Assalamualaikum.peeps.
niat dalam hati 'eh nak update quick entry je lah hari ni.sikitttt je nak tulis.SIKIT.'
ok kita tengok kejap lagi.
I'm no longer teaching at school.guru yang bersalin sudah kembali ke sekolah.jadi guru yang tidak bersalin itu (read: guru ganti) perlu pulang ke rumah dan sambung tanam anggur yang halimunan.gajah tidak gajah kita tengoklah nanti.manakan tidak, masakan ibu ialah irresistable tahap sepuluh.kalau petua untuk menguruskan badan ialah katakan TIDAK kepada makanan dengan menggelengkan kepala ke kiri dan kanan, SAYA TAK MAHU.bukan tak mampu, tapi tak mahu.HAHA.apatah lagi jika dihidangkan nasi putih panas dengan ikan bakar bersama sambal kicap paling umph dalam dunia.fuhhhhh.*telan air liur*
ok.sudah ke laut.
sebenarnya nak cerita alkisah anak didik saya yang datang tuisyen di rumah.semalam, belajar Bahasa Melayu.jujurnya, memang BM itu mudah dan kacang.tapi tidaklah sekacang yang disangka.terutama bab sinonim,antonim dan yang seangkatan dengannya itu.sebelum ini saya hadapkan mereka dengan karangan dan membina ayat sahaja.semalam, tukar angin sikit.buat sinonim dan antonim.
saya suka konsep belajar seperti game show.siapa jawab dulu dapat markah.terlalu suka sampaikan setiap kali belajar subjek apa pun saya akan buat game show, sebagai motivasi kepada anak-anak ini untuk cuba sampai dapat dan jangan putus asa.
awalnya OK.kita tahulah sinonim itu perkataan bersamaan maksud.tapi ada kalanya, anak didik saya tersasar jua kerana dahagakan markah HAHAHA.terlalu rakus nak kejar markah kawan dia sampaikan tersasul melampau.
Saya: Ok bagi sinonim untuk gelojoh.
Budak 1: (hyper nak cakap soalan lalu menjawab tanpa berfikir panjang) TERSEDAK!
Saya: HAHA saya nak perkataan sama erti.bukan akibat.
gelojoh = rakus
menjadi guru ialah seronok.seronok jika tahu cara yang betul.saya ada terbaca di dalam akhbar beberapa minggu yang lalu suatu keratan artikel mengenai guru masa kini.cabaran dan pendekatan yang perlu digunakan di dalam kelas et cetera.
oh adakah ini akan menjadi terlalu factual dan membosankan?
HAHA ok I'll make it short.
cara dan gaya pendekatan (berdasarkan artikel yang saya baca) ada TIGA:
1) Garang = Saya (guru) OK, awak (murid) TAK OK
2) Lembut = Saya (guru) TAK OK, awak (murid) OK
3) Tegas = Saya (guru) OK, awak (murid) OK.
kesimpulannya, guru tidak boleh terlalu garang dan terlalu lembut.guru garang akan ditakuti, guru lembut akan disakiti.gitohhhh.bagi saya, tegas is the best.tidak terlalu garang dan tidak terlalu lembut.yang sedang-sedang saja bak kata Iwan Dangdut.
cikgu yang best akan disayangi murid.tiap hari sayang macam iklan Fair and Lovely yang tahun bila tah itu.best tau perasaan disayangi murid.sampai dia boleh panggil kita 'puteri kayangan'.haaa siapa tak seronok bila disamakan dengan puteri kayangan yang ayu jelita itu.WAHAHAHA.walaupun masih dipengaruhi sinetron indonesia petang petang yang memang banyak cerita puteri kayangan itu, kita janganlah bantutkan keseronokan mereka bertemu puteri kayangan celup ini.'heyyyy puteri kayangan tak wujudlahhh!'.puteri kayangan pun puteri kayanganlah, anak.as long as you are happy.
saya tak reka-reka cerita puteri kayangan ini.hal ini benar terjadi.sayalah puteri kayangan itu (HAHA nak pengsan gelak sesorang).terjadi semasa saya masuk kelas Tahun 2.semasa ingin menanda buku latihan anak-anak kecil comel, saya biarkan mereka membaca buku cerita.alkisah, ada dua atau tiga orang gadis cilik BERANGAN nak jadi cikgu.nak pinjam marker dan minta izin tulis tulis (read: conteng conteng) papan putih.saya bagi.lepas itulah dia cakap 'teacher ni macam puteri kayanganlahhhhhhh!' dengan suara kecil yang high-pitch.terlalu excited.
I love you, kiddos.
Till then,
Bekas guru ganti.
4 comments:
hehe walaupun dah denga dah cite ni aritu. tp nk cakap jugak. comey la ;;) *kancing gg*
HAHAHA kalau bercerita depan depan lagi real kan?:P
hahaha.. suka baca entri awak, betul tu, jadi guru xboleh terlalu tegas ,apatah lg berlembut.. kena ada keseimbangan. hehe~
psst, entry '4 years' tu delete ke?? hehe.. sori nak menyibuk skit ;p
@miss joji: betul betul.seimbang itu penting hehe.
eh takde ke?blog ni dah tak berapa betul dah kot lol.
Post a Comment