Sunday, August 8, 2010

awas.entri ini banyak gambar.

dah bagi amaran dekat title entri.ntahlah ada orang berani nak klik ke tak.haha.eh yang tengah baca ni kira berani lah kan sebab klik jugak.sebab tak tulis situ 'amaran keras'.jadi ini amaran kurang keras.hahaha.tengok dah mengarut dah.jomlah tengok gambar.malas nak jadi pengulas berita harian.tetiba.bila masa berita harian ada pengulas?


hasil terbaik photoshoot hari ini.oh ya hari ini berkunjung ke Mt.Eden.niat asal nak mendamaikan hati menenangkan jiwa.bila dah bawak 'baby' maka terjadilah photoshoot.haha.

'hey, that's rainbow!' punya excited rainbow sana sini.dah nama panjat bukit lepas hujan.eh ke semasa hujan.apa-apa lah.rainbow bersepah sana sini.sekejap utara,selatan timur barat.oh saya orang pantai timur.tetiba!haha~

ini semua-semua yang gigih memanjat Mt.Eden hari minggu.masa ni dah panas dah.baru lepas berperang dengan hujan.mak aih dah nama atas bukit bila hujan je angin melampaui batas-batas sayuran.okay tipu.mana ada batas sayuran.haha.angin melampau-lampau.saya yang 'berat' ni pun rasa nak terbang.inikan yang sekeping papan.eh siapa?haha~
muka budak-budak seronok kena tiup angin.padahal menggigil sejuk gila kot.siapa suruh gatal panjat Mt.Eden masa winter.haha.

ini kononnya misi mencucuk Sky Tower menggunakan jari sendiri.tengok!guna jari pun boleh!padahal takde motip ataupun kaitan ataupun sewaktu dengannya.tengok gambar orang lain ada cucuk-cucuk menara, sepol pun nak jugakkkkk.muka fareha macam gerun tengok sepol cucuk Sky Tower.'Oh Sky Towerku!'apekah?haha~

close-up photo yang agak disukai.haha.self-potrait mulanya.tetiba lupa nak adjust lens.mahu zoom in ke liang-liang roma di wajahku.tiada lagi kidungmu.haha tetiba lagi.tetiba lagi.

sengih melampau.baiklah sangat melampau.haha.ini muka orang excited sebab asyik ambik gambar orang lepas tu gambar dia paling sikit sekali.haha.takdelah takdelah.tiap-tiap kali lepas ambik gambar orang, mesti ada yang saya dera suruh ambik gambar saya pulak.ayat biasa...'asyik gambar korang je.gambar aku takde pun.*sob*'.buat muka kesian sikit.sedih sikit.lepas tu mesti ada gambar saya sekeping dua.okay tipu.sebelas dua belas keping.haha~

sekarang tengah tunggu bubur kacang hijau masak.teringin kononnya.ececey kannn.dah lama tak balik rumah.ni nak sebak nih.haha tetiba nak drama airmata~

besok ada kelas.semangat pudar.jiwa kacau.kepala pusing.apa lagi apa lagi.lecture 6 jam secara berterusan*pengsan!*[padahal dah tiga minggu tak pernah pengsan pun.terlelap ada.haha]

nisya dah ketuk pintu bilik macam nak pecah.bubur kacang hijau dah nak menjadi!haha excited excited~

6 comments:

Fareha Noor said...

sizuka, pics cantet

NIA said...

thanks modelku:D

♥ Cik Puan Pinky ♥ said...

beshnye jln2 :)

NIA said...

hehe best best:)

NzA said...

akak peminat gambar dh dtg...suka 3X,....

NIA said...

hehe thanks sis:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...