So this Instagram thingy is quite new to me. Bukanlah aku baru tahu TAPI baru sahaja terjebak KAHKAH. Biasalah tu aku memang selalu tertinggal keretapi. Maklumlah telefon pun memang kasi gua sebak hati lah bila tengok kapasiti memori. Baru install whatsapp pastu dah hang. Haru biru rasa kalau ikutkan hati nak je lempar jejauh dalam Sungai Pahang. Tapi salah aku jugaklah. Tak jaga elok elok. Rasanya dah nak dekat seribu kali terhempas. Atas lantai,atas batu,atas simen semua dah pernah rasa. Tapi Alhamdulillah masih boleh berkhidmat untuk aku walaupun kekadang aku hangin jugak bila dia terpadam tetiba. Terima kasih, peranti sosialku. Ewah ewah.
Oh ya, aku baru buat akaun instagram. Eh tidaklah baru sebenarnya. Sebab masa aku nak sign up haritu, ada keluar 'sorry.the user with this email is already exists.' Pergh tanjat gegel. Aik bila masa aku buat akaun instagram? Argh lantaklah.
Gambar pun baru ada 4. Please jangan cerca. I newbie you know. Tapi doesn't mean u can bully me HAHA.
So, you follow me I pakai follow me. Boleh tak gitu? HAHAHA.
No comments:
Post a Comment