Sunday, November 21, 2010

sama tak serupa

Soalan 1

tengok ini



dan tengok ini



sila nyatakan persamaan & perbezaan kedua-dua video [10 markah]

merepek apa kau ni izzati tetiba nak suruh orang buat karangan pagi-pagi buta.

wii ialah sungguh sangat mengasyikkan.video atas tu ialah cilok dari Youtube, manakala video bawah ialah kredit kepada diri sendiri sebab berjaya merakam aksi srikandi-srikandi yang baru tahu HUIA ada wii setelah sembilan bulan duduk sini dan besok dah nak balik Msia.too bad girls.that is tooooo bad.siapa pulak yang bagitau diorang HUIA punya wii?siapalahhhh lagiiiii *tunjuk diri sendiri*.hahaha~

oh ya.kalau ada terdengar bunyi gelak macam armadillo tercekik biskut tu, itu saya.ahahaha.dalam video, TAK BOLEH gelak tanpa kawalan okay.nanti bukan rakam orang, duk rakam lantai hahh sebab tergolek jatuh kerusi.kakakaka~ohhhhh these girls made my day.ini ialah pada hari raya aidiladha.percayalahhhhhhhh.lepas makan bihun sup Rose & mi goreng hentam keromo, kitorang terus ngadap wii, main pool & ping pong.tak beraya macam korang.korang dapat makan daging sepanjang hari, kitorang siap mancing ikan guna wii, siap main badminton dekat meja pingpong.errrr kaitan daging dengan ikan?dua-dua boleh makan.tapi meja pingpong jangan makan.hahaha~

ada banyak video.tapi yang ni paling interaktif kot.interaktif katenye??

p/s: these girls are going back to Msia tomorrow.will miss them.takpe tahun depan boleh jumpa.mereka ialah jiran tingkat 12 di VOLT!bzzzz!petang ni plan nak lawat rumah diorang.ulalalalala~


Saturday, November 20, 2010

sizuka animalia

Salam & Hello :)

siapa pencinta binatang?sila angkat tangan dan tunjuk muka sendiri.bagus bagus.izzati ialah seorang pencinta binatang juga, tapi mungkin lebih kepada pencinta bintang-bintang di angkasa raya apakejadahakumerepekni.

saya suka binatang tapi saya takut binatang.errr faham ke tidak?suka tapi takut.mungkin ianya adik beradik dengan benci tapi sayang.satu lagi mungkin, benci tapi sayang ialah anak sulung.hahahaha apa puaka niyang merapik dah kau ni izzatiiiiiii.

jujurnya, saya takut binatang.tak kisahlah jinak ke liar ke.mungkin sebenarnya lebih kepada geli.tapi entahlah.siapa yang faham izzati tolong jelaskan please.saya tak boleh pegang binatang.kalau cuit cuit hujung jari bolehlah, itu pun nak jugak menjerit sampai satu dunia boleh dengar.hahaha.kalau haiwan tu duduk diam je takpe.ini karang nak tergodek-godek pulak.haaaaaa itu yang aku geliiiiiiii.pulak tu bila terasa badan diorang suam-suam panas.memang terjerit terloncatlah haku.

sizuka & rakan-rakan bersama biri-biri New Zealand [Autumn 2010]

nampak syok cerita pasal kelemahan diri dalam blog sendiri?sebenarnya tak syok okay.bulu roma meremang duk terbayang kucing badan panas dekat kaki.kucing pun takut??yesssssssss.kan kucing tu binatang jugak.huuuuuu~

saya join contest 'u & animalia' milik encik shahrul azrie.tauke blog memorabilia ini ialah follower sizuka-world-of-life yang paling terbaru.tetiba macam autobiografi kan.makanya, sebagai tanda terima kasih daun kari tidak terhingga kepada beliau, saya join contest yang kebabom ini.harap-harap boleh menang ekhemmmmmmm.hahaha.

korang kompomlah banyak gambar dengan binatang-binatang sebab korang tak penakut macam saya kan?hape lagi...join jangan tak join!oh ya.tarikh tutup ialah esok.pohpaleh!mana yang takde gambar dengan binatang tu, pergi cari binatang cepat cepat hahaha.kalau siapa nak join, bolos saja banner itu!nak lawan zizan yawwwww.


Friday, November 19, 2010

nota pintu.satu minggu lagi.

Salam & Hello :)

satu minggu lagi, selamat tinggal kamar kecilku.aku berpindah ke istana raja HAHAHA.aicehhhh sungguh hiperbola engkau, izzati.mungkin, kita tak perlu segala puitis madah pujangga bulan bintang punya bahasa ni kan.minggu depan saya pindah rumah baru.seronots!sebulan menunggu ewahhhh.hahaha.ulalalala hoolahooop.sayonara HUIA 345, hello VOLT 1516 bzzzzzzz!

HUIA 345 ialah sebuah bilik kecil di dalam apartment kediaman milik UOA,beralamat Grafton Road.manakala VOLT 1516 ialah sebuah rumah di dalam apartment awam di Queen Street.ngahahaha~beza memang berbeza.

perasan tak nombor bilik saya sekarang & nombor rumah yang akan datang ialah berturutan?3-4-5 & 15-16.mungkin, izzati berjodoh kuat dengan nombor berturutan.baiklah entah hape kejadahnya tetiba bercerita pasal nombor kan?iklan iklan.hahaha~

cerita pasal nombor, sifu blogger Ben Ashaari is my lucky 250th follower.mungkin ada hadiah dari NZ?mungkin?mungkin?by the way terima kasih daun kari to all followers.sobs sobs tanpa anda siapalah sizuka di dunia adamaya ini.eh eh eh.dunia alam maya.kehkeh.

lupakan hal nombor, kembali ke segmen rumah baru.whoahhhhh tak sabar nak hias rumah sendiri!hahaha.teman serumah semuanya balik Msia, cintaku tertinggal di Malaysia.tetiba.hahaha iklan lagiiiiii.okay bayangkan, seorang izzati hendak mengangkat barangan kepunyaan 4 orang?apa kejadah yang akan terjadi kepada izzati?tumbangkah dia?tergolekkah dia?mungkin, tangan beliau akan mempunyai otot yang tertimbul timbul?

tapi jangan risau.dah mintak tolong orang nak pindah ahahaha.suspen je kan?kebelakangan ni suka pulak buat entri suspen suspen.hahaha.

p/s: semalam tengok Harry Potter kan?malam tadi saya mimpi pasal kawan saya yang memang gila Harry Potter.tapi bukan mimpi suspen berdebar sebab kena kejar dan terjun sungai la.hahaha~


Thursday, November 18, 2010

dah tengok Harry Potter!

Che'Ila cakap cam best je lepas tengok cerita boleh terus masuk mimpi.kemudian Izzati berfikir, mingkin, betul jugak kan.kalau malas exercise di alam realiti, mungkin boleh exercise dalam mimpi.ngahaha~

Salam & Hello :)

18/11/2010, Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1 muncul di NZ.makanya, haruslah ramaiiii orang dekat IMAX.actually tak plan pun nak pergi tengok hari ni.dalam kepala otak duk fikir haishhh hari ni mesti ramai orang.malaslah.duduk bilik tengok kartun mungkin lebih seronok.namun sebagai seorang yang memang tak tetap pendirian [hahaha], makanya izzati berbising-bising dekat Twitter & Facebook siapa nak teman saya pergi tengok Harry Potter??

at the end, Cik Rose bersuara.berapa dollar tiket dear?
makanya, tepat jam 3.30 lebih lebih petang, Izzati & Rose berjalan ke Queen Street, and we made it.Harry Potter & The Deathly Hallows Part 1-4.30PM, Cinema 1,Seat: I-4 & I-5.one sweet thing is, Rose belanja Izzati sebagai hadiah harijadi yang ke-21 yang masih jauhhhhhhh di hadapan.Rose cakap 'kesian nanti masa birthday, ko sorang-sorang je dekat sini.'Izzati cakap 'ohhhh that's so touching.but i'll be fine.aku okay je lah.anyway thanks.terharuuuuuuuu!'*senyum dan pura-pura gelak.gembira tapi ada tersebak sikit hukhukhuk.*

i tell you.this movie is super-awesome!!oh my prada.izzati can't wait for Part 2 next year!!pretty please cepatlah David Yates siapkan Part 2.please please pleaseeeeeeeeeeeee* bergenang air mata*.oh ya by the way, movie ni super-banyak part suspen suspen.berapa kali tah izzati terlompat terkejut tadi.hahaha.tapi sebab saya tau ni bukan cerita hantu, makanya masih berlagak cool walaupun sebenarnya dah semakin menggelongsor dari kerusi.ahahaha.Nagini memang suka buat aku terkejut!nasib baik tak tengok 3D.kalau 3D, memang dah lama izzati menjerit pada tahap kelangsingan tertinggi di alam semesta.haha~

ask me who is my favourite character in Harry Potter.my answer will be The Weasleys, especially Ron,Fred & George.mereka ialah super-cool.dalam movie ni, Ron ialah super-lawak & ada sweet-sweet sikit.comel gila!hahaha.Fred & George pulak, memang dah berkurun lama saya suka diorang.perangai gila-gila tapi dalam cerita ni Fred mati.tsk.sedih okay.Dobby pun mati.movie last ni banyak la part sedih sedih.sekejap orang ni mati, lepas tu orang ni mati.sobs~

cukup-cukuplah tengok gambar yang boleh google ye.apa kata tengok gambar yang tak boleh google pulak.ahahaha~

gambar: full-credits to RoseNina :)

Izzati: Harry, do you want some Frozen Cola?it's super-nice :)
Harry: Can I use my wand?*ngahahaha*

Rose: Harry, don't look at me me like that.that's scary.I'm shy~*kakakaka*
Harry: Ouh sorry I don't mean that.I'm looking at someone behind you.*suspen.suspen*

berrrrrrrcakap pasal Tangled.dekat Msia keluar 27Nov ni ye?tak pastilah tapi somewhere in November.tanyalah dekat NZ keluar bila.6 Jan 2011.i was like ????.itu ialah sangat mendukacitakan hati seorang peminat kartun tegar seperti saya.oh noooooooo dahlah waktu tu tengah membanting tulang di dusun ceri!

Thanks Rose for today.You are so sweet.I'll miss you.Hidup jiran VOLT!bzzzzzzz!

I looks blue.hahaha.Silah, I am not pinky kahkah~

p/s: malam ni nak mimpi Harry Potter, tapi taknak mimpi Nagini shoooooooohhhh!

i hate this

happy bukan kepalang bila dapat balik Msia, jumpa mak,abah, family semua.saya menangis sebab happy sangat dapat jumpa semua orang lepas lama tak balik.dapat mesej dari lelaki tersayang, cakap nak jumpa.saya happy tapi ada sikit nervous.entah macam mana rupa dia sekarang [?].jumpa dia dekat shopping mall, tak pasti dekat mana.tapi tempat tu tak familiar langsung [?].tiba-tiba ada sorang lelaki botak & bermuka seram tegur saya.he's said he's my lelaki tersayang.i was like...of course lah tak percaya.tapi macam kena pukau, i just followed him.jalan-jalan keliling shopping mall & ambik gambar sendiri dalam cermin as what me & my guy always do [?].tapi masa tengok gambar tu macam baru tersedar sikit, 'this is not him.he's tall.' then lelaki seram tu bawak saya pergi satu tempat macam office, a very big one.tiba-tiba dia tolak saya masuk satu bilik,gelap.waktu tu saya dah tersedar sepenuhnya.lelaki seram tu nak ambil kesempatan & berniat nak bunuh saya.Ya Allah kata saya dalam hati sambil memecut seribu darjah kepantasan seekor kuda belang [?].lari dah tak tengok belakang.masuk pintu sana, masuk pintu sini.i don't care.last sekali dapat keluar dari bangunan tu to a very unfamiliar place [?].lari dan terus lari sampai terjumpa sebatang sungai, yang mana dari hemat saya, sungai itu dalam airnya.saya tak larat nak lari dah.sumpah penat + berdebar sebab kena kejar lagi.lelaki tu bawak dua orang remaja untuk kejar saya [?].sambil lari ke arah sungai, saya sempat fikir dua tiga kali perlu ke aku terjun sungai.perlu ke.aku ni reti berenang ke tak sebenarnya.mungkin....aku patut mati dari ditangkap oleh manusia seram ni.nguuuuuuu~ [?].saya terjun & menyorok dalam sungai, as in saya menyelam [?].dan berserah antara hidup & mati.lepas tu....

dan cerita ni terus menjadi semakin mengarut, dan semakin mengarut.kalau saya teruskan, makanya banyaklah tanda [?] nak sampai ke hujung cerita.hohoho~

tulahhh.tengok lagi Penny Dreadful tengah-tengah malam.tak sedar diri yang dia tu memang tak boleh tengok cerita suspen,siap termimpi-mimpi lagi.i'm totally hate this.dislike dislike!bangun tidur tadi punyalah berdebar bukan main + rasa penat macam baru lepas berlari.terkejut Rose bila tengok ada manusia yang berketinggian 167cm, tinggal 120cm je bila tidur, bila kejut tak sedar-sedar.bila mimpi buruk macam ni, skill menggulung badan izzati ialah terhebat di alam semesta.ahahaha~Rose bukak muzik kuat pun saya tak gerak-gerak tadi. mungkin, sebab mimpi terlalu mendebarkan, makanya aku dah tak peduli apa terjadi di alam realiti.hahaha~

nasib baik tumpang tidur bilik Rose.kalau tidur bilik sendiri...huuuuuuuuu~nak kata tak baca doa tidur, dah baca dah.siap mengucap + ayat kursi lagi.huuuuu~

sampai bila-bila pun, takkan tengok cerita seram/suspen/thriller sorang-sorang.takots!

p/s: pernah sekali bangun tidur, rasa mata basah.rupanya menangis dalam tidur sebab mimpi cikgu curah peanut butter atas kepala dalam kelas.hukhuk~

Wednesday, November 17, 2010

hari ini hari raya

live from Auckland,NZ

Salam Aidiladha dari Sizuka :)

Salam Aidiladha juga dari Encik Biri,Encik Meow & Encik Hamster.ini semua belaan lelaki tersayang.semua nak tumpang masuk blog.kehkeh~

hari ni no more jalan-jalan.berehat lah pulak.hari raya anak dara perlu duduk rumah ecewahhhh.tapi dalam hati sadis sebak terasa.no rendang no daging korban tsk.sarapan roti & vegetable creamy soup jek.sobs~tengahari ni tak taulah menu apa kan.dah duduk sorang ni bukan rajin masak pun.hukhuk~menumpang Cik Rose lah lunch nih.buat kolaborasi miahahaha~

oh ya.semalam cakap nak upload video kan?nah~ini pun lepas dua tiga kali fikir.hahaha~



tak suka dengar suara sendiri dalam video.macam kartun.hahaha~err btw, Ena memang berbakat dalam rakaman video sebenarnya.beliau ialah super-hebat.kalau tengok video yang Rose rakam, Ena dah boleh jadi hos jalan-jalan cari makan okay.memang superstar beliau.kehkeh~izzati??kirim salamlah.i ni terlebih pemalu kalau dalam video.luar video pun pemalu jugak.hahaha.dalam video ni Rose kuat gelak jer.kahkah.oh ya sebenarnya yang saya nak sebut tuh Chocolate Fondue.entah macam manalah nak sebutnya.main hentam je.hahaha~

p/s: sedAAp tu trademark Qilah, Rose cakap:P

izzati baru buat twitter atas pujukan Rose.menarik jugak rupanya twitter nih.macam twisties.hahaha~



Tuesday, November 16, 2010

sehari sebelum raya

sehari sebelum raya, izzati tak pergi cari baju raya.tsk~

Salam & Hello :)

hari ni izzati merayau lagi.ding dong ding dong Queen St. jugak arah tujuan.ahahaha.err sebenarnya pergi menyibuk ikut Rose,Ena,Bebe & Qilah pergi ambik visa.diorang dah nak balikkkkk.wuwuwuwu~hari ni izzati dukung 'baby' jalan-jalan.tembak sana tembak sini.bak kata Rose, izzati gila teropong orang.

Bebe & Qilah dah balik dulu.jadinya, jalan-jalan buat video & tangkap gambar dengan Rose dengan Ena aje lah.ada videonya tapi nantilah dulu.heeee.sabar tau.haaaa nak tengok ke taknak?kalau nak, tungguuuuuuuuuu.kehkeh~

first time makan snow ice/ice snow whatever.sila gelakkan izzati beramai-ramai.hahahaha.orang lain yang dekat Auckland dah berkurun zaman makan benda nih, izzati baru nak rasa hahahaha.

muka itu over okayyyy.nak drama punya pasal.hahaha.snow ice ni macam air batu campur pun ada.tapi tekstur dia lagi soft.hah tu dia izzati dah macam pengkritik makanan ye bercakap pasal tekstur.hahaha~

p/s: duk fikir lima enam kali nak upload video ke tak.hahaha.suara dah macam kartun.kahkah~

oh no.besok raya.emak, rindu :'(

Monday, November 15, 2010

first time...

first time buat banner.ada nampak macam banner ke?ke macam bendera?ahaha~

yang bawah ni baru tambah.hohoho mana yang okay?

saya, memang tak reti nak buat yang lip lap lip lap anak ami tuh.ataupun yang flash sana sini dan memang nampak super-cool tuh.belum cukup ilmu bak kata orang.tapi bak kata izzati, malaslah nak pikir macam-macam.haha~

p/s: habislah lepas ni silah panggil saya pinky girl lagi.dush!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...