Friday, March 4, 2011

gadis kain pelikat

sebenarnya, entri ni tak ada kaitan dengan kain pelikat pun.dan Oporto bukanlah saudara sebelah emak atau ayah dengan Opocot engkau~!nehi nehi nehi.

tahu tidak gadis-gadis memang nampak sangat lebih cantik luar biasa bila pakai baju kurung?



bukanlah cantik seperti wow gorgeousnya!*mata bersinar*nak mintak sain!!*kejar bawak pen kertas bagai*.cantik itu universal.jangan salah maksud.semua orang cantik, sebab semua ciptaan Allah itu ialah sebaik-baik ciptaanNya.awak cantik, awak yang dekat sana pun cantik.semua cantik-cantik belaka.tapi bila pakai baju kurung, lebih sopan lebih ayu gitu.gaya, mutu, keunggulan...Dunhill.baiklah, sungguh tetiba aku ni.


oh ya.wonder why we're in our baju kurung?nak kata raya, jauh lagi.takkan awal-awal dah nak buat salam perantauan?TIDAKLAH.semalam, kitorang pergi rumah Maisarah dekat Grafton Road, ada housewarming dengan bacaan Yassin.makanya, empat orang gadis melayu jalan kaki dari Queen Street ke Grafton Road pakai baju kurung dengan tudung lip lap lip lap anak ami lalu dekat Grafton Bridge,tempat syaiton bertendang itu.cuba bayangkan macam mana mat salleh duk tengok huiiiiii meriahnya bebudak nih, baju colourful bagai.actually mat salleh ni tak berapa pakai baju warna warni meriah bagai nih.baju diorang mostly plain colour je.makanya, haruslah kami dipandang pelik.pelik tapi comel.tak kisahlah kan?HAHAHAHAHA *rendam kepala dalam sinki*.

oklah.meh nak bagi sikit kaitan kain pelikat dalam entri ni.semalam saya call mak saya tak ada orang angkat.then dapat SMS 'sekejap mak tengah main netball ni'.baiklah, sejak bila pulak emak buat pekerjaan bersukan petang-petang?biasanya cik puan emak selalu sibuk dengan mesin jahit beliau.dan tadi call lagi sekali.Alhamdulillah ada orang jawab.rupa-rupanya tak lama lagi ada sukan rakyat,ada acara veteran.dan emak saya main netball wakil kampung.sungguh rock bunyinya.dan ada latihan petang-petang.okay, sekarang cuba teka ayah saya masuk acara apa?
















acara main bola sepak pakai kain pelikat.lebih rock, lebih ganas,lebih mencabar dan lebih maskulin!

HAHAHAHA.

p/s: teringat dulu-dulu masuk sukaneka hari keluarga sekolah rendah pertandingan makan kacang sekeluarga.ayah saya sumbat kacang dalam mulut anak sulung dia nih tak terkira banyaknya.nasib baik menang nombor satu HAHAHA.

Wednesday, March 2, 2011

Oporto~!

Oporto Oporto, kenapa kau sedap sangat.macam mana aku tak sedap.aku memang sedap.lalalala~

plan asal, nak menyelia dekat Aotea Square KONONnya hari ni pembukaan Auckland Arts Festival.kot kot ada bunga api ke silap mata ke belon letup-letup ke seronok jugak ye dak?TAPI apakan daya, hujan gerimis melanda.mood pun habis semua gerimis mengundang.

kalau balik rumah terus, memang sungguh sadis sigaraga.lalu, empat orang gadis melayu ini menapakkan kaki sepanjang Queen Street, tanpa hala tuju.

'kita nak pergi mana ni, kawan-kawan?'

'pergi makanlah jom.dah tak tahu nak buat apa ni'

'baiklah.kita pergi makan.'



Hai Oporto~!sebenarnya dah lama kedai ni menapakkan diri dekat Queen Street.kitorang je takut-takut berani nak pergi tanya HALAL ke tidak.tadi Nisa paling berani nak tanya sebab kitorang malas nak jalan sampai Downtown cari pizza.All foods here are HALAL, kata penjaga mesin duit bunyi kcing kcing dekat situ.bila tengok memang payah nak cam kedai ni halal ke tak sebab pekerja dia semua muka cam india dekat-dekat arob sikit.hidung mancung mancung yawww.biasa kalau muka macam tu kebanyakan orang Fiji.dan orang Fiji kebanyakannya orang Islam.lepas tu pulak, origin kedai ni dari Australia, yang mana tersangatlah tahu bahawa Australia lagi banyak provider makanan halal dari New Zealand -____-.maka, tengok gambar makanan pun dah macam nak lawan KFC, mana tak perut yang kenyang pun jadi lapar HAHAHA.murah pulak.memang berbaloi-baloi~!




sekarang, dah pun kenyang Alhamdulillah.makanan berbondong-bondong.boleh tahan sedap TAPI fast food tak berapa bagus untuk kesihatan tahu.sekali sekala boleh, tiap-tiap hari tak boleh.nanti semua orang nak jadi tauke makanan serba segera macam nih.bila semua orang nak jadi tauke makanan segera, nanti lagi ramai mengalami pengembangan & pembiakan lemak-lemak.nanti bumi ni jadi sempit, tak muat semua orang nak duduk atas bumi.kalau bumi dah tak muat untuk diduduki, kemanakah hala tuju homo sapiens seperti kita-kita ini?planet namik?haaaa nampak tidak perkaitan dekat situ?ce pikir ce pikir.

jiran-jiran mula dah membising.tingkat satu nak jadi Katy Perry, tingkat sebelas nak jadi Rosalinda ayammor.memang padan sangatlah.berlawanlah korang sampai pagi.

p/s: ingat nak umum GA tapi nantilah dulu.kasi suspender sikit :P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...