Assalamualaikum.peeps.
niat dalam hati 'eh nak update quick entry je lah hari ni.sikitttt je nak tulis.SIKIT.'
ok kita tengok kejap lagi.
I'm no longer teaching at school.guru yang bersalin sudah kembali ke sekolah.jadi guru yang tidak bersalin itu (read: guru ganti) perlu pulang ke rumah dan sambung tanam anggur yang halimunan.gajah tidak gajah kita tengoklah nanti.manakan tidak, masakan ibu ialah irresistable tahap sepuluh.kalau petua untuk menguruskan badan ialah katakan TIDAK kepada makanan dengan menggelengkan kepala ke kiri dan kanan, SAYA TAK MAHU.bukan tak mampu, tapi tak mahu.HAHA.apatah lagi jika dihidangkan nasi putih panas dengan ikan bakar bersama sambal kicap paling umph dalam dunia.fuhhhhh.*telan air liur*
ok.sudah ke laut.
sebenarnya nak cerita alkisah anak didik saya yang datang tuisyen di rumah.semalam, belajar Bahasa Melayu.jujurnya, memang BM itu mudah dan kacang.tapi tidaklah sekacang yang disangka.terutama bab sinonim,antonim dan yang seangkatan dengannya itu.sebelum ini saya hadapkan mereka dengan karangan dan membina ayat sahaja.semalam, tukar angin sikit.buat sinonim dan antonim.
saya suka konsep belajar seperti game show.siapa jawab dulu dapat markah.terlalu suka sampaikan setiap kali belajar subjek apa pun saya akan buat game show, sebagai motivasi kepada anak-anak ini untuk cuba sampai dapat dan jangan putus asa.
awalnya OK.kita tahulah sinonim itu perkataan bersamaan maksud.tapi ada kalanya, anak didik saya tersasar jua kerana dahagakan markah HAHAHA.terlalu rakus nak kejar markah kawan dia sampaikan tersasul melampau.
Saya: Ok bagi sinonim untuk gelojoh.
Budak 1: (hyper nak cakap soalan lalu menjawab tanpa berfikir panjang) TERSEDAK!
Saya: HAHA saya nak perkataan sama erti.bukan akibat.
gelojoh = rakus
menjadi guru ialah seronok.seronok jika tahu cara yang betul.saya ada terbaca di dalam akhbar beberapa minggu yang lalu suatu keratan artikel mengenai guru masa kini.cabaran dan pendekatan yang perlu digunakan di dalam kelas et cetera.
oh adakah ini akan menjadi terlalu factual dan membosankan?
HAHA ok I'll make it short.
cara dan gaya pendekatan (berdasarkan artikel yang saya baca) ada TIGA:
1) Garang = Saya (guru) OK, awak (murid) TAK OK
2) Lembut = Saya (guru) TAK OK, awak (murid) OK
3) Tegas = Saya (guru) OK, awak (murid) OK.
kesimpulannya, guru tidak boleh terlalu garang dan terlalu lembut.guru garang akan ditakuti, guru lembut akan disakiti.gitohhhh.bagi saya, tegas is the best.tidak terlalu garang dan tidak terlalu lembut.yang sedang-sedang saja bak kata Iwan Dangdut.
cikgu yang best akan disayangi murid.tiap hari sayang macam iklan Fair and Lovely yang tahun bila tah itu.best tau perasaan disayangi murid.sampai dia boleh panggil kita 'puteri kayangan'.haaa siapa tak seronok bila disamakan dengan puteri kayangan yang ayu jelita itu.WAHAHAHA.walaupun masih dipengaruhi sinetron indonesia petang petang yang memang banyak cerita puteri kayangan itu, kita janganlah bantutkan keseronokan mereka bertemu puteri kayangan celup ini.'heyyyy puteri kayangan tak wujudlahhh!'.puteri kayangan pun puteri kayanganlah, anak.as long as you are happy.
saya tak reka-reka cerita puteri kayangan ini.hal ini benar terjadi.sayalah puteri kayangan itu (HAHA nak pengsan gelak sesorang).terjadi semasa saya masuk kelas Tahun 2.semasa ingin menanda buku latihan anak-anak kecil comel, saya biarkan mereka membaca buku cerita.alkisah, ada dua atau tiga orang gadis cilik BERANGAN nak jadi cikgu.nak pinjam marker dan minta izin tulis tulis (read: conteng conteng) papan putih.saya bagi.lepas itulah dia cakap 'teacher ni macam puteri kayanganlahhhhhhh!' dengan suara kecil yang high-pitch.terlalu excited.
I love you, kiddos.
Till then,
Bekas guru ganti.
Wednesday, February 20, 2013
Monday, February 18, 2013
terkunci
Assalamualaikum :)
seronok pulak up entri sehari dua ni.manakan tidak, berapa purnama blog ni kesepian tanpa hala tuju.kalau ada update pun, entri yang muncul ialah entri yang tidak berhala tuju.orang kata tak nampak jalan.
sepanjang awal Januari - 8 Februari 2013, I was working.sepenuh masa.guru ganti.dan mengajar Sains (sooo not my favourite subject).barulah tahu semenjak KSSR diperkenalkan subjek itu tidak berjudul 'Sains' lagi.sudah bertukar kepada 'Dunia Sains dan Teknologi'.di sekolah boleh melayari internet.tetapi sorok-sorok.berbekalkan telefon pintar yang selalu suka mematikan diri sendiri seperti mahu memboikot tuannya ini.
jadi apabila sudah menyorok-nyorok, urusan yang payah menjadi lebih parah.contoh: UPDATE BLOG.sudahlah papan kekunci saiz XXS, ibu jari tuan telefon pula XXL.jadi, tak usahlah dibayangkan.nightmare nightmare.apatah lagi apabila tetiba jari (manyalahkan jari pula) tersalah sentuh lalu memadamkan keseluruhan entri.triple nightmare-nesss.mujur mampu kawal diri daripada histeria dan menghempas telefon ke lantai simen berkualiti di bilik guru.apabila sudah terjadi hal sebegitu, mood blogging terus berlalu pergi.no U-turn.
oh ya, alkisah terkunci pula.kisahnya, aku terkunci blog sendiri.HAHA.one of my friends, Yumna asked me through FB, 'kenapa tak boleh buka blog ko?'.Fareha pun siap SMS iols sebab tak dapat buka blog.ONLY OPEN TO INVITED READERS katanya.tanjat boboiboy.tapi aku boleh rileks je tuduh blog aku yang dah tak berapa betul.sebab aku bukak boleh je.menyalahkan blog pula ok.
ok this one is hilarious.
at the end, sebenarnya aku yang tak berapa betul.HAHAHA.
entah tersalah tekan atau apabendalah tersalahnya, aku TERadjust setting kat blog (TER means tak sedor hape).the reality is, aku bukan adjust ke only open to invited readers, tapi ONLY ME.hamek kau sekali bila aku check balik aku yang tergolek.HAHAHA.patotlah aku bukak boleh je.
sekarang, everything is back to normal.mungkin ada yang terdatang ke blog ni tetiba nampak OPEN TO INVITED READERS only tu mintak maaf ya semua semua yang comel belaka.(cc: Cik Aada).hehe.
till then.sebelum berakhir, aku lampirkan sekeping foto terbaru.eh actually ada empat tapi digabungkan menjadi satu.err atau apa-apalah.HAHA.
siapa-siapa yang selalu main Facebook tu jangan malu jangan segan LIKE page kami ok.
search - FA.IZ Photography.
Friday, February 15, 2013
Februari
Menulis entri blog menggunakan aplikasi dalam telefon pintar ialah heartbreaking.kerana (1) skrin kecil (2) papan kekunci kecil (3) nak ipad.eh tetiba.
Assalamualaikum.peeps.
Masih adakah homo sapiens yang sudi bertandang ke blog yang tidak semengah (dan bersawang) ini.kebelakangan ini hidup saya dipenuhi dengan banyak hal hal kehidupan.kelahiran,pemergian,masuk kerja,habis kerja,tangkap gambar et cetera.tiada cukup masa untuk blogging.KERANA menaip di gajet mini ini memerlukan komitmen besar.dan kesabaran.dan ketekunan.
Asyik salah tekan je ni yang nak emosi nih.
Sabar.
sabar.
2013, Alhamdulillah FA.IZ Photography semakin melebarkan sayapnya.sekarang,right at this moment saya berada di rumah Fareha di Terengganu.bersiap sedia senjata untuk majlis hari esok.alang alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan, alang alang dah sampai Terengganu, mohle beli keropok lekor (memang hancur kalau pantun).
My favourite food is keropok lekor.eh actually one of favourites.sebab saya ada banyakkkk favourite foods (sebab itulah menggajah).tapi keropok lekor memang irresistable.sedap gilon mak kau.kalau Ganu punya kopok lagilah, setiap kali gigit rasa nak pengsan sebab sedap sangat.
Ok keyboard buat hal.blergh.geramnye.sekarang tulis blog pun dah kucar kacir.isi kandungan lain perenggan lain cerita.kat situ dah nampak dah melampaui batas.
Happy February peeps.yang sudi membaca, thank you please come again.
pantai timur asyik hujan je belakangan ini.jadi pesanan penaja untuk hari ini ialah...
Assalamualaikum.peeps.
Masih adakah homo sapiens yang sudi bertandang ke blog yang tidak semengah (dan bersawang) ini.kebelakangan ini hidup saya dipenuhi dengan banyak hal hal kehidupan.kelahiran,pemergian,masuk kerja,habis kerja,tangkap gambar et cetera.tiada cukup masa untuk blogging.KERANA menaip di gajet mini ini memerlukan komitmen besar.dan kesabaran.dan ketekunan.
Asyik salah tekan je ni yang nak emosi nih.
Sabar.
sabar.
2013, Alhamdulillah FA.IZ Photography semakin melebarkan sayapnya.sekarang,right at this moment saya berada di rumah Fareha di Terengganu.bersiap sedia senjata untuk majlis hari esok.alang alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan, alang alang dah sampai Terengganu, mohle beli keropok lekor (memang hancur kalau pantun).
My favourite food is keropok lekor.eh actually one of favourites.sebab saya ada banyakkkk favourite foods (sebab itulah menggajah).tapi keropok lekor memang irresistable.sedap gilon mak kau.kalau Ganu punya kopok lagilah, setiap kali gigit rasa nak pengsan sebab sedap sangat.
Ok keyboard buat hal.blergh.geramnye.sekarang tulis blog pun dah kucar kacir.isi kandungan lain perenggan lain cerita.kat situ dah nampak dah melampaui batas.
Happy February peeps.yang sudi membaca, thank you please come again.
pantai timur asyik hujan je belakangan ini.jadi pesanan penaja untuk hari ini ialah...
jangan main hujan.nanti demam.
motip sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)