Monday, June 28, 2010

nak baca sila.taknak baca blah*kejam*haha~


saya adalah penonton first-time bola sepak secara live melalui peti besi bernama tv yang melekat di dinding groundfloor huia.selama ni bukan malas turun.mengantuk tak boleh tahan.takut nanti turun bawah orang lain tengok bola saya pulak ditenung oleh bola.eh tv.haha.lepas tu bila ada yang cakap 'game bosanlah', 'main ntah ape-ape la' terus saya jadi macam hmmmm nak pegi tengok ke tak pegi tengok ke tak tengok ke tak.cepat kena pengaruh ni.haha.biasa layan highlight pun kau jerit macam zombie jugak kan izzati.eh bukan.lagi high-pitch dari zombie.hahaha.tabiat lama dah datang.menjerit setiap kali bola disepak.eh eh bukan kerana kesiankan bola.haha.itu nama dia semangat yang jitu.sampai nisa boleh perasan semalam masa tengok england lawan german sekejap sekejap dengar 'jaga benteng jaga benteng jaga benteng', 'semuaaa naik atas!', 'hah go go cepat sikit lagi' dan sewaktu dengannya.kahkah.kau ingat ni main bola baling ke izzati?hadoila.nak kata kau coach german pun bukan.mungkinkah coach kedua?ketiga keempat?pun bukan.coach di luar tv mungkin.tapi adakah klose dapat mendengar suara aku?haha mengarut dah.haaa nak tahu tak semalam tengok england vs german tu kan sebenarnya majoriti orang dekat situ sokong england.saya dengan nisa macam blurr gila nak sokong mana.kekonon nak jadi neutral.tetiba german score dulu masa tu lah saya dengan nisa menjerit melompat segala nasib baik tak jatuh kerusi.hahaha.orang lain cool pandang senget je.jasvini dekat belakang pun jerit sikit.mungkin sebab dia duduk antara penyokong england kot?haha kalaulah saya, nisa dengan jasvini duduk satu row memang penyokong england sakit hati tahap bintang ketujuh.wakakaka.siapa suruh german score dulu.dah diorang memang hebat.eceh.kitorang dah memang decide siapa score dulu team tu la kitorang sokong.haha.tulah sebab saya malas sikit nak turun tengok bola dekat bawah.bila masing-masing sokong team lain lain.bila gol je ada yang tarik muka.walaweh muka macam nak makan oranglah.emo habis.tengok bila england score.saya,nisa dengan jasvini takde emo mana pun.siap boleh german go go lagi.tak sia-sia kan kitorang turun tengok semalam.menang jugak german.hehe.eh ada yang tengah baca ni sokong england ke?mintak maap pakcik makcik.england dah balik rumah semalam.haha gila kejam izzati.main-main je okeh semua.menang kalah adat pertandingan.kalau semua nak menang siapa nak jadi pengalah?kalau england tak kalah takkan hal gol lampard menjadi-jadi.ye dok?kejap ye.emmm.kalau gol lampard tu kira gol pun england kalah jugak kan.izzati jahat lagi.aigooooo.go go german!okeh cool cool cool.mana boleh geram geram okeh.adat la main bola.kadang-kadang gol kadang-kadang tak gol.pernah dengar ada orang cakap*tak tahu siapa atau mitos atau apa benda sekalipun*kalau bola tu tak mensentuh jaring jadi tak dikira gol.adakah?hah jangan serang saya please.ni dengar mitos orang okeh.eh ke referee semalam pun ada dengar mitos macam ni?haha pakcik referee kita geng.tetibe.haha.lepas ni tengok german lawan argentina pulak.eceh dah gila bola sekarang eh izzati.yang ni nanti konpius jugak.nak klose ke nak gabriel batistuta.hoi tu pemain dah jadi lagenda.haha mana tahu dulu masa darjah tiga tengok bola ada batistuta.eceh dulu-dulu layan world cup jugak wacakap lu.tapi kenal batistuta sorang je.haha~

p/s: adakah lepas ni izzati akan terus berjaga setiap pukul 2pagi untuk menonton bola?haaa itu yang kita nak tahu.yang ni dah sukses dah:D

Sunday, June 27, 2010

oh my ayutthaya*sebab i tak pakai prada*haha~

*tajuk takde kaitan dengan entri*:P
lepas dah habis bosan bosan duduk dalam bilik google kerja kosong terus buat keputusan tulis blog.padahal dah mengantuk.nak tulis pasal apa pun tak tahu sebenarnya.saja klik tengok entri entri zaman dahulu kala masa mula-mula ada blog.dah nak masuk bulan 7 ni maksudnya umur blog ni pun dah nak masuk 2 tahun.masuk entri ni semua sekali ada 302 entri tak termasuk yang dah didelete sebab terlalu dramatis atau emosi melampau.mula-mula ada blog biasalahkan budak-budak.font pun nak tukar macam-macam jenis font.semua font yang boleh guna dalam blogspot kau guna kan izzati.siap warna lain-lain tak boleh tahan.bila tengok sendiri sakit mata jugak.besar kecik besar kecik pink hijau ungu kelabu asap lori tayar enam belas semua ada.siap gelak sorang sorang.ehem.gelakkan diri sendiri.hahaha.korang jangan tengoklah.nanti silap-silap boleh rabun warna.kehkeh.kalau nak compare blog saya dulu dengan sekarang memang macam shin chan dengan tomatomen*takde kaitan*dulu mana ada orang kekomen blog saya ni.blog ni tempat meluahkan perasaan amarah serta emo segala dengan kehidupan.eceh ayat kau.haha.sekarang bila tulis blog boleh rasa aman dan segar ibarat makan chewing gum fresh & white.eh silap fresh & white tu ubat gigi.wrigley's freshmint perisa pisang baru betul.dekat kawan-kawan blogger yang rajin kekomen dekat blog ni, JASAMU DIKENANG selamanya selagi blog ni masih hidup.eceh ayat macam nak bagi ucapan perasmian sukaneka rebut gula-gula susu gambar arnab yang ada plastik dekat dalam yang boleh makan tu.dah.nak tido.daaaaa~

p/s: macam tak bangun je nak tengok england lawan german pukul 2 nanti.haha~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...