Wednesday, August 11, 2010

pada suatu hari....

Zaman kanak-kanak tadika,
'Siapa puasa penuh hari ni dapat 10hinggit!' apa lagi berlumba puasa dengan sepupu semua.kalau biasa tiap-tiap hari puasa pun berlari sana sini macam tak puasa.haha memang tak puasa pun.tapi bila tok cakap 'siapa puasa penuh hari ni dapat 10 hinggit!' excited tak ingat dunia dahh.memang hari tu tak bergegar langsung rumah tok.bila cari mana budak-budak yang biasa menggegarkan rumah tok, semua tersadai atas lantai.nak puasa penuh punya pasal.boleh pulak tak logik gila tengah-tengah semua lembik dan kelaparan tu tetiba 'siapa kentut nih?hahhhh tok cakap kalau kentut batal puasa!' lepas tu semua pakat risau.macam mana nih.kalau kentut batal puasa.nanti tak dapatlah duit.kena tahan kentut lagi.hahaha mana datang tok cakap.suka-suka hati je buat hukum sendiri.punya nak berlawan siapa dapat 10 hinggit hari tu sampai kentut pun boleh batal puasa.memang tak tahu hukum betul.

Zaman darjah tiga,
[Hari 1st puasa dan cuti] 'Along,adik nak air teh o.' Kakde ke Ijat yang mintak saya pun tak ingat.elok je saya buat air teh o letak gula semua lepas tu siap amek cawan lain nak RASA.hahaha.gila senget masa tuh.tengah syok-syok minum baru teringat 'Emak!along TERminum air teh adik!' punya heboh satu rumah.haha.bising gila cakap 'TERminum lah bukan sengaja.mak cakap kalau TER takpe.'patutlah rasa best je minum masa tuh.macam lama tak minum teh.puasa rupanya.hahaha.masa ni hal hukum kentut boleh batal puasa tuh femes lagi dekat sekolah.sampai cikgu pun pening.bila dengar je kentut batal puasa, budak-budak darjah satu pakat minum air paip semua.hahaha~

Zaman sekolah SHAH PEKAN,
bila sampai je waktu bukak puasa, mesti ada bunyi meriam.kalau sebelum tu bising, masa bunyi meriam tu diam 5 saat, habis bunyi meriam semua 'aaaaaaaaa' tanda senang hati dah boleh isi perut.masa tu perang bunyi biji kurma dalam tray.sana 'ting' sini 'ting' sampai ada yang sanggup buat balingan jarak jauh semata-mata nak menghasilkan bunyi paling 'ting'.haih memang tak matang.kalau tetiba ada bunyi 'tang' pulak?apa tu?haaaaa itu nama dia makcik DM tengah hempas tray.tetibaaaa.haha.masa ni mitos kalau kentut batal puasa dah semakin hilang ditelan arus zaman.ok ayat karangan BM tingkatan lima untuk dapat A.muahaha~

Zaman di IPTI, Johor Bahru
'weh kalau nak gi bazar nak kirim nasi lemak kukus satu!kau pergi bazar stadium ke yang dekat Giant sana?' ayam percik, rangka ayam, nasi ayam, ayam golek, semualah.abc rock, air kathira,air tebu,air soya panas sejuk suam-suam kuku.nama pun duduk maktab.mana boleh masak.nak bukak puasa antara makan dekat surau atau makan dekat luar.sekali-sekala tekak nak rasa makan sedap pergi makan luar.paling dekat cenderawasih.oh itu pujaan hati.tak percaya pergi tanya budak IPTI.biasa makan mana?mesti jawab CENDE.nama famous itu.'kau dah beli tiket raya?cepat weh dah banyak habis dah.tak balik beraya lah aku.' tapi serius tak pernah terjadi lagi tak dapat balik raya on time.haha.musim-musim macam ni banyak ulat tiket.kalau jalan-jalan cari pasal dekat Terminal Larkin tu memang boleh jumpa banyak pasal.

Zaman sekarang di Auckland,NZ
'hari ni nak masak apa?dah kering idea nih.sahur macam mana?bukak puasa macam mana?' alhamdulillah sekarang winter.maghrib pun masuk pukul 5.45.tak merana mana.bayangkan kalau Ramadhan waktu summer.menderita perut.pukul 9.00 baru masuk maghrib.hoho.pulak puasa lambat sehari dari Msia.raya nanti pun lambat sehari.dah takde nak chop chop tiket raya.kenang daku dalam doamu je lah.tetibaa.tiada ayam golek,tiada nasi kerabu,tiada kuih-muih.sabarlah hatiiii~takde keje pagi-pagi hari.tapi dah sah dah.patut pun mak nak jahit baju oren tuh.berbaju orenlah saya raya tahun ni.selamat hari raya oren.tetiba kau puasa pun belum dah ucap hari raya.booooooo~ntah apa yang saya garis tu pun saya tak ingat.haha.oh ya.mesra dan prihatin.ecewahhhh.mesra mengumpul duit raya dan prihatin kepada jumlah duit raya?apa kata anda?haha.

suhu terbaik hari ini.4 celcius dan saya menggigil di luar sana.hari esok sangat mencabar.super-mencabar it is.jika ianya 1st of Ramadhan, saya ada school-visit 8am-2.30pm,kelas ESOL201 pukul 3-5 pm.pukul 5.44pm berbuka puasa insyaAllah dan Test 1 Educ223 jam 6-7pm.OH SWEET~*pengsan*

10 comments:

Ralit Baca said...

eleh..cite zaman pgg tray..sempat 2 thun je kot awk 2?hahaha

NIA said...

erk.haha.ini mana dtg cik donut nih.haha.kalo sy 2 tahun je akak 3 tahun je kan?:P

Prince Halilintar said...

kat sana senang ke nak cari makanan yang halal?

NIA said...

erm dekat auckland senang sikit sebab bandar besar.paling byk mknn halal berbanding the other part of NZ.heeee~tapi biasalah mahal sikit.

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

haa.selamat berpuasa..
jangan pengsan ya izzati..hari pertama baru..hehe

Prince Halilintar said...

so u masak sendiri eh?

peanut said...

selamat berpuase zati n sume kat auckie k!!

salam ramadhan dar kami di IPGKTI...

ahhah.."mcm buat salam perantauan lak*

take care...

p/s: pose jgn xpose!

NzA said...

kisah nostalgia yg indah n xakn brulang lagi.....

Onelove...Jambu merah warna said...

zaman kanak2 memang asyik.. semua seronok..huhu.. time buka semua pon nk makan... selamat berpuasa.. mntak maaf jika ada salah silap..hehe

NIA said...

mama jnj: hehe hari pertama memang mencabar minda:P

prince halilintar: aah masak sendiri.heee~kat sini takde mak nak tolong masakkan:P

peanut: huyeh!akan berusaha berpuasa penuh walaupun mustahil.haha~

sis nza: betul betul.yg lama makin dikenang:)

cik merah jambu: hehe selamat berpuasa.0-0 okay?:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...