Saturday, August 14, 2010

musim sejuk di Auckland

untuk siapa-siapa yang tak tahu.sekarang di NZ ialah musim sejuk.dalam bahasa lain musim hibernasi lebih lama.haha betul tak tipu.musim sejuk musim paling efektif untuk tidur lebih lena.sebab malam lagi panjang dari siang.waktu first sampai sini bulan Feb lalu ialah musim panas.dan masa itu dah tentu weather shock sangat-sangat.kitorang rasa dah sejuk macam nak pengsan tapi it was summer.itu masa mula-mula.masih terkejut.orang putih semua pakai shorts, sleeveless, peluh segala.kitorang masa tu tak boleh berenggang dengan sweater lagi.tapi sekarang dah immune sikit.dah boleh ikut pertukaran musim.tapi tak larat asyik tukar-tukar musim ni kulit kering, penyakit semua datang.waktu summer maghrib masuk pukul 9.00pm.waktu winter maghrib adalah pada pukul 5.45pm.nampak beza kan?bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.dugaannnnn~
ini uniform waktu winter.perhatian: winter di Auckland tak sejuk mana.paling rendah temperature pernah drop adalah 4°c.itu adalah sangat sejuk.tambah dengan angin kencang lagi.lagi satu winter di Auckland tiada salji.jadi tiada mimpi indah bangun tidur jenguk tingkap dan menjerit seronok 'it's snowing!'. sebaliknya 'it's raining' adalah normal.waktu winter Auckland sangat selalu hujan.best friend sewaktu winter ialah payung, baju hujan dan boots.yes itu yang saya pakai itu.oh ya dan juga sweater.sudah tentulah.believe me dekat sini tak pernah berwudhuk guna air dari paip biru sahaja.mesti combine air dari paip biru dan merah.jika tidak boleh pengsan kebekuan.itu sayalah.orang lain saya tak tahu kalau mereka lebih kebal.izzati tidak sebab izzati bukan kereta kebal.kahkah~

dekat sini saya cerita pengalaman kami di Whakapapa sewaktu bermain ski.itu jauh lebih sejuk, mencabar dan mendebarkan.tetiba mendebarkan apehal.haha.suhu di Whakapapa jauh lebih super-sejuk.pernah mencapai -10°c pada hari kami bermain ski.berwudhuk tak payah cerita.bukan menggigil dah.boleh kata dah macam parkinson.tambahan pulak paip dekat lodge tu biru dan merah asing-asing [dekat hostel paip ada satu, tapi ada dua pili [biru & merah] so boleh kontrol tahap warm mana yang kita nak].jadi harap maklum.antara sangat sejuk dan sangat panas.merana tubuh badan.pedih jangan cakap.sampai rasa dah hilang urat saraf kaki tangan.masa ni rasa bersyukur duduk Auckland walaupun frust sebab takde salji.bayangkan kalau duduk dekat Whakapapa sepanjang winter.tidaaaaaaaakkkkk~

oh ya tadi pergi membeli-belah dengan Fareha dekat Foodtown.boleh kata tiap-tiap minggu kitorang pergi*walaupun takde duit*haha~biasalah.inilah cara kami berekreasi di hujung minggu.mentolak troli dan mencapai hajat masing-masing.eh bukan.mencapai apa-apa yang dihajati.haha~
kini sudah ada dua koleksi lunchbox klipo.yang kecik tu beli masa mula-mula sampai dan yang besar tu baru beli tadi.lunchbox klipo sangat comel.sukaaaaaaa sangat.tapi tapi TAPI.yang kecik tu izzati buat bekas sabun.boooo-ya??haha.betul.saya buat jadi bekas sabun.sebab tak logik dia nak jadi lunchbox.sebab kecil dan comel.dan sebab ntah ceruk mana nak cari bekas sabun dekat sini.habislah sabun De Putih saya kalau takde bekas.hahaha.kantoi kau letak sabun De Putih dalam tuh.tetibaaa~

new pyjamas.sangat cintaaaaaa.tetiba cinta.haha.pink lagi dan lagi.oh ya baru tahu izzati sangat suka pink?TAHNIAH.yang dah lama tahu BRAVO untuk anda.haha~yang belakang warna kelabu nampak lengan gambar ladybird tuh dah pernah masuk entri sebelum ni.bermaksud beliau dah pernah famous suatu ketika dahulu.jadi perlu give way untuk pyjamas baru mencapai era kegemilangan.ewahhhh~

*gambar dua bijik dekat atas kredits to Fareha*

tak suka makan terung,sini takde air bandung.[baiklah dah dua hari penutup kau pasal air seringgit sebungkus dekat bazar ramadhan larkin.aik?kenapa habis spesifik larkin?haha~]

13 comments:

Fareha Noor said...

pewit...promot bju tidor baru..i nk beli jgk next week...weeeee

NIA said...

whoootttt.jom pegi beli.tibe~:p

NISA' nis said...

Boxing day weyhhh..hehe

NIA said...

itu memang dinanti-nanti.HAHA.tak sabar~

hamzah ian said...

alahai.. bestnye... nape la tibe2 gua jeles ngan lu nih... hahaha

selamat ramadhan okeh

Unknown said...

salam ramadhan sizuka.
seronok kakchik baca pengalaman sizuka kat sana. kakchik memang suka membaca cerita begini. banyak yang boleh dipelajari dr pengalaman hidup yang berbeza.
kongsi lagi ya dik.

NIA said...

hamzah: hehe.selamat Ramadhan.kot2 nanti lu lg murah rezeki dri gua.gua plak jeles:P

kakchik: salam Ramadhan kakchik.hehe.insyaAllah sy berusaha utk berkongsi sehabis mungkin.hehe:)

Nik said...

best nyer dapat merasa duk oversea.

NIA said...

alhamdulillah.kot2 nnti smpai rzeki sis pulak:)

Onelove...Jambu merah warna said...

wah.. sngat2 best kan dpt blajar kt luar ngara..
pmandangan pn indah2.. x panas mcm kt sini..
baru ingt nnt nk g honeymoon kt sana..tp lau sjuk sgt xleh nk pkai seksi2 kan...kih3 =P

NIA said...

hehe.dtglah waktu summer.seronok mandi pantai:D

NzA said...

sejuk2 mmg sedap jerrr dok dlm selimut tebal...tidur pn best....

NIA said...

betul sis.sangat seronok:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...