Tuesday, January 25, 2011

entri auto-bergambar

Hai~!

OMG habis semua orang tak faham macam mana mesin ceri.mintak maaflah memang takde bakat nak melukis segala binatang seni nih.ni kalau nak kata lukisan 2D pun malu.nak lukis 3D lagi lah kirim salam.HAHAHA~

pekerja-pekerja tekun [ekhemmmmm HAHAHA]

red cherries & white cherries.semalam kitorang packing cherries yang namanya Sweetheart Cherries.rock cintan gitu HAHAHA~

mesin ceri.AWAS mesin ini bergerak.[errrr tak perlu cakap pun sebenarnya HAHAHA]

saya gadis apricot auwwwww*macam nak lempang* HAHAHA

ini mesin packing apricot.kitorang masukkan apricot dalam kotak then tolak ke atas.nanti kekotak tu bergerak ke pekerja di bahagian timbang & pemasaran.hah kau nama nak professional HAHAHA.

these are apricots.yummmm~

these are cherries ^____^
photos credits to fareha

Sunday, January 23, 2011

memahami perasaan mesin

sedikit sebanyak rupa mesin.dah berusaha bersungguh-sungguh lukis guna Paint HAHAHA.

#this is an auto-publish post by Sizuka#

Thursday, January 20, 2011

shhhhh~

Anda bersamaaaaaaaaaaaaaaaa Suzuki!HAHAHA~

Nah.Rahsia negara nih.

Ni semua zaman kegemilangan gadis melayu berzapin berinang berjoget bagai.HAHAHA.muka yang make-up tu sengaja buat separuh takut orang terkejut sangat nengok mukanya.make-up orang menari tidak sama dengan make-up orang nak kahwin.make-up orang nak kahwin sebab nak lawa, tapi make-up orang berzapin sebab nak errr...err...tampil yakin di atas pentas?HAHAHA sengal gila ayat.

tengok muka akak garang, dalam hati ada taman yawww.sebab tuh blog akak kaler pink.HAHAHA.

semua gambar tahun 2008 & 2009.tapi gambar last yang muka nak ceria chupa chups tuh masa KAGUM dekat Kota Tinggi, masa tu jadi pemain simpanan je.eh eh eh, penari simpanan.hahaha.sebab tu ambik gambar pakai songkok bulu-bulu hijau kuning tuh, nak buat nostalgia katanya.

kalau tengok, make-up nya memang tebal gila entah berapa inci i don't know.yang pasti, mak aih panas gila rasa kalau lepas make-up.rasa macam pakai topeng.bulu mata palsu akak panjang melentik yaww HAHAHA.tapi serius berat rasa mata.berat sampai rasa nak tidur je, tu yang sebab gambar nombor satu yang muka konon nak nampak matured tuh nampak macam mengantuk nak tido je HAHAHA.

sekarang, semua ini nostalgia.nostalgia zaman a-go-go.HAHAHA~

Tuesday, January 18, 2011

pengumuman~

boleh tak kalau saya nak cakap sekarang ni ada satu contest yang berjalan dalam blog ni?tapi saya taknak sebut contest apa HAHAHA.YA sungguh sangat kejam tapi nak buat macam mana memang tak boleh bagitau lalala~.sampai masa nanti saya umumlah siapa menang.setakat ni belum ada tarikh tutup.yang penting, sepanjang saya ada dekat Roxburgh memang contest ni sentiasa berjalan.bila nak umum, belum tahu lagi.setakat ni itu sahaja pengumumannya.sebenarnya takdelah macam contest sangat, cuma tetiba ada perasaan nak bagi orang hadiah.kononnya tanda penghargaan gitewww kehkeh~

rasa nak lempang saya sekarang?nehi kabhi nehi.saya ada atas gunung HAHAHA.

keyword: setia?

p/s: seronok pulak perasaan bila ada contest tersorok macam ni HAHAHA~

Sunday, January 16, 2011

suka nyanyi?

KALAU korang suka nyanyi tapi suara tak semerdu buluh perindu [gitewwww], jangan risau.buluh tidak akan merinduimu.HAHAHA.tak tak tak tak.anda kini bersamaaaaaaaaaaaaaaa SUZUKI!hahahaha.trademark sama yawww.auto-publish juga mariiii~

suka nyanyi tapi tak nak pergi kotak karaoke bayar seringgit satu lagu?suka nyanyi tapi malu tapi mahu?HAHAHA.senang rasa bosan sampai rasa menyanyi lah perkara paling awesome yang boleh dibuat dalam dunia?lebih baik duduk baca Quran, anak muda.duniawi mesti sama dengan ukhrawi.tak gitu?

ini hal duniawi.

siapa suka nyanyi & rasa seronok berlawan menyanyi di alam maya, ini pentas anda.silakan dengan segala hormatnya terbaik di seluruh alam semesta, Honey Star!tetiba Honey Star dapat nama.kahkah.

TAPI kalau ada yang berhasrat hahhh nak layan lagu Ramli Sarip lah.takpun Nash pun rocks kebebeh jugak.this is very the wrong place.ini tempat untuk lagu oreng-oreng putihs gitewww.untuk saya yang tak selalu dengar sangat lagu orang putih ni, sikit sikit adaaaa laaaa.ulang alik lagu sama je selalunya HAHAHA.kalau lagu yang saya tahu tang chorus je tuh, memang terkebil-kebil je lah mata masa mula-mula start lagu.tapi part chorus tu memang kena goreng habes lah.biar pun sampai timbul urat leher HAHAHA.

p/s: kena Sign Up.free yawww free.lepas Sign Up, nak nyanyi sampai sakit tekak pun tak ape dik oih.

Thursday, January 13, 2011

apricot apricot~

Assalamualaikum ^__^

8 Jan 2011, hari kedua kerja dekat Packhouse sebab 7hb cuti lepas habis sorting cherries.tapi hari ni dah tak sorting cherries, hari ni packing apricot masuk
kotak pulak.lebih fun daripada cherries, boleh bergerak kesana kemari, namun menyebabkan kesengalan bahu.mula-mula nampak macam apricot, lama-lama dah
macam bola tenis pulok dah HAHAHA.apricot ialah sungguh sedap.YA semua memang first time makan.sebelum ni mana pernah makan ceri apricot segala.jumpa
dekat supermarket pandang je lepas tu tolak troli jalan terus sebab apricot mahal.setuju?saya tak makan buah-buahan mahal HAHAHA.tapi sebab kerja dekat
sini, tiap kali rehat rembat sebijik.yummmy~

dekat Packhouse, actually semua benda mesin yang buatkan.grading ikut saiz, bersihkan bla bla bla.kitorang just pilih yang buruk-buruk-->buang, yang comel
-comel-->masuk kotak.tapi itulah yang membuatkan kita memahami perasaan mesin [?] HAHAHA.sengal-sengal badan akak,lenguh-lenguh kaki berdiri sepanjang hari.
namun demi mencari rezeki yang halal...
ewahhhhhhhhhhh.mencari yang halal itu fardhu ye dak?hakhak~
by the way apricot ni kitorang packing untuk eksport luar negara gitewww.haaaaa kalau ada Apricot New Zealand sampai Malaysia, yang tu
lah yang kitorang packing HAHAHA.yang sorting cherries tu untuk local market je.sebab tu tak berapa cerewet sangat, untuk eksport ni mesti yang terbaik
dari ladang yawww.

seronok kerja dalam Packhouse ni tau.kitorang je Asian, yang lain kebanyakannya locals, ramai pakcik makcik yang perangai semua nak comel-comel.tiap kali
jumpa kitorang "Hello girls" sambil muka ceria sehabis chupa chups.diorang tough gila, sungguh tak tipu.kerja packing yang boleh dikategorikan dalam
kategori 'hardwork' tu diorang mampu buat sampai 10 jam sehari.makan apa tah.kitorang yang muda mudi ni pun sampai sengal-sengal tulang.mungkin, perlu
mintak tips menguatkan tulang HAHAHA.

majulah apricot untuk negara

HAHA~

#this is an auto-publish post by Sizuka#

Monday, January 10, 2011

first day~

Assalamualaikum ^__^

6 Jan 2011, hari first kitorang start kerja dekat Packhouse, Remarkable Orchard.semua excited, terkinja-kinja nak kerja HAHAHA.
sorting cherries, itu kerja untuk hari first.perasaan macam pekerja kilang bila ceri bersusun depan mata, kena pilih yang comel comel untuk packaging.
tapi excited tetap ada.excited nak main dengan ceri.first time weh tengok ceri segar depan mata.biasa jumpa ceri yang atas kek masam-masam tu,tak sedap.
yang ini FRESH!makan sekali nak lagi.serius tak tipu.

okay dah terleka cerita pasal kesedapan ceri HAHAHA.kitorang punya kerja memang kena berdiri sepanjang masa, menghadap mesin yang ada ceri bergerak.
errrr bukan bukan bukan.mesin bergerak yang ada ceri, kitorang kena pick out yang buruk mata memandang, yang comel-comel biar je atas mesin nanti
ceri-ceri comel plup plup jatuh dalam air lepas tu masuk bakul,naik tingkat atas bla bla bla.dah, tak reti nak cerita mesin tu macam mana HAHAHA.
yang pastinya, mula-mula seronok, lama-lama seronok jugak tapi kepala pening mata pusing.ceri dah tak nampak macam ceri.HAHAHA.rasa macam diri sendiri
atas mesin, bukan ceri.kahkah.one thing, lenguh kaki.sebab berdiri lama gila.kitorang rehat pukul 10 [10 minit]. pukul 12 [30 minit] dengan pukul 3 [15 minit].
waktu tu lah nak meluruskan mana yang bengkok.HAHAHA.kerjanya tak penat, tapi lenguh kaki.itu je lah.hari first kitorang habis awal.dalam pukul 3 petang dah
balik.malam tu senyap, semua tidur lena HAHAHA.

besoknya, cuti sebab cuaca tak berapa ok.seronok kitorang main masak-masak dekat dapur HAHAHA.tapi weekend kena kerja, sebab buah banyak lagi.weeehoooooo
seronot weh kerja.memang tak lama lagi kuruslah akak HAHAHA.lepas habis musim ceri, apricot pula menanti.ada makcik semalam cakap, apricot lagi menarik.
hihihi~

kitorang punya gaji ikut jam, tak ikut bakul.kakaka~

majulah ceri untuk negara.

HAHA~

#this is an auto-publish post by Sizuka#

Friday, January 7, 2011

nah!

gambar je yawww.tapi semua berterabur.tak sempat nak susun dah HAHAHA.


ni waktu sampai dekat Pond, lepas sejam setengah berjalan di bawah mentari.

ni waktu mula-mula berjalan.tengah semangat lagi masa ni.HAHAHA~

ni hari sebelumnya, kitorang duk jalan-jalan jungle tracking tepi sungai hijau kebiruan sambil makan aiskrim.

Hero & Dewi Remaja HAHAHAHA~

cantik eh?

ni waktu mula-mula sampai dekat Airport Queenstown.model i dah balik!HAHAHA~

view dari dalam kapal yang bisa terbang yawwww.tengok waktu summer pun ada salji lagi.waktu ni cermin tingkap tu sejuk.hohoho~

syok adik ni makan strawberry sambil duduk atas troli.hakhak~

ni masa on the way nak pergi Pond.yes dah balik cerita Pond, kan dah cakap berterabur punya gambar semua ni.HAHAHA~
okay dah.cau cin cau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...