sekarang memang kempunan ikan patin.mak aih tak pernah tak makan ikan patin berbulan-bulan macam nih.tunggu hujung tahun depan kiranya boleh cakap bertahun tanpa ikan patin.haruuuuu haruuuuu.perut merana ikan patin masak tempoyak.sabarlah wahai perut.kan.padahal bersabarlah izzati.hoho.dekat sini takde ikan patin.kalau ada tak tahu apa nama dia.cat fish ke?itu ikan keli kalau tak silap.dekat sini tak selera makan ikan.tak sedap.semua ikan besar gila.mana nak jumpa ikan kerisi comel comel sepuluh ekor sekilo macam beli dekat pasar dengan mak dulu.pernah kepala ting tong sikit cakap dekat abah masa telefon 'abah pos ikan patin sekilo sini.hantar naik kapal terbang'.abah cakap dah pening agaknya budak ni tak dapat makan ikan patin.haha.saya pening kalau tak dapat makan ikan sungai.tetiba.haha.haaaaaa siapa nak beli ikan patin?contact abah saya.tauke ikan sungai live from Sg.Pahang:D

tak lama lagi nak puasa.lepas tu raya.dan beraya di perantauan.dan hari raya ketiga dah masuk kelas.dan tiada lagi moment mengutip duit raya.tiada moment berperang tepung dan telur sambil buat kuih raya.untuk jangka masa dua tahun ini.*sob*sob*.kau sedih sangat sebab tak dapat kutip duit raya kan izzati?haha.betul jugak tu tapi takdelah sebab tu je.first time beraya jauh dari family.sebak tahu.pulak nanti ada yang pasang lagu raya P.Ramlee ke Sudirman segala.mana tak haru.kalau menangis boleh buat dalam hati takpe.ini kalau lagi simpan lagi rasa nak raung kuat-kuat.sudaaahhh tak mahu sedih sedih.puasa pun belum.HAHAHA.kan dah over kau dah nak cerita pasal raya sekarang.izzati izzati izzati.kan.tapi rindu bazar ramadhan.boleh beli air tebu,air cendol,air kelapa,ayam percik.ayam bakar,nasi kerabu dan sewaktu dengannya.dekat sini TAKDE semua tu.semua kena masak sendiri.tengoklah kot-kot tetiba wujud bazar ramadhan dekat Auckland ni memang saya roger korang semua.

Thanks Cik Kepa di atas kesudian anda menghulurkan anugerah ini kepada saya.tanpa anda siapalah saya.kan tetiba nak tacing.haha.
5 comments:
sila buat post resepi masak ikan patin.. permintaan nih.. hahahha XD
blog ak bkn tmpt resepi.hahaha.nntilah ak bt bile rajin:P
pahang mmg trkenal dgn masak tempoyak ikan patin tu...yum..yum..yum...sabar ye dik..nnti dh blk msia mkn puas2 ok...
tak pe..nanti balek malaysia blh makan tu semua..
nza: hehe betul betul.baik sis.memang kne sabar je nih.hehe.nnti memang qada':D
nik rosmawati: hehe betul betul:)
Post a Comment