Sunday, August 15, 2010

berbuka puasa di Auckland

di Auckland tiada bazar ramadhan.carilah dekat ceruk mana pun belum tentu anda jumpa bazar ramadhan di sini.100 markah jika anda jumpa.haha.sebut tentang iftar, untuk muslimin ada disediakan iftar dekat surau berdekatan universiti.tetapi muslimin sahaja.sebab?sebab masjid agak kecil*solat jumaat pun buat dua jemaah*jadi agak tidak mampu untuk menampung sejumlah muslimat yang agak ramai.baiklah.ayat izzati dah macam orang tulis artikel dalam suratkhabar.bertukar!*lagi*haha.jadi kitorang sesama gadis-gadis ini penyelesaiannya adalah memasak sendiri.YES MEMASAK SENDIRI.

sewaktu weekdays, adalah mustahil untuk memasak bersungguh-sungguh sewaktu berbuka.menu biasa antara ramyun*sila google*atau mi bersama sup sayur masakan sendiri.itu makanan ruji.eh bukan.makanan orang bujang.ewah ewah.haha.sini tak tahu mana nak cari kurma.mungkin ada dan mungkin mahal.semalam saya bukak puasa dengan strawberry*strawberry murah masa winter*.OMG.macam awesome kan.tapi kalau ada kurma lebih baik mungkin.

jadi weekend adalah hari terbaik untuk mentonjolkan skill memasak.hostel saya yang bernama HUIA ini adalah self-catered hostel.yakni disini tiada orang yang menyediakan makanan untuk kami.itu alhamdulillah sebab boleh sesuka hati nak makan apa.makanan orang putih tak sedap [pada pandangan saya] sebab selera saya ni memang sangat melayu.lain hari kita cerita pasal makanan orang putih okay.ini episod masakan melayu.haha.orang putih jarang memasak.itu lagi satu fakta sahih dari izzati.jadi kitchen itu adalah saya dan Fareha yang punya.haha.baiklah mari melihat hasil masakan konon professional izzati dan fareha.

ayam masak lemak cili api.dapat idea masa tengah blogwalking semalam.jadi inilah dia.ayam masak lemak cili api keluaran Auckland.chewahh.haha.sangat berpuas hati sebab sedap yummy yummy.oh OH oh.sila jangan banding dengan yang ada dekat Msia please.sebab dekat sini barang-barang sangat limited dan ntah ceruk mana nak cari.jadi kami hanya memasak secara apa-yang-patut dan menjadi kreatif.tapi menjadi sangat sedap macam ini adalah sangat brilliant.emak, anakmu sudah pandai masak.lauk sampingan adalah sayur goreng kicap.itu digabungkan dengan masak lemak cili api dan nasi putih panas adalah sangat awesome.terima kasih emak sebab pos rice cooker dari Msia.hehe~

dua entri izzati dekat bawah tu asyik tulis penutup tentang air seringgit dekat bazar ramadhan di larkin.haha baiklah.semalam dapat minum air laici.memang ho-liau!tetibaaa.haha.air laici je pun.dan DALAM TIN je pun.tapi sangat alhamdulillah.HAHAHA.baiklah nak tahu kenapa saya gelak?tengok laici tu dalam bekas apa.YES dalam tupperware.itu sebab saya cakap kami berbuka cara orang bujang.tak pernah teringat nak beli jag sebab still duduk hostel jadi tak rasa benda tu penting.tunggu pindah rumah nantilah mungkin.tapi minum air laici dari dalam tupperware adalah sangat cool.sangat cool untuk orang bujang.haha~

semalam sambil memasak bercerita dengan Fareha tentang 'tempoyak'.Fareha teringin nak makan asam pedas tempoyak ikan.jadi saya cakap dekat dia 'carilah tempoyak.aku boleh masak.' tak tipu.asam pedas tempoyak especially ikan patin ialah my area of expertise.gituhhh~tapi dekat sini mustahil nak jumpa ikan patin.mungkin akan cuba dengan ikan snapper.nantilah bukan sekarang.lagi satu durian ialah super-mahal.dahlah beku T___T.saya dengan fareha berasal dari negeri yang berlainan [saya Pahang-fareha Terengganu] dengan loghat yang agak lain dengan sedikit persamaaan.tetibaaa...

izzati : 'eh kau sebut tempoyak tu 'tempoyak' ke?'
fareha: taklah.lain.
izzati: aku sebut tepoyok.
fareha: aku sebut lagi pendek.poyok.

lepas tu dua-dua gelak macam nak pengsan.hahaha.kalau cerita pasal loghat memang seronok.sebab loghat Pahang dengan Terengganu tak jauh beza.heeee~

*lagi*sini takde abc rock.korang memang rock.tetibaaaaaa~

19 comments:

XYZ said...

huhu dok tempat org mst bertambah expert msk kan? hehehe slmt berpuasa... =)

NIA said...

hehe mungkin lebih expert.mungkinlah insyaAllah:P.selamat berpuasa juga.heee~

azmihamin said...

perempuan adalah disediakan.. dekat forte, dia sewa situ.. sama jek dgn yg kat masjid tu.. :)

NIA said...

yeke?ak ingt yg dekat forte tu yg sisters punya je sbb aritu tnye dorg,dorg ckp iftar masjid tu takde utk pmpuan.huhu~

Fareha Noor said...

wahwahwah..sizuka dh pandai masak...fareha pun dah pandai....gituh...loghat xleh bla la plk kan

NIA said...

KITA dah pandai masak.YEAY!hahaha itu bab paling seronok lah.iaitu loghat.kehkeh~

[z@ck] said...

teringin plak nak berbuka dgn laici..nyum nyum

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

salam
bersiaran secara langsung dari kampng..kalu dapat post komen ni baguslah, kalu tak huhu
wah..nampak ikan masak lemak tu sedap dik.
selamat menjalankan ibadah puasa..
nasib ada line ni, terpaksa duk ceruk2 baru dapat..
:-), dah rasa cam tak aktif dah berbelog huhu

NIA said...

best ohh zack.boleh borong bertin-tin:P

NIA said...

huhu takpe sis.sis take care okeh.nanti baby J meragam terus pulak mama dia.hehe.nnti baby J dah lahir boleh la aktif smula:D

Kak Amy said...

salam...

padan la x dapat pergi bazar rupanya dok oversea..sianya tapi x per itu semua pengalaman..selalu bile dah duduk tempat org mesti bertambah pandai masak...

NIA said...

hehe tulah.sedih jgk xdpt pegi bazar.huhu tapi bersabarlah hati.hehe.insyaAllah lama2 nnti pro lah masak.ecewah:P

Unknown said...

masih namak menyelerakan la sis...wee~~kelakar la..kalau sis sebut tepoyok,,sis fareha sebut poyok,,sy na sebut yok la....hahaha..kelakar laa...mihihi

Unknown said...

masih namak menyelerakan la sis...wee~~kelakar la..kalau sis sebut tepoyok,,sis fareha sebut poyok,,sy na sebut yok la....hahaha..kelakar laa...mihihi

NIA said...

hahaha.eceh.buat comel pulak kelly nih.haha.ade ke yok?:P

NzA said...

kt msia mana2 jerr ada bazar smpai xtau nk pilih..kt rumah akak bbrapa langkah jerr ttp akak lbh suka masak sndiri....bagus la anak2 dara blajar masak...prsediaan kata org....

NIA said...

bestnye akak.hehe.tulah takde pilihan lain dah memang msk sndiri je.hehe.persediaan nak?kahwin[jwb sendiri]hihihi~

Onelove...Jambu merah warna said...

haha.. poyok eh, bkn koyok..
kim salam kt org ganu di aukland =)

NIA said...

hehe.poyok.insyaAllah salam akan dikirimkan:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...