Wednesday, December 22, 2010

Sepetang, Rose Garden

semalam, matahari cantik sangat.bangun pagi terus rasa macam ohhhh matahari cantiknya kau hari ni, baby jom keluar hari ni mummy bawak pegi shooting!hahaha.excited okay.yelah asyik asyik hujan je, habis obesiti baby asyik duduk dalam rumah je HAHAHA.

Destinasi: Parnell Rose Garden.ini entah post kali keberapa pasal Parnell Rose Garden.hahaha.haritu pergi sebab Festival of Roses, kali ni pergi sebab TERdelete gambar pemandangan city dari Rose Garden.frust betul bila sedar yang gambar tu terdelete.ugh~makanya, semalam pergi shoot lagi sekali lah kiranya.sambil heret model yang tidak asing lagi, Cik Ton ^___^.

malas nak taip banyak.tengok gambar je lah jom.


ini namanya cubaan berlari & melompat di dalam taman.nampak macam apakah-gadis-dua-orang-itu-sedang-buat?kami sedang berlari dan melompat yay!hahaha.waktu ni kitorang je kot yang ada dekat Garden yang seluas alam tu.sebab tu main sesuka hati berlari tak pakai selipar sana sini kahkah.gambar tengah tu the best shot lah kotnya.mungkin, boleh masuk contest gambar paling chill.HAHAHA~

Ton in Flowerland.kihkih~

my best shot ^___^




ini ialah yang paling menggembirakan hati.berapa kali berteleku depan kolam, i don't know.yang pasti lenguh jugaklah kaki akak nak menunggu air tu menitis comel comel.bila dah dapat, sengih tak ingat dunia dah.hahaha.sengih sampai balik rumah, sengih sambil taip ni.HAHAHA.

lepas dah penat bergolek sana sini shooting, plan nak balik rumah terus.tetiba dekat Downtown ada occasion lepas tu ada kapal besarrrrrrrrr!OMG besar gila wehhh.ada macam konsert apa tah tapi family punya lah.ramai budak kecik-kecik comel comel yang muka macam nak mintak cubit HAHAHA.kalau tak silap, ni New Zealand punya first cruise kot.diorang duk holiday on the cruise.kebanyakan yang pergi tanya pasal holiday promotion tu semua pakcik makcik yang muka aku-ada-duit-nak-naik-cruise-hahaha.budak yang muka saya-guna-duit-beli-frozen-coke, hanya mampu tersenyum merenung kapal.HAHAHA.

gambar kapal besar dari kamera kecil saya-guna-duit-beli-frozen-coke.HAHAHA.

on the way balik rumah semalam, ada orang jual Strawberry dalam bekas plastik yang lagi besar daripada yang ada dekat Countdown.1 chip for $6, 2 chips for $10.memang lemayannnnn~

cumanya Strawberry ni mungkin tak tahan panas kot.kena makan cepat-cepat.kalau tak habis semua nak melembikkan diri.heyyyy panaslah sangat Strawberry oihhh.ni baru 25 celcius mehhh.ni kalau datang Msia mungkin dah tak ada rupa Strawberry dah.hahaha.

finally, nah gambar bonus.HAHAHA



Tuesday, December 21, 2010

Menghitung hari

kurang dari 10 hari lagi, I'll be away from Auckland.menuju Queenstown, memerah keringat mencari rezeki yang halal di kebun ceri, fruit packing.mungkin, akan dapat merasai bibit bibit kemanisan alam pekerjaan,kepahitan juga.apakebenda mimpi tetiba buat ayat sajak bagai bagai ini?entah.mungkin sebak hati.apakah motip kau bermungkin-mungkin dalam entri ni izzati?mungkin, entri ni patut ditukar tajuk kepada MUNGKIN.hahaha~

iklan semata-mata.HAHAHA.hari terakhir tahun 2010 akan saya habiskan berada di dalam kapal yang boleh terbang di angkasa raya, menuju ke Queenstown di South Island.saya balik Auckland hujung bulan Februari nanti.dalam kata lain, Kamal sorry tak dapat nak jemput korang semua dekat airport nanti sambil bersenyum manis Welcome To Auckland.waktu itu kakak-kakak senior ini sedang bekerja packing ceri HAHAHA.
makanya, bermula 31 Dis 2010-23 Feb 2011 saya tiada disini.apa jadi dengan blog?i have no idea.mungkin tidak pelik jika trafik merudum macam hendak bunuh diri terjun dalam tasik T___T.update ke tidak.i don't know.tak tahu hal internet macam mana.dan saya tak ada telefon canggih macam Azmi yang boleh update tiap-tiap hari dari ladang.mungkin, saya boleh pergi beli telefon canggih sekarang.HAHAHAHA.

kalau saya tak update blog, mungkin saya merandom dekat Twitter.hahaha.rajin-rajinlah tengok belah kanan sana.mungkin ada benda random yang menggembirakan *ayat semalam*.kahkah~

oh ya.baru tambah widget Countdown, aicehhhhhh KONONNYA menghitung hari.nanti siapa-siapa yang rindu dendam ke bolehlah termenung menghitung hari izzati balik.Silah dengan Faten, jangan mengada taknak rindu-rindu I pulak.hahahaha.

jangan tanya.saya belum tengok Tangled.dekat NZ, 6 Jan 2011 baru keluar.sadis betul perasaan.dahlah masa tu dah start kerja.penderaan emosi sungguh.

p/s: harapnya bulan dua nanti balik Auckland as a slim izzati.gitewwww.HAHAHA.

Monday, December 20, 2010

cerita pasal blog

Assalamualaikum ^____^

cerita pasal blog.YES blog saya sudah mengalami sangat banyak penghijrahan.sangat banyak as in terlalu banyak terutama dari segi seni penulisan & aturcara blog.dah berapa kali tukar template blog?tak ingat.yang pasti terlalu banyak kerana blog sudah 2 tahun umurnya.blog sudah dua tahun tapi bilangan followers masih kalah dengan orang yang baru mula berblog bulan lepas?errr itu tiada dalam kepedulian saya,pada mulanya.kerana saya berblog atas dasar okay macam best je.nak cubalah.HAHAHA.namun, hari demi hari perasaan seronok apabila followers bertambah tu tidak boleh disembunyikan lagi.kerana itu bermaksud ada orang baca blog saya!okay seronok.percayalah ianya ialah seronok.sayang followers semuanya tiap hari sayang fair & lovely gitewww.hahaha.

ini kali pertama saya menggunakan header sendiri.ini bukan suatu penipuan.ini betul-betul kejadian.selama ini asyik pinjam template je HAHAHA.manusia di dalam header *dongak atas* ialah saya sendiri.original okay tiada copy merata sana sini.tak percaya?

nah bukti...

baju sama.kasut sama.pergi zoom kasut nak tengok sama ke tak.tetiba nak beria kan.hahaha~

kenapa blog warna pink?kenapa pink?why pink?mengapakah merah jambu?kerana ianya bukanlah jambu batu HAHAHA.kerana saya gadis, kerana itu blog warna merah jambu.tapi saya bukan jambu, saya cikgu.HAHAHA.namun begitu *ewahhhh skema pulak* tidak semestinya blog gadis mesti merah jambu.boleh berwarna lain juga, ikut hati masing-masing.jangan ikut hati orang, nanti pedih hati.

saya tidak pernah guna Tags ataupun Label ataupun apabendalah namanya lagi.tak tahu kenapa tak guna.nak guna tapi mungkin sedah terlewat kerana ini ialah post yang ke empat ratus lapan puluh dua.nak pergi letak label dekat semua post, tak ada kerja lah pulak aku.hahahaha.lagipun, zaman dahulu kala ialah zaman merandom.kekadang ada post yang tak ada kaitan dengan tajuk.bila bukak balik post zaman-belum-matang-nak-menulis-blog, rasa malu dengan diri sendiri.tulisan kecik besar kecik besar semua nak pesta warna warni Malaysia gitewww sampai rasa serabut mata.

tambahan baru dalam blog.*sila lihat column belah kanan*.sudah mula letak Twitter dalam blog.baru buat Twitter, sekarang sudah tweet ratusan kali HAHAHA.kerana ianya memang tempat merandom terbaik dalam dunia.JIKA tiada update dalam blog ini, rajin-rajinlah jeling sana.mungkin, ada benda random yang boleh menggembirakan [?].

paling baru, pengomen terbaik peringkat Wilayah Sizuka-World-Of-Life.dekat situ bolehlah tengok siapa pemenang terkini acara lumba siapa paling banyak komen dalam blog izzati.hahahaha.saja suka-suka letak.mungkin, nanti ada hadiah dari bumi biri-biri ini terbang merentasi Lautan Pasifik ke Malaysia sana.aigoo aigoo aigoo bab hadiah ni ramailah yang seronok ye dak?HAHAHA.

p/s: hey siapa guna telefon bimbit nokia?nak download application free tak?nah ambik sini.

MOTAT Auckland

Assalamualaikum & Salam Hari Isnin :)

okay hari ni tak ada saspen dah.hahaha.tapi ada banyak gambar.makanya, bertabahlah semua.sebenarnya, semalam kitorang pergi muzium.ahhhh 'lame' gila pergi muzium.hey siapa cakap macam nak mintak pelempang Malaya tu?hahaha.

semalam saya,Nirro dengan Saifful pergi MOTAT [Museum of Transport & Technology] dekat Great North Rd.MOTAT ni antara 50 things must do in Auckland.makanya, siapa yang datang Auckland harus pergi sini weh.harus pergi wa cakap lu.memanglah muzium je tapinya muzium ni macam-macam ada.dah nama museum of transport & technology takkan datang nak pergi tengok replika haiwan kena beku kot?non-ado.hahaha.

replika kapal terbang ado.yang depan dua orang yang sorang nak jadi kapal terbang sorang nak jadi bruce lee tuh bukan replika.belum jadi replika lagi.akan jadi?dok tahulahh.hahaha.

ini SETERIKA.yesssss yang guna iron baju tuh.besar bapak lah iron zaman dulu.kalau nak iron letak je terus tak payah gosok beria dah.haaaaa nih kalau sekali terbakar besar jugaklah kelobongnya.HAHAHA.tah tah habis terbakar satu baju terus.

dekat muzium, letaklah benda alah apa sekalipun, memang orang yang datang akan pergi menepek ambik gambar dekat situ HAHAHA.

nih sorang dah memang betul ballerina, tapi yang sorang lagi baju pink belang biru tuh jauh sangat lagi nak jadi ballerina KAHKAH.

kan dah cakap, hujan memang menyedihkan hati.nak ambik gambar dengan train ni pun kena dari jauh je.zoom lens tak bawak.hentam je lah guna basic lens.tak kisahlahhhh.sedih okay kena ambik gambar dalam hujan.tak pasal-pasal ada risiko payung terbang.hahaha.

aku mahu tawan satu duniaaaaaaaa.HAHAHA.


lepas tu, saya pergi Printing Room.duk buang tebiat pergi beratur dengan bebudak nak print nama atas bookmark.HAHAHA.yang atas tuh cop nama dah siap nak print.

cermin nih buat kitorang gelak tak hengat dunia.hahaha.masing-masing jadi montel gila.kaki semua macam tebu berketak-ketak.ahahahaha.muka masing-masing macam ahli sumo negara.kahkah~

kakikuuuuuuuuuuuu panjang menggalah.hahaha.

cool ey?

actually benda ni ialah earthquake room.boleh experience macam mana gegaran gempa bumi.patutnya orang duk takut bila earthquake kan.TAPI budak dua orang nih boleh seronok pulak naik benda alah nih.hahahaha.

ini namanya Mirror Maze.tak tahu nama betulnya.tapi saya bagi nama Mirror Maze.hahaha.sebab tempat ni maze & dikelilingi cermin yang tah tang mana depan belakang kiri kanan.Saifful main tipu sebab dia tengok lantai.free free je kena sound kau ni tak reti berlakon betul lah.orang masuk tempat ni mana boleh tengok lantai.tak aciiiiiiii.hahahaha.tapi seriuously hampir nak terlanggar dinding.hahahaha.kiri kanan sama je.

teka teki teka tekuk, maggi kari dalam mangkuk.mana satu izzati yang real?yang disana ka, yang disini ka,di tepi tepi ka, di belakang belakang ka.hahahaha~

saya & Nirro, di dalam kelas di sebuah sekolah pada tahun 1915.sorang duk jatuh cinta dengan cikgu, sorang duk jatuh cinta dengan tingkap HAHAHA.

bakal cikgu cikgu sekalian, baca sini.bayangkan JIKA kita berada pada tahun 1915.ooopppsss yang ni perempuan sahaja.sebab zaman dulu, cikgu semua perempuan je :P

kami 1 Malaysia.Saifful pun kira wakil Chinese lah sebab dia separuh separuh.hakhak.dan TIGA peringkat umur, saya 21, Nirro 22, Saifful 23.lalalalala~

frust menonggeng bila Galeri Photography tutup sebab renovation.tsk.sadis betul perasaan.tengoklah...izzati akan kembali ke MOTAT lain hari.tungguuuuuuuuuuuuuuu~

sebelum balik, sempat masuk Galeri Telecommunication tempat telefon mesin faks mesin taip segala.yang dalam gambar ni, telefon zaman bila tah.hahaha.masa nak ambik gambar ni, saya cakap dekat Nirro.Nirro take my picture.nak ambik gambar dengan telefon ni sambil pintal-pintal wayar macam orang zaman dulu bergayut dengan marka.HAHAHAHA.

ada beberapa video sebenarnya.tapi lain kalilah saya upload okay.nih pun dah macam banyak sangat benda dalam satu entri ^____^


Sunday, December 19, 2010

penat sangat berjalan

nak update blog.nak cerita bagai-bagai.tapi penat sangat Ya Tuhanku rasa nak tidur sangat dah nih.tak apalah, bagi hint sikit.hari ni tak duduk diam dalam rumah.hujan lebat mana pun keluar jugak, memang tak kira dah.at the end, berlari dalam hujan basah lencun segala.yang pasti, hari ini dalam sejarah.lutut rasa macam dah nak terkeluar dari soket [?], lenguh bukan main.penangan berjalan & blup blup ajar anak murid berenang malam tadi, mungkin.kalau dapat massage dekat Spa seronok jugak nih.

motip nak tepek watermark besar-besar??

p/s: besoklah saya cerita pasal kemana saya merayau hari ni okeh.mata ni rasa nak tertutup sangat dah.ada yang langgar dinding kejap lagi nih.HAHAHA.

cerita ketam

dekat sini, susah gila nak jumpa makanan laut fresh.semuanya nak frozen.termasuklah ikan.sebab tu kitorang memang jarang masak ikan atau makan ikan.hari-hari ayam.kalau tak ayam, telur jadi mangsa.tapi sama spesies jugaklah kan.telur berasal daripada ayam, ayam berasal daripada telur.apa kejadah tetiba belajar salah silah keluarga ayam pulak nih.hahaha.ehhhhh salah SILAH?:p.selalunya kalau nak makan ikan, kitorang pergi Ayutthaya.hahhhh dekat situ hentamlah snapper goreng sekor sorang sampai kenyang.hahaha.

apahal cerita pasal ikan pulak.bukan tajuk entri ni pasal ketam ke?HAHAHA.

semalam, pergi Countdown.duk merayau sambil tolak troli cari stok makanan.at the end macam biasalah, troli memang akan penuh.hahaha.nak dijadikan cerita, saya dengan Ton memang dah kubuntu tak tahu nak masak apa.tetiba lalu dekat tepi peti makanan beku semua tu, tempat ikan sotong ketam segala.haihhhhhhhhhhh tengok nih!aku tau dah nak masak apa hari ni!!Ton cakap.

dua orang gadis menjerit excited tanpa menghiraukan pakcik makcik sekeliling.okay hari ni masak lemak ketam yawwww!terus rembat dua kotak.dah katanya 2 for $7.siapa taknak kan?walaupun frozen tapi ketam kot.bukan selalu dapat makan.kita tak payah ceritalah part kitorang tolak troli masuk tiap-tiap lorong okay?hahaha.sampai masa nak bayar, kitorang guna self-checkout punya kaunter, kaunter scan-sendiri-bayar-sendiri.Ton yang scan, saya pegang troli je masa tu.memang tak sedar apa.sampai rumah, excited nak masak.masa tu lah baru Ton cakap sebenarnya ketam tu sekotak $13.39.masa tu terkejut tak payah bayang lah macam mana muka saya siap mata yang kecik pun jadi bulat.hahaha.OMG apakah semua ini?gurauan?mainan?jom pergi mintak ganti rugi!kata saya.gila merapik apa nak mintak ganti rugi tetiba kan?haha.lepas tu ton cakap tak kuasa haku nak pergi cong ceng cong ceng pasal ketam.biar je lah.hahahahaha.

makanya, semalam dah jadi lauk.ketam masak lemak cili api.memang ummpph.bukan selalu dapat makan mewah macam ni tau.sekali setahun je.hahaha sadis gila ayat.ada lagi sekotak dalam fridge.nak masak apa lagi tah tak tau.

sekarang ni, duk buat perangai pergi blup blup blup malam-malam.hahaha.apartment saya ni ada swimming pool, sauna & gym.kitorang biasa pergi waktu dah tak ada orang langsung dalam tu.kiranya macam tempat ini sizuka & ton yang punya!HAR HAR HAR*ketawa gagah*.nama je ada Gym, tak jejak langsung lagi!hahaha.kitorang pergi serang swimming pool dulu.tu lah pasal nama aktiviti ni blup blup blup.duk terjun berenang berirama segala bagai tak hengat dunia.hahaha.tak pasal-pasal akak bukak kelas berenang dekat situ.semalam, Nirro datang sleep over & join kelab blup blup blup.hahaha.makanya, semalam saya ada dua anak-murid-tanpa-bayaran.alhamdulillah dua orang anak murid dah pandai sikit berenang.kalau tak, air tuh nak kocak macam motobot lalu.hahahaha~

okay Silah, rasanya tak boleh nak tipu dah.towel, beg dengan kamera semua nak pink.HAHAHA.

p/s: eh Fareha, sayang sangat towel yang you bagi i tu tau.cepat balik sini join kelab blup blup blup ^___^


Saturday, December 18, 2010

so-called photoshoot di kala hujan

saya, memang jarang buat shooting indoor.tak berapa minat.satu, sebab belum ada studio sendiri [hahaha].dua, masalah dengan lighting.rasa nak lempang semua lampu yang ada.hey lampu, cerah sikit tak boley ka?hahaha padahal itu sebenarnya nak bagi hint, hoih kau izzati!ya yang tinggi 167 sentimeter tu!kenapa belum beli flash trigger hahhhhh?hahaha~

dahlah.tengok gambar jom.

Cik Ton model untuk harini yawwww.tengok, luar tu hujan.melampau betul cuaca sekarang ni.tsk.semalam,berlarian dalam hujan.sadis tau.dahla tak ada payung.lari lari dengan beg gabak segala.nasib baik tak tergolek.hahaha~

bila ambik gambar dengan Ton, jangan haraplah nak nampak kurus.Ton tu, ambiklah gambar dengan sesapa pun, memang dia yang paling kurus.hey tu dress yang mak saya hantar!terus pakai yawwww.tak menyabar.HAHAHA.yang hujung sekali tu nama dia Nirroshini.a kakak actually.Nirro jangan marah haaaaa.a ballerina.shweet gitewww.semalam duk cerita pasal umur-umur ni.Nirro lahir bulan 12 jugak, sama dengan saya tapi tahun 1988.

Nirro, sekarang mesti matured lah.dah 22 kot.
Ye lah.22 right.OMG next year i'll be 23.
takpe.Saifful next year 24 kot. [Saifful angkat kaki nak menyepak]
HAHAHAHA.
i muda lagi takpe.baru je masuk 21 haritu.hehehe.
haishhhha apesal lah baru masuk 21?lambat betul lahir.

Ton pun gelak tak puas hati jugaklah sebab dia lahir bulan 3, 1989.hakhak.makanya, antara kitorang empat orang, sayalah adik bongsu.hahaha~

Encik Sepol kan baru beli kamera gabak jugak, makanya ada jugaklah output dari dia.modelnya, gegadis tiga orang ni lah.ahahaha~


okay dah.kena kemas rumah.duk hadap blog ni tak jadi hapa jugaklah.hahaha.kejap lagi baru nak blogwalking.perut bergendang nasyid dah nih.hahaha~

oh ya, banyak lagi gambar sebenarnya.tapi kalau nak tunggu edit semua, sampai besoklah tak post entri nih.kakakaka~

Friday, December 17, 2010

anugerah cinta

ewahhhh tajuk tak menahan kan.hakhak.dapat award dari Cik Dyg kita yawww.terima kasih daun kari :)


1. Siapa orang yg paling korang sayang? : keluarga, si dia & kawan-kawan [skema okay skema]

2. Kenapa korang sayang orang yg korang sayang tu? : sayang tidak memerlukan sebab [ewahhhhhh ayat aku.hahahaha]

3. Berikan satu kata-kata sayang yang terbaik yang korang nak lafazkan kepada orang yang korang sayang, tapi masih tak mampu lagi untuk dilafazkan. : errr semua dah mampu kot.hahaha.okay okay ye nak bagi kata-kata sayang lah ni.selagi saya hidup, saya akan menyayangi anda semua sepenuh hati.semoga, apabila saya pergi ke dunia yang lain kelak, kasih sayang saya masih bersama kalian.jangan lupakan saya.ouhhhhhh sebaklah pulak.

4. Lepas tu,korang tag kat 15 orang blogger untuk sampaikan salam kasih sayang korang tue =)

siapa nak sizuka sayang dia?meh sini komen sini.kekeke.limabelas orang pertama akan memenangi anugerah kasih sayang tajaan Cik Dyg!kakakaka~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...