jam kot.dengan tak tahu nak tidur mana malam tu.bajet sempit, jadi kena meredhai ketentuan Ilahi bahawa kami bakal tidur secara ekonomi.nak bermewah dekat Melaka?pastikan poket uols tebal.especially when it's peak time, the accommodation price is crazy.

lepas keluar masuk few motels and guest house, jumpalah satu dekat Pahlawan Walk.not bad for the price.RM120 for connection room (dua bilik bersambungan).kitorang enam orang, so satu bilik 3 orang.nak tidur semalaman je pun makanya semua orang redha.pulak tu, memasing kaki dah nak tercabut dan tak larat nak cari tempat lain dah.so lepas dapat bilik je terus mengadakan acara penghumbanan diri beramai-ramai atas katil.sosial sangat.

malamnya, lepas memasing dah kembali hyper (HAHA), kami keluar makan.kereta ditinggalkan.jalan naik kaki sendiri.mudah, cepat dan tak ada traffic jam.tapi memenatkan meskipun membakar lemak.aku punya bijak, tinggal selipar dalam kereta.terpaksa pakai sandal.hamek berasap kaki gua.

Dinner at Nasi Lemak Antarabangsa, Dataran Pahlawan.makan nasi lemak lepas tu boleh pilih nak lauk apa.macam-macam ado.dan sedap.


Melaka, during the night is damn pretty.beca berlampu dan berlagu.bukan lagu calang-calang oh.ada satu beca pasang lagu Bruno Mars, sungguh Amarika.ada beca pasang dangdut, memang Amelina.lepas tu ada pulak pasang lagu Jamal Abdillah, eh eh maafkan aku.tibah.

lepas makan, kitorang pergi Jonker Walk.mula-mula sampai dekat Jonker Walk, 'waaaaaaaa Guangzhouuuuu'.meriah sangat.

ok sebenarnya, tak ada sorang pun dari kami yang pernah pergi Guangzhou.


Jonker Walk ni panjangggggggggggggg sangat.semput nak jalan sampai habis.kitorang jalan 3/4 je kot, lepas tu patah balik.nak patah balik pun satu hal, orang ramai sampai penuh jalan.kena berhimpit dan bertolak-tolak.ibarat macam dalam medan peperangan.cuma dekat medan ni, tak boleh tembak.kau boleh tolak je.tapi better janganlah tolak.just follow the flow dan elakkan tersungkur.kalau tersungkur, satu hal lagi nak kena berlakon pengsan supaya takyah sorok muka bila bangun.LOL.



sekali sekala ada jugak orang terpijak sandal aku.tak tahulah terpijak ke purposely pijak sebab sandal aku cantik sangat (HAHA).memula aku buat muka emo jugak.tapi lama-lama jadi macam umph malas layan.suka hati kaulah.tapi jangan pulak dia terpijak sandal kau, kau pijak sandal dia balik.kang tak pasal pasal keluar roh naga dia kang.






Jonker Walk was fun.dan akan lebih fun jika ada duit dan tak penat duduk dalam kereta di siang hari [lol].

p/s: panjang betul entri ni.ni kalau aku buat essay dari tadi dah lama dah siap assignment 2500 patah perkataan HAHAHA.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...